You are on page 1of 9
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA, Director General of Education Malaysia ARAS 8, BLOK E8 Level 6, Block £6 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E Government Complex Parcel E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel: 03-8884 6077 Federal Government Administrative Centre Faks: 03-8889 4548 62604 PUTRAJAYA Laman Web: www.moe.gov.my Ruj. Kami: KPM,100-1/7/2 Jid. & (30) Tarik: / Januari 2019 Semua Ketua Bahagian Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 2 TAHUN 2019 PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD KELAS PERALIHAN DI SEKOLAH MENENGAH MULAI TAHUN 2019 TUJUAN 1. Surat pekeliling ikhtisas ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP) di sekolah menengah mulai tahun 2019. LATAR BELAKANG 2. Kelas Peralinan (KP) jalan satu rancangan khusus yang dilaksanakan di sekolah menengah dan berfungsi sebagai perantaraan untuk melicinkan proses peralinan bahasa pengantar daripada bahasa ibunda di sekolah rendah kepada bahasa kebangsaan di peringkat sekolah menengah. Melalui pelaksanaan KP, murid lepasan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dapat menguasai bahasa kebangsaan melalui proses peralihan bahasa pengantar sebagai persediaan untuk meneruskan pembelajaran mereka di Tingkatan Satu. 3. Usaha meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid KP dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Penguasaan bahasa Melayu dapat mempengaruhi kemajuan pelajaran murid, seterusnya membantu kecemerlangan pendidikan mereka pada peringkat yang lebih tinggi. Selain memperkukuh penguasaan bahasa Melayu, murid juga dipupuk dengan semangat perpaduan, patriotisme dan nilai-nilai murni dalam diri mereka. 4 Perubahan dalam kurikulum KP selari dengan perubahan kurikulum di peringkat rendah dan menengah. Kurikulum baharu KP telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan Bil.1/2017 pada 8 Jun 2017 Kurikulum KP dilaksanakan bagi memastikan murid KP bersedia untuk mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Pelaksanaan KSKP menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). 5. KSKP hendaklah dilaksanakan melalui aktiviti dan komunikasi yang menyeronokkan bagi merangsang pembelajaran seperti inkuiri, modular, pembelgjaran berasaskan projek dan pembelajaran kontekstual, KSKP turut memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian masalah, dan kepimpinan. Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melibatkan kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai, dan mencipta yang bersesuaian dengan keupayaan dan pencapaian murid dinyatakan dalam DSKP secara eksplisit bagi semua mata pelajaran KP. TAFSIRAN 6. Kurikulum Standard Kelas Peralinan (KSKP) merupakan Kurikulum Kebangsaan yang dilaksanakan di semua kelas peralinan di sekolah menengah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 18 di bawah Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. TATACARA PELAKSANAAN t Pihak sekolah hendaklah menggunakan DSKP bagi semua mata pelajaran KSKP yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 8. Mata pelajaran dan peruntukan masa untuk pelaksanaan mata pelajaran KSKP adalah seperti di Lampiran 1. Waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mata pelajaran KSKP adalah mengikut minimum jam setahun. TARIKH KUAT KUASA 9 Surat pekeliling ikhtisas ini berkuat kuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 40. YBhg. Datuk/Datintuan/puan hendaklah = mengambil _tindakan memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan pengetua di_-—s bawah__pentadbiran YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” An (DATUK Dr. AMIN BIN SENIN) Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru merangkap Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sk. Menteri Pendidikan Malaysia Timbalan Menteri Pendidikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Pengarah Sektor Pengajian Tinggi Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Ketua Nazir Sekolah Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Penasihat Undang-undang Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Komunikasi Korporat Unit Komurikasi Korporat Lampiran 4 MATA PELAJARAN DAN PERUNTUKAN MASA. KURIKULUM STANDARD KELAS PERALIHAN MINIMUM JAM BIL. Mata Pelajaran ‘SETAHUN 1 [Bahasa Melayu 278 2, | Bahasa Inggeris 108 3. Bahasa Cina/Bahasa Tamil 86 4* | Amalan Bahasa Melayu 236 3, _| Pendidikan Seni Visual 32 6"* | Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan 64 «Panduan pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Melayu dan mata pelajaran Amalan Bahasa Melayu adalah seperti dalam Lampiran 2. **Panduan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan adalah seperti dalam Lampiran 3. A Lampiran 2 PELAKSANAAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU DAN AMALAN BAHASA MELAYU Peruntukan masa Peruntukan masa minimum bagi mata pelajaran: i, Bahasa Melayu adalah sebanyak 278 jam setahun. ii. Amalan Bahasa Melayu adalah sebanyak 236 jam setahun. Guru Bagi membolehkan matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu dan Amalan Bahasa Melayu Kelas Peralihan dapat dicapai serta memastikan murid dapat menguasai kemahiran berbahasa, perkara-perkara yang berikut periu dipatuhi: i. Mata pelajaran Bahasa Melayu hendaklah diajar oleh seorang guru bagi sesebuah kelas. ji, Mata pelajaran Amalan Bahasa Melayu hendaklah diajar oleh seorang guru bagi sesebuah kelas. Peruntukan Geran Per Kapita Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Amalan Bahasa Melayu menggunakan peruntukan geran per kapita seperti yang tertakluk dalam Pekeliling Perbendaharaan yang berkuat kuasa pada masa ini. Lampiran 3 PELAKSANAAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 1. Peruntukan masa i. Peruntukan masa minimum bagi PJPK adalah sebanyak 64 jam setahun. ii, | Agihan waktu minimum adalah seperti berikut: a. b. Pendidikan Jasmani (PJ): 48 jam setahun Pendidikan Kesihatan (PK): 16 jam setahun iii, Penyusunan jadual waktu bagi PJPK adalah seperti yang berikut: Peruntukan masa bagi mata pelajaran PJPK adalah 2 jam seminggu bagi sekolah menengah. Berdasarkan kandungan kurikulum dan peruntukan masa, PJ dipelajari 3 jam manakala PK dipelajari 1 jam bagi setiap 2 minggu. Penyusunan peruntukan masa bagi PJPK di bawah pelaksanaan KSKP adalah seperti dalam Jadual 1. Jadual 1: Contoh Penyusunan Sesi PdP bagi PJPK KSKP Hari Minggu Isnin Rabu 1 Pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani 2 Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan 3 Pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani 4 Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesinatan Waktu PJ hendaklah dilaksanakan berselang hari dalam seminggu. Tujuannya adalah supaya murid kerap bergerak aktif melakukan aktiviti fizikal bagi menepati amalan gaya hidup sihat berdasarkan prinsip kecergasan fizikal 2. 2 c. Bagi sekolah sesi pagi yang tidak mempunyai gimnasium atau dewan berbumbung, PdP PJ hendaklah diajar sebelum waktu rehat. Manakala sekolah sesi petang pula, mata pelajaran ini hendaklah diajar selepas jam 4 petang. Tujuannya bagi mengelakkan murid terdedah kepada cahaya matahariterik yang boleh menyebabkan kemalangan berpunca dari haba dan suhu persekitaran yang tinggi. Guru i. PJPK bagi sesebuah kelas hendaklah diajar oleh guru yang sama. ii, Guru PJPK yang opsyen, atau khas atau yang telah mendapat latihan khusus hendaklah diberi Keutamaan untuk mengajar mata pelajaran PJPK di Kelas Peralihan. Pakaian Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan i Pakaian Guru Memakai kemeja-T berkolar, seluar sukan panjang (Track-Bottom), kasut sukan dan berstoking ji, Pakaian Murid Memakai kemeja-T berkolar atau tidak berkolar, seluar sukan panjang (Track-Bottom), kasut sukan dan berstoking. iii, _Kelonggaran untuk memakai pakaian seperti di para (i) dan (ji) diberi kepada guru dan murid yang melaksanakan mata pelajaran PJPK sepanjang hari berkenaan termasuk semasa waktu perhimpunan. Keselamatan Murid Keselamatan murid semasa PdP PJPK adalah di bawah tanggungjawab guru. Guru perlu bertindak atas perkara-perkara berikut: i. Menjaga keselamatan murid semasa PdP PJPK di dalam dan di luar bilik darjah ii, Memastikan kawasan PdP PJPK hendaklah dalam keadaan yang baik dan terurus. Bertanggungjawab mengeluar, mengguna dan menyimpan peralatan ‘sukan walaupun boleh dibantu oleh murid. Bagi tujuan PdP PJPK juga, pihak sekolah hendaklah merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun 2016 bertarikh 24 Ogos 2016 Peruntukan Geran Per Kapita PJPK merupakan mata pelajaran yang mempunyai dua disiplin imu, Oleh yang demikian, mata pelajaran ini adalah menggunakan peruntukan PJ dan peruntukan PK bagi memenuhi keperluan kedue-dua disiplin tersebut.

You might also like