You are on page 1of 2

MAHIR RUMUSAN

e) Kemudian, calon diminta membaca petikan dengan teliti dan menggaris ayat-ayat yang
merupakan isi-isi penting berdasarkan kehendak soalan.  Nomborkan setiap isi yang telah
digaris.

f) Tidak semestinya setiap perenggan dalam petikan perlu diringkaskan kerana kadangkala isi-isi
dalam perenggan tertentu tiada kaitan dengan aspek yang ditanya.

g) Calon tidak perlu memasukkan keterangan, contoh, dan ayat yang diulang atau membawa
maksud yang sama dalam ringkasan.

h) Calon diminta menjawab dalam satu perenggan sahaja. Panjang ringkasan hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan. Ayat yang melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan tidak akan
diberi markah oleh pemeriksa

k) Calon perlu menggunakan sekurang-kurangnya dua penanda wacana yang sesuai untuk
menunjukkan kesinambungan ayat dalam ringkasan.

l) ganti perkataan sama maksud

m) AYAT SENDIRI

Ayat sendiri bermaksud ayat yang tidak disalin bulat-bulat daripada petikan dari mula hingga
akhir. Maksudnya ialah tiada perubahan perkataan, pengguguran atau penggantian perkataan
dibuat

Menggunakan ayat sendiri bukan bermaksud pelajar mesti melakukan perubahan seperti
pengguguran perkataan atau penggantian perkataan atau penukaran satu atau lebih perkataan
dengan perkataan lain yang difikirkan sesuai. Sebenarnya dalam jawaban ringkasan pelajar tidak
digalakkan menukarkan kata kunci jawaban kepada perkataan lain kerana hal ini mungkin akan
mengubah maksud asal pertikan dan sudah tentu akan menyusahkan guru atau pemeriksa.

Sehubungan dengan itu, untuk memantapkan ayat ringkasan lagi para pelajar hanya perlu
menambahkan penanda wacana dan kata hubung yang sesuai seperti berikut.

o) Calon tidak perlu mengemukakan idea atau pendapat sendiri

p) Pastikan calon menyemak ringkasan bagi mengesan kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda
baca. Penggunaan kata singkatan, iaitu dikira sebagai kesalahan tatabahasa

q) Setelah selesai, kira jumlah patah perkataan dalam ringkasan dan catatkan di sudut kanan (di
bawah baris akhir) ringkasan tersebut. Perkataan yang dikira sebagai satu patah perkataan dalam
ringkasan.

Nama Khas [ Kementerian Kesihatan


Tarikh [ 11 November 2010

Kata ganda [ bergotong-royong, alat-alat tulis]

Gantikan kata bilangan dengan penggandaan bagi menjimatkan jumlah perkataan.

Contohnya, para pelajar ( dua perkataan) ditulis sebagai pelajar-pelajar (satu perkataan)

Angka yang ditulis dalam perkataan [ dua ratus lima puluh]

Gelaran [jawatan [ Tun Datuk Profesor Dr. Wan Zahid]

Penanda wacana , kata majmuk yang dieja berasingan dan kata sendi masih dikira sebagai dua
perkataan. Contohnya, Selain itu ;Seperkara lagi ;Tambahan pula jalan raya surat khabar dan di
sekolah

Antara ___( kata kunci soalan) _______iaitu/termasuklah___ ________________(isi1)_______.


Selain itu,_____________(isi2)____________. Seterusnya,______________
(isi3)_____________. Seperkara lagi, __________(isi 4)___________________. Akhir
sekali,_____(isi 5) ____________.

Pemarkahan

a) Isi : 10 markah

-lima isi

-tidak melebihi 100 pp

Markah ditolak jika

-dua isi dalam satu ayat.

-Isi tidak lengkap

-isi yang dikemukakan dalam bentuk ayat tergantung iaitu ayat yang tanpa subjek.

Contoh: Selain itu, meningkatkan taraf hidup masyarakat.

You might also like