You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RAWA,

KAMPUNG PAYA RAWA,


06400 PENDANG KEDAH

MINIT MESYUARAT INDUK JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID


BIL.1 / TAHUN 2019

TARIKH: 8.30 pagi hingga 11.10 pagi


TEMPAT: Makmal Komputer, SKPR
PENGERUSI: Encik Abdullah bin Man ( Penolong Kanan HEM)

KEHADIRAN:

BIL. NAMA

1 Abdullah Bin Man


2 Sariah binti Tokijan
3 Allauwiyah Binti Jusoh
4 Che Roslan Bin Ismail
5 Faidzah Binti Haji Hussain
6 Ku Arshad bin Ku Abdullah
7 Mohd Aslan bin Kassim
8 Muhamad Akmal bin Zakaria
9 Muhammad Radzi bin Musa
10 Nasriah Binti Haji Jusoh
11 Nazriah Binti Abdul Hamid
12 Nor Laila binti Malik
13 Noor Hasliza binti Yazan
14 Rahibah binti Zakaria
15 Sakinah Binti Mohd Munir
16 Shahril Fitri bin Johari
17 Siti Masroh Binti Hashim @ Md Arshad
18 Siti Sarah binti Mohd Marzuki
19 Wan Nor Aiza Binti Wan Bakar
20 Zakiah Binti Abdul Gani
21 Zulhilmi Bin Mohamad

TIDAK HADIR BERSEBAB

1 Norwahida binti Din


2 Noriza binti Zainol Abidin
3 Mohd Shukri Bin Abdullah @ Awang
Urus Setia/ Setiausaha : Siti Sarah binti Mohd Marzuki

AGENDA I UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru dalam


mesyuarat Jawatankuasa HEM Bilangan 1 tahun 2011. Bagi mendapat
keberkatan,pengerusi meminta semua ahli mesyuarat untuk membaca ummul kitab.

2 Pengerusi juga menyatakan tujauan mesyuarat ini diadakan untuk memberikan


pencerahan dan maklumat untuk dilaksanakan oleh setiap unit yang terdapat dalam
jawatankuasa HEM dan mencari penyelesaian untuk mengurangkan masalah disiplin
dalam kalangan murid di SK Paya Rawa.

Tindakan : Makluman

AGENDA II UCAPA GURU BESAR

3 Puan Sariah mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Beliau juga
turut merakamkan rasa syukur kerana dapat berjumpa lagi dalam mesyuarat
pengurusan HEM.
4 Beliau juga berharap agar tahun 2019 akan berjalan dengan lancar dan setiap
AJK dapat menjalinkan kerjasama yang baik.
5 Pihak sekolah akan sedaya upaya mencari sumber untuk menggerakkan
program yang dirancang oleh unit HEM.
6 Tiga aspek yang menjadi keutamaan pihak sekolah ialah;
i. Ponteng
ii. Disiplin murid
iii. Memperkasakan tugas pengawas.
Tindakan : Makluman

AGENDA III PELANTIKAN AJK HEM 2019

7 AJK HEM yang dilantik adalah berdasarkan SKPMG2 muka surat 80.
8 Surat lantikan sudah diedarkan dan secara rasmi dilantik.
9 Pengerusi mengharapkan agar semua AJK dapat memenuhi dan melaksanakan
semua tugas yang telah diamanahkan mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan.

Tindakan : Makluman

AGENDA IV PENGURUSAN HEM 2019

10 Jawatankuasa Kantin
11 Tender baharu sudah dipilih dan memenuhi semua kriteria yang telah
ditetapkan. Tindakan : Makluman

12 Jawatankuasa RMT/PSS
13 Buku laporan harian sudah disiapkan.
14 Boleh mula digunakan pada hari pertama persekolahan.
15 Pemantauan kendiri perli diisi.
16 Jadual bertugas juga sudah disediakan.
17 Berkaitan dengan menu, AJK perlu berbincang semula dengan pengusaha
kantin. Tindakan : Makluman

18 Jawatankuasa Buku Teks


19 Pemilihan AJK dibuat oleh ketua sendiri
20 Nombor perolehan perlu disediakan sendiri oleh guru SPBT.
Tindakan : Makluman
21 Jawatankuasa Bimbingan Dan Kaunseling
22 Ujian Psikometrik dimasukkan ke dalam jadual peperiksaan.
23 Keputusan ujian psikometrik tidak boleh dihebahkan.
Tindakan : Makluman

24 Jawatankuasa Kesihatan Murid


25 Jadual suntikan sudah disediakan.

Tindakan : Makluman

26 AJK APDM
27 APDM diuruskan oleh pembantu tadbir dan pembantu operasi tetapi guru
masih perlu memantau pergerakan keluar masuk murid di dalam sistem.

Tindakan : Makluman
28 Jawatankuasa Ponteng Dan Keciciran.
29 Masalah ponteng dan keciciran sebelum ini diuruskan oleh Penolong Kanan
HEM.
30 Surat yang diedarkan kepada waris tidak pernah dibalas.
31 Ada juga waris yang tidak dapat dihubungi.

Tindakan : Makluman

32 Jawatankuasa 3K
33 Pelan kebakaran perlu disediakan.
34 Latihan kebakaran perlu diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Tindakan : Makluman

35 Jawatankuasa PPDa/ Sekolah Penyayang


36 Pemantau cemerlang.
37 Banner sekolah penyayang sudah disiapkan.
38 Ceramah anti dadah akan diadakan sebelum majlis tauliah badan berkhidmat
sekolah.

Tindakan : Makluman

39 Jawatankuasa Perhimpunan Sekolah


40 Perlu memantau disiplin murid sepanjang majlis.
41 Hari pertama persekolahan waktu PdPC bermula jam 7.50 pagi.
42 PA system sudah dinaiktaraf.
43 Guru dan murid mesti bersedia di tapak perhimpunan pada jam 7.30 pagi.
44 Guru mesti penuhkan kerusi dihadapan.
45 Encik Roslan dikecualikan daripada senarai guru bertugas kerana
menguruskan PA System.
Tindakan : Makluman

46 Jawatankuasa Kebajikan Dan Bantuan Murid.


47 Masih berbaki 50 unit beg sekolah untuk diedarkan kepada murid.
48 Cadangan Puan Zakiah: Edarkan beg berkenaan kepada pengawas yang
mempunyai beg yang lusuh.
Tindakan : Makluman

AGENDA V PERANCANGAN HEM 2019

49 Rujuk Carta Gantt Perancangan Strategik HEM 2019.


Tindakan : Makluman
AGENDA VI HAL-HAL LAIN

50 Puan Nasriah meminta tunjuk ajar daripada pihak pentadbiran untuk menguruskan
program PPDa.
51 Puan Nazriah memohon penambahan kerusi kayu untuk murid.

AGENDA IIIV UCAPAN PENANGGUHAN

52 Pengerusi mengingatkan bahawa unit-unit HEM mempunyai standard operasi yang


mesti dipatuhi terutamanya dalam isiukehadiran dan masalah ponteng.
53 Jika terdapat sebarang masalah berkaitan dengan hal ehwal murid guru-guru boleh
merujuk Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
54 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Tindakan : Makluman

Disediakan oleh : Disemak oleh ;

………………………….. …………………………………

(SITI SARAH BINTI MOHD MARZUKI) (ABDULLAH BIN MAN)


Setiusaha Penolong Kanan
Unit HEM, Hal Ehwal Murid
SK Paya Rawa . SK Paya Rawa

Disahkan Oleh,

……………………………

(SARIAH BINTI TOKIJAN)


Guru Besar
SK Paya Rawa

You might also like