You are on page 1of 30

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG LALANG,


33320 GERIK, PERAK.
ABA 7026

PROGRAM
Lima Minit Anti Dadah
(Setiap Hari Isnin Perhimpunan pagi)*

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………… ……………………………………….
(FAZROL HAFIZ B OTHMAN) (MOHD REZAL B SHUIB)

Disahkan oleh,

………………………………………
(SARIMA BINTI SARIFF)
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 1

Tajuk : Apa itu Dadah?

Sumber : http://panduanpercuma.info/info/5850/fakta-tentang-dadah-jenis-jenis-
dadah-dan-kesannya/

● Dadah atau “drug” adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu
yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia
berfungsi.
● Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental
dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan
ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus
bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah
menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.
● Ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotic” membantu menyembuhkan
anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis
dadah
rangsangan yang dikenali sebagai “caffeine”. Akan tetapi, dadah rangsangan
seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu,
masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini
tidak salah di sisi undang-undang.
● Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang
pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah
kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah
menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk
mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan
dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.
● Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan “ecstasy” diambil untuk
mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai “dadah
yang disalahguna”.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 2
Tajuk : Ciri-ciri dadah

Sumber : http://panduanpercuma.info/info/5850/fakta-tentang-dadah-jenis-
jenis-dadah-dan-kesanny a/

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti
berikut :

● Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
● Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
● Diperoleh secara haram
● Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya
tahan terhadap dadah
● Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi
sosial seseorang

Minggu : 3

Tajuk : Jenis-jenis dadah

Sumber : http://panduanpercuma.info/info/5850/fakta-tentang-dadah-jenis-
jenis-dadah-dan-kesanny a/

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

● Opiat dan Opiat sintetik


● Stimulan
● Ganja
● Halusinogen
● Depresen
● Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 4

Tajuk : Pergantungan kepada dadah

Sumber : http://ppdamgsklang.blogspot.my/2015/07/dadah-jenis-jenis-
kesannya.html

Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada Dadah


Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau
kedua-duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada
waktu-waktu tertentu. Dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan
secara kerap dan berterusan ialah:

1. Pergantungan secara fizikal


Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan dadah
dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan.
Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang
penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa tertentu.
Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit,
menggeletar dan sebagainya.

2. Pergantungan secara psikologikal


Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana penagih
mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara
normal serta mencapai ketenangan jiwa.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 5

Tajuk : Pergantungan kepada dadah

Sumber : http://ppdamgsklang.blogspot.my/2015/07/dadah-jenis-jenis-
kesannya.html

Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :


● Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian
mengatasi keperluan-keperluan hidup yang lain seperti makanan dan
minuman.
● Daya tahan meningkat.
● Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah
● Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi apabila
cuba mengurang atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.
● Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti
menggunakan untuk beberapa waktu.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 6

Tajuk : Agensi yang bertanggungjawab untuk membanteras penagihan


Dadah

1) Majlis Dadah Kebangsaan


Menggubal dan menentukan pelaksanaan dasar dadah negara berhubung dengan
pencegahan, penguatkuasaan, pemulihan dan kerjasama antarabangsa.
Memantau ( monitoring ) semua aktiviti dan rancangan yang berkaitan dengan
pengawalan dan pencegahan dadah.

2) Agensi Dadah Kebangsaan


 Melaksanakan program pencegahan
 Melaksanakan program rawatan dan pemulihan
 Meningkatkan sistem pengumpulan maklumat mengenai dadah serta
membuat penilaian akan keberkesanan program anti dadah Negara
 Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa dengan lebih
aktif lagi dalam usaha memerangi masalah dadah.
 Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan

3) Persatuan Mencegah Dadah Malaysia ( PEMADAM )


Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 7
Tajuk : Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah

Sumber : http://smktt.tripod.com/Agensi%20Menentang%20Dadah.html

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :


a) Jenis dadah
Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia
merosakkannya
(contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau merosak
dan
merangsangkan (contohnya ganja).
b) Jumlah digunakan
Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil
heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos
besar yang mana akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut. c) Cara
penggunaannya

Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (samada ditelan, disuntik, dihidu,

dihisap atau diguna bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan mengguna. d)

Keadaan individu

Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan,
pengalaman penggunaan dadah & aktiviti penagih
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 8

Tajuk : Keburukan Rokok Elektronik

Sumber : http://jerryjournal.com/kebaikan-dan-keburukan-rokok-
elektronik/html

Keburukan Rokok Elektronik untuk:-

Pelaburan awal yang seseorang perlu membuat satu kit rokok elektronik ini cukup

tinggi.

Rokok Elektronik masih tidak diluluskan oleh FDA (kami Pentadbiran makanan dan dadah)

Rokok Elektronik adalah diharamkan di banyak negara. Antaranya, Thailand, Singapura,

Finland

Menggalakkan tabiat merokok.


Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 9

Tajuk : Rokok elektronik dan VAPE

Sumber : http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/vape.php

Definisi Rokok Elektronik dan Vape?


Kementerian Kesihatan mendefinisikan peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah
dirujuk sebagai 'rokok elektronik' (eCig), sementara yang tidak mengandungi nikotin, adalah
dirujuk sebagai Vape.
Komponen utama Rokok Elektronik dan Vape adalah
1. Bateri
2. Atomiser
3. Katrij
Kandungan utama Rokok Elektronik*
1. Nikotin
2. Propylene Glycol
3. Vegetable Glycerin
4. Bahan Perisa dan
pewarna Kandungan utama
Vape*
1. Propylene Glycol
2. Vegetable Glycerin
3. Bahan Perisa dan pewarna

*Walaupun vape didakwa tidak mengandungi nikotin, namun cecair "refill" yang dijual
berkemungkinan besar masih mengandungi nikotin. Begitu juga cecair refill rokok
elektronik, telah dilaporkan ditambah dadah atau bahan-bahan terlarang berbahaya
yang lain.*
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 10

Tajuk : Bahaya Vape

Sumber : http://www.duniainformasikesehatan.com/2016/09/bahaya-vape-
yang-perlu-anda-ketahui.html

1) Menyebabkan ketagihan

Nikotin yang disedut menyebabkan adrenalin dan tekanan darah meningkat dan
boleh menyebabkan ketagihan.

2) Keracunan

Terdapat kemungkinan seseorang itu keracunan kerana kandungan vape yang digunakan.

3) Bahaya terhadap sistem pernafasan

Boleh menyebabkan sesak nafas dan mengundang penyakit pernafasan seperti bronkitis,
batuk, asthma dan pnemonia.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 11

Tajuk : Kesan Alkohol kepada manusia

Sumber : https://musafircyber.blogspot.my/2012/10/kesan-alkohol-terhadap-
kesihatan.html
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 12

Tajuk : Efek Alkohol terhadap koordinasi badan

Sumber :
http://onelearningsolution.blogspot.my/2015/06/29-kesan-pengambilan-alkohol-
berlebihan.
html

Kesan Pengambilan Alkohol Berlebihan terhadap Koordinasi Badan

■ Minuman beralkohol

► Mengandungi etanol (sejenis alkohol)

► Dihasilkan dari fermentasi glukosa oleh yis melalui penapaian


■ Kesan Pengambilan Alkohol Berlebihan terhadap Koordinasi Badan

► Boleh merosakkan sel-sel hati, mengurangkan pengeluaran hempedu,


menyebabkan sirosis hati dan hepatitis.

► Melambatkan kadar penghantaran impuls saraf dan memberi kesan kepada


sistem saraf pusat.

► Dalam kes-kes yang teruk, penggunaan berterusan alkohol boleh


menyebabkan kematian.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 13

Tajuk : Kesan sosial akibat pengambilan alkohol

Sumber :
http://pendidikankesihatanremaja.blogspot.my/p/pendidikan-pencegahan-
alkohol.html

i) Orang yang minum minuman yang beralkohol tidak dapat memberi perhatian dan
tumpuan kepada anak-anak sehingga mengabaikan kebajikan dan pendidikan mereka.

ii) Mereka sering hilang pertimbangan dan sanggup mendera ahli keluarga terutama
wanita dan kanak-kanak secara fizikal dan mental.

iii) Mereka juga lupa maruah diri dan keluarga sehingga ada yang terjebak melakukan
sumbang muhrim.

iv) Keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga tidak dapat dinikmati dan akhirnya
berlaku penceraian.

v) Semasa mabuk, mereka tidak boleh mengawal tingkah laku secara rasional sehingga
terjerumus melakukan jenayah di luar rumah.

vi) Ada pula yang tidak dapat menghadapi tekanan hidup dan cuba menyelesaikan
masalah dengan cara membunuh diri.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 14

Tajuk : Kesan ekonomi akibat pengambilan alkohol

Sumber :
http://pendidikankesihatanremaja.blogspot.my/p/pendidikan-pencegahan-
alkohol.html

Penagihan alkohol menyebabkan badan penagih menjadi lemah dan hilang tumpuan.
Individu yang terlibat dengan ketagihan alkohol kurang berminat untuk bekerja, sering kali
cuai dalam menjalankan tugas dan kerapkali terlibat dalam kemalangan di tempat kerja.
Akibat dari keadaan ini majikan akan mengalami kerugian kerana pekerja tidak dapat lagi
menghasilkan produktiviti seperti yang diharapkan.

Kerugian ini bukan sahaja dialami oleh majikan tetapi juga kepada pekerja sendiri di mana
dia akan kehilangan pekerjaan dan keluarga pekerja akhirnya akan meghadapi masalah
ekonomi yang serius.

Minggu : 15
Tajuk : faktor-faktor persekitaran yang dapat menjurus ke arah tingkah
laku pengambilan alkohol
Sumber :
http://pendidikankesihatanremaja.blogspot.my/p/pendidikan-pencegahan-
alkohol.html

Di antara faktor-faktor yang dapat menjurus ke arah tingkah laku pengambilan alkohol
termasuk:

i. Mudah diperolehi :

Fenomena penjualan alkohol di berbagai kemudahan (outlet) saperti di kedai runcit, kedai
kopi.

pasar raya dan lain-lain lagi memudahkan kaum remaja memperolehi minuman beralkohol
ini. Tambahan pula tiada undang-undang semasa yang melarang kaum remaja bukan Islam
dari membeli minuman beralkohol.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

ii. Harga yang murah

Walau pun cukai atau duti impot ke atas minuman beralkohol ditingkatkan dari tahun ke
tahun, namun harga minuman ini masih mampu dibeli oleh kebanyakan rakyat negara ini
khususnya remaja, terutamanya minuman bir, samsu dan todi.

iii. Pengiklanan

Iklan minuman beralkohol sering didapati di surat khabar, majalah, pawagam, dan lain-lain
media yang memaparkan keghairahan dan kecanggihan gaya hidup yang dikaitkan dengan
pengambilan minuman beralkohol. Sebagai contoh imej kedewasaan dan kejayaan yang
didakyahkan dalam iklan-iklan memberi kesan ke atas kaum remaja untuk mengambil
minuman beralkohol.

iv. Penguatkuasaan undang-undang

Terdapat undang-undang yang berkaitan dengan penjualan dan penggunaan minuman


keras / alkohol, antaranya adalah:

–Akta Pengangkutan Jalanraya (Road Transport Act) 1996:

· pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk yang ditangkap bagi kali pertama
akan didenda sebanyak RM2000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-dua sekali/ lesennya
akan digantung selama setahun

· Kesalahan berikutnya didenda RM4000.00/penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali.

· Jika menyebabkan kematian boleh dihukum penjara 3 - 10 tahun dan boleh didenda
tidak kurang RM8000.00 - RM20,000.00.

· Akta Pembasmian Samsu Haram (Eradication of Illicit Samsu Act), 1976

· Peruntukan ini menumpukan kepada kaedah penyediaan dan pengedaran minuman


samsu.

· Akta Makanan (Food Act)1983

· Menghalang penjualan minuman beralkohol kepada kanak-kanak/remaja di bawah 18


tahun.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 16
Tajuk : Faktor-faktor sosial yang dapat menjurus ke arah tingkah
laku pengambilan alkohol
Sumber :
http://pendidikankesihatanremaja.blogspot.my/p/pendidikan-pencegahan-
alkohol.html

Faktor-faktor Sosial

i. Pengaruh rakan sebaya

Kebanyakan masa keremajaan dihabiskan bersama rakan-rakan sebaya. Pergaulan yang


bebas ini boleh mendorong kaum remaja untuk mencuba sesuatu dalam kumpulan seperti
pengambilan alkohol, rokok, dadah, dan pelbagai tingkah laku devian, yang boleh
memudaratkan mereka. Melalu cara ini ramai remaja terperangkap dalam gejala sosial ini
ekoran dari tekanan rakan sebaya yang sukar untuk ditangkis.

ii. Mencontohi ibu, bapa dan ahli keluarga

Sesetengah keluarga memberi teladan yang negatif terhadap remaja. Kemungkinan ibu
bapa atau ahli keluarga menagih alkohol dan ini akan memberi kesan yang amat mendalam
serta mempengaruhi remaja untuk mengamalkan tabiat ini.

iii. Mencontohi Idola

Kebanyakan remaja mempunyai idola saperti penyanyi pop dan artis yang akan menjadi
tauladan atau ikutan mereka. Jika sekiranya idola ini suka mengambil alkohol ia akan
menjadi ikutan dan mendorong para remaja tersebut untuk mengambil alkohol.

iv. Budaya

Sesetengah budaya menganggap pengambilan alkohol sebagai perkara biasa serta


dihidangkan dengan meluas pada majlis-majlis keramaian. Oleh itu kaum remaja daripada
golongan tersebut menganggap tabiat mengambil alkohol bukanlah sesuatu larangan dalam
masyarakat mereka. Senario seperti ini mungkin memerangkapkan remaja ke kancah
pengambilan alkohol dan terus bergantung kepada alkohol.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 17
Tajuk : Faktor-faktor genetik yang dapat menjurus ke arah tingkah
laku pengambilan alkohol
Sumber :
http://pendidikankesihatanremaja.blogspot.my/p/pendidikan-pencegahan-
alkohol.html

Iaitu merangkumi faktor genetik, jantina, ciri-ciri personaliti dan ethnik.

i. Genetik

Individu dari keluarga yang mempunyai sejarah pengambilan alkohol mempunyai


kecenderungan yang lebih tinggi untuk mengambil alkohol sebelum mereka mencapai umur
20 tahun. Faktor genetik menyumbang kepada tabiat pengambilan alkohol di kalangan
kedua-dua jantina ini. Menurut satu kajian, kebanyakan wanita yang menagih alkohol
mempunyai ibu bapa yang ketagihan alkohol.

ii. Jantina

Secara global kebanyakan penagih alkohol terdiri daripada kaum lelaki, walau bagaimana
pun tren pengambilan alkohol di kalangan wanita telah meningkat sejak 30 tahun
kebelakangan ini. Kaum wanita mempunyai kecenderungan untuk menjadi penagih alkohol
pada peringkat umur yang lebih tua berbanding dengan lelaki.

iii. Ethnik

Di Amerika Syarikat, rakyat Amerika asli dan mereka dari keturunan Irish, mempunyai risiko
yang lebih tinggi untuk menagih alkohol berbanding dengan rakyat Amerika keturunan
Yahudi dan Asia. Di Malaysia, masalah pengambilan alkohol lebih ketara di kalangan kaum
India berbanding dengan kaum-kaum yang lain.

iv. Ciri-ciri Personaliti dan masalah psikiatri:

Kajian-kajian menunjukkan bahawa pengambilan alkohol berkait rapat dengan tingkah laku
yang impulsif, mudah terangsang (excitable) dan suka mencari keseronokan. Mereka yang
mempunyai tingkah laku kurang upaya menumpukan perhatian (attention deficit
hyperactivity disorder) juga menambahkan risiko ke arah penagihan alkohol.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 18

Tajuk : Cara Mengelakkan diri dari terjebak dengan penagihan alkohol

Sumber :
http://pendidikankesihatanremaja.blogspot.my/p/pendidikan-pencegahan-
alkohol.html

Melibatkan diri dengan aktiviti sosial yang berfaedah

Kegiatan seperti Rakan Muda, Prostar dan berpersatuan membantu remaja menghindarkan
dirpada dari alkohol.

Komunikasi berkesan bersama keluarga

Gunakanlah masa yang ada untuk membincangkan sebarang masalah bersama keluarga.

Patuhi ajaran agama

Kebanyakan agama melarang penganutnya daripada mengambil alkohol. Anda boleh


mengelakkan pengambilan alkohol dengan meningkatkan kefahaman agama dan
mengamalkan tuntutan agama.

Mengatasi tekanan

Belajar menenangkan fikiran semasa menghadapi tekanan. Dapatkan bantuan daripada


kaunselor jika perlu terutamanya untuk masalah yang tidak dapat diatasi.

Disiplin diri

Menghindarkan diri dari majlis atau tempat-tempat yang menyediakan alkohol.


Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 19

Tajuk : Bahaya Ketum

Sumber :
http://krulnuox.blogspot.my/2013/02/kesan-dan-akibat-minum-air-daun-ketum.html

Untuk makluman semua, Nama lain bagi pokok ini adalah Kratom, Kakuam, Ithang,
Biakatau Thom.

KESAN DAN BAHAYA JIKA MINUM BERLEBIHAN SETIAP HARI

Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah

● susut berat badan


● insomnia
● anoreksia
● bibir menjadi kering
● sembelit atau kesukaran membuang air besar.
● kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya

Kesan-kesan penyingkiran (withdrawal)

● Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair


● sengal-sengal sendi
● mudah marah
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 20

Tajuk : Risiko ketagihan ketum

Sumber :
http://krulnuox.blogspot.my/2013/02/kesan-dan-akibat-minum-air-daun-ketum.html

Risiko

• Tertidur semasa melakukan kerja berbahaya sebab pengguna akan Mengantuk dengan
tiba-tiba tanpa amaran

• Ketagih jika menggunakan setiap hari atau untuk jangka masa yang panjang jika
diambil bersama lain-lain drug seperti yohimbin, kokain, amfetamin,

• Dos besar kafein – kesan perangsang berlebihan atau peningkatan tekanan darah

• Jika diambil bersama alkohol, benzodiazepin, opiat – kesan sedatif berlebihan atau
menindas pernafasan dan boleh menyebabkan kematian
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 21

Tajuk : 10 cara mengatasi masalah ketagihan ganja dan ketum

Sumber :
http://jerryjournal.com/rawatan-untuk-ketagihan-ganja-top-10-cara-untuk-membantu-
an
da-mengatasi-ketagihan-ganja/

10 cara untuk membantu anda mengatasi ketagihan ganja

Ketagihan kepada sesuatu yang boleh menjadi sukar untuk mengatasi, seperti minda dan
badan anda akan menjadi keinginan untuk ia sehingga berjaya. Jika anda ketagih ganja
digunakan, atau anda telah pada lazimnya menggunakan dadah tanpa walaupun
mengetahui bahawa anda akan ketagih padanya, dan anda ingin meletakkan akhir itu,
berikut adalah antara top 10 idea yang boleh membantu anda dalam mencari rawatan bagi
ketagihan ganja.
1. Membuat keputusan yang anda mahu untuk menghilangkan ketagihan. Kejayaan
dalam mengatasi ketagihan pertama datang dari diri sendiri. Jika anda tidak cukup
berazam untuk benar-benar menghilangkan ini
2. Dapatkan sokongan daripada rakan atau ahli keluarga yang bersedia untuk memahami
apa yang anda akan melalui dan apa yang anda akan pergi mengatasi ketagihan.
Kumpulan sokongan boleh membantu banyak dalam membantu anda bersaing dengan
matlamat anda dan berjaya dalam rawatan penagihan ganja.
3. Melakukan beberapa perubahan dalam rutin biasa anda dan gaya hidup anda. Salah satu
langkah-langkah pertama yang boleh membantu anda membuat satu permulaan yang baik
dalam melawan ketagihan itu adalah untuk membuat beberapa perubahan dalam gaya
hidup anda. Anda mungkin mahu mengelakkan minum beria-ia dan pihak-pihak yang boleh
membawa anda kepada penggunaan ganja.
4. Letakkan kaki tiap-tiap sesuatu yang mengingatkan anda tentang penggunaan ganja.
Jika anda Merokok, anda juga boleh cuba untuk berhenti merokok serta untuk
mengelakkan godaan penggunaan ganja.
5. Menjauhkan diri dari orang-orang yang mempengaruhi anda untuk menggunakan
ganja. Berhenti melepak dengan kawan-kawan yang juga menggunakan dadah. Dengan
cara ini, anda boleh melupakan ganja.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 22

Tajuk : 10 cara mengatasi masalah ketagihan ganja dan ketum

Sumber :
http://jerryjournal.com/rawatan-untuk-ketagihan-ganja-top-10-cara-untuk-membantu-
an
da-mengatasi-ketagihan-ganja/

6. Mencari cara bagaimana untuk menguruskan tekanan dalam kehidupan seharian anda.
Untuk mengelakkan tekanan dan masalah dalam hidup anda yang sering menjadi faktor
yang menolak satu tawaran bagi ganja, belajar beberapa teknik untuk juga mengatasi
tekanan dan masalah dalam hidup anda. Bersenam, bermeditasi atau mudah pergi untuk
percutian yang tenang.
7. Mendapatkan bantuan daripada seorang hypnotherapist. Hipnoterapi adalah
rawatan pelengkap yang baik bagi penagihan ganja. Anda juga boleh mendapatkan
CD self-hypnosis yang akan membantu anda mengamalkan hypnosis dan kosongkan
fikiran anda dari fikiran menggoda ramai mengenai penggunaan ganja.
8. Cuba terapi tingkah laku kognitif daripada ahli terapi profesional. Salah satu teknik yang
berkesan dalam mengatasi ketagihan arak, fobia, ketakutan dan kebimbangan serta
ketagihan adalah behavioral terapi kognitif. Ini akan membantu anda memahami anda
ketagihan yang lebih baik supaya dapat membantu anda menghilangkan ia cepat, dan ini
juga akan membantu anda belajar kemahiran daya tindak yang berguna dalam menangani
cabaran hidup tanpa restart penggunaan ganja.
9. Mengamalkan teknik relaksasi. Salah satu cara yang mudah untuk mula membuat
beberapa perubahan dalam hidup anda adalah untuk mencari teknik relaksasi yang akan
membantu anda menampung kesukaran hidup dan membantu anda menghilangkan
kebimbangan serta.
10. Mencari perkara-perkara baru yang boleh membantu anda mengisi sendiri. Belajar
sesuatu sukan yang baru atau kepentingan. Mengalihkan perhatian anda kepada
perkara-perkara yang produktif yang anda boleh menikmati dalam masa lapang anda.
Sukan baru, hobi baru atau kawan-kawan baru boleh menjadi satu permulaan yang baik
dalam membuat perubahan yang lebih baik.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 23

Tajuk : Pengenalan kepada inhalan

Sumber : http://ppdasamdorani.blogspot.my/2012/12/apa-itu-inhalan.html
Pengenalan
Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada
pelarut organik dan bahan meruap. Ia juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan
yang mudah meruap dan dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau
merangsangkan perubahan minda.

Jenis-jenis Inhalan

● Pelarut/Cecair
Cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam dan dakwat pen.

● Bahan Gas
Pemetik api, gas peti sejuk, klorofom, haloten dan nitrous oksida.

● Aerosol
Pemetik api, pewangi, penyembur rambut dan penyembur pelindung fabrik.

● Bahan Nitrit
Climax, poppers, rush, locker room.

Cara Penggunaan
Menghidu
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 24

Tajuk : Ciri-ciri penagih inhalan dan kesan inhalan terhadap


kehidupan manusia

Sumber : http://ppdasamdorani.blogspot.my/2012/12/apa-itu-inhalan.html
Ciri-ciri Penagih Inhalan
Pertuturan kurang jelas, mata berair dan merah, hidung berair, bau nafas yang pelik, bahan
kimia pada pakaian dan penampilan seperti orang mabuk atau pening.

Kesan / Akibat
● Serta-merta
Berhalusinasi, rasa mual dan pening, nafas tidak sekata, emosi tidak stabil, kehilangan
deria sakit, fizikal tidak seimbang serta tidak mampu berdiri.

● Jangka panjang
Kerosakan sel-sel otak (hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, kekeliruan,
kemurungan), oksigen dalam darah berkurangan, gangguan penglihatan/buta, kerosakan
organ utama badan (paru-paru, hati, ginjal, darah dan sum-sum tulang), boleh
mengakibatkan kegagalan jantung berfungsi dan kematian mengejut.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 25

Tajuk : Pengenalan kepada HIV/ AIDS

Sumber :
http://myidheanet.blogspot.my/2015/03/bahaya-hiv-aids-di-kalangan-pelajar.html

HIV adalah singkatan dari Human Immunodficiency Virus yang dapat menyebabkan AIDS
dengan cara menyerang sel darah putih yang bernama sel CD4, sehingga dapat merusak
system kekebalan tubuh manusia yang pada akhirnya tidak dapat bertahan dari gangguan
penyakit walaupun yang sangat ringan sekalipun.

Sedangkan AIDS merupakan singkatan dari Acquired Imunne Deficiency Syndrome


yang merupakan dampak atau efek dari perkembangbiakan virus HIV dalam tubuh makhluk
hidup. Penyebab dari penyakit AIDS adalah adanya infeksi virus HIV.

Oarang yang telah mengidap virus AIDS akan menjadi pembawa dan penular AIDS
selama hidupnya, walaupun tidak merasa sakit dan tampak sehat. AIDS juga dikatakan
penyakit yang berbahaya karena sampai saat ini belum ada obat atau vaksin yang bisa
mencegah virus AIDS. Selain itu orang terinfeksi virus AIDS akan merasakan tekanan
mental dan penderitaan batin karena sebagian besar orang di sekitarnya akan mengucilkan
atau menjauhinya. Dan penderitaan itu akan bertambah lagi akibat tingginya biaya
pengobatan. Bahaya AIDS yang lain adalah menurunnya sistim kekebalan tubuh. Sehingga
serangan penyakit yang biasanya tidak berbahaya pun akan menyebabkan sakit atau
bahkan meninggal.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 26

Tajuk : Gejala-gejala AIDS dan penyebab

Sumber :
http://myidheanet.blogspot.my/2015/03/bahaya-hiv-aids-di-kalangan-pelajar.html

Sejak pertama seseorang terinfeksi virus HIV, maka virus tersebut akan hidup dalam
tubuhnya, tetapi orang tersebut tidak menunjukkan gejala penyakit namun terlihat betapa
sehat, aktif, produktif seperti biasa. Karena gejala-gejala AIDS tampak setelah + 3 bulan.
Adapun gejala-gejala AIDS itu sendiri adalah :

● Berat badan turun dengan drastis.


● Demam yang berkepanjangan(lebih dari 38 0C)
● Pembesaran kelenjar (dileher), diketiak, dan lipatan paha)yang timbul tanpa sebab.
● Mencret atau diare yang berkepanjangan.
● Timbulnya bercak-bercak merah kebiruan pada kulit (Kanker kulit atau KAPOSI
SARKOM).
● Sesak nafas dan batuk yang berkepanjangan.
● Sariawan yang tidak sembuh-sembuh.
● Pembesaran kelenjar secara menyeluruh di leher dan lipatan paha.
● Nyeri di perut bagian bawah (wanita), buah pelir (laki-laki), serta pantat dan kaki.
Namun pada wanita seringkali gejala ini tidak dirasakan, walaupun sebenarnya
sudah terkena virus HIV

Semua itu adalah gejala-gejala yang dapat kita lihat pada penderita AIDS, yang lama-
kelamaan akan berakhir dengan kematian.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 27

Tajuk : Siapa yang berisiko untuk AIDS?

Sumber :
http://myidheanet.blogspot.my/2015/03/bahaya-hiv-aids-di-kalangan-pelajar.html

Penyakit AIDS dapat diderita oleh siapa saja, dan dari kalangan umur berapapun. Namun,
kelompok yang paling beresiko tinggi tertular AIDS, yaitu:

● Mereka yang sering melakukanhubungan seksual diluar nikah, seperti wanita dan
pria tuna susila dan pelanggannya.
● Mereka yang mempunyai bayak pasangan seksual misalnya : Homo seks (
melakukan hubungan dengan sesama laki-laki ), Biseks ( melakukan hubungan
seksual dengan sesama wanita ), Waria dan mucikari.
● Penerima transfusi darah
● Bayi yang dilahirkan dari Ibu yang mengidap virus AIDS.
● Pecandu narkotika suntikan.
● Pasangan dari pengidap AIDS
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 28

Tajuk : Penularan AIDS

Sumber :
http://myidheanet.blogspot.my/2015/03/bahaya-hiv-aids-di-kalangan-pelajar.html

AIDS dapat ditularkan melalui cara-cara berikut :

● Melakukan hubungan seksual dengan seseorang yang mengidap HIV.


● Transfusi darah yang mengandung virus HIV.
● Melalui alat suntik, akupuntur, tato, dan alat tindik yang sudah di pakai orang yang
mengidap virus AIDS.
● Hubungan pranatal, yaitu pemindahan virus dari ibu hamil yang mengidap virus
AIDS kepada janin yang dikandungnya.
● Melalui air susu ibu/ ASI yang diminum.
● Melalui darah yang terinfeksi virus HIV dan mengenai kulit yang terluka.
● Melalui sperma pada pria dan cairan vagina pada wanita.

Kita tidak usah terlalu mengucilkan atau menjauhi penderita AIDS, kita harus selalu
mendukung para penderita AIDS bukan menjauhinya, karena AIDS tidak akan menular
dengan cara – cara seperti di bawah ini :

● Hidup serumah dengan penderita AIDS ( asal tidak mengadakan hubungan seksual)
● Bersenggolan atau berjabat tangan dengan penderita.
● Bersentuhan dengan pakaian dan lain-lain barang bekas penderita AIDS.
● Makan dan minum.
● Gigitan nyamuk dan serangga lain.
● Sama-sama berenang di kolam renang.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 29

Tajuk : Cara Pencegahan AIDS

Sumber :
http://myidheanet.blogspot.my/2015/03/bahaya-hiv-aids-di-kalangan-pelajar.html

● Hindarkan hubungan seksual diluar nikah. Usahakan hanya berhubungan dengan


satu orang pasangan seksual, tidak berhubungan dengan orang lain.
● Pergunakan kondom bagi resiko tinggi apabila melakukan hubungan seksual.
● Ibu yang darahnya telah diperiksa dan ternyata mengandung virus, hendaknya
jangan hamil. Karena akan memindahkan virus AIDS pada janinnya.
● Kelompok resiko tinggi di anjurkan untuk menjadi donor darah.
● Penggunaan jarum suntik dan alat lainnya ( akupuntur, tato, tindik ) harus dijamin
sterilisasinya.
● Jangan melakukan hubungan seksual dengan pasangan yang anda tidak ketahui
kondisi kesehatannya.
● Hindari mabuk-mabukan dan narkotika yang membuat anda lupa diri.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 30

Tajuk : Kesan buruk merokok

Sumber :
https://www.scribd.com/doc/71023088/Kesan-Buruk-Merokok-Terhadap-Individu-Dan-
M
asyarakat

1.Menjejaskan Kesihatan
–Mendatangkan pelbagai penyakit seperti barah otak, barah paru-paru, sesak
nafas dansebagainya - telah terbukti melalui kajian saintifik oleh pakar -
perokok yang mengalamimasalah ini, hanya menunggu maut.

2. Menjejaskan Ekonomi Keluarga


–Memerlukan perbelanjaan yang besar akibat kenaikan harga
–sepatutnya wangdisalurkan untuk perbelanjaan keluarga atau simpanan hari tua -
simpanan berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit.

3. Mencemarkan Alam Sekitar


–Asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tetapi mencemarkan
udarasekeliling –meninggalkan kesan negatif kepada individu yang menghidu bau
rokok -menjadikan rakan tidak selesa apabila terhidu bau asap rokok.

4. Menjejaskan Keterampilan Diri


–Kesan asap rokok menyebabkan gigi kuning, nafas
berbau –penampilan diri akan terjejas
- pandangan negatif daripada masyarakat yang menghargai kesihatan diri.

You might also like