You are on page 1of 2

ANALISIS SOALAN PERTAMA : JENIS AKTIVITI

Rumusan Individu

Melalui rajah yang telah dikaji iaitu Jenis aktiviti Riadah ( pemilihan sukan) bagi pelatih PPISMP Ipg
Kampus Kent, pemilihan terbanyak riadah sukan yang digemari oleh pelatih adalah badminton
kerana badminton merupakan suatu sukan yang boleh dimainkan secara universal (Amran Lee,
2007). Hal ini disebabkan badminton tidak tertumpu sama ada melibatkan sukan badminton
tersebut adalah sesuai bagi lelaki atau wanita sahaja. Sukan badminton boleh dimainkan sama ada
lelaki atau wanita menunjukkan permainan ini digemari lagi oleh para pelatih. Berbeza halnya jika
kita bandingkan permainan badminton tersebut kepada sukan Bola jaring di mana sukan ini tertuju
kepada kelompok wanita sahaja yang terhad untuk memainkannya dan tidak sesuai dimainkan oleh
lelaki. Menurut Amran Lee (2007) juga perempuan lebih cenderung kepada permainan yang berada
di dalam dewan kerana sukan yang berada di luar tidak diminati oleh golongan mereka. Dan
sebaliknya lelaki juga lebih cenderung kepada sukan yang berada di dalam dewan namun
disebabkan oleh factor persekitaran iaitu lelaki kebanyakannya memainkan sukan di luar dewan
contoh seperti bola sepak yang dimainkan di padang. Oleh yang demikian, sukan bola jarring tidak
mendapat sambutan bagi pelajar PPISMP ambilan Jun kerana sukan tersebut hanya tertumpu
kepada satu kelompok sahaja iaitu perempuan. Sebagai konklusinya, pemilihan jenis aktiviti
mempengaruhi jantina seseorang iaitu perempuan lebih tertumpu kepada permainan yang di dalam
dewan di lelaki lebih tertumpu kepada di dalam mahupun luar dewan.

ANALISIS SOALAN KEDUA

Rumusan Individu

Melalui rajah yang telah ditafsir menunjukkan bahawa lelaki lebih cenderung dalam melakukan
aktiviti lebih lama berbanding dengan wanita. Hal ini perlu diperhatikan dengan teliti kerana tenaga
lelaki lebih 2 kali ganda berbanding dengan wanita (Mohd Sofian,2002) . Oleh yang demikian ,
seorang lelaki itu tidaklah hairan jika lebih berminat untuk melakukan aktiviti lebih banyak
berbanding dengan perempuan. Namun terdapat juga pelatih perempuan yang melakukan aktiviti
riadah dalam 4 kali seminggu. Kebarangkalian bagi 2 orang individu tersebut adalah terdiri daripada
individu yang aktif dalam sukan dan mungkin juga seorang atlet. Manakala Kesimpulannya, hal ini
perlulah lebih diperbaiki dalam merangka menjadikan Kampus Kent sebagai sebuah Kampus yang
memiliki budaya yang hidup sihat..

ANALISIS SOALAN KETIGA


Rumusan Individu

Melalui rajah yang telah ditafsir di atas menunjukkan dengan lebih teliti bahawa pelatih PPISMP
Ambilan Jun 2018 lebih cenderung dalam melakukan aktiviti selama 30 minit dalam setiap sesi
aktiviti riadah mereka. Dalam aktiviti selama 30 minit tersebut terdiri daripada lebih ramai pelatih
wanita kerana seperti yang telah dihuraikan dalam Rumusan Individu soalan 2 tadi menunjukkan
perempuan lebih cenderung untuk melakukan aktiviti kurang sedikit bebannya jika dibandingkan
dengan lelaki. Terdapat juga dari kalangan pelatih perempuan yang boleh melakukan 120 Minit
dalam setiap sesi riadah mereka menunjukkan bahawa tidak mustahil juga bagi seseorang
perempuan itu untuk melakukan aktviti selama waktu tersebut. Aktiviti yang dilakukan selama 120
minit tersebut adalah seperti Bola Sepak bagi pelatih lelaki manakala sukan bola jaring bagi pelatih
wanita. Hal ini demikian kerana menurut Dzulkifli (2004) , sukan seperti bola sepak dan bola jaring
dan bola sepak hanyalah memerlukan tenaga anaerobik alaktik iaitu tenaga yang berada di tahap
kedua dari tiga tenaga yang diperlukan membolehkan individu dapat melakukan aktiviti tersebut
dalam tempoh masa yang lebih panjang

You might also like