You are on page 1of 13

Terma & Syarat Kad AFFIN ISLAMIC Debit MasterCard

PERJANJIAN AHLI KAD

Ahli Kad dengan tidak boleh dibatalkan dan tanpa syarat, bersetuju terhadap terma-terma dan syarat-syarat berikut
sebagai balasan di atas persetujuan Affin Islamic Bank Berhad (709506-V) (kemudian dari ini dirujuk sebagai 'pihak
Bank') untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh pihak Bank kepada Ahli Kad.

Terma dan syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama secara keseluruhan dengan terma dan syarat Am Akaun
pihak Bank dan mana-mana terma dan syarat Akaun yang berkaitan, dan juga garis panduan dan peraturan-
peraturan lain yang mengikat pihak Bank. Takrif yang berikut diterima pakai melainkan dinyatakan sebaliknya: -

1. TAKRIF

Perkataan-perkataan dan frasa-frasa yang dirujuk di bawah di dalam Perjanjian Ahli Kad ini (kemudian dari
ini dirujuk sebagai "Perjanjian ini") membawa maksud seperti berikut:

1.1. "Kad" hendaklah bermaksud Kad AFFIN ISLAMIC Debit MasterCard yang dikeluarkan oleh pihak
Bank.

1.2. "Akaun Kad" hendaklah bermaksud AFFIN ISLAMIC Akaun Simpanan-i atau Akaun Semasa-i Ahli
Kad yang dikeluarkan oleh pihak Bank bagi tujuan Perjanjian ini.

1.3. “Ahli Kad” hendaklah bermaksud Ahli Kad pihak Bank yang mana Kad itu dikeluarkan.

1.4. “Cawangan” hendaklah bermaksud cawangan-cawangan AFFIN ISLAMIC BANK dan


AFFINBANK.

1.5. "Saudagar yang Sah" hendaklah bermaksud mana-mana peruncit atau orang lain, firma atau
perbadanan yang bersetuju untuk menerima atau menyebabkan rangkaiannya untuk menerima
Kad tersebut apabila diserahkan secara teratur.

1.6. "ATM" hendaklah bermaksud Mesin Teler Automatik.

1.7. "Pengeluaran Wang Tunai" merujuk kepada pengeluaran Wang Tunai dari Akaun Kad di
Cawangan AFFIN ISLAMIC BANK dan AFFINBANK atau di ATM-ATM Bank yang ditetapkan dan
di ATM-ATM MasterCard dan ATM-ATM bank-bank ahli yang mengambil bahagian.

1.8. "Resit-resit Transaksi" hendaklah bermaksud slip-slip pembayaran, borang-borang atau kertas-
kertas yang relevan yang dibekalkan oleh pihak Bank untuk tujuan merekod, mengesah dan
sebagai bukti terhadap pembelian-pembelian ataupun perkhidmatan-perkhidmatan digunakan oleh
Ahli Kad melalui penggunaan Kad yang akan dicaj ke Akaun Kad.

1.9. "Hari Perniagaan" hendaklah bermaksud mana-mana hari yang mana pihak Bank dibuka untuk
perniagaan.

1.10. "Yuran-yuran & Caj-caj Kewangan" bermaksud yuran-yuran yang dicaj yang dirujuk dalam Klausa
9.

1.11. "PIN" hendaklah bermaksud Nombor Pengenalan Peribadi yang dikeluarkan kepada Ahli Kad
untuk membolehkan akses ke transaksi-transaksi Kad melalui ATM atau di Terminal Tempat
Jualan.

1.12. "Penyata" hendaklah bermaksud penyata akaun Simpanan-i atau Semasa-i atas nama Ahli Kad
yang dihantar kepada Ahli Kad.

1.13. "MasterCard International" hendaklah bermaksud MasterCard International Incorporated,


perbadanan keahlian yang ditubuhkan di bawah undang-undang Negeri Delaware, Amerika
Syarikat dan berpejabat serta mempunyai tempat perniagaan utama di 888 Eleventh Avenue, New
York 10106, Amerika Syarikat.

Semua Maklumat Adalah Hakcipta Terpelihara © 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V)
1
1.14. “Barang-barang dan Perkhidmatan-Perkhidmatan halal” hendaklah bermaksud barang-barang dan
perkhidmatan-perkhidmatan yang dibenarkan dan selaras dengan prinsip Syariah.

1.15. Perkataan-perkataan yang menunjukkan nombor tunggal meliputi nombor jamak dan begitu juga
sebaliknya.

1.16. Perkataan-perkataan yang menunjukkan jantina maskulin meliputi feminin.

2. PENERIMAAN KAD

2.1. Penggunaan Kad dihadkan kepada orang yang mana Kad dikeluarkan kepadanya ("Ahli Kad")
dan Ahli Kad hendaklah menandatangani Kad dengan serta-merta sebaik sahaja menerima Kad
tersebut.

2.2. Ahli Kad hendaklah mengaktifkan Kad dengan menelefon pihak Bank bagi tujuan
menguatkuasakan transaksi Kad.

2.3. Pihak Bank akan mengeluarkan PIN untuk Kad tersebut kepada Ahli Kad bagi tujuan
menguatkuasakan transaksi ATM dan di Terminal Elektronik Tempat Jualan.

2.4. Ahli Kad hendaklah tidak mendedahkan PIN kepada orang lain dan akan bertanggungjawab
kepada pihak Bank di atas sebarang kemasukan debit ke dalam Akaun Kadnya dengan pihak Bank
akibat daripada sebarang transaksi tanpa kebenaran. Ahli Kad dengan ini mengaku janji untuk
melindungi pihak Bank dan melepaskan pihak Bank daripada semua tuntutan dan liabiliti dari
semua pihak, yang timbul daripada transaksi tanpa kebenaran.

2.5. Sekiranya Ahli Kad tidak mahu terikat kepada terma dan syarat ini, Ahli Kad hendaklah memotong
Kad kepada dua dengan melintasi jalur magnetik dan cip untuk memastikan ianya telah dirosakkan
sepenuhnya dan serta-merta menghantar kembali kepada pihak Bank , dengan satu notis bertulis
bahawa Kad telah dikembalikan bagi pembatalan dilakukan. Meskipun dengan pembatalan Kad,
Ahli Kad masih bertangungjawab ke atas segala obligasi yang mungkin timbul berikutan daripada
pembatalan dan juga segala dan kesemua pelanggaran perjanjian kebelakangan.Yuran tahunan
atau sebahagian daripadanya tidak akan dikembalikan kepada Ahli Kad.

3. KEMUDAHAN KAD

3.1. Kad tersebut dikeluarkan bagi tujuan penggunaan yang berkaitan dengan kemudahan -kemudahan
yang disediakan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak pihak Bank
yang termasuk tetapi tidak terhad kepada yang perkara berikut:
a. Pembayaran untuk sebarang pembelian barang-barang dan/atau perkhidmatan, yang
mana pembayaran tersebut boleh dicajkan ke akaun Ahli Kad.
b. Sebarang transaksi ATM yang dikuatkuasakan melalui akaun Ahli Kad yang lain.
c. Kemudahan-kemudahan yang lain, tertakluk pada praperjanjian dengan pihak Bank, jika
berkenaan.

4. PIN & BAYAR – PIN DAN PENGGUNAAN KAD YANG MANA BERKENAAN

4.1. Pihak Bank akan memperuntukkan PIN Sementara kepada Ahli Kad melalui Mel PIN. Mel PIN akan
di hantar ke alamat berdaftar Ahli Kad melalui Mel biasa.

4.2. Ahli Kad setelah menerima PIN Sementara hendaklah menukar PIN Sementara di ATM pihak Bank
sendiri dan/atau di saluran lain yang dijamin yang dibenarkan oleh pihak Bank.

4.3. Sekiranya Ahli Kad terlupa PIN beliau, pihak Bank akan mengeluarkan PIN Sementara baru
kepada Ahli Kad atas permintaan Ahli Kad.

4.4. Sekiranya Kad hilang atau dicuri, Ahli kad hendaklah dengan segera melaporkan kepada pihak
Bank dan diikuti dengan notis bertulis berserta dengan laporan polis. Kad baharu dan PIN akan

Semua Maklumat Adalah Hakcipta Terpelihara © 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V)
2
dikeluarkan apabila diminta oleh Ahli Kad. Ahli Kad tidak boleh menggunakan PIN yang sedia ada
untuk Kad gantian.

4.5. Ahli Kad perlu merahsiakan PIN dan tidak boleh mendedahkan PIN kepada mana-mana pihak di
bawah mana-mana keadaan. Sekiranya PIN telah terdedah kepada mana-mana pihak, Ahli Kad
hendaklah dengan segera melaporkan kepada pihak Bank dan diikuti dengan notis bertulis berserta
dengan laporan polis.

4.6. Dalam memilih PIN, Ahli Kad TIDAK BOLEH memilih PIN yang jelas atau mudah diramal,
termasuk:-

a. mewakili tarikh lahir beliau;


b. selaku PIN abjad, sebahagian di mana namanya dikenali;
c. terdiri daripada nombor urutan (contohnya 123456, 654321 dan sebagainya;
d. terdiri daripada semua nombor yang sama (contohnya 111111); atau
e. terdiri daripada nombor yang berulang (contohnya 112233, 123123).

4.7. Ahli Kad hendaklah memastikan bahawa amaun transaksi adalah betul sebelum menandatangani
sebarang Resit Transaksi atau rekod transaksi dan sebelum memasukkan PIN Ahli Kad pada
mana-mana Terminal Elektronik Tempat Jualan yang memerlukan kemasukan PIN Ahli Kad.
Dengan menandatangani Resit Transaksi atau rekod transaksi atau memasukkan PIN Ahli Kad
atau sebaliknya menggunakan Kad Ahli Kad pada mana-mana terminal elektronik tempat jualan,
Ahli Kad dianggap telah bersetuju dengan transaksi dan mengesahkan amaun adalah betul.

4.8. Ahli Kad memberi kebenaran dan bersetuju bahawa PIN adalah sebagai satu cara untuk
mengesahkan transaksi Ahli Kad di bawah terma-terma dan syarat-syarat di terminal elektronik
tempat jualan.

5.1 PENGGUNAAN KAD

5.1. Ahli Kad hendaklah menandatangani Resit Transaksi/atau memasukkan PIN 6 digit beliau di
Terminal Elektronik Tempat Jualan, yang disediakan oleh Saudagar yang Sah untuk
menguatkuasakan sesuatu pembelian menggunakan Kad tersebut. Ia akan membentuk bukti
muktamad bahawa Urus Niaga Kad dan amaun yang direkodkan padanya telah dibuat dengan
sepatutnya apabila Bank menerima Resit Urus Niaga atau apa-apa dokumen kembali dengan
tandatangan Ahli Kad atau Ahli Kad memasukkan PIN 6 digit di Terminal Elektronik Tempat Jualan.

5.2. Ahli Kad hendaklah memberikan maklumat berkaitan Kad beliau seperti yang diminta untuk
melengkapkan urus niaga dalam talian melalui laman web yang selamat. Apabila diperlukan, kod
pengesahan atau “One-Time-Password” (OTP) akan dihantar ke nombor telefon bimbit Ahli Kad
yang berdaftar dengan pihak Bank bagi melengkapkan transaksi dalam talian. Dengan
memberikan maklumat tersebut bagi tujuan untuk melaksanakan transaksi dalam talian, ia akan
dianggap oleh pihak Bank sebagai satu Transaksi Kad yang ditanggung.

5.3. Ahli Kad dikehendaki menggunakan PIN untuk mendapat akses kepada Akaun Kadnya bagi
menguatkuasakan Pengeluaran Wang Tunai melalui ATM. Dokumen yang direkodkan akibat
pengaktifan PIN Ahli Kad bagi tujuan memperoleh Pengeluaran Wang Tunai dari ATM akan
dianggap oleh pihak Bank sebagai satu Transaksi Kad yang ditanggung.

5.4. Amaun bagi setiap pengeluaran hendaklah dihadkan kepada Akaun Kad/Had perbelanjaan Harian.

5.5 Walau apa pun peruntukan yang dinyatakan dalam Fasal 5.1 di atas, tandatangan tidak boleh
menjadi satu-satunya syarat terdahulu kepada liabiliti Ahli Kad mengenai barang-barang dan
perkhidmatan yang dibekalkan, jika pihak Bank berpendapat berdasarkan bukti dokumen yang
memuaskan, pelaksanaan transaksi tanpa tandatangan atau kegagalan menandatangan adalah
disebabkan oleh sifat dan/atau kaedah transaksi yang digunakan atau disebabkan oleh kesilapan
di pihak ahli Kad dan/atau Saudagar Dibenarkan dan bank ahli VISA/MasterCard.

Semua Maklumat Adalah Hakcipta Terpelihara © 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V)
3
6. ARAHAN-ARAHAN TELEKOMUNIKASI

6.1. Pihak Bank mengikut budi bicaranya boleh menerima arahan daripada Ahli Kad melalui telefon
untuk menguatkuasakan mana-mana transaksi berkaitan dengan Kad termasuk tetapi tidak
terbatas kepada pemindahan yang melibatkan pengeluaran atau deposit wang.

6.2. Pihak Bank akan menentusahkan identiti Ahli Kad melalui proses sekuriti yang dilaksanakan oleh
pihak Bank (yang boleh ditukar dari semasa ke semasa).

6.3. Ahli Kad dikehendaki menyimpan PIN dan kata laluan dan tidak mendedahkannya kepada sesiapa
pun.

6.4. Pihak Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab terhadap Ahli Kad bagi
sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung akibat daripada mematuhi atau tidak
mematuhi arahan-arahan yang demikian.

6.5. Ahli Kad hendaklah mengakui perkara yang berikut bahawasanya:


a. Pihak Bank boleh merekod semua perbualan telefon di antara Ahli Kad dengan wakil
pihak Bank bagi tujuan pengawasan dan penilaian untuk mengelakkan timbulnya
sebarang kekeliruan;
b. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab sekiranya perbualan tersebut terdengar oleh
pihak ketiga yang tidak dibenarkan.

6.6. Pemberian kuasa dan Ganti Rugi untuk Arahan Telefon, Telefon Bimbit, Teleks dan Faksimile:
a. Ahli Kad memberi kuasa kepada pihak Bank untuk bergantung pada dan bertindak
selaras dengan sebarang notis, arahan tuntutan atau komunikasi lain yang mungkin diberi
melalui telefon, transaksi teleks atau faksimile oleh Ahli Kad atau bagi pihaknya
("Arahan") dan pihak Bank berhak untuk menganggap Arahan tersebut sebagai
pemberian kuasa penuh oleh Ahli Kad dan pihak Bank berhak mengambil apa-apa
langkah menurut arahan yang diberi yang pihak Bank anggap sesuai.
b. Perkhidmatan pertanyaan baki telefon bimbit:
i. Ahli Kad memberi kuasa kepada pihak Bank untuk menghantar kepada telefon
bimbit Ahli Kad sebagaimana yang didaftarkan oleh Ahli Kad dalam permohonan
kad debit jika berkenaan, melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) berkaitan
dengan Akaun Kad Ahli Kad dengan pihak Bank.
ii. Atas pertimbangan tindakan pihak Bank selaras dengan terma pemberian kuasa
ini, Ahli Kad dengan ini tidak boleh membatalkan akujanji untuk melindungi pihak
Bank daripada kerugian dan melindungi pihak Bank daripada semua kerugian,
tuntutan, tindakan, prosiding, ganti rugi, kerosakan, kos dan perbelanjaan yang
ditanggung atau dialami oleh pihak Bank akibat daripada sebarang jenis
keadaan atau punca atau berkaitan dengan pemberian kuasa ini.
iii. Terma pemberian kuasa dan perlindungan terhadap ganti rugi akan
dilaksanakan dan berkuatkuasa kecuali dan sehingga pegawai Bank yang diberi
kuasa menerima notis bertulis pembatalan daripada Ahli Kad.

7. TANGGUNGJAWAB

7.1. Kad adalah kekal sebagai harta pihak Bank pada setiap masa dan Ahli Kad tidak boleh
memindahmilikkan atau sebaliknya melepaskan kawalan atau pegangan Kad bagi sebarang
penggunaan atau tujuan yang tidak dibenarkan oleh pihak Bank.

7.2. Sekiranya Kad tersebut hilang dan/atau dicuri dan/atau PIN telah terdedah kepada sesiapa yang
tidak mempunyai kuasa, Ahli Kad hendaklah dengan serta-merta memberitahu pihak Bank melalui
telefon, telegram, teleks, faksimile ataupun pemberitahuan secara bertulis yang disertai dengan
laporan polis. Pihak Bank atas bidang kuasanya boleh memutuskan bahawasanya tanggungan Ahli
Kad adalah terhad kepada RM250 bagi caj yang dilakukan sebelum laporan kehilangan atau
kecurian Kad sekiranya Ahli Kad telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi Kad
tersebut dan melaporkan kehilangan atau kecurian Kad serta merta dengan syarat Ahli Kad tidak
melakukan penipuan berkenaan dengan hilang atau kecurian Kad.

Semua Maklumat Adalah Hakcipta Terpelihara © 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V)
4
7.3. Ahli Kad akan bertanggungjawab ke atas semua transaksi yang dilakukan akibat daripada
penggunaan Kad tanpa kebenaran sehingga laporan kehilangan atau kecurian mengenainya telah
diterima oleh pihak Bank.

7.4. Ahli Kad hendaklah memberitahu pihak Bank sekiranya Ahli Kad tahu mengenai sebarang
transaksi tanpa kebenaran/yang menimbulkan kesangsian.

7.5. Ahli Kad akan bertanggungjawab ke atas semua transaksi yang dilakukan akibat daripada
penggunaan Kad tanpa kebenaran sekiranya siasatan pihak Bank atau pihak polis mendapati
bahawa Ahli Kad terlibat di dalam pemerolehan mana-mana dagangan ataupun perkhidmatan-
perkhidmatan daripada saudagar ataupun sekiranya wujud penggunaan Kad oleh sesiapa jua yang
tidak dibenarkan. Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab di atas transaksi-transaksi tanpa
kebenaran sama ada sebelum atau selepas pihak Bank menerima pemberitahuan secara bertulis
tentang kehilangan atau kecurian tersebut.

7.6. Ahli Kad akan bertanggungjawab ke atas semua transaksi Pengeluaran Wang Tunai yang
dilakukan melalui ATM.

7.7. Di atas permintaan Ahli Kad, pihak Bank boleh tetapi tanpa mempunyai obligasi di bawah undang-
undang, menggantikan Kad yang hilang atau dicuri sebaik sahaja pembayaran penalti penggantian
seperti berikut dilakukan:RM15.00 untuk sebarang laporan kehilangan atau kecurian Kad.

7.8. Ahli Kad hendaklah memulangkan Kad yang dipotong kepada dua melintasi jalur magnetik dan cip
kepada pihak Bank dengan serta-merta sebaik sahaja sekiranya berlaku peluputan,
penggantungan (yang dituntut oleh pihak Bank) ataupun sebaik sahaja Kad ditemui selepas
pemberitahuan mengenai kehilangannya dan Ahli Kad tidak mempunyai hak lanjutan untuk
menggunakan Kad tersebut.

7.9. Ahli Kad hendaklah dengan serta-merta menandatangani Kad sebaik sahaja menerima Kad dan
menghubungi pihak Bank untuk mengaktifkan Kad tersebut.

7.10. Rekod pihak Bank mengenai sebarang transaksi yang dikuatkuasakan melalui penggunaan Kad
adalah muktamad dan mengikat Ahli Kad.

7.11. Semua transaksi yang dipertikaikan akan disiasat dan hasil siasatan akan diberitahu kepada Ahli
Kad apabila tiba waktunya. Permintaan untuk bayaran balik segera walau bagaimanapun tertakluk
pada budi bicara pihak Bank.

7.12. Ahli Kad akan bertanggungjawab ke atas semua transaksi yang dicaj kepada Ahli Kad.

7.13. Aktiviti-aktiviti yang Menyalahi Undang-Undang - Ahli Kad tidak dibenarkan menggunakan Kad
beliau untuk sebarang aktiviti-aktiviti seperti pertaruhan dalam talian. Pihak Bank berhak, mengikut
budi bicara, pada bila-bila masa, dengan notis terlebih dahulu yang mencukupi, memutuskan untuk
tidak memperbaharui, membatalkan atau memansuhkan Kad, atau menggantung atau
mengehadkan penggunaan Kad oleh Ahli Kad dan sekiranya Ahli Kad didapati telah
menggunakan Kad untuk perbuatan yang menyalahi undang-undang.

7.14. Ahli Kad hendaklah menggunakan Kad tersebut untuk pembelian runcit dan pembayaran Barangan
dan Perkhidmatan Halal sahaja.

7.15. Ahli Kad mengakui dan bersetuju bahawa dimana Kad digunakan untuk pembayaran barangan dan
perkhidmatan yang tidak-halal, pihak Bank mempunyai hak untuk menggantung dan/atau
membatalkan penggunaan Kad dan Ahli Kad adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
kesemua transaksi-transaksi tidak-halal tersebut.

8. AKAUN KAD

8.1. Semua pembayaran untuk pembelian barang-barang atau perkhidmatan yang dikuatkuasakan
melalui penggunaan Kad, yuran tahunan dan caj-caj kewangan yang lain akan didebitkan ke Akaun
Kad dan dinyatakan pada Penyata.

Semua Maklumat Adalah Hakcipta Terpelihara © 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V)
5
8.2. Rekod dan kemasukan Akaun Kad yang tertera pada Penyata akan dianggap betul dan mengikat
Ahli Kad kecuali pemberitahuan melalui telefon, telegram, teleks, faksimili ataupun melalui
pemberitahuan secara bertulis yang disertai dengan laporan polis diterima oleh pihak Bank dalam
masa 14 hari dari Tarikh Penyata.

8.3. Pihak Bank akan melakukan penyelarasan dan pembetulan terhadap akaun Ahli Kad (sekiranya
ada) sebaik sahaja menerima pemberitahuan Ahli Kad.

8.4. Untuk transaksi praizin seperti petrol dan penginapan hotel, amaun yang dibenarkan akan dipotong
dari Akaun Semasa-i atau Akaun Simpanan-i Ahli Kad dan diselaraskan selepas amaun sebenar
digunakan telah dijelaskan.

8.5. Sekiranya baki yang ada tidak mencukupi di dalam Akaun untuk membayar sebarang Transaksi
atau amaun lain yang mesti dibayar dari Akaun, termasuk sebarang yuran, caj atau bayaran lain
yang mesti dibayar kepada pihak Bank, mengikut budi bicara mutlaknya, pihak Bank boleh (dan
tanpa sebarang kewajipan untuk melakukannya) memindahkan atau mengaturkan pindahan bagi
dana yang mencukupi dari mana-mana akaun yang dipegang oleh Ahli Kad dengan Bank ke Akaun
tersebut.

8.6. Meskipun yang terkandung di dalam ini bertentangan, sekiranya baki yang ada tidak mencukupi di
dalam Akaun Kad untuk membayar sebarang transaksi atau sebarang amaun lain yang mesti
dibayar dari Akaun Kad, termasuk sebarang yuran-yuran, caj-caj atau bayaran-bayaran lain yang
mesti dibayar kepada pihak Bank akibat dari apa-apa sebab termasuk sebarang kelulusan silap
yang telah diberikan atau sebarang kesilapan pihak Bank seperti kesilapan dalam mengkredit
sebarang amaun kepada Akaun Kad atau kesilapan dalam mengdebit sebarang amaun kepada
Akaun Kad atau akibat dari sebarang kesilapan, Ahli Kad dengan ini bersetuju bahawa pihak Bank
mempunyai budi bicara mutlaknya untuk membuat penyelarasan atau pembetulan yang perlu dan
mengdebit Akaun Kad tersebut dan Ahli Kad dengan ini bersetuju tanpa syarat untuk membayar
sebarang amaun yang didebitkan kepada Akaun kad.

8.7. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau atas apa-apa sebab yang lain, penyelarasan atau
pembetulan perlu dibuat ke dalam Akaun kad untuk menunjukkan amaun yang betul, pihak Bank
berhak untuk membuat penyelarasan atau pembetulan yang perlu dan Ahli Kad dengan ini
bersetuju tanpa syarat untuk membayar sebarang amaun yang didebitkan ke dalam Akaun Kad.

9. YURAN DAN BAYARAN

9.1 Ahli Kad dengan tidak boleh dibatalkan dan tanpa syarat, bersetuju untuk membayar dan
memberikan kuasa kepada pihak Bank untuk mendebitkan Akaun Kad dengan yuran-yuran dan
caj-caj kewangan berikut:

a. Yuran Tahunan – RM21.20


b. Yuran Pengeluaran Wang Tunai melalui Rangkaian Cirrus di seluruh dunia – RM7.42
c. Yuran Pertanyaan Baki melalui Rangkaian Cirrus di seluruh dunia – RM1.06

9.2. Penalti penggantian Kad sebanyak RM15.00 untuk setiap Kad yang dikeluarkan bagi penggantian.

9.3. Yuran perkhidmatan sebanyak RM10.60 berhubung dengan sebarang permintaan salinan bagi
Resit Transaksi. Walau bagaimanapun, bayaran ini akan dikecualikan jika kesilapan dalam
pemprosesan yang berikutnya berpunca daripada Bank.

9.4. Sebarang yuran dan caj kewangan lain yang dianggap sesuai yang dikenakan oleh pihak Bank dari
semasa ke semasa untuk perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan kepada Ahli Kad dengan
memberi notis 21 hari kepada Ahli Kad terlebih dahulu sebelum pelaksanaan berkuatkuasa.

9.5. Yuran Perkhidmatan, kadarnya akan ditentukan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa mengikut
budi bicara mutlaknya untuk perkhidmatan, kos dan perbelanjaan yang ditanggung dengan
memberi notis 21 hari terlebih dahulu sebelum tarikh pindaan caj dan kadar berkuatkuasa.

Semua Maklumat Adalah Hakcipta Terpelihara © 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V)
6
9.6. Yuran guaman (berdasarkan Peguam Cara dan Klien) dan perbelanjaan lain yang ditanggung oleh
pihak Bank dalam menguatkuasakan hak-hak pihak Bank dan kelayakan dan perolehan semula
wang yang dihutang oleh Ahli Kad kepada pihak Bank di bawah Akaun Kadnya.

9.7. Meskipun dengan peruntukan di atas, pihak Bank berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk
mengubah kadar dan kaedah pengiraan yuran tahunan, yuran pengendalian, caj-caj tambahan, caj
kewangan, pembayaran minimum yang dispesifikasikan dan/atau penalti pembayaran lewat dari
semasa ke semasa dengan memberi notis 21 hari terlebih dahulu kepada Ahli Kad.

10. PULANGAN TUNAI AFFIN

10.1. Pulangan tunai ke atas transaksi yang dilakukan akan dinyatakan pada penyata akaun Ahli Kad.

10.2. Pulangan tunai sah untuk pembelian runcit tetapi tidak termasuk petrol dan transaksi yang
berkaitan dengan kerajaan.

10.3. Jumlah pulangan tunai yang terkumpul akan dikreditkan ke dalam akaun Ahli Kad sebulan sekali
pada penyata yang seterusnya

11. KESILAPAN/PERTIKAIAN DAN PEMBERITAHUAN

11.1. Ahli Kad dikehendaki memeriksa rekod Akaun Kad dengan segera dan cermat.

112. Ahli Kad perlu memberitahu pihak Bank Pihak mengenai sebarang kesilapan pada Penyata Akaun
Ahli Kad atau sebarang kemungkinan transaksi (-transaksi) tanpa kebenaran berhubung dengan
Kad dalam masa 14 hari dari Tarikh Penyata.

11.3. Ahli Kad hendaklah membuat pemberitahuan sedemikian dengan segera sebaik sahaja menerima
surat atau Penyata Akaun daripada pihak Bank secara terus kepada:

AFFIN ISLAMIC BANK BERHAD


Jabatan Perniagaan Kad
301 Block C, Tingkat 3 Menara Glomac,
Kelana Business Centre 97, Jalan SS7/2,
47301 Kelana Jaya, Selangor.
Tel: 03-5522 3000 Faksimile: 03-7804 0750
E-mel: cardservices@affinbank.com.my

Atau membuat laporan dengan melengkapkan borang aduan pelanggan di mana-mana Cawangan-
cawangan yang berdekatan atau e-mel ke yourvoice@affinbank.com.my atau hubungi AFFINBANK
Careline di nombor 1 800 88 3883.

12. PENGECUALIAN LIABILITI

12.1. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kerugian yang
ditanggung akibat daripada kecuaian Ahli Kad.

12.2. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami
oleh Ahli Kad akibat daripada perbuatan atau kesilapan mana-mana Saudagar yang Sah atau
Master Card International.

12.3. Ahli Kad boleh mengendalikan sebarang tuntutan atau pertikaian secara terus dengan Saudagar
atau MasterCard International.

Semua Maklumat Adalah Hakcipta Terpelihara © 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V)
7
13. HAK-HAK PIHAK YANG TERLIBAT

13.1. Pihak Bank berhak mengikut budi bicaranya:


a. Untuk menyekat atau menghadkan perbelanjaan harian Ahli Kad atau menahan Akaun
Kad (mengikut budi bicara mutlak pihak Bank dan tanpa memberi sebarang notis atau
sebab).
b. Menolak untuk mengeluarkan semula, membaharui dan menggantikan Kad dengan notis
terlebih dahulu jika Ahli Kad didapati telah menggunakan Kad untuk aktiviti menyalahi
undang-undang atau Akaun Kad Ahli Kad tidak atau telah tidak dikendalikan dengan
memuaskan.
c. Untuk menyemak Akaun Kad Ahli Kad pada bila-bila masa yang pihak Bank anggap perlu
dengan notis terlebih dahulu kepada Ahli Kad.

14. TRANSAKSI LUAR NEGARA

14.1. Ahli Kad boleh menggunakan Kad di luar Malaysia yang memaparkan logo MasterCard
International.

14.2. Ahli Kad boleh menggunakan Kad untuk Pengeluaran Wang Tunai melalui ATM dengan logo
MasterCard Cirrus yang telah ditetapkan dan hendaklah memastikan bahawa semua transaksi
antara negara yang dilakukan oleh Ahli Kad melalui ATM tidak melanggar undang-undang yang
wujud di negara di mana transaksi tersebut dilakukan.

14.3. Sekiranya Ahli Kad menggunakan Kad di luar Malaysia, transaksi yang ditanggung akan ditukarkan
kepada Ringgit Malaysia di mana kadar pertukaran akan ditentukan oleh MasterCard International.
Margin pertukaran mata wang asing (sebelum ini dikenali sebagai kos pentadbiran) sebanyak 1%
akan dikenakan dan kadar ditentukan oleh MasterCard International pada tarikh transaksi
berkenaan diproses.

14.4. Di mana berkenaan, Ahli Kad hendaklah mematuhi Peraturan-Peraturan Pertukaran Asing 2013
yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia berkaitan dengan transaksi luar negara.

14.5. Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab ke atas pencabulan atau ketidakpatuhan terhadap
peraturan-peraturan tersebut dan sebarang pindaan terhadapnya.

15. PENAMATAN

15.1 Bank boleh menamatkan perjanjian yang terkandung dalam terma dan syarat ini dengan
memaklumkan kepada Ahli Kad secara bertulis bagi melaksanakannya pada bila-bila masa. Ahli
Kad boleh menamatkan perjanjian yang terkandung dalam terma dan syarat ini dengan
memaklumkan kepada Bank secara bertulis, memotong Kad tersebut kepada dua melalui jejalur
magnetik dan cip dan mengembalikan Kad tersebut kepada pihak Bank. Penamatan tersebut akan
berkuat kuasa, tertakluk pada peruntukan dalam perenggan berikut bagi klausa ini, sebaik sahaja
pihak yang lain menerima notis yang berkenaan.
a. Kegagalan Ahli Kad untuk melaksanakan dan/atau mematuhi mana-mana terma dan
syarat yang megawal penggunaan Kad di sini; atau
b. Penggantungan, penamatan atau pembatalan hak Ahli Kad untuk menggunakan Kad
tersebut dengan notis terlebih dahulu yang mencukupi; apabila berlakunya mana-mana
daripada yang berikut:
i. Ahli Kad meninggal dunia atau diisytiharkan muflis, melakukan kegiatan yang
menjurus kepada kemuflisan, atau di dalam kes-kes di mana Ahli Kad merupakan
sebuah syarikat, sebuah petisyen untuk penggulungannya telah diserahkan atau
pun sebuah resolusi untuk penggulungan sengaja telah diluluskan; atau
ii. Ahli Kad gagal membayar mana-mana keterhutangan yang terhutang kepada pihak
Bank apabila perlu dibayar; atau
iii. Sekiranya pada pandangan pihak Bank, kemudahan kredit Ahli Kad dengan pihak
Bank (termasuk mana-mana akaun Ahli Kad yang boleh wujud dengan pihak Bank
atau mana-mana institusi lain) adalah atau tidak dikendalikan dengan baik dan/atau
sekiranya Ahli Kad melakukan atau mengugut untuk melakukan pengingkaran
terhadap mana-mana perjanjian, atau sekuriti yang berkaitan dengan akaun-akaun

Semua Maklumat Adalah Hakcipta Terpelihara © 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V)
8
lain atau kemudahan pinjaman yang diberikan oleh pihak Bank atau pihak-pihak
lain kepada Ahli Kad yang mana Ahli Kad merupakan penjamin, penggadai atau
penyerah hak; atau
iv. Sebarang arahan untuk pelaksanaan, writ penahanan, garnishmen atau mana-
mana prosiding undang-undang yang dikeluarkan terhadap Ahli Kad; atau
v. Sekiranya sesuatu keadaan wujud atau berlaku yang mana menurut budi bicara
mutlak pihak Bank mampu:
 Mewujudkan prejudis terhadap kemampuan Ahli Kad untuk melaksanakan
dan/atau mematuhi obligasi di sini; atau
 Prejudis terhadap pembayaran balik sebarang amaun yang perlu dibayar
kepada pihak Bank.
c. atau Ahli Kad telah membatalkan Kadnya.

15.2. Perjanjian yang terkandung dalam terma dan syarat ini akan dianggap kekal untuk dikuatkuasakan
sepenuhnya dan berkuatkuasa jika dan setakat sebarang transaksi telah selesai dilakukan tetapi
tidak didebitkan ke akaun sebelum penamatan.

15.3. Penamatan perjanjian yang terkandung dalam terma dan syarat ini tidak akan menjejaskan
sebarang liabiliti berhubung dengan perkara yang telah dilakukan atau lalai untuk melakukannya
sebelum penamatan.

15.4. Hak dan remedi Bank terhadap Ahli Kad tidak akan terjejas berikutan penamatan.

15.5. Berikutan penamatan, pihak Bank berhak untuk mengambil tindakan terhadap Ahli Kad untuk
mendapat kembali sebarang amaun yang dihutang oleh Ahli Kad di bawah Perjanjian ini termasuk
sebarang yuran-yuran, caj-caj atau lain-lain bayaran yang dihutang kepada pihak Bank dan Ahli
Kad bertanggungjawab untuk membayar kos-kos yang ditanggung oleh pihak Bank (termasuk
yuran-yuran guaman atas dasar peguam dan anakguam).

15.6. Pihak-pihak di sini bersetuju bahawa penyampaian sebarang proses guaman, termasuk saman,
hendaklah disampaikan kepada pihak lain secara serahan tangan atau dihantar melaui pos
berbayar kepada alamat pihak yang lain yang tercatit di dalam borang permohonan atau kepada
alamat lain yang dimaklumkan oleh Ahli Kad kepada Bank dari semasa ke semasa dan
penyampaian sedemikian hendaklah dianggap telah diterima oleh Ahli Kad tiga (3) hari selepas
pengeposan.

15.7 Berikutan penamatan, pihak Bank mungkin juga akan menamatkan Akaun Kad jika ia menganggap
perlu untuk berbuat demikian dan budi bicara demikian tidak dicabar oleh Ahli Kad.

16. PELBAGAI

16.1. UNDANG-UNDANG
Perjanjian ini hendaklah tertakluk dan ditafsirkan menurut undang-undang semasa Malaysia dan
Prinsip Syariah. Ahli Kad dengan ini bersetuju dan patuh terhadap bidang kuasa Mahkamah
undang-undang di Malaysia. Ahli Kad dengan ini bersetuju bahawa penyampaian proses boleh
dikuatkuasakan dengan mengeposnya kepada Ahli Kad dengan cara yang disebutkan di dalam
Klausa 16.8.

16.2. PENGECUALIAN
Masa hendaklah menjadi intipati Perjanjian ini tetapi kegagalan untuk melaksanakan dan
penangguhan untuk melaksanakan mana-mana hak, kuasa, keistimewaan atau remedi tidak akan
dianggap sebagai penepian bagi pihak Bank dan mana-mana sesuatu pelaksanaan hak, kuasa,
keistimewaan atau remedi tidak akan menghalang pelaksanaan selanjutnya atau pelaksanaan hak,
kuasa, keistimewaan atau remedi yang lain. Hak dan remedi yang tertera di sini adalah kumulatif
dan tidak termasuk mana-mana hak atau remedi yang diberikan oleh undang-undang.

Semua Maklumat Adalah Hakcipta Terpelihara © 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V)
9
16.3. PEMELIHARAAN HAK DAN KELAYAKAN
Meskipun apa-apa yang terkandung di dalam Perjanjian ini, hak dan kelayakan pihak Bank di
bawah Perjanjian ini hendaklah kekal berkuatkuasa dan melewati sebarang pembatalan,
pengguguran dan penggantungan Kad oleh pihak Bank.

16.4. PENGUBAHAN PERJANJIAN


Ahli Kad bersetuju bahawa pihak Bank dari semasa ke semasa dengan memberi 21 hari notis
bertulis terlebih dahulu kepada Ahli Kad,boleh mengubah, menambah dan/atau meminda terma-
terma dan syarat-syarat yang terkandung di sini. Sekiranya Ahli Kad tidak bersetuju dengan
pengubahan, penambahan dan/atau pindaan tersebut, Ahli Kad hendaklah menyerah dan
mengembalikan Kad yang dipotong dua melintasi jalur magnetik dan cip kepada pihak Bank. Jika
tidak, Ahli Kad hendaklah dianggap menerima pengubahan, penambahan dan/atau pindaan
tersebut.

16.5. PENDEDAHAN
Ahli Kad dengan ini memberi kuasa kepada pihak Bank untuk mendedahkan apa jua maklumat-
maklumat berkaitan dengan Akaun Kad Ahli, Ahli Kad dan kemudahan-kemudahan seperti yang
dikehendaki oleh undang-undang atau mana-mana pihak berkuasa kawal selia atau sebagaimana
yang pihak Bank rasakan sesuai bagi pelaksanaan kontrak itu:
a. Kepada mana-mana Saudagar, bank atau institusi kewangan, MasterCard International
atau mana-mana ahli institusi MasterCard International atau mana-mana pihak yang
berminat untuk memanfaatkan penggunaan Kad tersebut.
b. Kepada mana-mana pihak berkuasa atau badan yang ditubuhkan oleh Bank Negara
Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas pihak
Bank.
c. Untuk atau berkaitan dengan mana-mana tindakan atau prosiding yang diambil untuk
mendapat kembali wang yang perlu dibayar dan dibayar oleh Ahli Kad kepada pihak
Bank.
d. Bagi maksud melaksanakan kontrak atau transaksi atau seperti yang dikehendaki oleh
undang-undang.

16.6. NOTIS DAN KOMUNIKASI KEPADA PIHAK BANK


a. Ahli Kad dengan ini mengaku untuk memberitahu pihak Bank dalam bentuk bertulis
dengan segera tentang sebarang perubahan butir-butir peribadi, pertukaran alamat
kediaman, nombor telefon dan/atau penggajian atau perniagaan.
b. Sebarang penyata akaun, surat-menyurat atau notis kepada Ahli Kad boleh dihantar
melalui tangan atau dihantar melalui kiriman prabayar ke alamat Ahli Kad yang tertera di
dalam borang permohonan Kad Bank atau ke mana-mana alamat lain yang diberitahu
oleh Ahli Kad kepada pihak Bank dari semasa ke semasa dan hendaklah dianggap telah
diterima oleh Ahli Kad dalam masa 7 hari bekerja selepas kiriman dilakukan. Sebarang
kegagalan oleh pihak Ahli Kad untuk memberitahu pihak Bank tentang pertukaran
alamatnya yang mengakibatkan penangguhan atau pemulangan semula mana-mana
penyata, surat-menyurat dan notis tidak akan menjejaskan hak pihak Bank di bawah
Perjanjian ini.
c. Alamat dan nombor telefon terakhir Ahli Kad adalah alamat dan nombor telefon Ahli Kad
yang betul sekiranya tiada apa-apa pengakuan penerimaan perubahan alamat dan
nombor telefon oleh pihak Bank. Bebanan adalah ke atas Ahli Kad untuk membuktikan
bahawa pihak Bank telah menerima dan melaksanakan perubahan,sekiranya ada.

16.7. DOKUMEN LANJUTAN


Ahli Kad dengan ini mengaku untuk menandatangani dokumen-dokumen lanjutan yang diminta
oleh pihak Bank dari semasa ke semasa dan Ahli Kad dengan ini berjanji dan bersetuju
bahawasanya dokumen-dokumen lanjutan tersebut pada pilihan pihak Bank boleh dianggap
berkuatkuasa secara retrospektif.

16.8. PENYAMPAIAN NOTIS


Pihak-pihak kepada Perjanjian ini dengan ini bersetuju bahawa penyampaian sebarang notis
dan/atau saman dan penyata tuntutan akibat daripada atau berkaitan dengan saman tersebut
melalui pos ke alamat Ahli Kad yang terakhir yang dinyatakan dalam borang permohonan Bank

Semua Maklumat Adalah Hakcipta Terpelihara © 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V)
10
atau alamat lain yang dimaklumkan kepada Bank oleh Ahli Kad dari semasa ke semasa akan
dianggap telah disampaikan pada masa kiriman notis dan/atau saman dan penyata tuntutan dibuat.

16.9. SIJIL KETERHUTANGAN


Sesuatu Sijil Keterhutangan yang dikeluarkan oleh pihak Bank hendaklah muktamad dan dijadikan
keterangan muktamad di dalam Mahkamah Undang- Undang yakni ke atas jumlah semasa yang
perlu dibayar dan dibayar oleh Ahli Kad kepada pihak Bank.

16.10. GANTI RUGI


Ahli Kad bersetuju untuk memberi jaminan ganti rugi dan melindungi pihak Bank terhadap semua
kos kerosakan (termasuk tetapi tidak terhad kepada kos anakguam berdasarkan kepada ganti rugi
sepenuhnya), yuran, perbelanjaan, kerugian atau sebarang perkara yang berkaitan dari
penggunaan Kad dan/atau berkaitan dengan kegagalan Ahli Kad untuk mematuhi sebarang terma
dan syarat yang terkandung.Liabiliti Ahli Kad hendaklah menjadi liabiliti berterusan dan akan terus
berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya sehingga liabiliti kepada pihak Bank, jika ada, dilepaskan
sepenuhnya.

16.11. PENGASINGAN
Ketidaksahan atau ketidakbolehan penguatkuasaan fasal-fasal di sini tidak akan memansuhkan
tujuan Perjanjian ini dan fasal-fasal yang tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan hendaklah
diasingkan dan ketidaksahan dan ketidakbolehan penguatkuasaan mana-mana terma-terma atau
syarat-syarat. Perjanjian ini tidak akan menjejaskan kesahan terma-terma atau fasal-fasal yang lain
dan hendaklah kekal berkuatkuasa.

16.12. FASAL PRIVASI KUMPULAN


a. Ahli Kad dengan ini mengesahkan bahawa Ahli Kad telah membaca, memahami dan
bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Kumpulan pihak Bank dan klausa ini,
sebagaimana yang berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadinya. Bagi
mengelakkan keraguan, Ahli Kad bersetuju bahawa Notis Privasi Kumpulan tersebut
hendaklah dianggap sebahagian daripada Perjanjian ini.
b. Ahli Kad mengesahkan dan bersetuju dengan terma-terma Notis Privasi Kumpulan di
dalam laman sesawang pihak Bank.
c. Sekiranya Ahli Kad memberi maklumat peribadi dan / atau maklumat kewangan yang
berkaitan dengan pihak ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan saudara mara
atau tanggungan atau maklumat berkaitan dengan pengarah, pemegang saham, pegawai,
penjamin individu dan pemberi sekuriti (bagi syarikat), bagi tujuan pembukaan atau
operasi akaun/ kemudahan dengan pihak Bank atau sebaliknya melanggan produk dan
perkhidmatan pihak Bank, Ahli Kad:
i. mengesahkan bahawa dia telah mendapat persetujuan mereka dan / atau
selainnya berhak untuk memberikan maklumat ini kepada pihak Bank bagi tujuan
mengikut perjanjian ini;
ii. bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak
ketiga tersebut adalah tepat; dan
iii. bersetuju untuk mengemaskini maklumat kepada Bank secara bertulis sekiranya
berlaku apa-apa perubahan yang material kepada maklumat peribadi dan
kewangan tersebut.

d. Dimana Ahli Kad mengarahkan pihak Bank untuk melaksanakan sebarang bentuk
transaksi merentas sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran),
butiran yang berkaitan dengan transaksi merentas sempadan (termasuk maklumat
berkaitan kepada mereka yang terlibat di dalam transaksi tersebut) boleh diterima
daripada atau dihantar ke luar negara, di mana ia boleh diakses (sama ada secara
langsung atau tidak langsung) dengan pengawal selia luar negara dan pihak berkuasa
yang mempunyai kewajipannya yang sah (pencegahan jenayah). Dalam mengarahkan
pihak Bank atau ejen-ejennya untuk memasuki apa-apa transaksi merentas sempadan
bagi pihak Ahli Kad, Ahli Kad dengan ini bersetuju pendedahan yang disebut di atas bagi
pihaknya dan lain-lain yang terlibat dalam urus niaga merentas sempadan tersebut.
e. Selain itu, tetapi sentiasa tertakluk kepada sebarang undang-undang (termasuk peraturan-
peraturan, garis panduan dan / atau obligasi) berkaitan dengan Bank (sama ada di dalam
atau di luar Malaysia), Ahli Kad dengan ini bersetuju bahawa Bank dan syarikat-syarikat

Semua Maklumat Adalah Hakcipta Terpelihara © 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V)
11
lain dalam Kumpulan Affin Holdings Berhad, dan peniaga dan rakan kongsi strategik, ejen
dan penasihat professional pihak Bank dengan menghubungi Ahli Kad mengenai produk,
perkhidmatan dan tawaran, yang mungkin menarik minat Ahli Kad atau memberi manfaat
kepada mereka dari segi kewangan.
f. Pihak Bank boleh berkomunikasi dengan Ahli Kad melalui pelbagai saluran, termasuk
telefon, komputer atau surat menyurat dengan menggunakan maklumat hubungan yang
telah Ahli Kad berikan.
g. Ahli Kad boleh „opt-out‟ dengan memberitahu pihak Bank pada bila-bila masa jika dia tidak
mahu menerima komunikasi pemasaran daripada pihak Bank, ahli-ahli lain di dalam
Kumpulan Affin Holdings Berhad, dan peniaga, rakan kongsi strategik, ejen dan penasihat
professional pihak Bank dengan menghubungi Pusat Panggilan kami di nombor 03-5522
3000 atau menulis kepada mana-mana Pengurus Cawangan Perkhidmatan atau
Pengurus Perhubungan atau dengan menulis kepada Jabatan Perniagaan Kad:

AFFIN BANK BERHAD


Jabatan Perniagaan Kad
301 Blok C, Tingkat 3 Menara Glomac
Kelana Business Centre 97 Jalan SS7/2
47301 Kelana Jaya, Selangor

h. Ahli Kad dengan ini mengakui bahawa komunikasi tertentu seperti penyata akaun dan
laman sesawang Bank yang mengandungi maklumat standard mengenai produk dan
perkhidmatan lain Bank yang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan penghantaran /
perkhidmatan dan / atau produk-produknya, operasi akaun Ahli Kad dan / atau
kemudahan dengan Bank, dan / atau kos tambahan kepada Bank.

i. Pihak Bank boleh menggunakan agensi rujukan kredit untuk membantu membuat
keputusan, contohnya apabila ada keperluan untuk:
i. menyemak butiran pada permohonan kredit dan berkaitan kredit atau lain-lain
kemudahan;
ii. menguruskan kredit dan akaun atau kemudahan berkaitan kredit, termasuk
menjalankan ulasan portfolio Ahli Kad; dan / atau
iii. mendapatkan semula hutang.
j. Ahli Kad akan dihubungkan oleh agensi-agensi rujukan kredit kepada mana-mana nama
lain yang mungkin digunakan atau telah digunakan, dan mana-mana pemohon bersama
dan berasingan. Pihak Bank juga boleh berkongsi maklumat tentang Ahli Kad dan
bagaimana pengurus beliau menguruskan akaun/ kemudahan dengan agensi-agensi
rujukan kredit yang berkaitan.
k. Ahli Kad tidak boleh menahan pihak Bank untuk bertanggungjawab ke atas mana-mana
semakan kredit yang pihak Bank langgani. Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab untuk
mengemaskini kepada agensi laporan kredit sekiranya terdapat apa-apa perubahan dalam
status kredit mereka seperti yang dinyatakan di dalam laporan kredit. Ahli Kad bersetuju
bahawa pihak Bank tidak akan bertanggungjawab sekiranya laporan kredit mereka
diterbitkan tanpa sebarang kecuaian di pihak Bank.

Pihak Bank berhak untuk meminda klausa ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya dan
hendaklah memberikan notis 21 hari terlebih dahulu kepada Ahli Kad secara bertulis dan meletakkan
pindaan tersebut pada laman sesawang pihak Bank dan / atau dengan meletakkan notis di ruang perbankan
atau di tempat yang mudah dilihat dalam cawangan-cawangan pihak Bank.

16.13. CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (CBP)


Apa-apa jumlah yang dinyatakan dalam dokumen ini atau yang harus dibayar oleh mana-mana
pihak kepada pihak lain dalam dokumen ini adalah dianggap tidak termasuk Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (CBP) atau mana-mana cukai yang serupa yang boleh dikenakan ke atas bekalan
dimana jumlah itu (keseluruhan atau sebahagian) adalah bagi tujuan pembayaran CBP.

Caj-caj yang dikenakan oleh pihak Bank tidak termasuk cukai yang akan dikenakan pada masa
akan datang (termasuk CBP). Apabila CBP dilaksanakan, pihak Bank berhak mendapat kembali
CBP daripada Ahli Kad seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Semua Maklumat Adalah Hakcipta Terpelihara © 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V)
12
16.14. TERMA DAN SYARAT YANG LAIN
Terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di sini hendaklah dianggap sebagai tambahan
dan bukannya pengurangan terhadap mana-mana perjanjian spesifik atau susun atur berkaitan
dengan setiap satu kemudahan di bawah kemudahan Kad semasa atau yang wujud dari semasa
ke semasa di antara pihak Bank dan Ahli Kad atau mana-mana terma-terma dan syarat-syarat
yang dinyatakan di dalam mana-mana surat tawaran yang diberikan oleh pihak Bank kepada Ahli
Kad dari semasa ke semasa.

Sejajar dengan komitmen pihak Bank untuk meningkatkan kemudahan-kemudahan dan faedah-faedah Ahli Kad,
pihak Bank boleh menilai semula dan menyemak ciri-ciri dan faedah-faedah yang disenaraikan di dalam Perjanjian
Ahli Kad ini dari semasa ke semasa dengan memberi notis bertulis 21 hari kepada Ahli Kad.

Nota: Walau apa pun yang tersebut di atas, apabila permintaan dibuat oleh anda untuk mendapatkan versi dalam
Bahasa Malaysia, Bank hendaklah menyediakan anda dengan versi dalam Bahasa Malaysia dengan versi dalam
Bahasa Malaysia dengan sewajarnya.

JABATAN PERNIAGAAN KAD AFFINBANK


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan kami di talian:
03-5522 3000
E-mel: cardservices@affinbank.com.my
Isi kandungan© 2016 Affin Islamic Bank Berhad
(Ogos 2016)

Semua Maklumat Adalah Hakcipta Terpelihara © 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V)
13

You might also like