You are on page 1of 4

20.

Bolu
Perjalanan kami dari Ankara ke Istanbul dengan menaiki van agak meletihkan. Kami singgah bermalam
di Bolu dan keesokannya kami menggunakan masa yang ada untuk melihat keindahan dan menghayati
sejarahnya yang panjang. Bolu terletak di atas bukit dan pemandangan dari atas bukit ini amat cantik.
Jalan raya dari Ankara ke Istanbul dahulu melalui bandar Bolu tetapi kina telah dibuat terowong
menembusi bawah bandar Bolu. Tetapi kami melalui jalan lama manaiki bukit kerana kami hendak
singgah di bandar yang dikatakan cantik dan bersejarah ini. Kedudukan bandar ini ditunjukkan dalam
peta di bawah.

Bandar ini telah menjadi bandar utama dalam kerajaan-kerajaan Hittite pada tahun 2000 sebelum
Masehi. Pada tahun 500 sebelum Masehi ia menjadi ibu negeri kerajaan Bithynia. Kemudian bandar ini
silih berganti menjadi milik kerajaan-kerajaan yang berkuasa pada zaman itu. Apabila ia jatuh ke tangan
Rom, nama bandar ini ialah Claudiopolis sempena nama raja Claudius. Nama ini tercatat dalam wang
logam yang bertarikh di antara tahun 408 hingga tahun 500.

Semasa zaman pemerintahan Kerajaan Byzantium, bandar ini dinamakan Hadrianapolis. Orang-orang
Turki telah berhijrah ke bandar ini dan telah berkuasa pada kurun ke 11. Orang-orang Turki menamakan
bandar ini Boli, sebutan dari polis yang bermakna bandar. Di akhir kurun ke 11 itu, pada tahun 1097,
kerajaan Byzantium telah dapat merampas bandar ini kembali tetapi serratus tahun kemudian, pada

1
tahun 1197, Kerajaan Turki Seljik telah dapat menawan bandar ini. Pada tahun 1325 bandar ini telah
menjadi milik Kerajaan Usmaniah. Bandar ini seperti bandar-bandar lain di Turki pada asalnya adalah
tempat pengikut Nabi Isa berkembang. Semenjak zaman Seljuk, Usmaniah hingga kini, masih terdapat
gereja-gereja Krisitan Ortodoks Timur dan Katholik.

Dari segi cuaca, bandar ini disebabkan kedudukannya di atas bukit, ia bersalji pada musim sejuk.
Walaupun kedudukannya hampir dengan Ankara dan Istanbul. Ia lebih sejuk dan nyaman. Ketika kami
tiba di bandar ini, salji sedang turun. Keesokan harinya salji masih turun dengan pancaran sinaran
matahari. Pemandangan ini menakjubkan bagi orang-orang yang datang dari kawasan Khatulistiwa
seperti kami.

Salji yang turun di Bolu ketika kami berada di bandar itu.

2
Terowong di bawah bandar Bolu

Salah satu masjid di Bolu

3
Senja hari di Bolu

Labu hasil pertanian Bolu yang juga dijual ke bandar-bandar lain

You might also like