You are on page 1of 1

Hari ini saya nak kongsikan ilmu dengan sahabat semua bagaimana untuk

menukar gambar biasa kepada gambar yang bergerak dan berbentuk animasi
(GIF).

Okay, pertama sekali, anda perlu mengambil gambar banyak-banyak (3-4 keping
pun sudah memadai...) supaya setiap pergerakkan dapat terakam. Contohnya,
semasa anda berkumpul untuk mengambil gambar secara berkumpulan, minta
rakan-rakan anda membuat pelbagai 'pose' yang berbeza dan anda rakamkan
gambarnya.

Setelah cukup koleksi gambar yang dikehendaki, pergi ke


laman https://imgflip.com/ dan masukkan gambar-gambar tersebut untuk ditukar
ke dalam bentuk gif. Paling menarik, anda boleh melakukannya di telefon pintar!
Ini contoh gambar animasi yang telah siap. Satu lagi contoh di sini. :)

Langkah 1
Login menggunakan akaun google anda.
Kemudian, klik pada 'Create' dan pilih 'Make a Gif. From Image'

Langkah 2
Upload gambar-gambar yang diperlukan.
Masukkan tajuk untuk gambar animasi ini. Tambah tag jika perlu.

Langkah 3
Sekiranya anda ingin memasukkan perkataan di dalam gambar animasi, anda
boleh berbuat demikian. Pilih warna font, saiz font dll. Klik Generate Gif.

Langkah 4
Ok gambar animasi anda sudah siap! Copy link dan sebarkan kepada rakan-rakan
anda! Anda juga boleh kongsikan di laman sosial atau download ke dalam
komputer anda!

You might also like