You are on page 1of 5

Pengenalan

Masyarakat Sabah dan Sarawak terkenal dengan keunikan dan kekayaan


kepelbagaian etnik, budaya, pegangan agama dan adat resamnya. Ia dianggap sebagai
satu anugerah yang tidak ternilai dan harus sentiasa dipelihara. Di kedua-dua negeri
ini terdapat lebih daripada puluhan etnik, suku etnik dan bahasa yang berbeza.
 Kebanyakan pengkaji menggolongkan kumpulan-kumpulan etnik di Sabah
kepada tiga kumpulan besar:
i. Kumpulan Bumiputera Melayu/Islam terdiri daripada suku Melayu,
Bajau, Suluk, Brunei, Bugis, Bisaya, Idahan, Banjar, Tidong, Orang
Sungai, Ilanun, Kedayan dan Cocos.
ii. Kumpulan Bumiputera Bukan Melayu/ bukan Islam seperti suku kaum
KadazanDusun, Murut, Kwijau, Lutud, Rungus, Tambanuo, Dumpas,
Maragang, Paitan, Minokok, Rumanau, Magkaakdan kumpulan kecil Sino-
Filipina.
iii. Kumpulan Cina terbahagi kepada beberapa kumpulan mengikut dialek
bahasa masing-masing.
 Berdasarkan kepada Populasi negeri Sarawak pada tahun 2010 menunjukkan
kumpulan etnik terbesar ialah Iban (28.9 %) diikuti Cina (23.4%) dan Melayu
(23%). Manakala kumpulan kaum lain seperti Bidayuh (8%), bumiputera lain
seperti Orang Ulu (6.3%), Melanau (5%), warga asing (4.7%) dan lain-lain (0.7%).
 Masyarakat yang menjadi penghuni di Sabah dan Sarawak menetap di kawasan
persisiran pantai, lembah sungai mahupun kawasan pedalaman. Di Sarawak,
kawasan yang paling padat penduduk ialah di persisiran pantai dan lurah-lurah di
bahagian barat di Kuching dan di kawasan antara Sungai Kayan dan Mukah.
 Masyarakat Sabah dan Sarawak mempunyai latar belakang budaya, adat resam,
kesenian, bahasa dan cara hidup tersendiri dan berbeza yang banyak dipengaruhi
oleh keadaan alam sekitar atau alam semulajadinya. Warisan budaya yang
melambangkan identiti setiap etnik di Sabah dan Sarawak masih dipertahankan
sehingga ke hari ini kerana ia merupakan manifestasi kehidupan dan pandangan
hidup masyarakatnya.
 Pekerjaan dan aktiviti ekonomi juga berbeza mengikut persekitaran setiap etnik,
misalnya etnik kumpulan etnik yang tinggal di kawasan pedalaman, tanah tinggi
atau bukit bukau biasanya terbabit dalam kegiatan pertanian, memburu binatang
dan mencari hasil hutan. Kumpulan etnik yang tinggal di persisiran pantai atau
lembah-lembah sungai biasanya terbabit dalam kegiatan menangkap ikan atau
perdagangan.
 Terdapat pelbagai amalan agama dan kepercayaan yang menjadi pegangan
masyarakat Sabah dan Sarawak. Antara agama yang mempunyai penganut yang
ramai ialah Islam, Kristian dan sekelompok kecil etnik minoriti seperti Orang Ulu
yang masih mengamalkan kepercayaan animisme disamping terdapat juga agama-
agama yang lain.
 Menariknya masyarakat Sabah dan Sarawak tidak mudah terpengaruh dengan
provokasi atau isu-isu sensitif yang melibatkan agama kerana hubungan erat
antara etnik yang merentasi sempadan agama dikukuhkan dengan ikatan
kekeluargaan melalui perkahwinan campur.
 Peranan masyarakat imigran tidak boleh dinafikan dalam mencorak wajah
masyarakat Sabah dan Sarawak pada hari ini. Kehadiran mereka melalui
penghijrahan akibat beberapa faktor penarik dan penolak, ekonomi serta dasar
penjajahan bukan sahaja telah menyebabkan perubahan terhadap komposisi
penduduk tetapi juga secara langsung membawa perubahan budaya. Misalnya,
kemunculan suku etnik seperti Sino-Kadazan yang merupakan hasil perkahwinan
antara orang Cina dan Kadazan.

Kesimpulan

 Seiring dengan peredaran masa, arus modenisasi, urbanisasi dan globalisasi telah
membawa perubahan besar terhadap budaya tradisional masyarakat di Sabah
dan Sarawak. Amalan adat resam dan kesenian yang menjadi kebudayaan
masyarakat pelbagai etnik menjadi khazanah yang amat bernilai diwarisi sehingga
kini dan menjadi satu nilai yang dikongsi bersama oleh semua masyarakat
termasuk di Semenanjung Malaysia mengikut nilai budaya masing-masing.

You might also like