You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

NAMA PROGRAM

MOTIVASI ISLAMIK HOLISTIK & PENGURUSAN HAJI UMRAH


(TEORI & PRAKTIKAL)

TARIKH :

SEPTEMBER 2018
(TERTAKLUK KEPADA PERSETUJUAN BERSAMA)

TEMPAT :

SEKOLAH MENENGAH AGAMA (SABK) KUALA SAWAH,


71200,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

ANJURAN :

PIHAK SEKOLAH
1.0 LATAR BELAKANG

Ustaz Mohd Firdaus Bin Mohd Salleh merupakan penceramah bebas program motivasi
dan ceramah Islam secara terbuka kepada semua anggota masyarakat. Anak jati Negeri
Sembilan ini telah mendapat pendidikan awal di Institut Tahfiz Al-Quran, Gemencheh,
Negeri Sembilan dan telah meneruskan pengajiannya dalam bidang Al-Quran dan Qiraat,
Mesir di peringkat Sarjana Muda serta sudah menamatkan pengajiannya dalam Sarjana
Pendidikan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2016. Di samping itu,
beliau merupakan pemegang tauliah ceramah daripada Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan dan Jabatan Agama Islam Selangor serta sangat aktif menyampaikan ceramah
di sekolah, masjid, surau, syarikat persendirian, cawangan-cawangan pejabat Andalusia
dan ceramah umum di serata Malaysia. Dalam masa yang sama, beliau telah berkhidmat
sebagai Mutawwif Sepenuh Masa untuk syarikat Andalusia Travel & Tour sejak tahun
2014 dan telah dianugerahkan Sijil Pembimbing Ibadah Haji oleh Tabung Haji.
Menariknya tentang beliau, skop ceramahnya lebih menjurus ke arah motivasi Islamik
secara santai dan juga fokus utama dalam bimbingan Haji dan Umrah secara teori dan
praktikal. Secara keseluruhannya, kesemua pengikut-pengikut ceramahnya amat berpuas
dengan sumbangan perkhidmatan bimbingan yang diberikannya. Beliau boleh dihubungi
secara personal melalui nombor telefon 013- 2309140 dan emel pada
fdaus29@gmail.com.

2.0 SINOPSIS PROGRAM/ PROJEK

Program ini akan dijalankan menggunakan kaedah motivasi dan ceramah secara teori dan
praktikal bagi menyelesaikan isu para pelajar zaman kini seperti masalah salah laku
displin, tiada motivasi diri, hilang arah tuju hidup, kelemahan sahsiah moral dan
sebagainya. Melalui program ini, ia dianggap sebagai satu wasilah untuk para pelajar
berubah secara berperingkat melalui kesedaran dari dalam diri sendiri. Malah, program
ini juga memberi pendedahan tentang kepentingan kecemerlangan yang seimbang dari
segi intelektual, spiritual dan emosional. Tambahan, penekanan utama diberikan dalam
program ini adalah terhadap kepentingan penerapan cara hidup Islam, modul Haji dan
Umrah secara teori dan praktikal serta motivasi psikologi dan motivasi kerjaya
berdasarkan teori kecerdasan pelbagai (Teori Howard Gardner) dalam kalangan pelajar-
pelajar.
3.0 JUSTIFIKASI

3.1 Memberikan pendedahan tentang motivasi Islamik Holistik cara hidup Islam
hakiki dan penekanan terhadap teori dan praktikal Haji dan Umrah.

3.2 Membina keyakinan diri para pelajar melalui kelebihan yang ada dalam diri setiap
pelajar melalui penerokaan potensi diri berdasarkan teori kecerdasan pelbagai
Howard Gardner sekaligus dapat mencipta masa depan yang positif untuk
mereka..

4.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini diharapkan :-


Para pelajar mendapat pendedahan ilmu dari segi teori dan praktikal tentang Haji dan
Umrah, motivasi Islamik Holistik serta membina semangat para pelajar untuk meneroka
potensi diri melalui Teori Howard Gardner sekaligus dapat merangka perancangan masa
depan dari sudut motivasi kerjaya.

5.0 BUTIRAN PROGRAM

Bilangan peserta : Semua pelajar sekolah.


Tarikh Cadangan : September 2018 (tertakluk kepada persetujuan bersama)
Tempat program : SMA Rantau, Negeri Sembilan Darul Khusus.

6.0 PAKEJ YANG DITAWARKAN

Yuran Promosi Hujung Tahun (Jun – Disember 2018)

Masa Harga Asal Harga Promosi


1 jam 30 minit RM 650 RM 500
2 jam RM 750 RM 600
Setengah hari RM 1400 RM 900
Sehari RM 1900 RM 1450
* Kos tambahan RM 100 untuk penyediaan nota ringkas sebagai rujukan para pelajar.
* Pihak kami masih membuka ruang rundingan berkenaan harga pakej.

7.0 IMPLIKASI JIKA PROGRAM TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN

Sekiranya pelajar-pelajar cemerlang ini tidak diberi sokongan, pendedahan dan


perangsang, berkemungkinan besar mereka akan kurang motivasi diri, lalai dan tidak
dapat meningkatkan dan mengekalkan kecemerlangan mereka dari sudut intelektual,
spiritual dan emosional. Pelajar-pelajar juga akan tertutup minda mereka tentang
kepentingan pengurusan Haji & Umrah dan tiada misi dan visi terhadap perancangan masa
depan melalui kerjaya dan pengurusan kewangan mereka demi merealisasiakn
kesempurnaan kesuluruhan Rukun Islam kita dan kepentinagan dalam membentuk Muslim
Profesional Islamik Holistik.

8.0 PENUTUP

Dengan ini, diharapkan pihak sekolah dapat mempertimbangkan dan meluluskan usul
cadangan program Motivasi Islamik Holisik dan Pengurusan Haji & Umrah (Teori
danPraktikal) demi manfaat para pelajar generasi pembentuk kegemilangan masa
hadapan agama, bangsa dan negara.

You might also like