You are on page 1of 1

PENYELIDIK tempatan dan antarabangsa mengesahkan minyak zaitun

mengandungi pelbagai khasiat, pengambilan dalam menu harian membantu


mencegah penyakit berkaitan kardiovaskular, selain mengurangkan risiko
kanser.

Dihasilkan daripada pati buah zaitun, selain digunakan dalam masakan,


minyak ini juga dijadikan ramuan utama menghasilkan produk berasaskan
kecantikan dan dandanan diri.

Pakar Perubatan Umum Pengkhususan Perubatan Nutrisi, Dr Norman Mohd


Norawi, berkata minyak zaitun mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan
seperti membantu mencegah penyakit jantung, strok, diabetes, mengawal
kesan radang dan mengawal kadar kolesterol dalam darah.

Beliau berkata, pengambilan minyak zaitun dapat membantu mengawal


glukos dalam darah kepada pesakit diabetes.

“Amalan mengambil minyak ini juga dapat mengurangkan risiko barah,


mengekalkan kesihatan kulit dan awet muda,” katanya ketika ditemui baru-
baru ini.

Bagaimanapun, Dr Norman berkata, minyak zaitun tidak boleh menggantikan


rawatan konvensional seperti ubat-ubatan yang dibekalkan doktor untuk
merawat penyakit berkaitan gangguan sistem kardiovaskular.

You might also like