You are on page 1of 7

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/321777035

Teknologi Aplikasi Dron untuk Pertanian

Conference Paper · November 2017

CITATIONS READS

0 3,886

4 authors:

Ahmad Suhaizi Mat Su Nik Norasma Che' Ya


Universiti Putra Malaysia Universiti Putra Malaysia
22 PUBLICATIONS   50 CITATIONS    14 PUBLICATIONS   9 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Norida Mazlan Wan Fazilah Fazlil Ilahi


Universiti Putra Malaysia Universiti Putra Malaysia
25 PUBLICATIONS   90 CITATIONS    5 PUBLICATIONS   14 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Site-Specific Weed Management Using Remote Sensing View project

Agrovoltaics Power Optimization View project

All content following this page was uploaded by Ahmad Suhaizi Mat Su on 13 December 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


KEMENTERIAN PERTANIAN
DAN INDUSTRI ASAS TANI

BLACK G SDN BHD

P R O S I D I N G
L8

TEKNOLOGI APLIKASI DRON UNTUK PERTANIAN

Ahmad Suhaizi, M. S,, Norida, M., Nik Norasma, C, Y., dan Wan Fazilah, F. I.
Jabatan Teknologi Pertanian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, UPM Serdang, Selangor.
E-mel : asuhaizi@upm.edu.my

ABSTRAK

Economic Transformation Program (ETP) menekankan kepada penggunaan teknologi bagi


membantu pengeluaran tanaman secara optimum. Aplikasi dron dalam pengeluaran tanaman semakin
popular dan mendapat tempat dikalangan pengeluar. Objektif kertas ini adalah untuk memperkenalkan
operasi yang boleh dilaksanakan bagi aktiviti pertanian dengan menggunakan teknologi dron, seperti
analisis tanah dan kawasan, kawalan perosak, anggaran hasil dan biomas, status kesihatan tanaman,
pemetaan kawasan pertanian, serta status keperluan air tanaman. Banyak faedah yang boleh didapati
dengan penggunaan dron seperti; (i) meningkatkan keberkesanan masa untuk menghabiskan sesuatu
operasi, atau keberkesanan ladang (ha/jam), (ii) mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing,
(iii) pendedahan minima pekerja kepada kandungan toksik bahan kimia yang digunakan, (iv) akses
yang mudah bagi kawasan bertanah lembut untuk dimasuki oleh pekerja mahupun jentera, justeru
mengurangkan risiko jentera tersekat atau rosak, dan (v) liputan gambar yang beresolusi tinggi dengan
kos yang efektif. Dron telah direkabentuk untuk terbang pada ketinggian yang rendah, dan mudah
dikawal untuk kawasan yang dikehendaki. Isu yang boleh dibangkitkan kesan penggunaan dron adalah
kepada persekitaran, keberkesanan, dan juga kos yang terlibat.

Kata kunci : dron, racun, penyemburan, kesan sebaran, keberkesanan

PENGENALAN

Dron atau pesawat tanpa pemandu adalah sebuah mesin terbang yang berfungsi dengan alat kawalan
jauh oleh pilot. Dron berupaya untuk terbang dengan menggunakan konsep aerodinamika untuk
mengangkat beratnya sendiri dan mampu membawa muatan seperti senjata, kamera, cecair atau
muatan lain. Konsep pesawat tanpa pemandu pertama kali timbul pada 22 Ogos 1849 apabila Austria
menyerang bandar Venice di Italy menggunakan belon bom yang dilepaskan dari kapal laut (Ahmad
Termizi, 2015). Penggunaan teknologi dron sebagai alat ketenteraan pula bermula sejak awal abad ke
-Sperry Automatic
dikenali sebagai Unmanned Aerial Vehicle
(UAV) menggunakan alat kawalan jauh sepenuhnya (Tama, 2016). Penggunaan dron pada masa itu
adalah untuk meluncurkan terpedo udara atau radar jelajah. Dron telah digunakan pada era perang
dunia pertama bukan sahaja oleh Amerika, malah Inggeris telah berjaya menghasilkan dron bernama

penggunaan dron telah berkembang sebagai alat latihan untuk tentera menembak target.Setelah
penggunaan dron di dalam bidang ketenteraan muncul, pelbagai kajian dan penciptaan model dan
rekabentuk dron yang baharu telah muncul sesuai dengan perkembangan semasa serta
penggunaannya yang telah diperluaskan kepada bidang-bidang lain seperti fotografi, seni perfileman,
dokumentasi, sivil, keselamatanm, pemantauan dan pertanian.

Fungsi dron dalam bidang sivil contohnya untuk melihat keluasan dan kontur sesuatu kawasan bagi
memudahkan perancangan pembangunan serta mengetahui keluasan kawasan hutan yang mengalami
bencana seperti kebakaran atau banjir (Ustidivanissa et al., 2017). Di dalam bidang pertanian dron

44
digunakan sebagai alat pemetaan, penyebaran benih, semburan racun perosak dan baja serta kawalan
penyakit dan status pertumbuhan dan kesihatan tanaman. Kelebihan dron berbanding kaedah
konvensional diantaranya adalah untuk meminimumkan risiko kepada ancaman bahaya, meningkatkan
keberkesanan penggunaan yang tinggi serta aplikasi yang lebih meluas berbanding penggunaan
tenaga manusia serta kos yang lebih efisen (Krishna dan Kowligi, 2016). Objektif kertas kerja ini adalah
untuk memberikan pendedahan kebolehgunaan teknologi dron dalam aktiviti pertanian, serta
membincangkan isu yang berkaitan dengan penggunaan teknologi ini di dalam aktiviti pertanian.

METODOLOGI

Kertas kerja ini lebih menjurus kepada kajian literature yang melibatkan kajian yang telah dilaksanakan
di Malaysia, amnya.

PENEMUAN

Berikut adalah contoh penggunaan dron dalam pertanian :

1. Analisis terhadap tanah dan kawasan

Dron mampu membekalkan maklumat awal kesuburan tanah dengan pengambilan sampel
tanah secara kawalan jauh di lokasi yang telah ditetapkan. Malah dron juga mampu untuk
menghasilkan peta 3-D pada sesuatu kawasan bagi tujuan pengurusan ladang serta analis
sampel tanah. Justeru, maklumat ini boleh digunakan untuk mengenalpasti rekabentuk
tanaman. Selepas operasi tanaman, analisis tanah dapat membekalkan maklumat berkenaan
keperluan pengurusan pengairan serta aras-Nitrogen (Myers et al., 2015) .

2. Penanaman

Kaedah penanaman dengan menggunakan dron telah diperkenalkan dengan bermatlamat


untuk mengurangkan kos operasi penanaman sebanyak 85%. Sistem sebegini telah
digunapakai untuk menanam biji benih yang telah disaluti dengan tanah serta nutrient bagi
anak benih. Dengan itu, anak benih mampu untuk tumbuh dengan baik. Namun, teknik
sebegini hanya lebih praktikal bagi kawasal yang sukar untuk dimasuki oleh jentera berat.
Kaedah ini amat sesuai untuk tanaman pokok hutan.

3. Kawalan rumpai

Rumpai merupakan sejenis tumbuhan yang memberi kesan buruk kepada tanaman. Rumpai
akan bersaing dengan tanaman yang ditanam seperti padi, sayuran, jagung, gandum, kelapa
sawit dan sebagainya untuk mendapatkan cahaya matahari, air dalam tanah dan zat-zat yang
berkhasiat untuk tumbesaran. Ini akan memberikan kesukaran untuk tanaman mendapatkan
sumber yang mencukupi untuk pertumbuhan yang sihat. Apabila semua sumber mencukupi
tanaman tersebut akan membuahkan hasil yang baik dan lumayan kepada para petani.
Namun, rumpai yang sentiasa merosakan tanaman sekitar sangat sukar dikawal. Penggunaan
racun kimia merupakan salah satu cara untuk membunuh rumpai daripaba merebak ke seluruh
kawasan pertanian. Namun, penggunaan racun kimia yang tidak terkawal akan menyebabkan
pencemaran dalam air bawah tanah dan juga memberikan kesan buruk kepada nutrisi dalam
tanah. Oleh yang demikian, penggunaan dron diperkenalkan bagi tujuan pemantauan dalam
kawasan tanaman.

45
Dron akan mengambil gambar dalam jarak ketinggian yang rendah untuk memastikan rumpai
di sekitar kawasan tanaman dapat dikenalpasti. Lokasi rumpai yang dikenalpasti akan ditanda
sebagai kawasan atau zon rumpai dimana kawasan tersebut akan digunakan oleh drone bagi
tujuan menyembur racun. Tindakan ini akan memberi kesan yang positif kepada air dalam
tanah dan nutrisi tanah itu sendiri, malah akan menjimatkan kos racun kerana kuantiti racun
yang digunakan telah dikurangkan mengikut zon kawasan yang terjejas sahaja (Rasmussen etl
al., 2013). Maka, penggunakan dron dalam aplikasi pertanian sangat berguna dan ia dapat
membantu para petani untuk menguruskan tanaman dengan lebih berkesan dan pantas.
Sebagai contoh, Norasma (2016) telah mengenal pasti jenis rumpai di kawasan tanaman
dengan menggunkan drone dan multispectral camera di Queensland. Jenis-jenis rumpai yang
telah dikenal pasti akan digunakan untuk merancang jenis racun yang sesuai, dan bila serta
berapa banyak kuantiti yang diperlukan untuk membunuh kawasan rumpai tersebut. Aplikasi ini
sangat berguna kepada para petani semasa menjalankan operasi penyemburan racun. Rajah
1 di bawah menunjukan rumpai yang telah dikenalpasti dengan menggunakan perisian
penderiaan kawalan jauh. Gambar tersebut diambil dengan menggunakan drone pada
ketinggian anggaran 40 m. Ia merupakan resolusi spatial yang sangat tinggi bersamaan
dengan 2 cm resolusi. Memandangkan tanaman ini ditanam menggunakan jentera dengan
keluasan diantara lajur tanaman 75 cm ia menjadikan gambar kelihatan mudah untuk di analis.

(a) (c)

(b) (d)

Rajah 1 : Kaedah pemprosesan data Near-Infrared Image (NIR). (a) adalah contoh gambar asal
sebelum diproses, (b) gambar yang telah diproses untuk menklasifikasikan jenis dan
lokasi rumpai (dalam bulatan merah), dan (c) dan (d) adalah gambarajah dekat bagi
kawasan kuadran 1x1 m2 dan kawasan yang telah dikenalpasti sebagai rumpai. Gambar
selepas analisis; Merah jambu-rumpai, Hijau-tanaman, Coklat-tanah.

4. Kawalan Perosak

Gerak kerja serta operasi penyemburan bahan kimia untuk aktiviti penyemburan racun
serangga mahupun rumpai merupakan aktiviti pertanian yang paling berisiko dan bahaya

46
kepada operator. Dengan itu, kawalan dan aktiviti penyemburan dengan menggunakan dron
amat membantu untuk mengurangkan pendedahan operator kepada bahan bahaya tersebut
(Fornace et al., 2014). Tambahan lagi, kaedah ini lebih cepat berbanding dengan
menggunakan kaedah konvensional, dan mampu menghabiskan kerja sekurang-kurangnya
tiga kali ganda lebih cepat berbanding kaedah lama. Dengan ini, jumlah kawasan semburan
yang ingin dicapai boleh ditingkatkan dengan operasi semburan yang lebih luas ke kawasan
berlainan.

5. Pengairan tanaman

Dron dengan keupayaan untuk merakam imej hyperspectral, beresolusi tinggi, atau imej deria
suhu mampu mengenalpasti kawasan yang kering ataupun yang memerlukan pemerhatian.
Tambahan lagi, sebaik sahaja tanaman telah tumbuh, dron juga mampu memberikan
maklumat berkenaan index vegetatif, di mana ianya berkaitan dengan kepadatan serta
kesihatan tanaman dengan kadar haba yang boleh dibiaskan dan jumlah tenaga atau haba
yang telah dikeluarkan oleh tanaman.

6. Kesihatan tanaman

Keberkesanan terhadap penilaian awal tahap kesihatan tanaman amat penting untuk
mengelakkan kehilangan keseluruhan tanaman akibat serangan penyakit. Deria mata manusia
tidak dapat melihat saiz bakteria atau fungus yang terlampau kecil, namun dengan teknologi
dron yang terbang untuk mengambil imej tanaman, mampu melihat kawasan serangan serta
mengurangkan risiko kerugian. Dengan kaedah imbasan terhadap tanaman, teknologi imej
NIR, boleh membekalkan imej berperingkat pertumbuhan tanaman. Respon yang pantas dapat
dilakukan untuk menghindarkan tanaman kepada penyakit yang serius sebelum berlakunya
kehilangan hasil tanaman secara besar-besaran. Di samping itu, pengeluar juga dapat
mengenalpasti lokasi serangan dengan tepat berbanding kaedah survey, di mana
pensempelan dilakukan hanya di kawasan tertentu sahaja.

Namun begitu, teknologi dron tidak mampu menyelesaikan keseluruhan permasalahan yang sering
dihadapi oleh para pengeluar. Banyak isu-isu yang berkaitan dengan adaptasi teknologi ini di lapangan
pertanian. Sebagai contoh, penggunaan dron dapat mengurangkan pendedahan operator kepada
bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan manusia, namun, kos untuk pembelian dan servis
operasi dron pada ketika ini agak mahal berbanding kaedah konvensional. Walaupun begitu, isu
keperluan tenaga buruh adalah yang paling meruncing dan ianya dilihat mengatasi masalah kos yang
terlibat dengan operasi dron (Ireland-Otto et al., 2016). Dengan kata lain, pengeluar masih lagi
berminat dan mampu untuk mengadaptasikan teknologi dron di dalam aktiviti pengeluaran pertanian
mereka. Selain itu, dron juga dikaitkan dengan isu sosial dan persekitaran, di mana kaedah
penyemburan racun yang tidak terkawal boleh menyebabkan sebaran kepada orang awam dan juga
kepada kawasan lain. Dengan ini, kepatuhan kepada kawalan tatacara kerja atau pun SOP perlu
dipatuhi oleh operator dron.

KESIMPULAN

Jelas, teknologi dron di dalam aktiviti pengeluaran pertanian mampu membantu pengeluar untuk
mengoptimumkon output pertanian. Dengan skala pengeluaran yang bersesuaian serta dengan kapital
yang stabil, teknologi ini dilihat bakal membantu para petani untuk mengurus kawasan pengeluaran
dengan lebih berkesan, kos yang efektif dan cepat. Populariti teknologi ini juga telah membawa kepada

47
View publication stats

minat golongan muda untuk kembali bekerja di lapangan pertanian, dan ini telah memberikan peluang
pekerjaan dan sumber kekayaan dan ekonomi yang baharu kepada mereka.

RUJUKAN

Ahmad Termizi, A.T. (2015). Baik dan buruk Dron. Utusan Online. Sumber:
http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/baik-dan-buruk-dron-1.80229.
Che'Ya, Nik Norasma. "Site-Specific Weed Management Using Remote Sensing." (2016).
Fornace, Kimberly M., Chris J. Drakeley, Timothy William, Fe Espino, and Jonathan Cox. "Mapping
infectious disease landscapes: unmanned aerial vehicles and epidemiology." Trends in
parasitology 30, no. 11 (2014): 514-519.
Ireland-Otto, Nancy, I. Ciampitti, M. Blanks, R. Burton, and Travis Balthazor. "Costs of Using
Unmanned Aircraft on Crop Farms." J. ASFMRA (2016): 130-148.
Krishna, Kowligi R. Push button agriculture: Robotics, drones, satellite-guided soil and crop
management. CRC Press, 2016.
Myers, Derek, Charles McCauley Ross, and Bo Liu. "A Review of Unmanned Aircraft System (UAS)
Applications for Agriculture." In 2015 ASABE Annual International Meeting, p. 1. American
Society of Agricultural and Biological Engineers, 2015.
Rasmussen, Jesper, Jon Nielsen, F. Garcia Ruiz, Svend Christensen, and Jens Carl Streibig.
"Potential uses of small unmanned aircraft systems (UAS) in weed research." Weed Research
53, no. 4 (2013): 242-248.
Tama, Putri Widya Sari. "Aplikasi Sensor Asap MQ9 dan Sensor Suhu SHT10 Pada Robot Terbang
Sebagai Detektor Asap Berbari Arduino" Ph.D. Diss., Politeknik Negeri Sriwijaya. 2016.
Ustidivanissa, Finda Luthfiany, Rinitami Njatrijani, and Agus Pramono. "Tinjauan Yuridis Pengoperasian
Pesawat Tanpa Awak Terhadap Keselamatan Penerbangan Di Wilayah Negara Kesatuan
Diponegoro Law Journal 6, no. 2 (2017): 1-14.

48

You might also like