You are on page 1of 4

KP(BPPA)800-2/11/1 Jld.

2 (6)

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN MEMOHON KUARTERS KEMENTERIAN PELAJARAN


MALAYSIA

PERMOHONAN KUARTERS

1. Permohonan hendaklah dibuat melalui borang permohonan yang boleh diperolehi


daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Bahagian-
Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Institusi, dan Sekolah

2. Pemohon mestilah terdiri daripada penjawat awam berstatus TETAP dan keutamaan
diberikan kepada warga KPM.

3. Bagi pemohon yang mempunyai kediaman sendiri (pinjaman perumahan kerajaan)


dalam radius 25km adalah tidak layak untuk menduduki kuarters.
*(Para 4, 5, 6 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2007)

4. Pemohon yang tidak dibenarkan/hilang kelayakan untuk menduduki kuarters adalah


seperti berikut:
*(senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa)

i) bersara atau berhenti daripada perkhidmatan dengan Kerajaan atas apa-apa


sebab jua pun; atau

ii) dikenakan hukuman tatatertib yang memudaratkan imej Jabatannya atau Ketua
Jabatannya; atau

iii) dikenakan tindakan Mahkamah yang memudaratkan imej Jabatannya atau


Ketua Jabatannya; atau

iv) memiliki rumah sendiri yang telah siap dan selamat diduduki melalui pembiayaan
Skim Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan dalam kawasan lingkungan 25
kilometer yang ditetapkan; atau
*(Para 4, 5, 6 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2007)

1
KP(BPPA)800-2/11/1 Jld. 2 (6)

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN MEMOHON KUARTERS KEMENTERIAN PELAJARAN


MALAYSIA
v) diberhentikan daripada perkhidmatan atau dipindah atau ditukarkan
perkhidmatan ke mana-mana negeri selain daripada negeri di mana kuarters
terletak.

5. Semua permohonan/kelulusan akan dibentangkan ke mesyuarat Jawatankuasa


Pengurusan Kuarters bagi tujuan pengesahan dan kelulusan.

6. Sebarang permohonan pertukaran kuarters akan diproses sebagai permohonan baru.

7. Setiap penyewa yang berkeluarga hanya berkelayakan ditawarkan satu (1) unit kuarters
dalam satu kawasan pada satu-satu masa.

POTONGAN ELAUN

1. Pegawai yang telah menduduki kuarters akan dipotong elaun Imbuhan Tetap
Perumahan (ITP) sepenuhnya dan separuh elaun Bantuan Sara Hidup (COLA). Rujukan
pekeliling seperti berikut:

 Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 1976;


 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1996;
 Pekeliling Perkhidmatan Bil 5 Tahun 2000;
 Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2001
 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002;
 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2002;
 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2004;
 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 28 Tahun 2005;
 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2006;
 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2007;
 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2007;
 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2007;

2
KP(BPPA)800-2/11/1 Jld. 2 (6)

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN MEMOHON KUARTERS KEMENTERIAN PELAJARAN


MALAYSIA
 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 16 tahun 2007;
 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008;
 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2009;
 Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 1 Tahun 2012; dan
 Semua Pekeling, Peraturan, Arahan dan Surat Pekeliling yang
berkuatkuasa.

2. Potongan elaun dan bayaran sewa kuarters bermula daripada tarikh Sijil Akuan Masuk
ditandatangan.

3. Pemohon yang ditawarkan dan bersetuju untuk menduduki kuarters perlu


menandatangani Surat Aku Janji.

4. Pegawai yang menduduki kuarters perlu mematuhi arahan yang terkandung di dalam
Peraturan Menduduki Kuarters KPM.

3
KP(BPPA)800-2/11/1 Jld. 2 (6)

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN MEMOHON KUARTERS KEMENTERIAN PELAJARAN


MALAYSIA

GLOSARI

KUARTERS:

Merupakan rumah kediaman kerajaan yang diperuntukan kepada Penjawat Awam dengan
dikenakan kadar sewa yang dijadualkan dalam Perintah-perintah Am Bab E atau
peraturan-peraturan lain berkaitan dengannya untuk tujuan kediaman semata-mata dan
tiada lagi daripada ini termasuklah segala kelengkapan-kelengkapan dan pemasangan-
pemasangan yang telah sedia ada di dalam kuarters tersebut semasa penyerahan dibuat
kepada penguhuni melalui Sijil Akuan Masuk Rumah.

PENYEWA:

Penyewa berdaftar yang diperakui sah oleh KPM yang telah diperuntukan kuarters
baginya mengikut kelas kelayakan oleh kerajaan.

PEGAWAI PERUMAHAN:

Setiausaha Bahagian, Unit Pengurusan Hartanah atau mana-mana Pegawai lain di Unit
Pengurusan Hartanah, JPN, Bahagian dan PPD yang dipertanggungjawabkan
menjalankan mana-mana tugas berhubung dengan kuarters menurut Perintah-Perintah
Am Bab E.

KEMUDAHAN BERSAMA:

Kawasan, ruang atau tempat yang tidak termasuk sebagai kuarters yang disediakan
khusus dan dinikmati secara bersama antara penyewa-penyewa di bangunan kuarters
tersebut didirikan seperti surau, dewan, taman permainan, tangga, lif, koridor dan lain-lain.

*sumber rujukan: Perintah Am Bab E

You might also like