You are on page 1of 8

PENGGUNAAN INTERVENSI SOCIAL STORY DAN GANJARAN

DALAM MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU


DISRUPTIF MURID AUTISME.
Siti Shahidah binti Sheikh Md. Fadzullah a , Mohd Hanafi Mohd Yasin b,
Mohd Mokthar bin Tahar c.
a
National University of Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
b
SK Nusantara, Jalan Ulu Choh, 81550, Gelang Patah, Johor Bahru, Johor

Abstrak:

Kajian ini bertujuan untuk menilai penggunaan intervensi social story dan ganjaran
untuk meminimakan tingkah laku disruptif seorang murid perempuan berumur 11
tahun kategori ASD di kelas pendidikan khas. Pemilihan subjek dibuat berdasarkan
perbincangan dan mesyuarat Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang dijalankan
di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sebuah sekolah di daerah Johor
Bahru. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah reka bentuk subjek tunggal
(ABAB). Data dikumpulkan menggunakan perekodan masa dan protokol temubual.
Data dianalisa secara kuantitatif dan kualitatif dalam bentuk deskriptif dan naratif.
Berdasarkan hasil dapatan kajian, terdapat pengurangan dalam tingkah laku disruptif
subjek kajian. Subjek menunjukkan pengurangan tingkah laku disruptif dan
peningkatan positif dalam kelakuan semasa di dalam bilik darjah. Melalui
temubual,tiga orang guru yang mengajar subjek kajian bersetuju bahawa tingkah laku
disruptif subjek kajian berkurangan dan terdapat peningkatan yang signifikan dalam
kualiti hasil kerja. Justeru, pendekatan intervensi social story dan ganjaran wajar
digunakan sebagai strategi pengurusan bilik darjah terutamanya di dalam Kelas
Pendidikan Khas.

Abstract:

This research was conducted to evaluate the use of social story and reward
interventions to minimize the disruptive behaviour of a 11 year-old girl with ASD in a
special education classroom. Selection of the sample was made based on the
discussion and Individual Education Plan (IPE) meeting held in the Special
Education Programme Integration in one of the schools in Johor Bahru district. The
research methodology is based on the single subject design (ABAB). Data were
collected using time sampling record, and interview protocol. The data were analyzed
quantitatively and qualitatively using percentage, descriptive and narrative forms.
Based on the results, the were reduction in disruptive behaviour on the research
subject. Subject showed positive improvement in the behaviour in the classroom and
the frequency of the disruptive behaviour decreased. From the interview, three
teachers who teach the research subject agreed that the disruptive behaviour of the
research subject has decreased and there was also a significant improvement in the
quality of the tasks completed. Therefore, social story and reward intervention
approaches are behaviour modification strategies that should be employed especially
in special education classroom.
1. Pendahuluan

Tingkah laku disruptif adalah antara masalah tingkah laku utama yang
ditonjolkan oleh kanak - kanak. Secara umumnya, tingkah laku disruptif didefinisikan
sebagai sebarang tingkah laku yang bercanggah dengan amalan tingkah laku yang
baik dalam bilik darjah (Robichauz & Gresham, 2014). Masalah tingkah laku disruptif
dikalangan murid autisme adalah suatu kelaziman (Mohd Zuri dan Aznan, 2011).
Masalah ini merupakan satu kebimbangan kerana ianya membawa kesan negatif iaitu
mengurangkan masa instruksional serta mengganggu keberkesanan proses
pembelajaran dan pengajaran bagi subjek kajian serta rakan sekelas. Selain itu, ianya
juga turut menyumbang dalam meningkatkan tekanan guru semasa mengajar dan
menyebabkan suasana pembelajaran menjadi kurang kondusif (Mohd Zuri dan
Aznan, 2011). Terdapat pelbagai kaedah dan intervensi yang boleh digunakan untuk
mengatasi dan mengawal masalah tingkah laku murid di dalam kelas. Oleh itu, kajian
ini akan mengupas penggunaan intervensi social story dan ganjaran dalam
mengurangkan tingkah laku disruptif subjek kajian.
Intervensi social story ini telah mula diperkenalkan oleh seorang pakar
linguistik Carol Gray pada tahun 1991 (Salmiah, Hasnah dan Suziyani, 2014). Apa itu
social story? Social story didefinisikan sebagai cerita ringkas yang dibina khusus
kepada murid berdasarkan tingkah laku yang memerlukan pengubahsuaian. Menurut
Gray, kaedah ini boleh digunakan secara berkesan dalam situasi yang sesuai di mana
guru memberikan arahan dan petunjuk yang sesuai di hadapan murid. Perubahan rutin
mungkin berlaku. Arahan akan diberikan secara individu dari semasa ke semasa
sehingga tingkah laku negatif dapat dikurangkan. Kaedah ini dikatakan dapat
memberikan informasi sosial secara nyata dan jelas yang tidak difahami atau
diabaikan oleh individu. Informasi yang disampaikan melalui social story dapat
memperjelas keseluruhan gambaran mengenai situasi sosial..
Ganjaran adalah salah satu peneguhan positif (positive reinforcement) yang
sangat berkesan dalam meningkatkan mahupun mengekalkan kekerapan sesuatu
tingkah laku sasaran (Miltenberger, 2014). Keberkesanan ganjaran dalam memberikan
peneguhan kepada tingkah laku positif akan meningkat sekiranya murid menggemari
ganjaran tersebut dan diberikan serta merta selepas tingkah laku positif dipaparkan
(Robichaux & Gresham, 2014) . Robichaux dan Gresham (2014) juga menekankan
adalah penting bagi guru untuk mengenalpasti ganjaran yang digemari murid-murid
kerana apa yang disukai oleh murid A kemungkinan tidak sama dengan murid B.

1.1 Penyataan Masalah dan Objektif Kajian

Subjek kajian iaitu seorang murid ASD perempuan yang berumur 11 tahun adalah
seorang murid yang sering kali memaparkan tingkah laku disruptif di dalam kelas.
Sebagai contoh subjek sering bercakap-cakap tanpa kebenaran, bermain dengan
sesuatu di meja seperti beg kecil berisi barang dan alat tulis serta kertas. Subjek juga
kadang kala mengeluarkan kata-kata kesat apabila guru dan pembantu pengurusan
murid menegur tingkah laku subjek.
Keadaan ini tidak hanya menyebabkan diri subjek tercicir dalam pembelajaran
dan tidak dapat mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran, tetapi turut
mengganggu masa intruksional murid lain yang sedang mengikuti proses
pembelajaran dan pengajaran tersebut. Hal ini telah menimbulkan suasana kelas yang
kurang kondusif dan memberikan tekanan kepada guru.

Oleh itu, berdasarkan intervensi yang telah dirancangkan, kajian ini bertujuan untuk:
i. Mengenalpasti tingkah laku sasaran subjek.
ii. Mengkaji penggunaan intervensi social story dan ganjaran dalam mengurangkan
tingkah laku disruptif subjek.
iii. Menilai keberkesanan intervensi social story dan ganjaran dalam mengurangkan
tingkah laku disruptif subjek.

1.2 Persoalan Kajian:


i. Adakah penggunaan intervensi social story dan ganjaran dapat mengurangkan
tingkah laku disruptif subjek kajian?
2. Metodologi Kajian

Reka bentuk subjek tunggal digunakan dalam kajian ini. Kaedah ini amat sesuai
kerana ianya tertumpu dan berfokus kepada individu dan membolehkan pengkaji
melihat sesuatu masalah dengan lebih jelas dan membantu pengkaji membuat
keputusan dengan lebih tepat (Hamidah & Osman, 2012). Pendekatan ABAB
digunakan dalam kajian ini bagi membolehkan perbandingan di antara dua situasi
dibuat apabila intervensi social story dan ganjaran dijalankan kepada subjek kajian.
Keadaan ini merujuk kepada dua peringkat baseline yang dikenali sebagai peringkat A
dan dua peringkat intervensi yang dikenali sebagai peringkat B. Ianya bertujuan
membantu pengkaji membuat rumusan tentang pendekatan yang telah dilaksanakan.

Peringkat Masa /Sesi Penerangan


A 1 minggu Baseline kali pertama mula diperkenalkan kepada
Baseline 1 (Sesi 1&2) subjek kajian. Data mengenai tingkah laku sasaran
subjek kajian dikumpul dan direkodkan.
B 2 minggu Intervensi social story dan ganjaran diperkenalkan
Intervensi 1 (Sesi 3 - 6) kepada subjek kajian. Subjek membaca cerita sosial
“Saya di dalam kelas” dan bersoal jawab dengan guru
selama 10 minit setiap pagi. Ganjaran diberikan kepada
subjek apabila subjek dapat mengikuti peraturan dan
menyiapkan tugasan. Tingkah laku subjek diperhatikan
dan direkodkan.
A 1 minggu Pelaksanaan rancangan intervensi dihentikan dan
Baseline 2 (Sesi 7&8) baseline kali kedua dilaksanakan kepada subjek kajian.
Data mengenai tingkah laku sasaran subjek kajian
dikumpul dan direkodkan.
B 2 minggu Intervensi social story dan ganjaran diperkenalkan
Intervensi 2 (Sesi 9 - 12) sekali lagi kepada subjek kajian. Subjek membaca cerita
sosial “Saya di dalam kelas” dan bersoal jawab dengan
guru selama 10 minit setiap pagi. Ganjaran diberikan
kepada subjek apabila subjek dapat mengikuti peraturan
dan menyiapkan tugasan. Tingkah laku subjek
diperhatikan dan direkodkan.

Dua orang pemerhati, iaitu pengkaji dan pembantu pengurusan murid digunakan
untuk merekodkan data semasa sesi pemerhatian. Inter observer agreement (IOU) atau
persetujuan antara pemerhati dikira bagi meningkatkan kebolehpercayaan hasil
dapatan kajian (Miltenberger, 2014).
Selain itu, protokol interview turut dijalankan untuk mendapatkan pandangan dan
penilaian daripada tiga orang guru yang mengajar subjek kajian. Hasil temubual
dirangkumkan dan keputusan direkodkan, dianalisa dan dinilai.

Rajah 1: Peratus kekerapan tingkah laku disruptif subjek kajian.

3. Analisis Data

Dua belas sesi pemerhatian dijalankan sepanjang kajian menggunakan


pemerhatian persampelan masa; dua sesi pemerhatian masing-masing untuk peringkat
Baseline 1&2, dan empat kali pemerhatian untuk peringkat Intervensi 1 dan 2.
(Baseline 1; sesi 1 & 2, Intervensi 1; sesi 3 hingga 6, Baseline 2; sesi 7 dan 8 , dan
Intervensi 2; sesi 9 hingga 12)
Merujuk kepada Rajah 1, iaitu peratus kekerapan tingkah laku disruptif subjek
kajian, terdapat pengurangan kekerapan yang memuaskan antara kekerapan tingkah
laku disruptif tertinggi subjek kajian (82%) pada peringkat Baseline 1 dan (35%) pada
peringkat Intervensi 2. Pengurangan sebanyak 47% ini menunjukkan bahawa
intervensi social story dan ganjaran ini berkesan dalam mengurangkan tingkah laku
disruptif subjek kajian. Apabila intervensi dihentikan pada tahap Baseline 2,
kekerapan tingkah laku murid meningkat sebanyak 8% berbanding pada tahap
Intervensi 1. Ini menunjukkan murid masih memerlukan intervensi untuk
memodifikasi tingkah laku disruptif.
Selain perekodan persampelan masa, temu bual berstruktur turut dijalankan
menggunakan protokol temu bual untuk menyokong hasil dapatan pemerhatian. Hasil
temu bual mendapati ketiga-tiga orang guru bersetuju bahawa terdapat pengurangan
tingkah laku disruptif subjek kajian selepas intervensi dijalankan. Selain itu, kualiti
hasil kerja murid juga didapati meningkat selepas intervensi.

4. Perbincangan / Cadangan / Implikasi

Tingkah laku disruptif subjek kajian telah menunjukkan pengurangan yang positif
daripada sebelum intervensi dijalankan. Daripada pemerhatian pengkaji, subjek kajian
didapati lebih bermotivasi dan positif sewaktu di dalam kelas. Subjek juga
menghormati guru dan mendengar arahan dengan tidak mengeluarkan kata-kata kesat
apabila guru menegur subjek kajian. Walaupun pada mulanya, subjek agak keberatan
untuk menjalani intervensi, namun subjek semakin dapat memahami kehendak
mematuhi peraturan dan bertingkah laku dengan baik semasa di dalam kelas.
Ganjaran yang diberikan telah membantu subjek untuk mengekalkan tingkah laku
positifnya.
Hasil dapatan kajian ini adalah selari dengan hasil kajian lepas yang
menggabungkan intervensi social story dengan intervensi lain seperti ganjaran dan
token ekonomi (Laprime & Dittrich, 2014). Menurut Hudock, Kashima-Ellingson, &
Bellini (2011), social stories adalah lebih berkesan dalam menangani masalah tingkah
laku berbanding mengajar kemahiran bersosial. Intervensi ini juga lebih berkesan
apabila murid membaca sendiri social story itu berbanding apabila ianya dibacakan
kepada mereka. Selain itu, intervensi ini juga akan lebih menunjukkan kesan positif
sekiranya ianya dibacakan sejurus sebelum tingkah laku sasaran diharapkan terjadi.
Tahap keberkesanannya juga akan meningkat jika ianya dilengkapi dengan ilustrasi
berbanding teks semata-mata (Hudock, Kashima-Ellingson, & Bellini, 2011).
Hasil dapatan kajian ini juga turut menyokong kajian kes yang pertama di Iran
yang dijalankan oleh Beh-Pajooh et. al (2011) di mana ianya berjaya dan
menunjukkan kesan yang positif kepada subjek kajian yang di dalam kategori ASD
ringan dan sederhana berbanding yang teruk. Hasil kajian Shahlan et. al (2016) yang
mengkaji penggunaan cerita sosial dalam mengurangkan tingkah laku disruptif murid
bermasalah pembelajaran di sebuah sekolah di Melaka turut menunjukkan
pengurangan tingkah laku disruptif yang positif. Hasil daripada pemerhatian dan temu
bual mendapati intervensi social story ini berjaya dalam mengurangkan tingkah laku
disruptif murid-murid bermasalah pembelajaran dalam mengambil giliran (turn
taking). Intervensi cerita sosial ini dicadangkan agar diperluaskan lagi dalam
menangani masalah tingkah laku murid bermasalah pembelajaran (Shahlan et al.,
2016). Walaubagaimanapun, intervensi ini boleh ditambahbaik lagi pada masa
hadapan dengan menggunakan cerita sosial yang lebih canggih dan menggunakan ICT
yang dikenali sebagai Video Self Modelled (VSM). Dalam kajian Adibah & Rosadah
(2016), penggunaan VSM ini lebih menarik dan berkesan kerana ianya menggunakan
pendekatan visual dan auditori yang begitu sinonim dengan penumpuan kanak-kanak
ASD. Mereka boleh menonton video yang khusus mengenai diri mereka, rakan
sebaya atau orang dewasa yang terlibat dalam mengubah tingkah laku kanak - kanak
terbabit dengan disertai elemen penceritaan yang menarik (Moore & Anderson, 2010).

5. Kesimpulan

Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan penggunaan intervensi social story dan


ganjaran berkesan dalam mengurangkan tingkah laku disruptif subjek kajian.
Walaubagaimanapun, peratusan kekerapan ini dapat dipertingkatkan lagi dengan
menggabungkan elemen lain seperti VSM yang telah dicadangkan dalam kajian lepas.
Diharap penggunaan intervensi social story dan ganjaran ini dapat digunakan
sebagai salah satu kaedah modifikasi tingkah laku murid berkeperluan khas
khususnya murid ASD.
Rujukan

Adibah Abu Bakar, Rosadah Abd. Majid. 2016. Intervensi Kemahiran Sosial dalam
Kalangan Kanak-Kanak ASD melalui Cerita Sosial Video Self-Modelled.
International Conference on Special Education in Southeast Asia Region 6th
Series 2016: 669-675. Selangor: Penerbit UKM.

Beh-Pajooh, A. , Ahmadi, A. , Shookohi-Yekta, M. & Asgary, A. 2011. The Effects of


Social Stories on Reduction of Challenging Behaviours in Autistic Childern.
Procedia Social and Behavioral Sciences 15: 351-355.

Hamidah Sulaiman dan Osman Hashim. 2012. Pengurusan Tingkah Laku


Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Selangor : Open University Malaysia.

Hudock, R. L., Kashima-Ellingson, Y., & Bellini, S. 2011. Increasing Responses to


Verbal Greetings in Children With Autism Spectrum Disorders: A Comparison of
the Effectiveness of Social Story and Generic Story Interventions. School
Psychology Forum, 5(3), 103-113.

Laprime, A. P., & Dittrich, G. A. 2014. An Evaluation of a Treatment Package


Consisting of Discrimination Training and Differential Reinforcement with
Response Cost and a Social Story on Vocal Stereotypy for a Preschooler with
Autism in a Preschool Classroom. Education & Treatment Of Children, 37(3),
407-430.

Miltenberger, R.G. 2014. Behaviour Modification: Principles and Procedures sixth


Edition. USA: Cengage Learning.

Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad & Zainuddin Mohd Isa. 2014. Masalah
Pembelajaran. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Moore, D.W. & Anderson, A. 2010. Using video self-modelled social stories to teach
social skills to a young child with autism. Autism Research Treatment.
http://.researchgate.net/publication/230769971 [13 June 2016]

Robichaux, N.M. & Gresham F.M. 2014. Differential Effects of the Mystery
Motivator Intervention Using Student-Selected and Mystery Rewards. School
Psychology Review.Volume 43, No 3, pp. 286-298.

Salmiah Bujang. Hasnah Toran. & Suziyani Mohamed. 2014. Kaedah Bercerita: Siri
Pendidikan Autisme.Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shahlan Surat, Liana Sadali, Saemah Rahman dan Saadiah Kummin. 2016. The Use
of CeSo to Improve Turn-Taking Skills among Students with Learning
Disabilities. Creative Education,7,319-324.
http://dx.doi.org/10.4236/ce.2016.72032. [15 June 2016]

You might also like