You are on page 1of 1

Belilah Barang Buatan Malaysia

Slogan Belilah Barang Buatan Malaysia merupakan slogan yang sering


kita dengar sama ada di televisyen atau di radio. Barang buatan
Malaysia ialah barang yang dihasilkan di dalam negara.
________Antara kebaikan membeli barangan buatan Malaysia dapat
menjimatkan perbelanjaan keluarga. Kita dapat menjimatkan
perbelanjaan jika kita membeli barangan tempatan. Harga barangan
tempatan lebih murah berbanding barangan import. Sebagai contoh
harga motosikal buatan tempatan, iaitu Kriss lebih murah berbanding
motosikal import.
________Seterusnya, dengan membeli barangan buatan tempatan ,
kita dapat menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat
Malaysia. Pihak kerajaan sepatutnya mengadakan Kempen Sokonglah
Jenama Malaysia secara berterusan. Dengan cara ini , kita dapat
menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia dan
seterusnya memupuk perasaan cinta akan negara, bak kata pepatah,
tak kenal maka tak cinta .
________Selain itu, kebaikan membeli barangan buatan tempatan ialah
dapat meningkatkan imej negara. Barangan buatan tempatan
merupakan barangan yang bermutu di negara kita. Sebagai contoh
barangan daripada kulit , seperti kasut , beg, dan dompet menjadi buah
tangan pelancong yang datang di negara kita. Malaysia dikenali dalam
kalangan pelancong kerana menghasilkan barangan yang berkualiti
sekaligus dapat menambah pendapatan negara.
Kesimpulannya, industri barangan tempatan memberi
banyak kebaikan kepada pelbagai pihak. Kita perlu bekerjasama untuk
memajukan industri barangan tempatan.

You might also like