You are on page 1of 3

SMJK PHOR TAY

Pusat Sumber Sekolah


Laporan Aktiviti / Program / PIO
Tahun 2018

1 Tajuk : PROGRAM PECUTAN AKHIR - AYUH LULUS BM

2 Anjuran : PANITIA BAHASA MELAYU SMJK PHOT TAY

3 Tarikh : 24 Oktober 2018

4 Masa : 7.20 PAGI HINGGA 10.00 PAGI

5 Tempat : DEWAN SMJK PHOR TAY

6 Sumber Kewangan :

7 Jumlah Perbelanjaan :

8 Sasaran : TP T1 T2 T3 T4 T5 Guru Lain-lain


(isikan bilangan shj.) orang

9 Peringkat : Sekolah Daerah Zon Negeri Kebangsaan Antarabangsa


(Tandakan √)

10 Bidang : Akademik HEM Kokurikulum Lain-lain


(Tandakan √) √

11 Anjakan Transformasi PPPM : Anjakan 2 – Memastikan setiap murid profesien dalam Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris.

12 Objektif :
1. Meningkatkan gred mata pelajaran pelajar dalam keputusan SPM

13 Perjalanan Aktiviti :

1. Prapelaksanaan program
1.1 Ketua Panitia mencadangkan progrm ini untuk membantu pelajar berpencapaian sederhana dalam
peperiksaan Percubaan SPM.
1.2 Kumpulan sasaran program ini ialah murid-murid yang gagal dan memperoleh gred E dalam
Peperiksaan Percubaan SPM.
1.3 En. Seva dan Pn. Oh Saw Hoon diminta mengendalikan progam ini.
1.4 En. Seva dan Pn Oh Saw Hoon menyediakan modul khas untuk program ini.
2. Pada Hari Program
2.1 Murid-murid yang terlibat dikumpulkan di Dewan Seri Phor Tay dan diambil kedatangan.
2.2 En. Seva dan Pn. Oh Saw Hoon memulakan kelas.
2.3 Terdapat sesi soal jawab bahasa, latihan, teknik menjawab dan kuiz.
2.4 Murid memberi perhatian semasa guru mengendalikan program.

3. Pascaprogram
3.1 Murid memberi respons positif.
3.2 Pn. Mecca mengedarkan borang kaji selidik untuk diisi oleh murid.
3.3 Laporan tentang ceramah telah disediakan untuk diserahlkan kepada PKP dan sesalinan sebagai
simpanan Panitia Bahasa Malaysia.

14 Refleksi :

Kekuatan : a) Penceramah teknik menjawab soalan dapat menarik perhatian dan


pelibatan murid sepanjang program ini berlangsung.
b) Penggunaan dwibahasa berjaya menarik perhatian murid.
c) Bahan bercetak telah disediakan dan diedarkan kepada murid-murid
untuk rujukan.
d) Penyampaian ceramah yang diselang-selikan dengan gurau senda
dapat mengekalkan tumpuan murid.
e) Lontaran soalan kepada pendengar mendapat sambutan daripada
murid khususnya murid kelas hadapan.
f) Sesi soal jawab turut diadakan dan penceramah tidak mengecewakan
murid-murid yang mengemukakan soalan.
g) Kerjasama guru disiplin dan guru mata pelajaran berjaya mengawal
pergerakan dan kebisingan murid
Kelemahan : a) Penggunaan bahasa Mandarin walaupun memanfaatkan murid tetapi
guru Bahasa Melayu yang tidak faham bahasa ini tidak faham isi
kandungan ceramah yang disampaikan.
b) Murid-murid kelas belakang kelihatan kebosanan dan membuat bising.
c) Murid sagat lemah dalam bahasa Melayu menyebabkan meklumat
yang ingin disampaikan menjadi terhad.

Penambahbaikan : a) Pada masa depan, ceramah ini harus diadakan dalam dua sesi yakni
Kertas 1 dan Kertas 2 Bahasa Melayu.
b) Penceramah haruslah lebih banyak menggunakan bahasa Melayu
untuk menyampaikan ceramah kerana subjek ini perlu dijawab oleh
murid dengan menggunakan bahasa Melayu merapakan hakikat yang
tidak boleh dikompromi.

15 Disediakan oleh,

MECCA BINTI HJ YACOB


Ketua Panitia Bahasa Malaysia
SMJK Phor Tay

You might also like