You are on page 1of 16

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Umum mengetahui bahawa pertapakan buruh asing di negara kita sudah menjadi suatu

perkara yang bukan lagi janggal bermula sejak abad ke-19. Bahkan semakin hari, semakin

bertambah jumlah buruh asing di negara, hal ini termasuklah buruh daripada Bangladesh,

Nepal, Filipina mahupun daripada negara jiran iaitu Indonesia. Lambakan buruh asing ini

sering menjadi sebuah isu yang hangat diperbahaskan terutamannya apabila semakin ramai

dalam kalangan mereka ini yang dikatakan memonopoli pekerjaan yang ada di negara kita

sehingga terjadinya lambakan anak muda yang masih buntu dalam mencari pekerjaan. Hatta,

ramai dalam kalangan buruh asing ini juga dikatakan sudah menjadi permintaan yang tinggi

dalam kalangan syarikat-syarikat kerajaan mahupun swasta kerana kecekapan dan kerajinan

mereka dalam menjalankan sesuatu pekerjaan itu.

Sejak zaman dahulu lagi, perladangan kelapa sawit merupakan sebuah sektor yang sangat

penting di Tanah Melayu kerana ianya merupakan salah sebuah sektor yang dapat membantu

dalam peningkatan taraf ekonomi di Malaysia. Berbicara mengenai kehadiran buruh asing

dalam sektor perladangan kelapa sawit terutamanya, fokus terhadap buruh daripada Indonesia

yang telah menjadi suatu kebiasaan dalam kehadiran mereka dalam sektor perladangan kelapa

sawit.

Sejarah kedatangan buruh-buruh asing di Malaysia adalah disebabkan oleh kekurangan

tenaga buruh yang diperlukan pada zaman dahulu. Kebanyakkan rakyat tempatan yang tidak

mahu terlibat dalam menguruskan sektor-sektor yang tertentu yang mana menyebabkan pihak

British yang menduduki Tanah Melayu pada ketika itu terpaksa mengambil langkah yang

drastik bagi menangani masalah ini. Kedatangan buruh Indonesia pada ketika itu di Selangor

1
adalah majoritinya daripada kalangan rakyat yang berdarah Jawa. Mereka ini dikatakan sangat

berminat untuk masuk ke Tanah Melayu disebabkan oleh beberapa faktor yang akhirnya

mendorong mereka untuk masuk dan bekerja di Tanah Melayu.

Kedatangan buruh-buruh dari Indonesia khususnya masyarakat Jawa ke Selangor adalah

dengan melalui beberapa saluran yang tertentu antaranya adalah melalui syarikat-syarikat yang

terdapat di Jawa, Jakarta (Betawi), Surabaya, Semarang dan juga Singapura. Pada tahun 1887,

sebuah syarikat di Singapura telah dihubungi oleh Kerajaan Selangor bagi meminta mereka

untuk membekalkan buruh daripada Jawa seramai 200 orang.1 Jelas di sini bahawa kedatangan

buruh Indonesia ke Tanah Melayu telah pun bermula sejak daripada abad ke-19 lagi yang mana

memperlihatkan bahawa Selangor yang sangat memerlukan tenaga buruh asing bagi

melibatkan diri dalam sektor perladangan kelapa sawit.

Akibat daripada tindakan kerajaan Selangor pada suatu ketika dahulu yang sangat

memerlukan tenaga buruh yang ramai di Selangor menyebabkan lambakan buruh asing

semakin bertambah tahun ke tahun yang akibatnya telah menimbulkan pelbagai masalah sosial

di Malaysia terutamanya. Hal ini telah memaksa kerajaan untuk turut sama melibatkan diri

dalam jangka masa yang sangat panjang bukan sahaja untuk menguruskan buruh asing ini dari

segi keluar masuk mereka ke Malaysia malahan turut sama dalam memikirkan cara untuk

mengatasi masalah yang melibatkan buruh-buruh asing ini pada masa ini.

1
Khazin Mohd. Tamrin, ‘Orang Jawa di Selangor Kedatangan dan Penempatan’, Jebat, Bil. 7 & 8, 1977, hlm.
68-69.

2
1.2 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat kepada kedatangan masyarakat Jawa ke Sabak Bernam

ini adalah secara tidak langsung menampakkan peningkatan taraf ekonomi di Sabak Bernam.

Seterusnya menjelaskan bahawa kemasukan masyarakat Jawa ini juga telah mengakibatkan

lambakan warga tempatan di Sabak Bernam yang tidak memperoleh kerja kerana penglibatan

mayarakat Jawa dalam perladangan kelapa sawit yang menggalakkan.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian penggunaan buruh Jawa di kawasan perladangan kelapa sawit di kawasan Sabak

Bernam, Selangor ini adalah bertujuan untuk mengkaji kepentingan penglibatan buruh asing

dalam sektor perladangan di Sabak Bernam. Memang tidak dinafikan lagi telah terdapat

banyak kajian mengenai buruh asing telah dijalankan namun kebanyakkan kajian yang

dijalankan tertumpu di kawasan FELDA serta dalam sektor pertanian dan pembinaan sahaja.

Kajian yang di jalankan oleh pengkaji ini berbeza iaitu dengan menjalankan kajian di kawasan

perladangan yang dimiliki oleh pihak swasta.

Objektif pertama dalam menjalankan kajian ini adalah untuk melihat kedatangan awal

buruh Jawa ke Sabak Bernam dan faktor-faktor yang mendorong mereka untuk masuk ke Sabak

Bernam pada sekitar abad ke-19. Penyelidikan ini turut melihat kepada proses kemasukan

buruh Jawa dari segi sumber kewangan, dokumen perjalanan dan juga kisah perjalanan buruh

Jawa ini ke Sabak Bernam.

Objektif yang kedua kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti sejauh mana kepentingan

kemasukan buruh Jawa dalam sektor perladangan kelapa sawit ini memberi kesan yang

mendalam dari segi faktor pekerjaan di Sabak Bernam terhadap penduduk tempatan.

3
Objektif ketiga adalah untuk mengesan sistem pembayaran upah yang diterima oleh buruh

Jawa berdasarkan kerja-kerja yang dilakukan oleh mereka dan juga perbezaan kadar upah yang

diterima oleh mereka berdasarkan kepada pekerja tempatan dan buruh Jawa. Dalam pada itu,

kajian juga akan mengesan apakah perbezaan pembayaran upah yang diterima ini mengikut

kepada sistem yang adil ataupun tidak yang telah ditetapkan oleh pihak swasta yang memegang

kontrak pekerja asing ini.

Objektif yang terakhir pula adalah untuk menganalisis keadaan buruh Jawa ini apabila telah

tiba di Sabak Bernam dan menjalankan pekerjaan mereka daripada segi kecukupan kemudahan

yang disediakan oleh para majikan serta masalah-masalah yang mungkin dihadapi oleh buruh

Jawa ini di Sabak Bernam.

4
1.4 SKOP KAJIAN

Kawasan kajian yang telah dipilih oleh pengkaji untuk menjalankan kajian ke atas

kedatangan buruh Jawa adalah di Sabak Bernam. Skop kajian yang dijalankan adalah dengan

merangkumi tentang latar belakang tentang kedatangan buruh Jawa serta faktor-faktor yang

mendorong mereka untuk datang ke Sabak Bernam, kesan kedatangan buruh asing ini terhadap

peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, sistem pembayaran yang di terima oleh buruh

asing ini, dan juga kebajikan mereka semasa mereka menjadi pekerja di perladangan kelapa

sawit di kawasan Sabak Bernam.

Kajian telah dijalankan dengan memulakan pemerhatian ke atas latar belakang kedatangan

buruh Jawa di Sabak Bernam. Kajian ini memperhalusi tentang asal usul buruh ini, umur,

jumlah pendapatan serta status perkahwinan mereka. Kajian ini juga bertujuan dalam

memperlihatkan kepada beberapa faktor yang menjadi dorongan buat mereka untuk datang ke

Kuala Selangor dan menjadi buruh dalam sektor perladangan kelapa sawit.

Kajian ini seterusnya memperincikan kepada kesan kedatangan buruh asing Indonesia ini

ke dalam sektor perladangan kelapa sawit di Sabak Bernam. Bahagian ini juga memaparkan

tentang apakah golongan buruh asing ini sebenarnya menjadi faktor kepada lambakan warga

tempatan yang masih menganggur kerana kehadiran buruh Jawa ini lebih di utamakan daripada

memberi peluang kepada masyarakat setempat di Sabak Bernam ataupun sebenarnya penduduk

di kawasan Sabak Bernam ini yang lebih memilih untuk melakukan pekerjaan yang lebih baik

daripada melibatkan diri dalam sektor perladangan kelapa sawit. Melalui kajian ini, dapat

dilihat bahawa bagaimana dengan kedatangan buruh Jawa ini akan mempengaruhi kajian yang

berikutnya yang dijalankan oleh para pengkaji di kawasan kajian tersebut dan bagaimana juga

perkara ini berkait dengan masalah pengagguran dalam kalangan penduduk tempatan.

5
Bahagian kajian yang seterusnya memerlukan para pengkaji untuk mendalami tentang

sistem pembayaran yang telah diterima oleh buruh Jawa di kawasan Sabak Bernam ini. Kajian

ini tertumpu kepada jumlah pembayaran yang diterima oleh buruh asing Indonesia ini serta

perbezaan kadar upah yang diterima oleh buruh asing mengikut kepada dua jantina yang

berbeza, lelaki dan perempuan meskipun pekerjaan yang dilakukan adalah pekerjaan yang

sama. Dengan ini dapat memperlihatkan bahawa hubungan antara kedatangan buruh asing ini

sedikit banyak menimbulkan isu ‘bias’ antara warga tempatan dan asing dalam sektor

perladangan kelapa sawit di Sabak Bernam.

Akhir sekali, kajian ini akan lebih dipadatkan dengan maklumat yang pengkaji perolehi

tentang kebajikan yang diterima oleh buruh Jawa ini sepanjang tempoh mereka mengikat

kontrak bersama dengan syarikat yang menguruskan sektor perladangan kelapa sawit di

kawasan kajian ini. Kajian ini juga bertujuan untuk memaparkan kelengkapan kemudahan

yang disediakan oleh para majikan demi menjaga kepentingan dan keselesaan buruh asing yang

bekerja di kawasan tersebut. Tanda tanya adakah perihal kebajikan buruh asing ini benar-benar

diawasi dan dijaga oleh majikan akan diolah dalam kajian ini secara terperinci.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

6
Kedatangan masyarakat Jawa ke Sabak Bernam memberikan kesan yang amat mendalam

terutamanya daripada segi faktor pengeluaran kelapa sawit kerana banyak tenaga kerja asing

ini di gunakan oleh syarikat-syarikat di Malaysia ini secara tidak langsung menyebabkan

pengeksport tanaman kelapa sawit semakin bertambah. Namun begitu, kemasukan buruh Jawa

ini juga dikatakan memberikan kesan terhadap beberapa masalah sosial yang terjadi melibatkan

golongan buruh Jawa ini terhadap masyarakat di Malaysia. Dapat dilihat bahawa dengan

kedatangan mereka ke Sabak Bernam ini sedikit banyak meningkatkan lagi kadar jenayah yang

berlaku. Penyelidikan juga untuk melihat sejauh mana pengaruh buruh asing ini terhadap

peluang pekerjaan yang terbuka kepada penduduk tempatan di Sabak Bernam.

Di akhir penyelidikan ini diharapkan membawa kejayaan untuk memperjelaskan tentang

bagaimana masalah ini perlu di atasi dan cara-cara untuk membendung masalah sosial yang

berlaku ini daripada menular sedangkan kebanyakkan syarikat yang menguruskan sektor

perladangan kelapa sawit ini sangat memerlukan tenaga buruh asing ini.

Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat memberikan suatu pendedahan yang sangat

jelas tentang peranan buruh-buruh asing ini yang akhirnya dapat membuka mata banyak pihak

untuk menyedari tentang kepentingan penglibatan tenaga buruh Jawa ini dalam sektor

perladangan kelapa sawit di Sabak Bernam.

Turut diharapkan juga bahawa kajian yang telah dijalankan ini sedikit banyak dapat

memberikan sumbangan baru dalam bidang penulisan mengenai buruh asing dalam sektor

perladangan kelapa sawit.

1.6 ULASAN LITERATUR

7
Banyak sumber yang di dapati menulis tentang kedatangan buruh asing Indonesia ke

Malaysia ini memperjelaskan tentang peranan penting mereka dalam sektor perladangan kelapa

sawit. Bahkan, kebanyakkan penulisan ini juga turut memaparkan tentang faktor kemasukan

buruh asing ke Malaysia serta perjalanan mereka untuk sampai ke Malaysia. Namun begitu,

kebanyakkan penyelidikan ini memperjelaskan kajian yang dijalankan di kawasan seperti

FELDA dan RISDA, penghijrahan buruh asing ini untuk masuk ke kawasan Malaysia serta

kisah hidup perjalanan mereka yang serba kekurangan dan timbulnya pelbagai masalah yang

harus mereka tempuhi untuk berhijrah ke Malaysia. Ini adalah kerana skop pencerahan kajian

mereka adalah berdasarkan kepada usaha kerajaan dalam membawa masuk buruh-buruh asing

ini ke Sabak Bernam serta campur tangan pihak lain juga dalam menanganii masalah

kekurangan tenaga buruh di Malaysia pada suatu ketika dahulu. Bagi menjelaskan lagi tentang

isu ini, para pengkaji telah menjalankan kajian yang luar daripada tajuk yang sedia ada iaitu

dengan memerhatikan kedatangan buruh asing di Sabak Bernam ini melalui syarikat-syarikat

swasta yang mengusahakan perladangan kelapa sawit.

Sebagai contoh, kajian yang telah dijalankan oleh Khazin Mohd. Tamrin di dalam

penulisan artikel jurnalnya yang bertajuk Orang Jawa di Selangor Kedatangan dan

Penempatan2yang menjelaskan di dalam penulisannya tentang penglibatan buruh Jawa secara

khususnya dalam sektor perladangan kelapa sawit dan sektor ekonomi yang lain seperti

pertanian dan perlombongan. Beliau juga turut menjelaskan dalam penulisan beliau mengenai

kedatangan buruh asing Indonesia yang berbangsa Jawa melalui syarikat-syarikat yang

berusaha untuk membawa masuk buruh asing ini ke kawasan Selangor. Selain daripada itu,

beliau juga turut menyatakan mengenai kisah perjalanan buruh asing Indonesia ini dalam

mengharungi pelbagai cabaran untuk masuk ke Selangor.

2
Khazin Mohd. Tamrin, ‘Orang Jawa di Selangor Kedatangan dan Penempatan’, Jebat, Bil. 7 & 8, 1977, hlm.
68-97.

8
Kajian mengenai kedatangan buruh asing ini juga telah turut dijalankan oleh Kamsiah

binti Mat Sohor dan Nur Azira binti Latif dalam hasil kajian mereka mengenai Kesan

Kedatangan Buruh Asing3 telah memperjelaskan mengenai kesan kedatangan buruh asing ke

Malaysia yang menyebabkan gangguan ke atas peluang pekerjaan penduduk tempatan. Di

dalam penulisan tersebut, ada menyatakan juga bahawa peningkatan jumlah tenaga buruh yang

secara amnya telah menyebabkan negara mengalami masalah pengangguran yang sangat serius

dalam tempoh 30 tahun antara 1981 sehingga 2010.

Di samping itu, kajian mengenai kedatangan buruh asing khususnya buruh Indonesia juga

telah dijalankan oleh pengkaji Roazmizah Mohd Azmi dalam penulisan beliau iaitu

Penglibatan Buruh-buruh Indonesia di Sektor Perladangan Kelapa Sawit di kawasan

FELDA Pasoh 3 Batu Kikir Negeri Sembilan4. Di dalam penulisan beliau, ada menyatakan

tentang kedatangan buruh Indonesia ke Negeri Sembilan yang telah mengakibatkan masalah-

masalah sosial semakin meningkat. Masalah sosial yang melibatkan buruh asing tersebut

termasuklah seperti jenayah mencuri di kawasan tersebut.

Sementara itu, kajian mengenai latar belakang buruh Indonesia ke Malaysia turut

dijalankan oleh Shahroul Neezza Harun yang menulis mengenai Buruh Pendatang

Indonesia di Sektor Perladangan Kelapa Sawit di kawasan FELDA Lepar Hilir 2

Kuantan Pahang5. Beliau telah menyatakan secara terperinci mengenai faktor yang telah

mempengaruhi kemasukan buruh ke kawasan kajian FELDA di Lepar Hilir Pahang. Selain itu,

beliau juga turut menyatakan bahawa bagaimana peranan FELDA dalam menguruskan

3
Kamsiah Mat Sohor, Kesan Kedatangan Buruh Asing, https://www.academia.edu/7110261
(tarikh diakses 1 Mei 2019)
4
Roazmizah Mohd Azmi, ‘Penglibatan buruh-buruh Indonesia di sektor perladangan kelapa sawit : satu kajian
kes di FELDA Pasoh Tiga, Batu Kikir, Negeri Sembilan’, Latihan Ilmiah, Jabatan Pengajian Asia Tenggara,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1998/1999.
5
Shahroul Neezza Harun, ‘Buruh pendatang Indonesia di sektor perladangan kelapa sawit : kajian kes di
FELDA Lepar Hilir 2, Kuantan, Pahang’, Latihan Ilmiah, Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur, 1997/1998.

9
kemasukan buruh Indonesia bagi menguruskan lading-ladang kelapa sawit milik peneroka di

FELDA Lepar Hilir.

Hal yang sama turut menjadi penekanan dalam penulisan Chang Chjoi Kheng iaitu

Penggunaan Buruh Indonesia dalam Sektor Perladangan Kelapa Sawit di Ladang Bukit

Mertajam, Kulim Kedah6 yang membicarakan mengenai kepentingan penglibatan buruh

asing Indonesia dalam sektor perladangan kelapa sawit. Penulis juga turut menerangkan

mengenai faktor-faktor yang mendorong buruh-buruh ini untuk datang dan masuk ke kawasan

perladangan kelapa sawit di Bukit Mertajam serta mengusahakan perladangan kelapa sawit di

kawasan tersebut.

Menurut kajian Norazita Binti Nordin yang bertajuk Pekerja Asing Dalam Sektor

Perladangan Kelapa Sawit7 menjelaskan berkenaan kebajikan yang diperoleh oleh pekerja

Indonesia khususnya di Ladang Tunjuk Laut, Kota Tinggi, Johor. Ladang kelapa sawit tersebut

di bawah hak milik swasta yang dikenali sebagai Johor Corporation.

Seterusnya, Hasri Bin Omar dalam kajiannya Migrasi dan Keadaan Kerja Buruh

Indonesia di Sektor Perladangan Kelapa Sawit Semenanjung Malaysia8 membincangkan

latar belakang kedatangan warga Indonesia dan masalah sosial yang dihadapi oleh pekerja

Indonesia semasa mereka bekerja di Ladang Kelapa Sawit Espek Terengganu Tengah 3,

Dungun, Terengganu.

Penulisan artikel jurnal oleh Wan Shawaluddin Wan Hassan, Ramli Dollah dan Dewi

Herviani yang berjudul Tenaga Kerja Indonesia (TKI) Bugis Dalam Sektor Perladangan

6
Chang Chjoi Kheng, ‘Penggunaan buruh Indonesia dalam sektor perladangan kelapa sawit : kajian kes di
Ladang Bukit Mertajam, Kulim, Kedah’, Latihan Ilmiah, Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur, 1995/1996.
7
Norazita Nordin, ‘Pekerja asing dalam sektor perladangan kelapa sawit : kajian kes di Ladang Tunjuk Laut,
Kota Tinggi, Johor’, Latihan Ilmiah, Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2008/2009.
8
Hasri Bin Omar, ‘Migrasi dan keadaan kerja buruh Indonesia di sektor perladangan Semenanjung Malaysia :
kajian kes di Ladang Kelapa Sawit Espek Terengganu Tengah Tiga, Dungun, Terengganu’, Latihan Ilmiah,
Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Universitit Malaya, Kuala Lumpur, 1995/1996.

10
Kelapa Sawit Di Sabah9 menjelaskan daya ketahanan orang Bugis demi keperluan tenaga

manusia dalam sektor perladangan tersebut. Hal ini turut dibincangkan oleh Ahmad Zairy Bin

Zainol Abidin bertajuk Perindustrian Negara: Punca Tenaga Buruh Asing Semakin

Meningkat dan Kesannya terhadap Sektor Pertanian dan Perladangan10. Beliau

menunjukkan punca kedatangan buruh asing atas beberapa faktor sehingga munculnya kesan

yang memberi impak kepada negara ini.

Ramli Dollah dan Kamarulnizam Abdullah dalam artikel jurnal Wacana Hegemoni dan

Dasar Pekerja Asing di Malaysia : Kajian Kes Ke Atas Persaingan Elit Pemerintah dan

Towkays di Sabah11 telah menjelaskan berkaitan dasar yang dikenali sebagai Employer

Mandatory Commitment (EMC) bagi menjaga kebajikan pekerja asing di Malaysia.

1.7 METODOLOGI/ KAEDAH KAJIAN

9
Wan Shawaluddin Wan Hassan, Tenaga Kerja Indonesia (TKI) Bugis Dalam Sektor Perladangan Kelapa Sawit
Di Sabah, MANU, Bil. 22, 2015, hlm. 61-79.
10
Ahmad Zairy Zainol Abidin, Perindustrian Negara : Punca Tenaga Buruh Asing Semakin Meningkat dan
Kesannya terhadap Sektor Pertanian dan Perladangan, https://www.academia.edu/29117837
(tarikh diakses 1 Mei 2019)
11
Ramli Dollah, ‘Wacana Hegemoni dan Dasar Pekerja Asing di Malaysia : Kajian Kes Ke Atas Persaingan Elit
Pemerintah dan Towkays di Sabah’, Komunikasi Borneo, No. 5, 2017.

11
Kajian ini telah dijalankan bagi bertujuan untuk mengetahui tentang corak dan bagaimana

penglibatan masyarakat Jawa dalam sektor perladangan kelapa sawit berlaku pada suatu ketika

dahulu di kawasan kajian. Kajian ini juga dilakukan untuk menjelaskan tentang kedatangan

awal buruh asing Indonesia khususnya dalam kalangan masyarakat Jawa ke Sabak Bernam.

Oleh itu, untuk melengkapkan kajian ini, beberapa kaedah kajian telah digunakan oleh para

pengkaji untuk mengumpulkan serta mendapatkan data yang lengkap mengenai kajian iaitu

terdiri daripada penggunaan data sekunder. Tanpa penggunaan dan maklumat daripada

pengumpulan data sekunder ini, para pengkaji akan mengalami masalah kekurangan sumber

untuk dijadikan rujukan semasa menjalankan kajian. Data sekunder yang telah digunakan

adalah terdiri daripada pembacaan latihan ilmiah dan artikel-artikel journal yang berkaitan

dengan tajuk kajian iaitu penglibatan masyarakat Jawa dalam perladangan kelapa sawit di

Sabak Bernam.

Data Sekunder

Untuk memastikan kajian ini lebih lengkap dan terperinci, para pengkaji telah

mengambil langkah awal untuk mengumpul data sekunder untuk tujuan pembacaan dan

mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian yang dilakukan. Disamping itu,

dengan penggunaan data sekunder juga kajian yang dijalankan adalah lebih lengkap dan tepat

dengan cara merujuk hasil penulisan-penulisan terdahulu. Hasil daripada pengumpulan data

sekunder ini didapati bahawa terdapat perkaitan tajuk yang telah dikaji dan diteliti dalam

penyelidikan sebelum ini melalui penulisan terdahulu namun berbeza daripada segi lokasi

unutk menjalankan penyelidikan serta intipati penulisan tersebut. Pengumpulan data sekunder

ini telah dijalankan di perpustakaan Za’ba Universiti Malaya dan perpustakaan utama

Universiti Malaya dengan cara meneliti dan memahami tentang penulisan latihan ilmiah

daripada penulis yang terdahulu mengenai kemasukan buruh asing Indonesia di kawasan

Malaysia umumnya. Selain daripada itu, penyelidikan ini turut dijalankan melalui pembacaan

12
beberapa artikel journal melalui internet yang berkaitan dengan topik kajian. Melalui cara ini,

penyelidikan dapat dijalankan dan meneliti kajian dengan lebih mantap berdasarkan sumber-

sumber yang telah digunakan.

1.8 PEMBAHAGIAN BAB

13
Bagi melengkapkan kajian ini, penyelidikan harus menggunakan pembahagian pada setiap

bab untuk melengkapkan kajian yang dijalankan. Pada permulaan bab 1, penyelidikan fokus

kepada kedatangan awal buruh asing Indonesia dalam sektor perladangan kelapa sawit yang

terletak di kawasan Sabak Bernam, Selangor di dalam bab 1 ini juga turut menerangkan tentang

tujuan kajian ini dijalankan bagi mendapatkan penjelasan mengenai kedatangan dan

kemasukan buruh asing Indonesia di dalam Sabak Bernam. Penulisan dalam bab 1 juga

menjelaskan beberapa objektif bagi melakukan kajian tersebut yang bertujuan untuk

melengkapkan kajian yang dijalankan. Terdapat juga pengunaan beberapa sumber yang

lengkap bagi mendapatkan maklumat yang tepat untuk memastikan kajian yang dilakukan

lengkap dan terperinci.

Kajian juga turut dilengkapkan lagi dengan menyediakan pembahagian bagi bab 2 yang

telah menyentuh mengenai kedatangan awal masyarakat Jawa dalam beberapa sektor

perladangan di Sabak Bernam. Perincian dilakukan dengan melihat kepada penempatan

masyarakat Jawa yang berada di Sabak Bernam serta bagaimana cara kemasukan buruh Jawa

ke Tanah Melayu pada ketika itu. Penyelidikan yang dijalankan turut memperlihatkan kepada

penglibatan buruh Jawa dalam kegiatan perladangan yang lain seperti penanaman getah, kopi,

tembakau dan lain-lain lagi. Kajian turut menjelaskan tentang kepentingan buruh-buruh Jawa

ini dalam beberapa sektor perladangan tersebut.

Selain itu, pada bahagian bab 3 pula akan menyatakan tentang pengenalan kepada

pembukaan ladang kelapa sawit yang membawa kepada penglibatan masyarakat Jawa dalam

perladangan kelapa sawit. Untuk memastikan kajian ini lebih terperinci, penyelidikan turut

melihat kepada jumlah kemasukan masyarakat Jawa yang menjadi buruh kelapa sawit pada

ketika itu serta syarikat mana yang membawa mereka masuk ke Sabak Bernam. Selain itu,

kajian juga turut melihat kepada permulaan kadar upah yang diterima oleh buruh Jawa di Sabak

Bernam pada tahun-tahun tersebut.

14
Di dalam bab 4 pula, kajian akan menyatakan tentang masalah yang dihadapi oleh

masyarakat Jawa ketika penglibatan mereka dalam sektor perladangan kelapa sawit. Kajian

turut menyatakan tentang jenis-jenis masalah yang dihadapi yang meliputi beberapa jenis

penyakit yang dihadapi, masalah kesihatan, kekurangan penempatan di Sabak Bernam serta isu

kadar upah dah gaji yang diterima. Bagi memastikan kajian ini lebih baik, penyelidikan turut

menjelaskan tentang masalah kesihatan yang membawa kepada kematian terhadap buruh Jawa

yang seharusnya di pantau dan diambil tindakan oleh pihak British. Langkah British dalam

menangani masalah kesihatan dan isu gaji yang diterima turut dimuatkan melalui bab ini.

Bab 5 pula akan menjelaskan mengenai kesan penglibatan buruh Jawa ini dalam sektor

kelapa sawit. Melihat kepada beberapa penempatan baharu yang dibuka ekoran daripada

penglibatan buruh Jawa yang semakin ramai dalam sektor perladangan kelapa sawit. Selain

itu, penyelidikan juga turut memuatkan mengenai penglibatan buruh Jawa yang menyebabkan

peningkatan ekonomi negara pada ketika itu yang menguntungkan pihak British terutamanya,

pembesar-pembesar tempatan dan masyarakat Jawa itu sendiri. Seterusnya membicarakan

secara lebih mendalam mengenai peningkatan infrastruktur seperti jalan raya, hospital dan

beberapa pengenalan kepada pengangkutan awam yang disediakan rentetan daripada cara

memudahkan untuk mengangkut kelapa sawit.

Akhir sekali, di dalam bab 6 akan merangkumi kesimpulan daripada kajian yang dilakukan

oleh para pengkaji di kawasan kajian tersebut. Bab kesimpulan ini adalah penting bagi

menampakkan gambaran tentang pencapaian objektif kajian ini sama ada berhasil ataupun

sebaliknya.

1.9 KESIMPULAN

15
Kedatangan masyarakat Jawa ini sememangnya memberikan kesan yang mendalam di

kawasan Sabak Bernam. Walaupun pada dasarnya buruh Jawa ini dikatakan mendatangkan

pelbagai masalah seperti masalah sosial dan juga masalah pengangguran yang semakin

meningkat dalam kalangan penduduk tempatan khususnya, namun penglibatan mereka dalam

sektor perladangan kelapa sawit ini tidak dapat dinafikan sangat membantu daripada segi

keperluan tenaga buruh dalam mengusahakan sektor perladangan kelapa sawit ini. Hatta,

kebanyakkan syarikat swasta yang meneroka perladangan kelapa sawit ini juga sangat berminat

menggunakan khidmat tenaga mereka kerana dikatakan kadar upah yang diberikan adalah

rendah jika ingin dibandingkan dengan penduduk tempatan.

Tidak kira sama ada kesan yang datang tersebut adalah kesan yang positif mahupun kesan

yang negatif, semuanya menjadi suatu iktibar yang sangat berguna terhadap sektor perladangan

kelapa sawit di kasawan tersebut. Dalam masa yang sama, perkembangan ekonomi juga dapat

ditingkatkan demi mencapai hasil pendapatan negara melalui tenaga kerja asing ini.

16

You might also like