You are on page 1of 52

i

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 1 26/04/2016 22:27:40


ii

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 2 26/04/2016 22:27:40


iii

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 3 26/04/2016 22:27:40


© 2016, Jabatan Mufti Negeri Perlis

Cetakan Pertama 2016

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian


artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini di dalam apa jua cara sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau selainnya sebelum mendapat izin bertulis
daripada SS Mufti, Jabatan Mufti Negeri Perlis.

ISBN: 978-967-13496-0-1

Diterbitkan oleh :
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS,
Tingkat 1, Blok A,
Bangunan Dato’ Mahmud Mat,
01000 Kangar Perlis.
Tel: 04–979 4428, Fax: 04-976 3844

Atur Huruf & Reka Letak:


AMIRNIAGA DESIGN STUDIO
(milik penuh Amirniaga Enterprise),
343-A, Kompleks Amirniaga,
Jalan Sekolah Malau Off Jalan Bukit Wang,
06000 Jitra, Kedah.
Tel: 019-417 3515, Fax: 04-917 3491
Emel: amirniaga@yahoo.com

iv

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 4 26/04/2016 22:27:40


Kandungan

Kata-Kata Aluan Mufti Negeri Perlis vii

Pengenalan ix

Bab 1 1
Fiqh Taysir

Bab 2
Pandangan Para Ulama Berkaitan Hukum 7
“mengambil pendapat yang mudah”

Bab 3 29
Fiqh Taysir dan Keluasan Islam

Kesimpulan 37

Biodata Penulis 38

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 5 26/04/2016 22:27:40


Sabda Rasulullah S.A.W.:
َّ ّ ‫الد ْي َن ُي ْس ٌر َو َل ْن ُي َش َّاد‬
‫الد ْي َن ِإال‬ ّ ‫إ َّن‬
َِ َ َ ْ ُ ّ َ َ ِ ُ َََِ
ْ ُ ْ َ ْ ُ
،‫ وأب ِشروا‬،‫ فس ِددوا وقا ِربوا‬،‫غلبه‬
‫�ش ْي ٍء‬َ ‫الر ْو َحة َو‬ َ ََْ ْ ُْْ َ ْ َ
ِ َّ ‫واست ِع ْينوا ِبالغدو ِة و‬
ُّ ‫م َن‬
‫الدل َج ِة‬ ِ
“Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah.
Dan tidaklah seseorang berlebih-lebihan
dalam agamanya kecuali akan dikalahkan
(tidak dapat melaksanakannya dengan
sempurna). Oleh kerana itu, berlaku
luruslah, sederhana (tidak melampaui
batas), dan bergembiralah (karena
memperoleh pahala) serta pohonlah
pertolongan (dari Allah) dengan ibadah
pada waktu pagi, petang dan sebahagian
malam.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

vi

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 6 26/04/2016 22:27:40


KATA-KATA ALUAN
MUFTI NEGERI PERLIS
FIQH TAYSIR

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT kerana


dengan limpah kurnianya, buku Fiqh Taysir dapat
diterbitkan dan disempurnakan dengan jayanya.

Fiqh Taysir ini adalah usaha dan pendekatan yang


dilaksanakan oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Perlis bagi
menyampaikan maklumat kepada seluruh masyarakat
Islam khususnya di Negeri Perlis mengenai memudahkan
pengamalan Islam kepada masyarakat dengan tidak
membebankan mereka. Buku tulisan Dr. Maszlee Malik
ini membantu menerangkan pandangan-pandangan Ulama
berkaitan Fiqh Taysir dengan keluasan Islam. Mudah-
mudahan dengan terbitnya buku ini, masyarakat Islam
khasnya akan dapat menerima dan mengetahui maklumat-
maklumat berkaitan kepentingan tajuk ini.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


kepada Dr. Maszlee Bin Malik selaku pengarang buku
Fiqh Taysir ini dan keizinan beliau untuk ia diterbitkan.

vii

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 7 26/04/2016 22:27:40


Penghargaan untuk staf Jabatan Mufti yang berusaha
menyiapkan penerbitannya.

Tidak dilupakan juga, sekalung penghargaan yang tidak


terhingga kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat
Melayu Perlis selaku penaja penerbitan buku ini. Akhir
kata, saya mendoakan semoga keluaran buku Fiqh Taysir
ini dapat menjadi wadah ilmu yang penting kepada
masyarakat Islam seluruhnya agar menjalani kehidupan
berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Allah SWT beserta orang-orang yang ikhlas dan gigih


dalam usaha menyampaikan kebenaran dan kebaikan.

Sekian, wassalam.

PROF. MADYA DATO’ ARIF PERKASA


DR. MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN
Mufti Negeri Perlis

viii

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 8 26/04/2016 22:27:40


Pengenalan
Proses globalisasi yang melanda dunia turut memberikan
impak kepada Islam dan perkembangan ilmu. Revolusi
internet dan ICT telah membuatkan maklumat menjadi
mudah untuk diperolehi di mana-mana sahaja dan
oleh sesiapa sahaja. Fenomena ini telah mencetuskan
kematangan dan juga unjuran kepada proses tajdid fiqh di
Malaysia. Penghujung 90-an dan juga tahun-tahun awal
millenium telah menyaksikan fenomena baru di dalam
pengamalan fiqh tanah air.

Fiqh kontemporari yang telah mula popular di kalangan


pencinta dan pejuang Islam tanah air telah dikejutkan
dengan evolusi baru. Kesedaran untuk melihat pandangan
fiqh yang lebih luas telah membawa mereka untuk
meninjau fiqh perbandingan. Jika sesuatu masalah yang
timbul, para pencinta Islam tidak hanya lagi bersandarkan
pendapat mazhab Syafie semata-mata, tetapi lebih mencari
apakah dalil-dalil dan juga apakah pandangan para ulama,
dan pandangan manakah yang lebih rajih (tepat atau
kuat). Istilah fiqh perbandingan (fiqh muqaran), walaupun
tidaklah begitu popular, namun ianya telah menjadi method
bagi kebanyakan para pengkaji. Kebanyakan pengkajian-
pengkajian berkaitan hukum–hakam fiqh di zaman ini di
serata dunia kesemuanya mengikuti cara ataupun manhaj
ini.

ix

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 9 26/04/2016 22:27:40


Kesedaran ini jugalah yang telah membawa kepada
pendekatan Fiqh Taysir yang telah dipopularkan oleh
ulama tersohor dunia masa kini, Dr. Yusuf al-Qaradawi.
Fiqh Taysir membawa maksud memudahkan pengamalan
Islam kepada masyarakat dengan tidak membebankan
mereka. Maksud memudahkan di sini bukanlah bermaksud
meninggalkan Islam ataupun tidak mengamalkannya
langsung. Kemudahan di sini membawa maksud
memberikan penyelesaian terhadap masalah masyarakat
berteraskan dalil-dalil dan khazanah Fiqh Islami yang
sesuai dengan maslahah, maqasid dan juga realiti tanpa
mengikuti hawa nafsu dan tanpa merosakkan ajaran Islam
itu sendiri.

Risalah ini ditulis bertujuan untuk melihat pendapat-


pendapat para ulama berkaitan hukum mengambil
pendapat-pendapat fiqh ataupun ijtihad-ijtihad para ulama
yang lebih memudahkan dan ringan. Pengamalan ini
selaras dengan semangat keterbukaan dan juga keluasan
fiqh yang cuba dibawa oleh gerakan fahaman Sunnah di
Negeri Perlis. Berbeza dengan tanggapan sesetengah pihak
bahawa fahaman Sunnah Perlis menolak mazhab, menolak
ulama ataupun mengambil pendapat golongan Wahabi,
hakikatnya apa yang diamalkan di Perlis ialah penghormatan
kepada pendapat semua mazhab yang wujud, meraikan
ijtihad para ulama terdahulu tanpa melebihkan seseorang
mujtahid atau imam berbanding dengan yang lain, dan

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 10 26/04/2016 22:27:40


fahaman Sunnah Perlis juga mengiktiraf semua mazhab
empat yang wujud di dalam Islam, malah juga mazhab
para sahabat, dan para salafussoleh dengan mengambil
pendapat-pendapat mereka jika terdapat keperluan dan
juga jika pendapat-pendapat tersebut mempunyai kekuatan
dalil.

Risalah ini ditujukan untuk rakyat Perlis agar mereka


dapat memahami dasar sesetengah hukum-hakam yang
dikeluarkan oleh pihak mufti dan jabatan agama yang
mengambil kira pendapat pelbagai mazhab. Antara tonggak
pemilihan tersebut ialah fiqh taysir ataupun mengambil
pendapat yang mudah untuk diamalkan berdasarkan
maslahah ummah dan tarjih.

xi

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 11 26/04/2016 22:27:41


Gagasan fiqh taysir yang dikemukan
oleh al-Qaradawi ini perlulah dijadikan
agenda Islah oleh arus ‘Sunnah’ di
Negeri Perlis.

xii

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 12 26/04/2016 22:27:41


Bab 1
Fiqh Taysir
Fiqh Taysir membawa maksud memudahkan pengamalan
Islam kepada masyarakat dengan tidak membebankan
mereka. Maksud memudahkan di sini bukanlah bermaksud
meninggalkan Islam ataupun tidak mengamalkannya
langsung. Kemudahan di sini membawa maksud
memberikan penyelesaian terhadap masalah masyarakat
berteraskan dalil-dalil dan khazanah Fiqh Islami yang
sesuai dengan maslahah, maqasid dan juga realiti tanpa
mengikuti hawa nafsu dan tanpa merosakkan ajaran Islam
itu sendiri.

Kemudahan juga membawa maksud menggali semula


khazanah Fiqh Islami semenjak zaman sahabat lagi demi
memberikan solusi kepada kehidupan masyarakat Muslim
moden. Sikap taksub kepada hanya satu pandangan, ataupun
satu mazhab hanya akan membebankan masyarakat dan
sekaligus membawa mereka lari daripada Islam. Perkara
seperti ini amat merugikan memandangkan Islam tidaklah

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 1 26/04/2016 22:27:41


memberatkan dan menyusahkan para panganutnya. Maka,
khazanah fiqh perlulah digali semula untuk memberikan
kemudahan dan penyelesaian yang lebih mesra untuk
diamalkan.

Antara contoh fiqh taysir yang semakin popular di kalangan


masyarakat kita mutakhir ini ialah hukum melakukan
jamak solat kerana hajat (sibuk). Jika menurut pengamalan
fiqh tradisional, jamak hanya dibenarkan ketika bermusafir
sahaja, tetapi kini mereka telah sedar bahawa di dalam
keadaan-keadaan tertentu seorang muslim juga boleh
menjamakkan solat mereka. Terperangkap di dalam
kesesakan lalulintas, doktor yang merawat atau membedah
pesakit, dan pelbagai keadaan lagi. Pendapat ini bukanlah
sesuatu yang baru. Pendapat ini merupakan ijtihad Ibn
Abbas di dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari
dan diambil juga oleh Imam al-Nawawi, salah seorang
ulama di dalam mazhab Syafie. Ibadat orang sakit, adalah
antara contoh lain keperluan kepada Fiqh Taysir.

Antara contoh lain juga ialah tidak terikatnya masyarakat


Islam Malaysia dengan sighah (lafaz) ketika ijab dan
kabul sewaktu jual beli. Kebanyakan masyarakat lebih
selesa melakukan bay’ al-mu’atah (tanpa ijab dan kabul)
walaupun ianya merupakan perkara rukun di dalam
mazhab Syafie. Begitu juga perkara-perkara lain di dalam
bidang ibadat, muamalat, dan lain-lain bidang kehidupan.

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 2 26/04/2016 22:27:41


Walau bagaimanapun, Fiqh Taysir mestilah berteraskan
sikap keterbukaan. Umat Islam hendaklah dididik untuk
menghormati pendapat orang lain yang mengemukakan
dalil, walaupun dalil tersebut tidak kuat pada pandangan
mereka. Sikap hormat-menghormati dan keterbukaan
fikiran untuk berbincang dengan pihak yang berlainan
pendapat adalah sikap profesional yang amat-amat
diperlukan.

Sikap para sahabat, salafussoleh, para imam-imam mazhab


yang menghormati mereka yang berlainan pendapat
patut dicontohi. Maka, tajdid ke arah ini merupakan satu
kemestian. Sikap taksub kepada sesuatu pandangan, taksub
kepada sesuatu mazhab ataupun taksub kepada seseorang
tokoh perlulah dihapuskan. Sejarah telah menyaksikan
bagaimana sikap ketaksuban kepada sesuatu mazhab
seringkali menimbulkan pertelingkahan dan pergaduhan.
Di sesetengah tempat, sikap taksub juga membawa kepada
pertumpahan darah. Di Malaysia sendiri, lembaran sejarah
telah mencatatkan bagaimana sikap taksub kepada sesuatu
pandangan dan mazhab telah membawa kepada gejala
takfir dan menyesatkan pihak lain.

Al-Qaradawi mencadangkan agar fiqh di zaman moden ini


tidak sepatutnya terikat dengan mazhab-mazhab tertentu
di dalam semua perkara. Beliau menempelak sikap taksub
mazhab yang tidak membawa umat Islam di zaman moden

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 3 26/04/2016 22:27:41


ini ke mana-mana. Baginya, 1001 persoalan yang menimpa
umat Islam pada hari ini memerlukan jawapan daripada
Islam yang tidak hanya terkongkong hanya pada satu
pendapat mazhab semata-mata (al-Qaradawi, 2004: 30-2).

Mahmood Zuhdi telah menyentuh perkara ini dengan


mengatakan:

“Antara sikap negatif yang masih ada dalam masyarakat


kita sekarang ialah kecenderungan melihat hukum Islam
dari kacamata yang konservatif. Berasaskan kepada
kecenderungan yang tidak menguntungkan ini, ramai
yang begitu sukar menerima pandangan hukum yang
berbeza dari yang biasa didengari. Malah ramai yang
belum boleh menerima perbezaan pendapat antara para
ulama sebagai sesuatu yang sihat” (Mahmood, 1999: 11)

Gagasan fiqh taysir yang dikemukan oleh al-Qaradawi


ini perlulah dijadikan agenda Islah oleh arus ‘Sunnah’
di Negeri Perlis. Ianya penting untuk menarik umat
Islam agar lebih mesra dengan hukum-hakam Islam dan
kembali berminat untuk mengamalkan Islam dengan cara
yang lebih mudah dan mesra masyarakat. Realiti hari ini
menyaksikan ramai umat Islam yang sudah tidak berminat
dengan Islam, apatah lagi yang bukan Islam kerana ajaran

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 4 26/04/2016 22:27:41


Islam dipersusahkan dan diwarnai dengan hukum-hakam
yang berat dan sukar kerana sikap keterikatan kepada satu-
satu pendapat secara rigid.

Walaupun sebab utamanya ialah kejahilan dan kelemahan


iman mereka, namun faktor doktrin agama yang sempit
turut juga menyumbang ke arah tersebut juga. Ramai di
kalangan umat Islam moden yang bosan melihat Islam
hanya disempitkan kepada hukum-hakam lama yang
bersifat rigid. Kebanyakan hukum-hakam yang rigid itu
pula adalah hasil ijtihad dan hukum yang terhasil kerana
wujudnya konteks di zaman lampau yang sesetengahnya
sudah tidak lagi wujud di zaman ini. Kesan dari kejumudan
dan juga kepayahan Islam yang disempitkan dengan
sesuatu pandangan sahaja, akhirnya Islam tidak dapat
dilihat sebagai penyelesaian kepada kehidupan manusia
moden.

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 5 26/04/2016 22:27:41


Allah S.W.T tidak menjadikan urusan
beragama sebagai sesuatu yang sulit ke
atas umat Islam. Keharusan mengambil
pendapat yang mudah adalah selari dengan
kehendak Islam yang mudah dan tidak
memberatkan hamba-hambaNya.

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 6 26/04/2016 22:27:41


Bab 2
Pandangan Para Ulama
Berkaitan Hukum
“mengambil pendapat
yang mudah”
Ulama dalam isu “mengambil pendapat yang mudah” para
ulama muslimin terbahagi kepada tiga golongan:

a) Golongan yang mengharuskan mengambil pendapat


yang mudah.
b) Golongan yang mengharamkan mengambil pendapat
yang mudah.
c) Golongan yang memperincikan hukum mengambil
pendapat yang mudah.

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 7 26/04/2016 22:27:41


Berikut adalah perbincangan dalil-dalil setiap kumpulan:

a) Golongan yang mengharuskan mengambil pendapat


yang mudah dan hujah mereka.

Mereka adalah sebahagian daripada ulama mazhab Hanafi


seperti Kamal Ibnu Hummam1, Ibn Ómir al-HÉjj2 dan lain-
lain lagi. Segelintir ulama al-SyafiÑiyyah seperti al-ÑIzz
Bin Abdul SalÉm3, segolongan daripada ulama mazhab
Maliki seperti al-QarÉfÊ4 dan lain-lain lagi.

Ibn Ómir al-HÉjj ataupun dikenali juga dikenali sebagai


Ómir BÉdshah mengatakan:

“Harus mengikuti rukhÎah dari setiap mazhab dan


tiada larangan di dalam syariat mengenainya, kerana
manusia berhak untuk memilih cara yang lebih mudah
jika berpeluang melakukannya...”5

Kamal Ibn al-Humam yang merupakan ulama mazhab


Hanafi yang paling kuat membenarkan mengambil
pendapat yang mudah telah berkata di dalam karyanya
Fath al-Qadir:

1
Lihat : Ibn al-Humam, al-TaÍbÊr, j. 3, h. 351.
2
Ibn Ómir al-HÉjj, al-TaqrÊr wa al-TaÍbÊr, j. 3, h. 310.
3
Al-BÉnÊ, opcit, h. 204.
4
Ibid.
5
al-ÑAttÉr, HÉsyiyat al-ÑattÉr , j. 2, h. 441 – 442.

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 8 26/04/2016 22:27:41


“Dan (harus) bagi seorang ÑÉmÊ untuk mengambil
pendapat mana-mana mujtahid yang ringan ke atas
dirinya. Dan tidak saya ketahui apa–apa yang melarang
perbuatan tersebut samada dari dalil naqlÊ mahupun
dalil ÑaqlÊ...”6

Mereka berhujah dengan hujah–hujah berikut:

i - Dalil al-Quran:

Firman Allah S.W.T:

Yang bermaksud: “Dan (Allah) tidak menjadikan


kesulitan dalam agama”.
(al-Hajj (22): 78)

Di dalam ayat di atas, Allah S.W.T tidak menjadikan


urusan beragama sebagai sesuatu yang sulit ke atas
umat Islam. Keharusan mengambil pendapat yang
mudah adalah selari dengan kehendak Islam yang
mudah dan tidak memberatkan hamba-hambaNya.
Mengharamkan mengambil pendapat yang mudah pula
akan menjadikan pengamalan beragama menjadi sulit
dan bertentangan dengan ayat di atas.

Ibn al-Humam, al-TaÍrÊr, h. 552.


6

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 9 26/04/2016 22:27:41


ii - Hadis Rasulullah S.A.W.:

Pertama: Sabda Rasulullah S.A.W.7:

‫بعثت بالحنفية السمحة‬


Yang bermaksud: “Aku telah dihantar (kepada
manusia) dengan agama yang benar (hanÊf) dan
toleransi / bertolak ansur (samÍah)”.

Antara tuntutan samÍah (tolak ansur) syarak ialah


kelonggaran syarak dalam beramal dengan hukum–
hakam yang ringan yang terdapat dalam Islam. Maka,
perbuatan mengambil pendapat yang mudah dalam
mengamalkan hukum-hakam Islam adalah bertepatan
dengan roh syariat yang mengutamakan kemudahan
dan kelonggaran terhadap para mukallaf.

Kedua: Sabda Rasulullah S.A.W.8:

‫ما خير النبي صلى هللا عليه وسلم بين‬


‫أمرين إال اختار أيسرهما‬
7
Hadis riwayat Ahmad, Musnad, hadis no. 22345, j. 5, h. 266 dan juga al-ÙabrÉnÊ, al-
MuÑjam al-KabÊr, hadis no. 7883, j. 8, h. 222.
8
Hadis riwayat al-Bukhari, opcit, Kitab: al-×udËd, Bab: IqÉmat al- ×udËd wa al-IntiqÉm Li
×urumÉt Allah, no. 6404, j. 6, h. 2491.

10

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 10 26/04/2016 22:27:41


Yang bermaksud: “Rasulullah S.A.W. tidak akan
memilih sesuatu hukum yang diberikan pilihan
kepada baginda untuk memilih kecuali hukum yang
senang (dan mudah)”.

Ketiga: Sabda Rasulullah S.A.W. juga 9:

‫إن هللا عز وجل يحب أن يؤتى رخصه‬


‫كما يحب أن يؤتى عزائمه‬
Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah sukakkan
(hambanya) untuk diambil rukhÎah (kelonggaran
yang dia berikan) sepertimana diambil ÑaÐÊmah
(yang dia berikan)”.

iii - Kaedah Fiqh, iaitu: Hukum asal bagi sesuatu perkara


adalah harus.

 Di dalam Islam hukum asal bagi sesuatu perkara
adalah harus kecuali ada dalil yang mengharamkannya
samada di dalam al-Quran ataupun sunnah. Perbuatan
mengambil pendapat yang mudah ataupun memilih
pendapat yang ringan dalam mengamalkan hukum-
Hadis riwayat Ibn Abbas oleh al-ÙabranÊ, al-MuÑjam al-Kabir, hadis no. 11,881, j. 11, h.
9

323; Dikategorikan ÎaÍÊÍ oleh Ibn ×ibbÉn dalam kitabnya ØaÍÊÍ Ibn ×ibbÉn, hadis no.
354, j. 2, h. 69; dan al-HÉfiz al-MundhirÊ mengkategorikannya sebagai Hassan di dalam
al-TarghÊb wa al-TarhÊbnya, Lihat : al-MundhirÊ, Abdul Azim (mati 656H) (1996M), al-
TarghÊb wa al-TarhÊb. TahqÊq: MuhyidÊn MistË et. al Damsyik: DÉr Ibn KathÊr, Cetakan
Kedua,., j. 2, h. 76.

11

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 11 26/04/2016 22:27:41


hakam Islam ataupun memilih fatwa yang paling
ringan dari pelbagai ulama telah wujud sejak zaman
sahabat lagi dan tidak pula timbul tegahan dan
pengharamannya dari kalangan para sahabat.

iv - Amalan para sahabat.



Di zaman para sahabat dan tabiÑÊn pun telah wujud
kepelbagaian fatwa di kalangan sahabat dan ulama
tabiÑÊn. Sebagai contoh Ibn Umar dengan fatwa–
fatwanya yang keras, Ibn Abbas dengan fatwa–
fatwanya yang longgar dan juga sahabat – sahabat yang
lainnya. Tidak pula timbul tegahan di antara mereka
terhadap orang awam daripada merujuk kepada Ibn
Abbas kerana kelonggaran fatwa–fatwanya, ataupun
tidak pula timbul tegahan dari kalangan sahabat
terhadap orang awam daripada mengambil fatwa dari
orang lain hanya kerana mereka telah bertanya kepada
salah seorang daripada sahabat–sahabat tersebut.

vi - 
Ibn Hummam pula berhujah bahawa kelonggaran
dengan mengharuskan para muslim untuk melakukan
tatabuÑ rukhoÎ adalah selari dengan sifat semulajadi
manusia yang lebih senang dengan kemudahan. Islam
sebagai agama yang samÍaÍ mengutamakan fitrah
manusia ini10.
10
Ibn al-Humam, al-TaÍrÊr, h. 552.

12

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 12 26/04/2016 22:27:41


Perbincangan hujah:

Pertama: Penghujahan mereka dengan ayat 78 dari surah


al-Hajj bukanlah penghujahan pada tempatnya. Ini kerana
ayat tersebut menunjukkan bahawa syariat itu sendiri tidak
menyulitkan dan ianya juga adalah dalil keharusan beramal
dengan rukhÎah yang telah disyariatkan di dalam al-Quran
dan al-Sunnah seperti harus qaÎr solat ketika musafir, sakit
dan ketakutan, harus menjamakkan solat dengan syarat–
syarat tertentu, harus berbuka puasa untuk musafir dan
lain–lain lagi.

Kedua: Mengenai hujah pengamalan para sahabat pula,


al-NawÉwÊ menolaknya dengan mengatakan, suasana di
zaman sahabat berbeza kerana pada waktu itu tiada lagi
mazhab yang tersusun dan tiada lagi metod yang khusus
dalam mengambil hukum. Mereka (para sahabat) terpaksa
melakukan ijtihad untuk mengetahui sesuatu hukum,
dan dalam proses tersebut mereka terus merujuk kepada
fuqaha di kalangan mereka. Beliau menambah lagi,
suasana keimanan para sahabat yang amat tinggi tidak
memungkinkan mereka menurut hawa nafsu mereka, dan
ini menjadi jaminan bahawa mereka tidak akan menuruti
hawa nafsu semata–mata11.

al-NawÉwÊ, al-MajmËÑ, j.1, h. 93.


11

13

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 13 26/04/2016 22:27:41


b) 
Golongan yang mengharamkan mengambil
pendapat yang mudah dan hujah mereka.

Mereka adalah majoriti fuqahÉ dan ulama uÎËl al-fiqh.


Antara mereka ialah sebilangan besar mazhab Maliki
antaranya Ibn Abdul Barr, Abu Ñamru al-ØalÉÍ dan Ibn
FarÍËn12 dan al-SyÉÏibÊ, sebilangan ulama bermazhab
Hanafi, segolongan besar ulama bermazhab SyafiÑi seperti
al-GhazÉlÊ13, al-NawÉwÊ14, majoriti ulama mazhab Hanbali,
di antaranya Imam Ahmad15 sendiri, al-MarËzÊ16, Ibn
Taimiyyah17, Ibn Qayyim al-Jawziyyah18, dan juga ulama
bermazhab ZÉhiri seperti Ibn Hazm19 sendiri dan juga
ulama–ulama mujtahid yang lain seperti al-SyawkÉnÊ20 dan
lain–lain.

12
Ibn FarÍËn, Ibrahim Bin Syamsudin (1995M), TabÎirat al-×ukkÉm Fi UsËl al-AqÌiat Wa
ManÉhij al-AÍkÉm. TahqÊq: Jamal MarayslÊ, Beirut: DÉr al-Kutub al-ÑIlmiyyah, j. 1, h. 53.
13
Al-GhazÉlÊ, al-MustaÎfÉ, j. 2, h. 469.
14
Al-NawÉwÊ, opcit.
15
Imam Ahmad mengatakan : “Jika seseorang mengambil pendapat ahli KËfah dalam
menghalalkan nabÊdh , dan pendapat ahli Madinah dalam menghalalkan mendengar
nyanyian-nyanyian yang melalaikan, dan juga juga pendapat ahli Makkah , maka dia adalah
orang yang fÉsÊq”. Lihat al-SyawkÉnÊ, IrsyÉd al-FuhËl, h. 401.
16
Ibid, h. 402.
17
Ibn Taimiyyah, MajmËÑ FatÉwÉ, j. 20, h. 222.
18
Ibn al-Qayyim, IÑlÉm al-MuwÉqiÑÊn, j. 4, h. 171.
19
Ibn Hazm, al-IÍkÉm fÊ UÎËl al-AÍkÉm, j. 6, h. 179.
20
Al-SyawkÉnÊ, opcit, h. 401 – 402.

14

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 14 26/04/2016 22:27:41


Ibn Hazm21, al-GhazÉlÊ dan Ibn Abdul Barr telah
mengatakan bahwa umat Islam telah berijmak bahawa
perbuatan seumpama mengambil pendapat yang mudah
adalah haram.

Al-BayhaqÊ telah meriwayatkan daripada al-AwzÉÑÊ,


katanya:

“Barangsiapa yang mengambil pendapat yang pelik–


pelik dari setiap ulama (NawÉdir al-ÑulamÉ), maka dia
telah terkeluar daripada Islam”22.

Ibn Abdul Barr telah meriwayatkan dalam karyanya “Én


al-Ñilm” daripada Sulaiman al-TaymÊ, dari Khalid Bin al-
Harith, katanya:

“Jika anda mengambil rukhÎah (pendapat yang mudah)


dari setiap ulama, maka berkumpullah pada diri anda
semua kejahatan”23

21
Ibn Hazm, opcit.
22
Al-SyawkÉnÊ, opcit, h. 402.
23
ÑAlÊsh, FatÍ al-ÑAlÊ al-MÉlik fÊ al-FatwÉÑalÉ madhhab MÉlÊk, j. 1, h. 77.

15

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 15 26/04/2016 22:27:41


Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah pula telah berkata:

“Haram bagi seorang mufti untuk melakukan Íiyal


(helah) yang makruh dan haram, dan haram juga
melakukan mengambil pendapat yang mudah, dan
pelakunya adalah fasiq dan haran untuk diambil fatwa
daripadanya”24.

Orang yang pertama mengatakan pelaku mengambil


pendapat yang mudah sebagai fÉsiq25 ialah Abu Ishaq
al-MarËzÊ. Selain daripada beliau Jalaluddin al-MaÍallÊ,
seorang ulama usul bermazhab SyafiÑi juga berpendapat
sedemikian26.

Seperkara yang perlu dibezakan di sini ialah, ada di kalangan


para ulama yang mengharamkan mengambil pendapat
yang mudah tetapi mereka tidak mewajibkan beriltizam
dengan satu pendapat mazhab sahaja. Ini bermakna mereka
mengharuskan talfÊq27. Ini kerana keharusan mengambil
pendapat mazhab lain dan juga perlakuan talfÊq yang
mereka benarkan adalah kerana mengikuti dalil yang lebih
rÉjiÍ dan juga yang lebih menepati kehendak syarak dan
bukannya kerana memilih pendapat yang lebih ringan dan
mudah.
24
Ibn al-Qayyim, IÑlÉm al-MuwÉqiÑÊn, j. 4, h. 171.
25
Al-SyawkÉnÊ, opcit, h. 402.
26
Lihat : al-ÑAttÉr, al-ÑAttÉr ÑalÉ JamÑ al-JawÉmiÑ, j. 2, h. 441.
27
Seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim al-Jawziyyah dan yang seumpama dengan mereka.

16

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 16 26/04/2016 22:27:42


Mereka berhujah dengan hujah–hujah berikut:

i- 
Perbuatan mencari yang mudah dan longgar dari
setiap mazhab akan melarikan diri mukallaf dari
taklifan syarak yang haram. Kaedah (sadd al-dharÉiÑ)
telah mengatakan “segala yang membawa kepada
perlakuan haram, adalah haram juga hukumnya”, maka
mengambil pendapat yang mudah adalah haram.

Al-SyÉÏibÊ, yang terkenal sebagai seorang penentang


hebat perlakuan mengambil pendapat yang mudah
telah berkata: “Jika kita membiarkan para muqallidÊn
(orang yang bertaqlid) untuk memilih pendapat yang
disukai dari mana-mana mazhab, maka tiada panduan
lain yang akan memandu mereka kecuali hawa nafsu
dalam usahanya untuk membuat pilihan. Perbuatan
ini adalah bertentangan dengan maqÉÎid al-syaraÑ
(objektif syarak) dan hukumnya adalah haram”28. Atas
dasar ini juga Ibn Taimiyyah melarang mengambil
pendapat yang mudah walaupun beliau tidak
mewajibkan beriltizam dengan satu mazhab29.

ii- Ijmak para ulama, seperti yang telah dinukilkan oleh


Ibn Hazm, Ibn Abdul Barr dan al-Ghazali.

Al-SyÉÏibÊ, opcit, j. 4, h. .
28

Ibn Taimiyyah, MajmËÑat FatÉwÉ, j. 20, h. 222.


29

17

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 17 26/04/2016 22:27:42


iii- Perbuatan mengambil pendapat yang mudah adalah
bertitik tolak dari perbuatan menuruti hawa nafsu
dalam mengamalkan hukum-hakam Islam. Perbuatan
menuruti hawa nafsu dicela oleh syarak.

Firman Allah S.W.T:


َّ
ۚ‌‫ٱلل‬ َ َ َ َّ ُ َ َ ۡ َّ َ َ َ
ِ ‫ول تت ِب ِع ٱل َهو ٰى في ِضلك عن س ِب ِيل‬
Yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mengikuti hawa
nafsu, maka ianya akan menyesatkan kamu dari jalan
Allah”
(Surah al-Øadd (38): 26)

Perbuatan menuruti hawa nafsu juga disifatkan oleh


Allah sebagai menjadikannya (hawa nafsu) sebagai
tuhan yang disembah. Firman Allah S.W.T:
َٰ َ َ ََ
‫ۥ َه َو ٰٮ ُه‬ ‫أف َر َء ۡي َت َم ِن َّٱتخذ ِإلـ َه ُه‬
Yang bermaksud: “Tidakkah kau melihat mereka yang
mengambil hawa nafsu sebagai tuhannya”
(Surah al-JÉthiyah (45): 23)

18

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 18 26/04/2016 22:27:42


iv- 
Perbuatan menuruti hawa nafsu juga menyalahi
perintah Allah yang menyuruh mukallaf merujuk
kepada Allah dan Rasulnya dalam mengamalkan
agama, seperti firman Allah:
َّ َ ُ ُّ َ َ
َّ ‫ٱلل َو‬
‫ٱلر ُسو ِل‬ ُ ۡ َ َٰ َ َ
ِ ‫ف ِإن تنـزعت ۡم ِفى �ش ۡى ٍء ف ُردوه ِإلى‬
Yang bermaksud: “Maka, jika kamu bertelagah,
kembalilah kepada Allah dan Rasulullah”.
(al-NisÉ(4): 59)

Perbincangan hujah mereka:

Petama: Hujah Îadd dharÉiÑ hanya boleh diaplikasikan


kepada dharÊÑah ataupun jalan yang benar-benar qaÏÑÊ
(pasti) membawa kepada perlakuan yang haram. Dalam
permasalahan mengambil pendapat yang mudah, perbuatan
mengikuti hawa nafsu melalui memilih pendapat yang
ringan – ringan tidak selalunya membawa kepada menuruti
hawa nafsu dan boleh dihindari dengan meletakkan syarat
untuk melakukan perkara tersebut30.

Kedua: Mengenai hujah ijmak pula, ianya tertolak dengan


hujah bahawa ijmak hendaklah diriwayatkan secara
mutawÉtir dan bukannya secara ÉhÉd. Dalam persoalan
Seperti yang akan disebutkan dalam hujah golongan ketiga nanti.
30

19

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 19 26/04/2016 22:27:42


ini, hanya segelintir ulama sahaja yang meriwayatkan
berlakunya ijmak para mujtahid bahawa mengambil
pendapat yang mudah adalah haram, maka kewujudan
ijmak tidak dapat diterima. Lebih menarik lagi kewujudan
golongan yang membenarkan perlakuan tersebut seawal
zaman imam Ahmad membuktikan bahawa ijmak tidak
pernah berlaku.

c) Golongan yang mengharuskan mengambil pendapat


yang mudah dengan syarat.

Mereka adalah sebilangan daripada golongan pertama


yang mengharuskan konsep asal mengambil pendapat
yang mudah, tetapi meletakkan syarat-syarat tertentu
agar si pelaku mengambil pendapat yang mudah tidak
terjerumus menuruti hawa nafsu seperti yang ditentang
oleh golongan kedua. Golongan ini cuba mencari jalan
pertengahan, kerana konsep mengambil pendapat yang
mudah itu sendiri yang harus dan tidak dilarang syarak,
tetapi ianya perlu diberikan kawalan agar umat Islam tidak
melakukan perkara-perkara dengan menuruti nafsu yang
akhirnya akan membawa kepada perbuatan mempermain–
mainkan agama.

20

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 20 26/04/2016 22:27:42


Antara mereka ialah, Kamal Ibn al-Humam dari
mazhab Hanafi31, al-QarÉfÊ dari mazhab Maliki32,
al-ÑAttÉr dari mazhab SyafiÑi33 dan sebilangan besar ulama
kontemporari34.

Antara syarat–syarat yang mereka kemukakan ialah:

i- 
Ianya tidak membawa kepada perlakuan perkara–
perkara yang disepakati haram seperti mengharuskan
zina, mengharuskan minum arak, mengharuskan
mengambil hak orang lain, berlaku zalim, menghalalkan
riba dan sebagainya35.

ii- 
Tidak mengumpulkan perkara–perkara yang
bersalahan dari semua mazhab dan bertentangan antara
satu sama lain. Seperti mengambil pendapat SyafiÑi
dalam menyapu sebahagian kepala ketika berwudhu’,
menyentuh wanita ajnabÊ dengan nafsu menurut
mazhab Hanbali, dan menyentuh kemaluan menurut
mazhab yang tidak memandangnya sebagai perkara

31
Ibn al-HummÉm, FatÍ al-QadÊr, j. 3, h. 460.
32
al-IsnÉwÊ, al-TamhÊd, h. 528.
33
al-ÑAttÉr, ×Ésyiyat al-ÑAttÉr, j. 2, h. 442.
34
Lihat :QarÉrÉt wa TawÎiyyat MajmaÑ al-Fiqh al-IslÉmÊ, h. 160.
35
Syarat 1 dan 2 merupakan syarat yang telah diletakkan oleh al-ÑAttÉr, lihat : al-AttÉr, opcit,
j. 2, h. 442.

21

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 21 26/04/2016 22:27:42


yang membatalkan wudhu’. Perbuatan seperti ini hanya
akan menjadikan solatnya dengan wudhu’ tersebut
tidak sah36.

iii - Imam al-QarÉfÊ pula mensyaratkan agar si pelaku


mengambil pendapat yang mudah hanya mengambil
pendapat mujtahid-mujtahid yang masih diguna
pakai mazhab mereka, seperti mazhab empat dan
bukannya mujtahid-mujtahid yang telah pupus mazhab
mereka seperti imam al-AwzÉÑÊ, al-ThaurÊ, Laith dan
seumpamanya37.

iv - 
Hendaklah pelakunya tidak meninggalkan ÑaÐÊmah
secara keseluruhannya, kerana perbuatan ini akan
merongkaikan ikatan taklÊf daripada dirinya38.

v - Hendaklah perbuatan tersebut bukan untuk melarikan


diri si pelaku daripada hukuman yang telah dijatuhkan
oleh hakim.

vi - 
Kamal Ibn al-Hummam pula meletakkan syarat,
mengambil pendapat yang mudah harus pada Juz´ iyyat
masalah dan bukannya pada bahagian-bahagiannya
(Ajza´)39.
36
Tetapi berlainan jika dia mengikuti dalil yang rÉjiÍ melalui ijtihadnya bagi para mujtahid,
ataupun mengikuti pentarjÊÍan mujtahid.
37
Ibid.
38
Ibid.
39
ibid.

22

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 22 26/04/2016 22:27:42


vii- Hendaklah pendapat yang diambil itu bukannya terdiri
daripada zallat al-ÑulamÉ´ (kegelinciran para ulama)
ataupun pendapat-pendapat yang pelik dan lemah-
lemah daripada para ulama. Antara contoh pendapat
yang ganjil dan lemah itu adalah seperti pendapat
Ibn Hazm yang membolehkan melihat seluruh tubuh
wanita yang ingin dinikahi, keharusan mut’ah menurut
syiah, keharusan melancap menurut Ahmad, keharusan
menikahi anak zina sendiri kerana tidak berbinkan
bapanya bagi siapa yang telah berzina dengan ibunya
menurut pendapat Imam al-SyafiÑi dan yang seumpama
dengannya40.

ix- 
Dr. Hammad al-KubaysÊ ulama kontemporari pula
mencadangkan mengambil pendapat yang mudah
hanya boleh dilakukan oleh para mujtahid yang wara
dan berilmu melalui majmaÑ (institusi) fiqh ataupun
Ini adalah pendapat Dr Yusof al-QaraÌÉwÊ sewaktu memperbincangkan pendapat peserta
40

majmaÑ fiqh islÉmÊ di Brunei Dar al-Salam pada 1-6 Muharram 1414H / 21 – 26 Jun 1993M.
Lihat :Majallah al-majmaÑ al-Fiqh al-IslÉmÊ, Bil. 8, j. 1, h. 215 – 217. Pendapat ini selaras
dengan pendapat ulama terdahulu yang melarang para mukallaf dari mengikuti zallat
(fatwa yang ganjil) para ulama, contohnya seperti apa yang berlaku di zaman al-MuÑtaÌid
billah, salah seorang khalifah di zaman Abbassiyyah. Beliau telah menerima sebuah kitab
yang terkumpul di dalamnya fatwa – fatwa yang ganjil dan pelik dari kalangan ulama
yang menghalalkan semua perkara. Beliau telah menunjukkan buku tersebut kepada QÉÌi
Ismail , lantas QÉÌi tersebut mengatakan : “penulis buku ini adalah zindÊq (murtad)”, lantas
Khalifah berkata : Bukankah hujah – hujahnya sahih dan bernas?, segera dijawab oleh QÉÌi
Ismail : “Mereka yang halalkan nabÊdh tidak menghalalkan mutÑah , dan mereka yang
menghalalkan mutÑah tidak pula menghalakan muzik dan nabÊdh, maka barangsiapa yang
mengumpulkan zulal (kata jamak zallat) para ulama, maka dia telah terkeluar dari agama
Islam”. Selepas mendengar penjelasan tersebut , khalifah telah memerintahkan supaya buku
tersebut dibakar. (al-SyawkÉnÊ, opcit, h. 402).

23

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 23 26/04/2016 22:27:42


institusi fatwa sahaja. Ianya tidak boleh dilakukan
oleh orang awam demi mengelakkan mereka
dari menyalahgunakannya dan membawa kepada
mempermain–mainkan agama.

Mereka yang mengharuskan tatabuÑ al-rukhaÎ dengan


syarat berhujah dengan hujah-hujah berikut:

i - Semua hujah golongan pertama yang mengharuskan


mengambil pendapat yang mudah.

ii - 
Hujah–hujah golongan kedua yang mereka sifatkan
sebagai mengambil pendapat yang mudah yang
dilarang dan di atas hujah-hujah golongan kedua inilah
mereka membina syarat-syarat di atas.

iii - 
Tuntutan zaman kini, di mana iman umat Islam
semakin lemah dan juga perubahan zaman dan keadaan
dari zaman Rasulullah S.A.W. dan juga zaman ulama
silam. Dan perbuatan ini menepati ayat al-Quran yang
berbunyi:

Bermaksud: “Allah S.W.T tidak akan memberatkan


seseorang kecuali dengan kemampuannya”
(Surah al-Baqarah (2): 286)

24

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 24 26/04/2016 22:27:42


iv - Mengambil pendapat yang mudah juga memudahkan
urusan pengenakmenan hukum-hakam syarak yang
terdiri dari pendapat pelbagai mazhab. Dengan memilih
pendapat–pendapat yang mudah, urusan enakmen akan
menjadi lebih mudah dan dapat diterima oleh seluruh
umat Islam. Tindakan mereka ini adalah di atas dasar
“al-jamÑ Bayna al-adillat” ataupun pengharmonian di
antara dalil-dalil yang bertentangan.

Bagi golongan yang ketiga ini, selagimana perlakuan


mengambil pendapat yang mudah tidak membawa
kepada mengikut hawa nafsu dan mempermain-
mainkan agama ianya adalah harus kerana tiada dalil
yang mengharamkannya dan wujudnya dalil-dalil yang
menggalakkannya pula. Dalam kes mengambil pendapat
yang mudah yang membawa kepada mengikut hawa nafsu
dan juga mempermainkan agama adalah haram seperti
bernikah tanpa wali mengikut pendapat Hanafiyah, tanpa
saksi mengikut pendapat Malikiyyah, berkahwin secara
mut’ah mengikut pendapat mazhab Syiah dan juga melihat
seluruh tubuh wanita yang ingin dikahwini menurut
pendapat Ibn Hazm.

Pendapat golongan ketiga yang membenarkan mengambil


pendapat yang mudah dengan syarat adalah pendapat
yang paling sesuai dan adil menurut pendapat penulis. Ini
jugalah keputusan yang telah diambil oleh “MajmaÑ al-

25

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 25 26/04/2016 22:27:42


Fiqh al-IslÉmÊ” sewaktu persidangan ke-8 di Brunei Dar
al-Salam pada 1-6 Muharram 1414H / 21-26 Jun 1993M.
Antara resolusi mereka ialah41:

Mengambil pendapat yang mudah bermakna : “Mengikuti


pendapat yang paling ringan daripada pendapat-pendapat
para fuqahÉ”, dan hukumnya adalah harus dengan syarat–
syarat di bawah:

i- Pendapat-pendapat ulama yang diambil tersebut adalah


pendapat yang muktabar dan diterima oleh syarak dan
bukannya pendapat-pendapat yang ganjil.

ii- 
Sebab yang membawa kepada perlakuan tersebut
adalah kerana hajat untuk mengelakkan masyaqqah
(kesulitan), sama ada ianya hajat individu mahupun
masyarakat umum.

iii- 
Hendaklah mereka yang melakukan mengambil
pendapat yang mudah tersebut dari kalangan mereka
yang berkeahlian untuk melakukan kajian, ataupun
bersandarkan kepada mereka yang ahli (dalam bidang
fiqh islÉmÊ).

41
QarÉrÉt wa TawÎiyyat MajmaÑ al-Fiqh al-IslÉmÊ, h. 160.

26

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 26 26/04/2016 22:27:42


iv- Janganlah perbuatannya itu membawa kepada talfÊq
yang terlarang. TalfÊq yang terlarang menurut mereka
ialah:
a)  TalfÊq yang bertujuan menurut hawa nafsu semata-
mata.
b)  TalfÊq yang bertujuan melarikan diri dari hukuman
yang telah diputuskan oleh hakim.
c)  TalfÊq bertentangan dengan apa yang ditaqlidi dan
diamalkan olehnya.
d)  TalfÊq yang menyalahi ijmak.
e)  TalfÊq yang menggabungkan perkara–perkara yang
bertentangan antara satu sama lain.

v- 
Ianya bukan bertujuan untuk mendapatkan sesuatu
matlamat yang tidak syarÑÊ. (Seperti menghalalkan
zina, minum arak, mengambil harta orang lain dan
menzalimi pihak lain dan yang seumpama dengannya).

vi- 
Hati dan jiwa mereka yang melakukannya berasa
selesa dengan apa yang dilakukannya.

Penulis juga merasakan pendapat di atas adalah yang


paling sesuai dengan keadaan zaman kini dan lebih hampir
kepada kebenaran. Pendapat ini juga mengambil metod
pengharmonian dalil-dalil yang bertentangan dan beramal
dengan keseluruhan dalil.

27

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 27 26/04/2016 22:27:42


Anas meriwayatkan dari Nabi S.A.W.:

“Permudahkanlah dan jangan persulitkan.


Berikan berita gembira dan jangan
menyebabkan orang lari.”
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

28

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 28 26/04/2016 22:27:42


Bab 3
Fiqh Taysir dan
Keluasan Islam
Berhubung dengan isu mengambil pendapat-pendapat
yang mudah, al-Qaradawi telah menyinggungnya di dalam
banyak penulisan beliau. Antara yang paling intensif sekali
ialah bukunya yang bertajuk “Taysir al-Fiqh”. Berikut
adalah alasan al-Qaradawi mengapa fiqh di zaman moden
in perlu dimudahkan, dan apakah yang dimaksudkan
dengan kemudahan tersebut (Lihat: al-Qaradawi (2004),
Taysir al-Fiqh, hal. 13-14):

29

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 29 26/04/2016 22:27:42


1) 
Memudahkan adalah metod yang dibawa oleh al-
Quran:


Sebagai contoh, ayat mengenai bersuci, al-Quran
mendatangkan firman Allah taala:

“ Allah tidak hendak menyulitkan kamu tetapi Dia


hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan
nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.”
(Al-Maidah: 6)

Sebagai contoh lagi, ayat mengenai puasa, al-Quran


mendatangkan firman Allah taala:

“Allah mahukan bagi kamu kemudahan dan tidak


mahukan bagi kamu kesulitan.”
(Al-Baqarah : 185)

Contoh yang lain pula, ayat mengenai nikah, al-Quran


mendatangkan firman Allah taala:

“Dan Allah memberikan keringanan bagi kamu dan


manusia itu dijadikan lemah.”
(An-Nisa’ : 28)

30

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 30 26/04/2016 22:27:42


2) Memudahkan fiqh bertepatan dengan petunjuk dari
Nabi.


Sebagai contohnya, ketika Rasulullah S.A.W
mengutuskan Abu Musa dan Mu`az ke Yaman.
Beliau S.A.W berpesan kepada mereka berdua dengan
pesanan:

“Permudahkanlah dan jangan persulitkan. Berikan


berita gembira dan jangan menyebabkan orang lari.”
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Anas meriwayatkan dari Nabi S.A.W.:

“Permudahkanlah dan jangan persulitkan. Berikan


berita gembira dan jangan menyebabkan orang lari.”
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)


Rasul S.A.W juga adalah manusia yang paling
memudahkan dan paling keras melawan pelampauan
dan berlebih-lebihan dalam agama. Ibn Mas`ud
meriwayatkan darinya S.A.W.:

“Binasalah mereka yang berlebih-lebihan.” Dia


katakan sebanyak tiga kali.
(Riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Ibn Mas`ud)

31

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 31 26/04/2016 22:27:42


Ibn `Abbas pula meriwayatkan darinya S.A.W.:

“Hendaklah kamu jauhi pelampauan dalam agama.


Sesungguhnya kaum sebelum kamu telah musnah
disebabkan pelampauan dalam agama.”
(Riwayat Ahmad, an-Nasa`ii, Ibn Majah dan
Hakim dari Ibn Abbas)

Rasulullah membantah sesiapa yang cenderung kepada


pelampauan dalam beribadat kerana mengikut cara
kependetaan orang-orang Nasrani dan yang selainnya.
Sebagaimana yang dia lakukan terhadap Abdullah b.
`Amru b. al-`As dan para pelampau, yang mana salah
seorang dari mereka berkata;

“Saya akan berpuasa dan tidak akan berbuka.” Yang


kedua pula berkata “Saya akan bangun malam dan
tidak akan tidur.” Yang ketiga pula berkata “Saya
akan menjauhi perempuan dan tidak akan berkahwin
selama-lamanya.”
(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Beliau S.A.W membantah Utsman b. Maz`un yang


ingin membujang (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Beliau S.A.W membantah ke atas Mu`az b. Jabal
kerana memanjangkan solat bersama orang ramai.
Beliau S.A.W bersabda:

32

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 32 26/04/2016 22:27:42


“Adakah kau ingin menimbulkan fitnah, hai Mu`az?”,
tiga kali
(Riwayat Al-Bukhari).


Beliau S.A.W memarahi Ubai b. Ka`ab dengan
kemarahan yang amat sangat ketika sampai kepadanya
cerita bahawa Ubai memanjangkan solatnya bersama
orang ramai. Beliau S.A.W bersabada:

“Sesungguhnya ada di antara kamu yang menjadikan


orang ramai lari. Sesiapa yang mengimamkan orang
ramai, hendaklah bersederhana.”
(Riwayat Al-Bukhari)


Beliau S.A.W membantah sebahagian para sahabat
yang memberi fatwa mengenai seorang lelaki yang
mempunyai luka, sedangkan ia berjunub, agar
bermandi hadas. Lalu lelaki itu mati kerananya.
Rasulullah S.A.W lalu bersabda:

“Mereka telah membunuhnya, nescaya Allah akan


membunuh mereka. Mengapakah mereka tidak
bertanya, jika tidak tahu. Sesungguhnya penawar
bagi kejahilan ialah bertanya. Sesungguhnya cukup
bagi dia hanya bertayammum sahaja.”
(Riwayat Abu Daud dari Jabir. Riwayat Ahmad, Abu Daud dan
Hakim dari Ibn `Abbas. Hadits Sahih dari Al-Jami’ As-Saghir,
hadis 4362, 4363.)

33

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 33 26/04/2016 22:27:42


Dari sini, para sahabat belajar akan sifat mempermudahkan.
Mereka mencontohinya daripada petunjuk Nabi S.A.W.

3) Memudahkan fiqh adalah metod para sabahat:

Sebagai contohnya, sejarah Islam telah mengenali sifat


tegar Ibn Umar dan juga sifat mudah Ibn `Abbas. Tidak
ada pun para sahabat lain yang mengingkari Ibn Abbas
dan memaksanya supaya mengikuti sikap Ibn Umar.

Contoh yang lain pula, para sahabat telah dikenali secara


umum sebagai golongan yang sangat memudahkan
kepada murid-murid mereka dari kalangan para tabi`in.
Sebagaimana para tabi`in adalah golongan yang
memudahkan kepada golongan sesudah mereka.


Para sahabat memilih manhaj yang memudahkan
dan meringankan kerana mereka mendapati ia adalah
manhaj al-Quran dan manhaj agama ini. Manhaj yang
mensyariatkan rukhsah (keringanan) pada ketika
sakit dan perlayaran. Ia mengharuskan memakan
yang diharamkan ketika kelaparan dan dharurat. Ia
mengharuskan tayammum bagi sesiapa yang tidak
mendapati air dan banyak lagi dari hukum-hukum yang
mengandungi keringanan sedemikian. Maka sebab itu
sejurus.

34

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 34 26/04/2016 22:27:42


4) Memudahkan fiqh merupakan metod para tabi’in dan
tabi’ tabi’in (Salaf al-Salih):

Para fuqaha’ di zaman sahabat dan selepas mereka,


amat cenderung kepada mengambil yang paling
mudah. Mereka yang datang sesudah merekalah yang
cenderung untuk mengambil yang paling selamat.
Setiap kali datang satu zaman ke zaman yang lain,
semakin bertambah nilai apa yang lebih selamat. Jika
yang lebih selamat semakin bertambah dan meningkat,
ia akan membentuk pula beban dan belenggu.
Sedangkan Nabi S.A.W diutuskan untuk melepaskan
manusia dari itu semua. Allah taala berfirman:


Antara contohnya, kata-kata Imam Sufyan b. Sa`id
Ats-Thawri r.a:

“Sesungguhnya fiqh yang mendalam ialah memberi


rukhsah (keringanan) oleh seorang yang thiqah
(dipercayai). Adapun berkeras / tegar, semua orang
boleh melakukannya.”
(Riwayat Abu Nu`aim dalam An-Nawawi, Al-Majmu’ Syarh
al-Muhazzab, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, j. 1, hal. 42)

Para fuqaha zaman terkemudian juga, ketika mentarjihkan


sesuatu pandangan dari yang lain, mereka berkata “Ini
adalah pendapat yang lebih lunak bagi orang ramai.”

35

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 35 26/04/2016 22:27:42


Antara contoh fiqh taysir yang semakin
popular di kalangan masyarakat kita
mutakhir ini ialah hukum melakukan
jamak solat kerana hajat (sibuk). Jika
menurut pengamalan fiqh tradisional, jamak
hanya dibenarkan ketika bermusafir sahaja,
tetapi kini mereka telah sedar bahawa di
dalam keadaan-keadaan tertentu seorang
muslim juga boleh menjamakkan solat
mereka. Terperangkap di dalam kesesakan
lalulintas, doktor yang merawat atau
membedah pesakit, dan pelbagai keadaan
lagi. Pendapat ini bukanlah sesuatu yang
baru. Pendapat ini merupakan ijtihad Ibn
Abbas di dalam hadis yang diriwayatkan
oleh al-Bukhari dan diambil juga oleh
Imam al-Nawawi, salah seorang ulama
di dalam mazhab Syafie. Ibadat orang
sakit, adalah antara contoh lain keperluan
kepada Fiqh Taysir.

36

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 36 26/04/2016 22:27:42


Kesimpulan
Konsep mengambil pendapat yang mudah dari pelbagai
mazhab tidak didasari oleh dalil yang qaÏÑÊ, sama ada dari al-
Quran mahupun sunnah. Walaubagaimanapun, perlakuan
tersebut boleh membawa kepada perbuatan menuruti hawa
nafsu dan mempermainkan agama jika disalahgunakan.
Kemungkinan ini ada kebenarannya kerana jika mengambil
pendapat yang mudah dibenarkan secara mutlak, orang-
orang yang lemah imannya (yang merupakan majoriti umat
Islam) akan menyalahgunakannya. Namun, ini bukanlah
juga alasan untuk mengharamkannya secara mutlak kerana
umat Islam pasti akan berhajat kepada perbuatan tersebut
dalam waktu dan keadaan-keadaan tertentu.

Diharapkan risalah ini dapat membantu umat Islam


di Perlis khususnya untuk bersikap lebih terbuka dan
berlapang minda di dalam melihat kepada hukum-hakam
yang diputuskan oleh jabatan fatwa negeri berteraskan
kefahaman mereka terhadap Fiqh Taysir.

37

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 37 26/04/2016 22:27:42


Biodata Penulis

Dr. Maszlee Malik dilahirkan dan membesar di Johor


Baharu. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah
Temenggong Abdul Rahman (STAR) (2) dan kemudiannya
ke Maktab Sultan Abu Bakar (English College). Pada
tahun 1989 beliau telah memilih untuk menceburkan diri
di dalam pendidikan Islam dan telah menyertai Madrasah
al-Quran Waddin dan kemudiannya ke Maahad Johor.
Setelah itu permusafiran ilmunya dilanjutkan ke Jordan
sehingga berjaya mendapatkan ijazah sarjana muda dari
Universiti Al al-Bayt, Jordan dan kemudiannya meneruskan
pengajian peringkat ijazah sarjana dari Universiti Malaya.
Kedua-duanya di dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh.

38

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 38 26/04/2016 22:27:42


Dengan izin Allah, Maszlee Malik telah melanjutkan
pelajaran di School of Goverments and International
Affairs (SGIA) di University of Durham para tahun 2007
dan mendapatkan ijazah kedoktoran di dalam bidang
Good Governance pada tahun 2011. Kini Maszlee Malik
merupakan pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul
al-Fiqh di Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di mana beliau
telah berkhidmat di sana semenjak tahun 2000. Maszlee
Malik juga merupakan ahli Multaqa Asatizah dan Du’at
(MURSHID), ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan
IKRAM Malaysia, dan penasihat ahli lembaga kepada
beberapa NGO dan badan pendidikan seperti Teaching
for the Needs (TFTN), Pusat Pendidikan Downsyndrome
Orkids (ORKIDS), Pertubuhan Darul Fitrah, IDEAS
Autism Centre, Lembaga Pusat Pendidikan al-Amin dan
juga penaung kepada kelab penyokong kelab bolasepak
Manchester City Malaysia. Di media pula, Maszlee lebih
dikenali sebagai moderator debat dan wacana politik dan
juga penganalisis politik Timur Tengah, pemikiran politik
Islam dan juga gerakan Islam kontemporari. Dr Maszlee
Malik juga merupakan salah seorang anggota Majlis Fatwa
Negeri Perlis.

39

A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 39 26/04/2016 22:27:42


A Insert Buku Fiqh Taysir.indd 40 26/04/2016 22:27:42

You might also like