You are on page 1of 4

description of water source quality

- Pasir Gudang merupakan sebuah bandar yang utamakan perindustrian di Johor, Malaysia. Bandar
ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) iaitu sebuah badan khas milik Perbadanan
Johor. Menjelang tahun 2007, Pasir Gudang telah berusia 30 tahun. Jumlah penduduk melebihi 100
000 orang. Di sini juga terdapat sebuah pelabuhan kontena iaitu Pelabuhan Johor yang terletak
selatan dari pusat bandar yang menghadap Selat Tebrau.

Sebanyak 56 kawasan di sekitar Pasir Gudang dan Masai dijangka mengalami tekanan air
rendah dan mengalami masalah kualiti air yang membahayakan kesihatan masyarakat. Antara
kawasan terbabit di Pasir Gudang termasuk Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Pelabuhan Johor,
Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Kampung Tanjung Langsat, Kampung Perigi Acheh,
Kampung Pasir Gudang Baru, Taman Mawar, Taman Cendana, Taman Bukit Dahlia, Kampung Pasir
Putih, Taman Pasir Putih dan Taman Tanjung Puteri ResortTurut terbabit di sekitar sempadan Masai
termasuk Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Bandar Masai, Taman Rinting, Taman Sierra Perdana,
Kampung Kuala Masai, Taman Bukit Rinting, Taman Megah Ria, Kampung Teluk Jawa, Bandar Seri
Alam, Taman Flora Height, Kaw Tong San, Taman Cahaya Kota Puteri, Senibong Villa, Bandar
PermasJaya, Senibong Cove, Kampung Senibong, Kampung Plentong Baru, Taman Sri Plentong,
Taman Ria Plentong, Taman Plentong Baru dan Kawasan Perindustrian Sri Plentong.

causes of problem

- Keadaan Sungai Masai di sepanjang 1.5 kilometer, dekat sini, bukan sahaja kotor, malah
mengeluarkan bau busuk yang meloyakan sehingga meresahkan kira-kira 2,000 penduduk di tiga
kampungKeadaan yang berlarutan lebih 10 tahun itu juga menjejaskan pendapatan seramai 173
nelayan termasuk pengusaha ternakan kupang.Pencemaran bulan ini agak teruk kerana musim
panas turut menyumbang kepada bau busuk apabila air cetek sehingga sungai bertukar warna
menjadi hitam. punca utama kepada pencemaran air sungai ini adalah berpunca dari pengurusan
sampah oleh masyarakat sekitar dan pihak berkuasanyang tidak mengambil berat terhadap
kebersihan sungai. selain itu, ia juga berpunca dari aliran air yang membawa dari hulu sungai
mengalir melalui kawasan ini yang mana ia juga membawa sampah sarap atau sisa toksik dari kilang
di sekitar.keadaan sungai ini menjadi lebih berminyak dan kotor yang mana sangat tidaksesuai untuk
dijadikan bekalan utama penduduk sekitar.

- selain pencemaran, pada 4 januari 2017 yang lalu telah berlaku satu kemalangan di antara Dua
kapal kontena, MT APL DENVER, pendaftaran Gibraltar dan MT WAN HAI 301,pendaftaran Singapura
berlanggar dalam kejadian lewat malam sehingga menyebabkan berlaku tumpahan minyak
berhampiran Pelabuhan Pasir Gudang. lebih merisaukan apabila air laut di sekitar juga sudah
mengalami pencemaran yang nyata kerana keadaan di kawasan tersebut merupakan pelabuhan
utama kapal - kapal kontena. pembebasan sisa toksik daripada kapal atau jeti yang membaiki kapal -
kapalmerupakan punca utama air laut tersebut sudah mengalami pencemaran dalam jangka masa
yang lama.

- memang isu pencemaran dikatakan berpunca daripada loji kumbahan Taman Bukit Dahlia, pasir
gudang. isu pencemaran Sungai Masai sudah berlaku sejak 2002 dan punca utama mungkin dari
bekas tapak pelupusan sampah, selain parit pasar Masai dan Flat Meranti, termasuk dari kawasan
setinggan Sungai Rinting serta pusat memproses kupang. namun, loji kumbahan ini yang sudah
berusia hampir30 hingga 40 tahun tidak memberikan hasil yang dikehendaki malahan menyebabkan
air sungai masai menjadi tercemar dan berbau. sisa - sisa kumbahan ini dikatakan semakin
meningkat dan tidak diuruskan dengan betul oleh pihak yang berkuasa.

effects of the problem to the environment or solution of the problem

- kesan yang jelas dilihat apabila musim panas air sungai menjadi cetek dan bertukar menjadi
hitamdan mengeluarkan bau yang busuk. air sungai Masai merupakan sumber utama bekalan air
kepadapenduduk di Masai dan Pasir Gudang. lebih teruk apabila air ini menyebabkan hidupan
akuatik di sungai tersebut mati atau kurang bernutrien untuk menjadi sumber makanan kepada
masyarakat sekitar.berlakunya kepupusan hidupan akuatik berpunca dari sisa toksik yang
dibebaskan dari kilang - kilang, atau pembuangan minyak oleh masyarakat yang tidak
bertanggungjawab. air sungai yang mengalir seharusnya membantu dalam proses membebaskan
kotoran, namun ia menjadi lebih bermasalah kerana permulaan air yang mengalir juga membawa
sisa toksik yang kepada kawasan Sungai Masai ini.

- selain itu, kesan lain jugak adalah fokus kepada masalah air laut di sekitar pasir gudang yang
berminyak yang mana berpunca dari pelabuhan kapal - kapal dagang, ditambah lagi dengan
kemalangan dua kapal kontena dari singapura. hal inimenyebabkan nelayan - nelayan di kawasan
sekitar terpaksa diberhentikan sementara untuk memastikan tangkapan tidak dihasilkandaripada
ikan yang kurang bernutrisi seperti ini. pencemaran air laut di kawasan pasir gudang ini telah
merosakkan pemandangan kepada pelancong - pelancong di Johor Bahru kerana sisa toksik yang
dibebaskan menunjukkan dengan jelas bahawa air laut ini mengalami masalah yang sangat
berminyak.
current solution

- pihak berkuasa tempatan telah mengambil tindakan dengan menambahbaik sistem pembersihan
sampah di sungai Masai denganmengadakan sistem penapisan sampah supaya senang sampah
dapat dikumpulkan. sistem seperti ini memang wajar dilakukandimana - mana kawasan sungai
kerana memberi banyak kebaikan terhadap pembersihan sungai. sistem penapisan ini dilakukan
dengan menggunakan bahan - bahan semulajadi seperti menanam pokok bakau disekitar sungai
yang mana pokok bakau ini mempunyai akar pokok yang jangkangdan dahan - dahan yang banyak.
hal ini memudahkan sampah - sampah yang terapung melekat pada pokok tersebut. selain ini itu,
pokok bakau juga merupakan tumbuhan yang banyak dapat meningkatkan tahap BOD air.

- selain itu, pihak berkuasa tempatan juga telah menubuhkan satu persatuan bagi mengawal aktiviti
yang dilakukan di sekitar sungai itu supaya aktiviti yang tidak bermoral dapat dielakkan seperti
pembuangan sampah ke sungai, pembuangan toksiktoksik dan penebangan paya bakau. persatuan
seperti ini penting bagi memudahkan kerja - kerja mengawal pembersihan dan penangkapan ikan
tidak berlesen dapat dikurangkan. ia juga memberi banyak impak positif kepada manusia dan
hidupan akuatik.

- pihak berkuasa tempatan juga telah menjalankan kempen kesedaran kepada penduduk sekitar
Sungai Semenyih selama tiga tahun dan pelbagai aktiviti akan dijalankan, antaranya gotong-royong
pembersihan kawasan pekan Semenyih, pertandingan mengutip sampah paling banyak, program
kesedaran penduduk dan ceramah kesedaran untuk pelajar sekolahdi Semenyih serta sesi
perundingan mengenai alternatif pembuangan sisa untuk sektor industri. Kempen kesedaran ini
akan memberi impak besar kepada penduduk, peniaga dan pengilang di sekitar Sungai Masai.
Program ini dijangka boleh meningkatkan kesedaran orang awam mengenai akibat yang bakal
dihadapi mereka sekiranya sungai itu tercemar. Tabiat membuang sampah merata tempat juga
dapat diubah secara beransur-ansur. Tambahan pula, dengan ceramah kesedaran di sekolah dapat
mengukuhkan lagi kesedaran mengenai kepentingan Sungai Masai.

suggestion solution

- memastikan pelupusan sampah diuruskan dengan betul terutama di sekitar sungai untuk
mengelakkan sisa - sisa air kotor atau sampah boleh bergerak ke sekitar apabila paras air meningkat.
sistem pelupusan sampah seperti yang dilakukan di worldwide Landfills Sdn Bhd, Shah Alam,
Selangor adalah contohterbaik kerana syarikat ini menggunakan cara menanam dan tindih sampah
bagi mengelakkan berlaku pencemaran alam sekitar.

- selain itu, memastikan saliran air sungai tidak tersumbat bagi mengelakkan air susah untuk
mengalir dan membersihkan kawasan sekitar. perkara ini membincangkan air di paras rendah
membuatkan kawasan sekitar tidak dapat menapis air sungaimengikut kadar yang sepatutnya dan
menyebabkan warna berubah dan menghasilkan bau yang busuk. selain itu, apabila aliran air
disekatmenyebabkan hidupan akuatik tidak dapat bergerak bebas dan terpaksa berhadapan dengan
pencemaran yang dibawa oleh air.
- last solution is about dengan pengurusan pergerakan kapal - kapal dagang yang seharusnya lebih
mengambil berat terhadap penjagaankualiti air di kawasan tersebut sebelum melakukan aktivti.
kawasan pantai yang berminyak dan bertoksik juga membahayakan kepada sumber makanan dalam
daily life. kapal - kapal dagang yang seharusnya mengikuti jadual pergerakan bagi mengurangkan
pembuangan minyak - minyak dari kapal dibebaskan ke dalam laut.

You might also like