You are on page 1of 6

Kesan Kedatangan Islam Terhadap Zaman Jahiliah

Sebelum Selepas
Hubungan Masyarakat Jahiliah hidup terpisah Masyarakat Islam Madinah berjaya
Masyarakat dalam kabilah dan bani masing- membentuk sebuah masyarakat ummah
/ Sosial masing. Setiap individu mempunyai Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku.
ketaatan (semangat assabiyyah) Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud dan
kepada kabilah dan sangat prejudis digantikan dengan ikatan persaudaraan Islam.
kepada kabilah yang lain. Semangat Contohnya Nabi berjaya mempersaudarakan
ini juga menyebabkan mereka orang Ansar dengan Muhajirin.
memihak kepada kabilah tanpa
mengira sama ada mereka berada
dalam keadaan benar atau salah. Ini
telah menimbulkan masalah
permusuhan antara kabilah
berleluasa.
Peperangan Permusuhan antara suku atau Persaudaraan Islam telah berjaya
kabilah telah membawa peperangan menamatkan permusuhan di kalangan
di kalangan masyarakat Arab golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj.
Jahiliah. Peperangan ini dikenali Sebelum memeluk Islam mereka terlibat
sebagai Ayyamul Arab. Perang balas dalam peperangan Al-Buath kerana merebut
dendam sering berlarutan. kepimpinan kota Madinah.Peperangan yang
Contohnya Perang Al-Basus wujud di zaman Islam merupakan satu
berlarutan selama 40 tahun. langkah mempertahankan agama, masyarakat
dan negara Islam daripada ancaman musuh
terutama serangan orang Quraisy Mekah dan
pengkhianatan orang Yahudi.

Kelas Masyarakat Jahiliah mementingkan Dalam masyarakat Islam menitik beratkan


Masyarakat kelas dalam masyarakat. Golongan konsep persamaan taraf.Semua manusia
bangsawan merupakan golongan dianggap sama taraf di sisi Allah. Kemuliaan
tertinggi dan dipandang mulia. manusia berdasarkan kepada ketakwaannya
Dalam masyarakat Arab Jahiliah kepada Allah. Manusia tidak dibezakan
amalan perhambaan berlaku secara mengikut kekayaan atau pangkat mereka.
meluas. Mereka tidak mempunyai
hak ke atas diri sendiri. Mereka
dikehendaki berkhidmat kepada tuan
mereka. Perdagangan hamba berlaku
secara meluas. Kekejaman ke atas
para hamba berlaku sekiranya para
hamba tidak mengikut kehendak
mereka.
Kedudukan Masyarakat Arab Jahiliah Nabi mengajar masyarakat Islam di Madinah
Wanita memandang rendah kepada memandang mulia golongan wanita. Mereka
golongan wanita. Fungsi mereka perlu dipelihara maruah dan kebajikan
hanyalah sebagai alat kepada kaum mereka. Kaum wanita memainkan peranan
lelaki. Mereka dianggap sebagai yang sama pentingnya dengan goIongan
barang dagangan dan ada di lelaki.
kalangan mereka yang kematian
suami, menjadi rebutan anak-anak
lelaki suami mereka. Keadaan ini
menyebabkan suku bani Tamim telah
menanam bayi perempuan bagi
mengelakkan mereka dipandang
rendah.

Akhlak Masyarakat Arab Jahiliah Islam menekankan akhlak yang


mengamalkan nilai akhlak yang mulia.Bermula dengan perjanjian Al-Aqabah I,
buruk seperti berzina, melacur, masyarakat Madinah berjanji tidak akan
membunuh, minum arak dan berjudi. menipu, berzina, dan membunuh. Nabi
Nilai ini telah sebati dengan berjaya mengikis segala amalan akhlak yang
kehidupan mereka. buruk di kalangan orang Islam di Madinah.

Nilai-nilai Dalam masyarakat jahiliah terdapat Dalam masyarakat Islam nilai-nilai ini
Positif nilai-nilai positif seperti menghormati diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai Islam.
tetamu, berpegang teguh kepada
janji, memberi perlindungan kepada
Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang
dilakukan oleh Bani Hashim.

Amalan Jahiliyah amalkan riba, pencurian Islam mengharamkan riba dan mewajibkan
Ekonomi dan penipuan. Jua beli berhala adalah urusan jual beli. Ada akad dalam urusan jual
ekonomi yang penting dan beli. Barangan yang diharamkan tidak boleh
menguntungkan. dijual beli seperti arak,patung berhala, dll.

Cara hidup Majoriti masyarakat Arab Jahiliah Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai
menganut agama menyembah keimanan yang kukuh. Orang Ansar secara rela
berhala dengan menganggap berhala telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah
sebagai perantaraan antara manusia melantik guru-guru agama untuk
dengan Tuhan. Pada masa ini Mekah memperkukuhkan akidah dan amalan mereka.
berperanan sebagai pusat Di samping itu, nabi telah menjalankan dasar
penyembahan berhala. Agama lain kebebasan beragama terutama ke atas
yang dianuti ialah ajaran animisme, masyarakat Yahudi dan mereka diberi
majusi, nasrani dan yahudi. kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab
Masyarakat pada masa ini juga Madinah menerima agama Islam.
terikat dengan kepercayaan karut.

Contoh Amalan Jahiliah Masa Kini


Akidah.
Akidah jahiliyah adalah bertentangan dengan aqidah Islam, sama ada dari aspek kepercayaan,
perkataan atau pun perbuatan. Akidah jahiliyah adalah karut iaitu tidak mahu menerima dan
patuh dengan ajaran Islam serta mengingkari hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh al Qur’an
dan al Sunnah. Contohnya mempercayai tilik nasib, bomoh dan juga tangkal azimat. 1 Akidah.
Akidah jahiliyah adalah bertentangan dengan aqidah Islam, sama ada dari aspek kepercayaan,
perkataan atau pun perbuatan. Akidah jahiliyah adalah karut iaitu tidak mahu menerima dan
patuh dengan ajaran Islam serta mengingkari hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh al Qur’an
dan al Sunnah. Contohnya mempercayai tilik nasib, bomoh dan juga tangkal azimat.

Ibadah.
Ancaman jahiliyah terhadap ibadah umat Islam hari ini adalah dengan mewujudkan pusat-pusat
hiburan seperti pub, karaoke, cyber café dan sebagainya. Begitu juga media cetak dan media
elektronik yang turut memaparkan pelbagai jenis hiburan yang ada sesetengahnya tidak sesuai
untuk dibaca atau ditonton. Pusat-pusat hiburan ini akan memberi kesan kepada umat Islam,
terutamanya golongan remaja dari mengerjakan ibadah. Mereka (umat Islam) akan sentiasa sibuk
dengan hiburan sehinggakan tiada masa untuk mengerjakan ibadah seperti sembahyang
berjamaah, bertadarus dan lain-lain lagi. Masjid dibiarkan kosong tanpa penghuni dan kalau ada
pun hanyalah golongan tua yang tidak berdaya untuk mencari hiburan. Untuk melawan ancaman
ini, umat Islam harus kuat dan bersatu padu sama ada dengan cara memulaukan pusat-pusat
hiburan ataupun pihak yang berwajib tidak mengeluarkan lesen untuk membina pusat-pusat
hiburan secara berleluasa. Hanya amalan yang diredhai Allah sahaja yang menjadi penolong kita
di akhirat.

Sosial.
Sistem sosial yang diamalkan oleh golongan jahiliyah ialah pilihan antara individu dan
masyarakat. Sekiranya mereka memilih kehidupan individu, hak itu dianggap suci dan tidak
boleh dicerobohi. Mereka memandang tinggi kedudukan individu sehingga mengabaikan hak
masyarakat. Masyarakat tidak boleh mencampuri urusan peribadi, mereka bebas melakukan apa
sahaja tanpa batasan.
Di satu pihak lain, sekiranya sistem sosial mereka ditegakkan di atas kehidupan masyarakat,
mereka akan menganggap masyarakat itu suci dan lebih berhak atas segalanya sehingga
mengabaikan hak individu. Individu tidak berhak memikirkan sesuatu, menentukan fikiran,
kepercayaan dan adat kebiasaannya sendiri. Individu harus tunduk kepada masyarakat.

Ancaman sosial jahiliyah hari ini begitu jelas dan nyata terhadap umat Islam, oleh itu untuk
membanterasnya umat Islam tidak boleh memisahkan antara individu dan masyarakat.
Sebaliknya individu dan masyarakat harus saling bergantungan untuk menegakkan agama Allah.
Apabila masyarakat mengambil tahu hak individu dan individu mengambil tahu hak masyarakat,
maka masalah sosial yang berlaku seperti buang bayi, sumbang mahram, pergaulan bebas antara
lelaki dan perempuan dapat dihapuskan.

Akhlak.
Akhlak masyarakat jahiliyah sangat buruk di mana mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa
batasan. Mereka tidak ada sistem nilai seperti wajib, haram, sunat, harus dan makruh yang
memberi balasan kepada pelakunya sama ada mendapat pahala ataupun dosa. Oleh sebab itu
mereka boleh bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, melakukan zina, meminum arak,
berjudi, hisap dadah, memakan pil estacy dan sebagainya. Tiada lagi adab sopan dan tatasusila
sebagai seorang yang bergelar Islam. Ancaman ini menyebabkan manusia tunduk dengan hawa
nafsu yang dipimpin oleh syaitan.
Sebagai seorang yang beragama Islam, marilah bersama-sama kita berusaha untuk
mengembalikan semula akhlak Islamiyah ke dalam masyarakat agar mereka tidak terus terleka
dengan keseronokan dunia.

Ekonomi.
Ekonomi jahiliyah lebih menguasai ekonomi Islam. Amalan riba semakin bertambah. Bagi
orang-orang yang mengamalkan ekonomi jahiliyah riba’ telah menjadi nadi dalam kehidupan
seharian. Untuk mendapat keberkatan dari Allah, maka kita hendaklah menolak ekonomi
jahiliyah dan mengamalkan sistem ekonomi Islam.

Ciri-ciri Zaman Jahiliah


Secara umum,masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada dua golongan,iaitu
masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari.Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun dan
pendalaman,iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab.Masyarakat Hadari pula menetap
di kawasan persisir pantai Semenanjung Tarah Arab.Oleh sebab kawasan penempatan mereka
berbeza,maka,secara tidak langsung,cara hidup dan pencapaian masyarakatnya juga berbeza.Ciri-
ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari segi
agama,sosial,ekonomi,kepercayaan dan nilai hidup yang dipegang.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi,berzina
dan meminum arak.Mengikut fahaman mereka,seseorang lelaki yang meminum arak sehingga
mabuk,menunjukkan mereka telah sempurna seperti lelaki.Kedudukan wanita dalam masyarakat
pula adalah rendah,sehinggakan mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa
mereka.Terdapat di kalangan mereka yang menanam bayi perempuan sejurus selepas
lahir.Pembunuhan terhadap bayi perempuan ini dilakukan kerana mereka beranggapan anak
perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga.Dalam soal perkahwinan pula,tidak ada
peraturan khusus yang boleh dijadikan panduan oleh masyarakat.Seseorang lelaki boleh
berkahwin dengan beberapa orang wanita sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya.
Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan penindasan.Sikap
para peniaga pula lebih mementingkan keuntungan semata-mata.Kegiatan merompak dan
merampas barangan daripada kafilah di padang pasir juga merupakan punca mata pencarian
masyarakat Arab Jahiliah.Merompak dikatakan sebagai kewajipan yang harus dilakukan oleh
setiap individu dalam setiap kabilah.Selain itu,eksploitasi golongan kaya terhadap golongan
miskin merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh orang berada.

Tedapat empat bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah,iaitu agama wathani
(menyembah berhala),animisme (memuja alam seperti pokok),samawi (kristian dan yahudi) dan
kepercayaan khurafat (seperti menilik nasib,sihir dan mempercayai roh orang mati menjadi
burung.)

Berdasarkan catatan Al-Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah menganut
agama hanif.Setelah kira-kira 3500 tahun,penganut agama hanif telah melupakan ajaran ini
secara beransur-ansur.Terdapat juga di kalangan mereka yang mencampuradukkan ajaran agama
hanif dengan amalan tradisi masyarakat Arab Jahiliah.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-
puak dan berkelompok.Dalam sesebuah kabilah,ahlinya terdiri daripada suku tertentu dan
mereka tinggal dalam sebuah kawasan.Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya
sendiri sementara ahli kabilah pula sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masing-
masing.Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang Syeikh yang juga merupakan lambang perpaduan
kaum mereka.Pelantikan syeikh dalam sesebuah kabilah adalah berdasarkan syarat-syarat
tertentu.Antaranya ,bakal syeikh tersebut mestilah disukai oleh ahli kabilah dan dilantik atas
persetujuan ramai.Beliau juga mestilah berfikiran matang ,gagah,berani,dan pandai berpidato.

Amalan sistem kabilah ini telah mendatangkan kesan yang negatif kepada masyarakat Arab
Jahiliah.Kesan utamanya ialah kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang
melampau dan tercetusnya perperangan dikalangan masyarakat.Kemunculan semangat assabiah
ini berpunca daripada struktur Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.Dalam sistem kabilah
setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan mereka terikap pada peraturan yang
telah ditetapkan oleh kabilah mereka.Keadaan ini telah menimbulkan perasaan kesukuan yang
menebal di kalangan ahli kabilah.Mereka juga sanggup menuntut bela demi mempertahankan
maruah diri dan kabilah mereka.

Selain itu,kemunculan sifat ini juga berkait rapat dengan keadaan geografi dan suasana tempat
tinggal mereka yang panas dan kering kontang.Untuk meneruskan kehidupan,sesuatu kelompok
kabilah Arab Jahiliah terpaksa mengatasi masalah yang dihadapi secara bersama.Sifat kesukuan
yang menebal ini menjadikan kehidupan hidup masyarakat Arab Jahiliah kucar-kacir dan tidak
aman.Perkara ini sering kali menjadi punca persengketaan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah.

Perperangan antara satu kabilah dengan satu kabilah yang lain akan berlaku walaupun atas sebab
yang kecil.Perperangan al-Basus memperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah yang suka berperang
sesama sendiri.Apakah yang akan terjadi jika semangat assabiah menebal dikalangan masyarakat
yang berbilang kaum di negara kita?.Malaysia,Sebagai sebuah negara berbilang kaum,kita harus
mengekalkan persefahaman yang telah sedia wujud di negara kita demi perpaduan
masyarakat.Dengan semangat perpaduan dan persefahaman ini,maka usaha-usaha kearah
pembangunan negara akan berhasil.

You might also like