You are on page 1of 5

SOALAN: Huraikan sejarah asal-usul bahasa Melayu dan jelaskan perkembangan

bahasa Melayu di rantau ini berdasarkan pelbagai sumber serta kemukakan


cadangan anda bagi memperkukuhkan kedudkan bahasa Melayu.

1.0 PENGENALAN

1.1 ASAL-USUL BAHASA MELAYU

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2005, p.106) bahasa ditafsirkan sebagai kata-
kata yang disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dalam
percakapan atau tulisan.Terdapat beberapa teori mengenai bermulanya Bahasa
Melayu di dunia ini. Tapi, sehingga kini terdapat dua teori utama yang telah
dikemukakan oleh para penyelidik. Pertama, ialah teori yang berkaitan dengan
perpindahan manusia dari Asia Tengah.

Selain itu,menurut Abdul Aziz (2005, p.9) teori kedua mengatakan bahawa
orang Melayu sememangnya penduduk asal di Nusantara. Hakikatnya, teori pertama
adalah lebih popular jika dibandingkan dengan teori kedua. Hal ini kerana, dikatakan
orang Melayu berasal dari Yunan yang datang ke Nusantara dalam dua kumpulan.
Dua kumpulan tersebut dikenali sebagai Melayu Proto dan kumpulan kedua dikenali
sebagai Melayu Deutro. Melayu Deutro dikatakan lebih maju daripada penduduk sedia
ada di Nusantara.

Kini, keturunan daripada Melayu Proto ini masih terdapat di Semenanjung


Malaysia, orang Dayak di Sarawak, dan Batak di Singapura.. Selain itu, kumpulan
pertama dan kumpulan kedua ini juga dikenali sebagai Austronesia. Sungguhpun
Semenanjung Tanah Melayu bukan pulau,tetapi dengan bahasa Melayu dan bahasa
orang asli iaitu Jakun dan Temuan, bahasa-bahasa peribumi itu digolongkan sebagai
bahasa Austronesia.(Asmah,, 2008, p.44 ).

1
1.2 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Pengkaji bahasa telah membahagikan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan
setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya tersendiri. Tahap pertama ialah bahasa
Melayu kuno. Sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu, bahasa
yang diguna ialah bahasa Melayu purba. Menurut Siti Hajar (2011, p.14) bahasa ini
dinamakan bahasa Melayu kuno setelah mendapat pengaruh India. Bahasa ini
mencapai kegemilangan dari abad ke-7 hingga abad ke-13.

Tahap kedua ialah bahasa Melayu klasik. Peralihan ini dikaitkan dengan
kedatangan dan pengaruh agama Islam di Asia Tenggara pada abad ke-13. Sejak itu
bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan
bentuk tulisan. Penemuan batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau dan Kuala
Berang, Terengganu menguatkan lagi teori ini. .( Siti Hajar, 2011, p.20).

Tahap ketiga ialah bahasa Melayu moden. Bahasa ini dikatakan bermula pada
abad ke-19. Hasil karangan Abdullah Munsyi dianggap sebagai permulaan zaman
bahasa Melayu moden. Menurut ahli-ahli sejarah , bahasa Melayu moden berasal
daripada bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik pula berasal daripada bahasa
Melayu kuno yang juga merupakan asalnya daripada bahasa Melayu purba.

2
 Memantapkan penggunaan  Membawa atau mengalakkan
bahasa Melayu dalam anak-anak dalam
kalangan pelajar pertandingan melibatkan
 Mendidik pelajar untuk bahasa.
sentiasa menggunakan  Pertandingan seperti pidato
bahasa Melayu dalam mampu memantapkan
kehidupan seharian. penguasaan bahasa Melayu
dalam kalangan anak-anak
sejak kecil lagi.

BAHASA MELAYU
IBU BAPA MENJADI
SEBAGAI BAHASA
TELADAN HASANAH
PENGANTAR DI SEKOLAH
KEPADA ANAK-ANAK
RENDAH MAHUPUN
SEKOLAH MENENGAH
1.3.CADANGA
N-CADANGAN
MEMPERKUKU
H KEDUDUKAN
BAHASA
MELAYU

Idea (PPSMI) haruslah


dilupuskan

 Dikhuatiri penggunaan bahasa Inggeris dalam


kalangan pelajar mampu menghakis
penguasaan bahasa Melayu
 Tidak mustahil generasi akan datang tidak akan
mengenali lagi perkataan Melayu

Rajah 1 : Cadangan-cadangan memperkukuh kedudukan bahasa Melayu

3
1.4 KESIMPULAN

Kesimpulannya, bahasa jelas membuktikan kepentingan dalam sesuatu perkara


khususnya pembentukan sesebuah bangsa. Tanpa bahasa mana mungkin sesuatu
bangsa dan tamadun-tamadun yang yang gah seperti zaman Kesultanan Melayu
Melaka dapat dibina. Selain itu, bahasa memainkan peranan penting dalam penyatuan
masyarakat yang berbilang kaum. Sebagai contoh yang terdekat bumi Jalur Gemilang
sendiri yang dihuni dan didiami oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, India dan Cina
masih mampu hidup dengan harmoni dengan satu bahasa iaitu Bahasa Melayu.

4
5

You might also like