You are on page 1of 5

PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MEMBACA

2.0 PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MEMBACA

2.1 PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN MEMBACA AWALAN

Terdapat dua paradigma utama dalam disiplin linguistik iaitu mentalis dan

behaviourist. Dua paradigma ini telah menghasilkan pendekatan pengajaran

yang berlainan samada dari segi prinsip mahupun perkaedahan. Golongan

behavioris menggunakan pendekatan pengajaran yang berasaskan prinsip

pembelajaran sintesis atau membina. Di antara kaedah-kaedah yang

menggunakan pendekatan ini ialah kaedah abjad, kaedah fonik, kaedah

pandang dan sebut.

2.2 KAEDAH ABJAD

Kaedah ini merupakan kaedah klasik dan digemari oleh ramai guru yang

mengajar membaca di peringkat permulaan. Untuk pengenalan abjad guru

akan memperkenalkan kesemua 26 huruf dan murid diajar nama huruf secara

teratur dalam abjad a sehinggalah z . Rancangan pelajaran harian bermula

dengan a hingga z. kemudian latihan menulis dan pengecaman abjad

dilaksanakan dan murid perlu menghafal setiap lambang abjad. Setelah murid

menghafal nama abjad, bunyi-bunyi huruf akan diajar kepada murid. Murid

diajar dengan huruf kecil dahulu dan diikuti dengan huruf besar. Kemudian

latihan menulis huruf kecil dan huruf besar serta latihan memadankan huruf

kecil dan huruf besar

Murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan sesuatu

bunyi huruf vokal seperti ayam, adik, api dan awan. Seterusnya murid pula

diajar permulaan perkataan dengan huruf konsonan seperti bola, buku, batu
dan besi. Ini adalah sebagai usaha untuk memperkenalkan kepada murid

hubungan antara bunyi huruf dan perkataan.

2.2.1 PENGABUNGAN BUNYI VOKAL DAN KONSONAN

Setelah murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyi huruf

dan perkataan, murid diajar membentuk dan membaca suku kata contohnya

(ba be bi bo bu , ca ce ci co cu hingga za ze ze zi zo zu. Kemudian murid

diajar membentuk perkataan mudah dan murid diajar mencantumkan suku

kata dengan sukukata seperti bu bu, ba ba. Seterusnya murid akan diajar

kemahiran mengeja perkataan-perkataan mudah seperti baju, saya, bola.

Kebaikan kaedah ini ialah memberi peneguhan kepada pengenalan abjad.

Manakala kelemahannya pula ialah sebenarnya kanak-kanak tidak perlu

mengenali semua abjad untuk diajar membaca. Jika mereka telah mengenali

vokal dan sebahagian konsonan yang kerap digunakan mereka telah boleh

membaca

2.3 KAEDAH FONETIK

Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan

kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang

yang dilihat. Kaedah fonik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad

yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu

dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama

dalam bahasa Inggeris. Kanak-kanak didedahkan dengan bunyi-bunyi vokal

dan konsonan seperti:-

A = aaaa E = e’h

E = eh I = iiiii O = oooo
U = uuuu

B = beh

C = ceh

D = deh F = feh G = geh H = heh

J = jeh

K = keh L = el M = em N = en P = peh

Q = qeh R = rer S = sss T = the V = vev W = weh

Y = yeh

Z = zez

Sambil mengajar bunyi abjad boleh juga diajar secara permulaan bunyi

perkataan seperti huruf “a” adik, abang, api dan lain-lain. Cara pengajaran

Fonik menggunakan ialah dengan mencantumkan vokal dengan konsonan

untuk membentuk perkataan. Mulakan dengan perkataan yang pendek dan

mudah dahulu serta mulakan dengan huruf vokal. Seterusnya permulaan

perkataan,akhiran perkataan,pertengahan perkataan dan baru dimasukkan ng,

ny, kh, dan sy.

Diantara kebaikan kaedah fonik ialah jika kanak-kanak telah menguasai

kesemua bunyi abjad, mereka akan boleh membaca dalam apa jua bahasa.

Bagi kaedah fonik juga kanak-kanak tidak akan tersangkut di peringkat

sukukata tertutup kerana bagi membaca sesuatu ayat mereka harus terus

membunyikan perkataan sehingga selesai satu perkataan.

Sebaliknya, kanak-kanak yang diajar membaca berdasarkan kaedah abjad,


terutamanya di sekolah-sekolah, atau berdasarkan kaedah pandang dan

sebut , biasanya di tadika-tadika, mereka tidak dapat membaca dalam bahasa

Inggeris langsung. Walaupun menggunakan huruf-huruf roman yang sama,

mereka tidak dapat menggunakan kemahiran membaca dalam bahasa

malaysia untuk membaca dalam bahasa Inggeris hanya kerana kaedah

mengeja atau suku kata tidak serasi langsung untuk bahasa Inggeris. Apa

yang dapat dilihat di sekolah-sekolah, mereka terpaksa menghafal-hafal

perkataan inggeris dari segi ejaan dan sebutannya. Banyak manalah yang

mampu dihafal oleh kanak-anak apatah lagi untuk mengingat maksudnya pula.

Dalam kaedah ini kanak-kanak diajar mengenal symbol iaitu huruf, hanya

mereka tidak diajar nama huruf tersebut tetapi hanya bunyi yang dikaitkan

dengan simbol tersebut. Kanak-kanak memang mengenal huruf cuma bukan

nama huruf tersebut. Nama huruf hanya diajar setelah mereka pandai

membaca sahaja.

2.4 KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak

tidak boleh membaca dengan menggunakan kaedah abjad . Berpadanan

dengan namanya, kaedah ini meminta kanak-kanak menghafal pola-pola

sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia. Uniknya bahasa Malaysia adalah

kerana pola-pola sukukatanya jelas dan pola-pola sukukata yang ada dalam

bahasa malaysia ada lebih daripada 1000 pola-pola untuk dihafal. Mengikut
kajian, jumlah 2000 ke 3000 adalah satu jumlah yang masih boleh diterima

hafal oleh anak kecil kita.

Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak

termasuk antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-

kanak membaca bahasa Inggeris. Sebabnya bahasa Inggeris tidak

mempunyai sukukata yang jelas. Kaedah pandang dan sebut tidak

memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membatangkan ejaan. Kanak-

kanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi

dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya:-

• ba bi bu be bo (untuk 2 huruf )

• ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf)

• bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)

Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak

menggunakan kad-kad imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen

Doman. Pola-pola sukukata ditulis di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan

kepada kanak-kanak. Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad manila yang

dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan cepat.

Rasionalnya,kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan foto“photographic

memory “. Sebab itulah, ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan yang

diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila masanya

tiba.

You might also like