You are on page 1of 9

1.

0 SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA

Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara pada sekitar tahun 1400. Selepas
kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, kerajaan Majapahit telah menguasai
kawasan Srivijaya termasuk Palembang. Penguasaan ini ditentang oleh Raja Palembang dan
puteranya, Parameswara. Demi mengembalikan kedaulatan bangsa dan negara, Parameswara telah
berusaha membebaskan Palembang daripada Majapahit, tetapi tidak berjaya.

Jesteru itu, Parameswara terpaksa berundur hingga sampai ke Temasik yang diperintah
oleh Temagi dan Siam telah menerima kedatangaannya. Namun, oleh kerana kedudukan geografi
Temasik yang strategic, Parameswara telah membunuh Temagi untuk menjadi Pemerintah
Temasik. Siam telah mengatur serangan balas dan menyebabkan Parameswara dan pengikutnya
melarikan diri ke Muar sebelum sempat serangan dilancarkan. Perjalanan seterusnya adalah
melalui Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara yang membawa mereka tiba ke sebuah
perkampungan nelayan yang penduduknya terdiri daripada orang Melayu, orang laut dan orang
asli.

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama
Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka
bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409[1] apabila Parameswara
berkahwin dengan seorang puteri yang berasal daripada Pasai. Agama Islam telah dijadikan
sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah.
Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah
Melaka tewas di tangan penjajah Portugis,Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud
Shah merupakan sultan terakhir di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera
baginda iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah II pula telah menubuhkan Kesultanan Johor bagi
mewarisi Kesultanan Melaka.

Pemerintahannya itu kemudiannya berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang
terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan
tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk
memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa apabila beliau
berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is
lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.)

Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana
pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut.
Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka
sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara,
ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui
yang terbaik pada masa itu.
1.0.1 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAKA

Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) telah menaiki takhta. Disebabkan
kedudukannya yang strategik, Melaka telah menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi
kapal-kapal. Bagi mengeratkan lagi hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah
menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah.
Untuk menyambut kedatangan Puteri Hang Li Po, Sultan Mansur Shah telah menghantar Tun
Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Puteri Hang Li
Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 dengan orang pengiring.

Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok
kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan
penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya.

Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan
terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing
utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada
kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan
serangan tersebut telah gagal.

1.0.2 KEJAYAAN MELAKA

Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya
pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor
perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di
Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China.
Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil
alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan
perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi
kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan
pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.

Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah
kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan
Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan
Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula
sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka.
Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya
menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16
Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan
sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan
wilayah.

Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga
bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara
menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar
barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan
Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan
tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan
pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

1.0.3 KEJATUHAN MELAKA

Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak
kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak,
pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan
Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja
yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan.
Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat Shah) mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu
baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang
mengasaskan sebuah empayar luar negeri.

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja
Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan
digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau
di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan
Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka.
Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.

2.0 KEBUDAYAAN MELAYU ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

2.0.1 PENGENALAN

Kebudayaan dan peradaban adalah satu kesatuan yang kompleks yang mengandungi pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang – undang, adat – resam dan lain – lain kebolehan
manusia dan kebiasaan yang didapati oleh manusia sebagai anggota sesuatu masyarakat. Dalam
konteks budaya Melayu tradisional secara keseluruhannya dan akan mencerminkan keseluruhan
hidup masyarakat. Masyarakat Melayu di rantau dunia Melayu. Masyarakat Melayu biasanya
dilihat dari dua aspek, pertama, budaya tradisional yang wujud di istana atau digelar sebagai
‘tradisi istana’ atau ‘budaya istana’ yang juga disebut sebagai ‘Court Tradision’ atau ‘ Court
culture’. Ada juga diistilahkan sebagai ‘Great Tradition’. Kedua ialah budaya dan tradisi yang
wujud di kalangan rakyat atau disebut sebagai ‘budaya rakyat’ atau ‘tradisi rakyat’ atau ‘folk
tradition’ atau ‘folk culture’. Ada juga diistilahkan sebagai ‘little tradition’.

Kebudayaan kedua – dua golongan Melayu Melaka secara keseluruhannya akan dipaparkan
melalui cara hidupnya, sejarahnya, kebudayaannya dan juga kepercayaannya. Sumber
kebudayaan melayu Melaka dapat dilihat dalam catatan – catatan lalu seperti:
 Sejarah melayu
 Hikayat Hang Tuah
 Tufat al – Nafis
 Hikayat Raja – raja Pasai
 Di Jawa terdapat Nagarakartagama dan Praratun
 Di Sunda terdapat Babad Prahyingan
 Di Sulawesi terdapat La Galilo

Di antara contoh buku sejarah dan kebudayaan Melayu lama (biasanya terdapat dalam tulisan
Jawi kerana buku – buku ini ditulis setelah datangnya pengaruh budaya Arab atau Islam)

Sumber – sumber ini menggambarkan budaya hidup orang – orang nusantara pada zamannya.
Budaya mereka banyak kekal hingga kini walaupun terdapat beberapa unsur budaya asing masuk
kedalam masyarakat lama ini.
Sungai Melaka banyak menyimpan sejarah peradaban kerajaan Melayu Melaka Tun Sri Lanang
dalam sejarah melayu telah memperlihatkan kepada generasi hari ini cara dan gaya hidup
masyarakat istana dan masyarakat umum secara keseluruhannya pada zaman itu. Begitu jugs
penulis atau pencatat luar seperti Cina, Portugis, Belanda Inggeris, Siam dan sebagainya banyak
membicarakan tentang budaya orang – orang Melayu Melaka khasnya dan di rantau ini bermula
dari kerajaan –kerajaan sebelum Parameswara hingga kini.

Budaya sesuatau masyarakat biasanya dinamik, ia tidak static. Namun, demikian ia berlaku
dengan pelbagai cara sama ada secara cepat atau lambat. Budaya yang static adalah budaya lesu
dan tidak mahu berkembang. Budaya Melaka berubah dengan cepat akibat dari pengaruh budaya
asing atau melalui kontak sonial. Dari segi pakaian misalnya, jenis pakaian, material yang
digunakan, fashion yang digemari juga berubah selepas kedatangan saudagar –saudagar kain dari
Gujerat India dan batik dari Jawa. Akibat dari pertembungan budaya ini bukan saja berbeza dari
fizikal tetapi juga dari segi gaya pemikiran.

Seluruh nusantara pernah dipengaruhi oleah peradaban Hindu –Buddha. Kerajaan Melayu Melak
termasuk kerajaan awal Melaka adalah dipengaruhi oleh budaya dan peradaban Hindu.
Peradaban yang dating dari luar banyak mempengaruhi budaya dan gaya hidup gologan istana.
Perubahan politik, ekonomi dan social telah membawa perubahan kepada golongan tersebut.

APabila Parameswara membuka Melayu, beliau dan pengikut – pengikutnnya masih meneruskan
tradisi dan budaya kerajaan Srivijaya yang dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu – Buddha. Pada
tahun 1409 beliau telah berkahwin dengan Puteri Raja Pasai lalu masuk Islam. Tindakan beliau
memeluk Islam telah memberikan impak yang sangat mendalam kepada budaya dan tradisi ‘The
Great Tradition’ di Melaka. Setelah beliau menganut agama Islam, pembesar – pembesar istana
yang lain turut mengikut langkah beliau. Begitu juga dengan keluarga – keluarganya yang lain.
Contoh ini memperlihatkan yang perubahan budaya dan tradisi bermula dari istana dan ianya
berlaku dengan cepat.

Ukiran dari salah satu panel candi ini menggambarkan tradisi dan budaya Hindu – Buddha

Apabila Parameswara membuka Melaka, beliau dan pengikut – pengikutnya masih meneruskan
tradisi dan budaya Srivijaya yang dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu – Budhha. Pada 1409
beliau telah berkahwin dengan Puteri Raja Pasai lalu masuk Islam. Tindakan beliau memeluk
Islam telah memberikan impak yang sangat dalam kepada budaya dan tradisi ‘The Great
Tradition” di Melaka. Setelah beliau menganut agama Islam, pembesar – pembesar istana yang
lain turut menuruti langkah beliau. Begitu jugaahli keluarga yang lain. Contoh ini diperlihatkan
pada parubahan budaya dan tradisi dari istana dan ianya berlaku dengan cepat.

Tradisi dan budaya rakyat jelata turut dipengaruhi oleh budaya luar ‘social contact’. Rakyat
jelata di Melaka memiliki corak budaya yang tersendiri. Mereka berada dalam budaya yang
sangat ringkas. Artifak yang ditemui oleh ahli arkeologi menggambarkan keindahan,
keharmonian dan perasaan yang mendalam tengtang budaya mereka. Gelang, rantai dan aksesori.
Ini menunjukkan yang mereka sudah ada rasa indah dan mereka memerlukan kecantikan.
Budaya yang ringkas ini juga dipengarhi oleh budaya luar tetapi dengan kadar yang lambat. Ini
adalah kerana mereka menetap jauh daripada kawasan istana. Mereka tinggal dalam kelompok
mereka sendiri yang menerima tempias urbanisasi.

Kehadiran pengaruhan Hindu – Buddha di rantau ini lebih banyak memberi kesan atau
mengubah budaya dan tradisi istana dan juga rakyat. Pengarah agama Islam pula yang dating
selepas itu juga telah banyak membawa perubahan kepada tradisi dan budaya rakyat jelata
Melaka.
Sejarah Melayu menulis bahawa pengislaman beramain – ramai di Melaka di mulakan oleh
sultannnya lalu diikuti oleh pembesar – besarnya dan kemudian rakyat jelata. Ini adalah di atas
perintah rajanya. Mengikut B. Harrison dalam artikelnya Muslim World “… The adoption of
Islam by the Malay princes meant, therefore, that in the course of time the whole race became
Muslim. Psychologically, the people look upon their chiefs and nobles as a good example to be
followed, and so when a chief, or a noble embrace Islam, the people followed suit…”

Islam menggangap semua orang bersaudara dan status seseorang yang ingin menganuti Islam
tidak kepada golongan istana shaja. Islam tidak mementingkan kasta atau darjat tetapi ia
mementingkan unsur – unsur kemaknusiaan yang berdasarkan pemikiran yang rasional. Islam
titak tertumpu kepada hal – hal ketuhanan sahaja malah ia meliputi hidup masyarakat itu. Melaka
telah menjadi pusat kebudayaan, kesusasteraan, perundagan dan tasauf selain daripada sebuah
pusat perkembangan dan penyebaran agama Islam di rantau dunia Melayu. Dengan secara tidak
langsung peradaban dan kebudayaan Islam telah menular ke seluruh tanah Melayu.

Melaka adalah sebuah pusat perdagangan yang didatangi oleh berbagai bangsa dan keturunan
telah menerima pengaruh tersebut. Akibat daripada proses pertembugan itu ada unsur – unsur
budaya asal yang terus kekal da nada yang hilang da nada juga yang mengalami pengubahsuaian.
Kadangkala wujud dua fenomena yang sama. Walau apa pun caranya kita akan lihat berbeza
tetapi atas satu fenomena yang sama. Walau apa pun caranya kita akan lihat manifestasi corak
kebudayaan Melaka secara keseluruhannya.

You might also like