You are on page 1of 18

KESULTANAN MELAYU MELAKA

Thursday, 19 March 2015

PENDAHULUAN

Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara pada sekitar tahun 1400.Selepas
kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, kerajaan Majapahit telah menguasai
kawasan Srivijaya termasuk Palembang.Penguasaan ini ditentang oleh Raja Palembang dan
puteranya, Parameswara.Demi mengembalikan kedaulatan bangsa dan negara, Parameswara telah
berusaha membebaskan Palembang daripada Majapahit, tetapi tidak berjaya.
Parameswara terpaksa berundur hingga sampai ke Temasik yang diperintah oleh Temagi dibawah
naungan Siam telah menerima kedatangaannya.Kedudukan geografi Temasik yang strategik telah
menyebabkan Parameswara membunuh Temagi untuk menjadi Pemerintah Temasik.Tindak balas
segera dari Siam dengan mengatur serangan balas telah menyebabkan Parameswara dan
pengikutnya melarikan diri ke Muar sebelum sempat serangan dilakukan.Perjalanan seterusnya
adalah melalui Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara yang membawa mereka tiba ke sebuah
perkampungan nelayan yang penduduknya terdiri daripada orang Melayu, orang laut dan orang
asli.
Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama
Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403.Sejarah Melayu
menggambarkan Melaka sebagai sebuah empayar Melayu yang teguh dan stabil di bawah satu
susunan politik tradisional yang teratur.Sejurus selepas Melaka dibuka oleh Parameswara, Melaka
telah dimajukan sebagai sebuah pusat perdagangan di Nusantara.Perkembangan Melaka turut
dibantu dengan pemelukan Islam oleh Parameswara pada tahun 1414M.Kemudian baginda telah
berkahwin dengan Puteri Pasai yang juga telah memeluk agama Islam.Selain sebagai pusat
perdagangan yang terkenal di Nusantara pada masa itu, Melaka juga berperanan sebagai pusat
pekembangan agama Islam di Nusantara.Dalam zaman pemerintahan Parameswara, Melaka telah
menjalinkan hubungan dengan China dengan tujuan untuk mendapatkan perlindungan dari
ancaman Siam.
Kedudukan agama Islam di Melaka semakin kukuh di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar
Syah.Melaka seterusnya telah mencapai zaman kegemilangan Sultan Mansur Syah dengan dibantu
oleh Bendahara Tun Perak.Pada zaman itulah Melaka telah menjadi empayar yang disegani dan
digeruni di Nusantara.Bagi mengekalkan keagungan empayar Melaka, pemerintah Melaka
menjalankan dasar luar iaitu secara diplomasi atau secara perang dengan satu-satu negeri.Cara
diplomasi yang dimaksudkan jelas dapat dilihat melalui hubungan Melaka dengan
Majapahit.Hubungan ini diwujudkan melalui perkahwinan dengan puteri-puteri dari negara-
negara berkenaan.Misalnya Sultan Mansur Syah telah berkahwin dengan puteri Majapahit, Raden
Galoh Cendera Kirana dan dengan Puteri Hang Li Po dari China.
Perkahwinan politik di atas telah memberi dua keuntungan kepada Melaka. Pertama, Melaka
mendapat perlindungan daripada kuasa besar ini dan kedua kedatangan orang-orang China dan
Majapahit akan memakmurkan lagi empayar Melaka. Ini sekaligus akan dapat mengalakkan pula
hubungan perdagangan dengan kedua-dua buah kerajaan besar itu.
Di dalam usaha meluaskan kuasa, Melaka menjalankan dasar penaklukan keatas negara-negara
jiran di Semenanjung Tanah Melayu ataupun di timur Sumatera. Negeri yang di bawah empayar
Melakaialah Kampar, Siak, Siantan, Manjung, Inderagiri, Jambi, Lingga dan Riau di Sumatera dan
seluruh negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Usaha penaklukan ini adalah amat
bergantung kepada kekuatan dan kecekapan sultan-sultan yang memerintah Melaka.

Unsur-unsur Islam dengan jelas dapat dilihat melalui nama Sultan Melaka yang memerintah
diubah kepada nama Arab/Parsi setiap kali mereka menaiki takhta kerajaan. Parameswara telah
ditukar kepada Megat Iskandar Syah, Raja Kassim ke Sultan Muzaffar Syah, Raja Abdullah Ke
Sultan Mansur Syah, Raja Hussain ke Sultan Alauddin Riayat Syah, Raja Muhammad ke Sultan
Mahmud Syah.

PENYATAAN MASALAH
 Kelemahan pemimpin

Tun Perak
Selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia tempatnya telah digantikan oleh Bendahara Tun
Mutahir yang bersifat pilih kasih.Pembesar yang lain berasa iri hati dan mereka memfitnah
Bendahara Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan sultan Melaka.Sultan Mahmud Shah tanpa usul
periksa,amat murka dan menjatuhi hukuman bunuh terhadap Tun Mutahir dan keluarganya.
Apabila Sultan Mahmud Shah menyedari kesilapannya,baginda menyerahkan pemerintahan
negeri kepada puteranya,Raja Ahmad untuk menggantikannya.Sultan Ahmad Shah merupakan
seorang pemerintah yang tidak cekap dan lemah.Bendahara Tun Perpatih putih yang menggantikan
Tun Mutahir pula seorang yang uzur dan tepok.Pentadbiran Melaka semakin lemah.Amalan rasuah
dan fitnah-menfitnah berlaku secara berleluasa.Sistem cukai yang sedia ada pula tidak diamalkan
.Kadar cukai yang tinggi menyebabkan pedagang memilih pelabuhan lain.
 Masalah perpaduan

Sultan Mahmud Shah


Konflik perebutan pengaruh antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun
Mutahir.Peristiwa Raja mendeliar yang memfitnah Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan sultan
ini menyebabkan Sultan Mahmud Shah membunuh Tun Mutahir dan ahli keluarganya tanpa usul
periksa.Kesannya rakyat berpecah belah dan tidak bersatu padu.

OBJEKTIF KAJIAN
Kerja kursus ini dilakukan bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dikalangan rakyat
Malaysia dan mengetahui tokoh Kesultanan Melayu Melaka.Selain itu dapat mengenali tokoh
Kesultanan Melayu Melaka.

 Mengenal kewujudan dan asal usul kesultanan melayu Melaka serta bagaimana ia
terbentuk.
 Mengetahui sejarah dimana Melaka pernah menjadi pusat tumpuan dunia bagi pedagang.
 Mengetahui Melaka mempunyai pusat pentadbiran yang sistematik dan tersusun dengan
menggunakan sistem Pembesar Empat Lipatan.
 Mengkaji kegemilangan dan kemerosotan Melaka.
 Menambahkan pengetahuan tentang Parameswara

PERSOALAN KAJIAN

Melalui kajian ini saya dapat mencipta persoalan


 Bagaimanakah wujudnya asal usul kesultanan melayu Melaka serta bagaimana ia
terbentuk?
 Bagaimanakah Melaka menjadi pusat tumpuan pedagang dunia?
 Apakah sistem Pembesar Empat Lipatan?
 Apakah faktor kegemilangan dan kemerosotan Melaka?
 Apakah pengetahuan yang perlu kita ketahui tentang Parameswara?

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting untuk memberi pendedahan kepada individu, masyarakat dan negara tentang
perjuangan Kesultanan Melayu Melaka.Selain itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk memupuk
semangat patriotisme dikalangan rakyat Malaysia dan mengenali Kesultanan Melayu Melaka.

1) Individu

Sejarah sememangnya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia pada masa
sekarang mahupun pada masa hadapan walaupun sesetengah masyarakat awam berpendapat
sejarah itu hanyalah rangkaian kisah lalu dan tidak perlu diungkit lagi.Malah menurut mereka iaitu
masyarakat awam yang tidak mempunyai kefahaman mengenai disiplin ilmu sejarah ini, belajar
sejarah itu bukannya kewajipan dan tidak mempelajarinya bukanlah satu kesalahan. Pandangan ini
sememangnya tidak benar bagi golongan intelek sejarah kerana menurut mereka sejarah itu
merupakan peristiwa masa lalu yang kita harus terima ia mempunyai kegunaan, malah nilaian
tertentu, dalam kehidupan manusia. Sedikit sebanyak kita dapat melihat bahawa sejarah itu suatu
proses yang bersambungan; kita dapat merasakan bahawa sesuatu peristiwa yang kita hadapi pada
hari ini merupakan sebahagian daripada peristiwa semalam dan kemungkinan besar pula akan
menunjang menjadi sebahagian daripada peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang.
Sejarah dikatakan penting bagi meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat
terutamanya masyarakat intelek yang beria-ia untuk mendalami kepelbagaian disiplin ilmu
pengetahuan seterusnya merakamkannya sama ada dalam bentuk bercetak, audio mahupun visual.
Rakaman atau pendokumentasian ini akan disebarluaskan ke segenap lapisan masyarakat. Kita
sebagai manusia seharusnya mengetahui akan diri kita dan mengetahui keupayaan diri kita sendiri.
Hal ini dapat kita ketahui melalui sejarah. Menurut pendefinisian sejarah oleh Carr, menunjukkan
bahawa sejarah berfungsi untuk menyimpan dan meneruskan pengalaman-pengalaman secara
kolektif dari satu generasi ke satu generasi berikutnya dan dengan itu berlakunya proses
pembudayaan, sosialisasi dan pendidikan secara terus-menerus.

2) Masyarakat

Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin
berkata bagi menunjukkan kecintaan terhadap negara, generasi muda perlu diingatkan mengenai
perit jerih pemimpin-pemimpin terdahulu yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Katanya
lagi, penegasan terhadap kepentingan sejarah dilaksanakan dalam konteks kajian menyeluruh
sistem pendidikan Malaysia melalui Pelan Tindakan Pendidikan Malaysia 2013-2015 yang mana
turut menekankan aspek peningkatan etika, kerohanian dan kesedaran mengenai jati diri bangsa
dalam projek pembinaan negara bangsa yang berterusan. “Kenegaraan adalah projek yang
dimulakan setelah negara kita memperolehi kemerdekaan daripada British pada tahun 1957.Sifat
negara yang multietnik menyediakan perkongsian pengalaman, budaya, kepercayaan bahkan
makanan. Walaupun kita mempunyai struktur dan kelengkapan untuk menjadi sebuah negara, kita
masih berusaha ke arah membina kenegaraan.“Rasa kekitaan dan menghargai perbezaan dan
persamaan, perlu wujud dalam jiwa setiap rakyat sebelum kita menjadi sebuah negara.
Pengetahuan dalam matapelajaran kemanusiaan seperti sejarah, falsafah, kesusasteraan,
komunikasi, seni halus dan matapelajaran sains kemasyarakatan seperti Sosiologi, Antroplogi,
Sains Politik, Ekonomi dan Geografi antara lain adalah kunci untuk memperkukuhkan masyarakat
kita sebagai rakyat Malaysia”.“Di antara matapelajaran-matapelajaran ini, matapelajaran sejarah
dan falsafah menyediakan latarbelakang paling kukuh dan pengetahuan asas dalam proses
pembinaan negara bangsa.”“Universiti misalnya boleh memasukkan program yang membolehkan
pelajar dan rakyat Malaysia lebih memahami dan menghargai sejarah negara sama ada dengan
memperkukuhkan dan meningkatkan program sains kemasyarakatan dan sastera yang sedia ada
atau memperkenalkan program baharu yang berkaitan seperti falsafah”.

3) Negara
Sumbangan dan pengorbanan yang beliau curahkan bagi kesejahteraan negara ini sewajarnya
diambil ikhtibar dan diabadikan agar dapat dihayati oleh generasi akan datang. Pengorbanan dan
jasa beliau harus diberi penghargaan yang tinggi sebagai seorang manusia serta seorang negarawan
sepanjang perjuangan mereka untuk memerdekakan negara.

Kita mestilah sentiasa mengenang dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak memberi
sumbangan kepada negara Malaysia. Tanpa jasa dan pengorbanan Negara Malaysia pada hari ini
tidak akan membangun menjadi Negara Malaysia yang maju seperti sekarang. Oleh itu, marilah
kita bergandingbahu bersama-sama berusaha membentuk generasi berilmu untuk membangunkan
bangsa dan Negara dan mengharumkan nama Negara Malaysia.

Semasa menjalankan kerja khusus ini, saya telah mendapat banyak pengalaman daripada tempat –
tempat kajian.Sambil membuat kajian, saya juga dapat mengetahui sejarah Kesultanan Melayu
Melaka Ini amat sesuai dengan pepatah lama yang berbunyi “Jauh perjalanan, luas pemandangan”.
Selain itu, dengan melakukan kerja khusus ini, saya telah banyak meluangkan masa untuk
menyiapkan daripada membuang masa melakukan perkara lainyang kurang berfaedah.
Perbincangan yang dilakukan bersama rakan-rakan juga dapat memudahkan kerja dalam
penyusunan maklumat dan penghasilan kerja kursus ini.Secara keseluruhannnya, saya berpuas hati
dengan hasil ini. Jika diberi waktu dan masa yang lebih panjang lagi, mungkin saya akan lebih
berpuas hati.

SKOP KAJIAN

Kajian yang kami jalankan ini adalah berdasarkan tentang Kesultanan Melayu Melaka iaitu
Parameswara sebagai pembukaan Melaka.Parameswara melarikan diri ke Semenanjung Tanah
Melayu untuk mendirikan penempatan baru. Di Muar, Parameswara dikatakan berhasrat
mendirikan negeri barunya samada di Biawak Busuk atau Kota Buruk. Bagaimanapun, setelah
mendapati Muar tidak sesuai baginda membatalkan hasratnya dan meneruskan perjalanan ke utara.
Di tengah perjalanannya, baginda dikatakan singgah di Sening Ujung (nama lama Sungai Ujong)
sebelum sampai ke sebuah kampung nelayan di muara Sungai Bertam (nama lama SungaiMelaka).
Di sinilah baginda mendirikan ibu kota baru untuk negerinya dan menamakannya Melaka.
Menurut catatan Sejarah Melayu, di sinilah baginda melihat seekor kancil menendang seekor
anjing ketika baginda berehat di bawah pohon Melaka. Menganggapnya sebagai tanda "tuah",
baginda menamakan negeri itu Melaka.Negeri Melaka kemudiannya meneruskan warisan
Srivijaya sebagai sebuah entiti politik Melayu di kepulauan Melayu.

Akhir sekali, kami juga dapat menambahkan pengetahuan tentang Kesultanan Melayu Melaka dan
dapat mengenali tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka.Selain itu kami berasa seperti mengenali
parameswara dengan lebih lagi apabila melihat gambar hiasan yang lukis oleh ahli kajian sejarah
melayu.
KAJIAN LITERATURE

Kajian literature adalh kerja penyelidikan disamakan dengan mencari maklumat dari bahan
penulisan atau ‘literature’.Ada juga yang menggunakan frasa ‘Literature Search’ yang lebih tepat
pada awal penyelidikan kerana anda hanya membaca dan mengumpul maklumat.
Pelbagai kajian terdahulu telah dilakukan untuk mengatahui kewujudan dan asal usul kesultanan
melayu Melaka. Mereka mengadabtasi kajian mereka melalui pelbagai penggunaan media massa
seperti dokumentari, novel, majalah dan sebagainya.
Antaranya ialah Sulalatus Salatin(sejarah Melayu) merupakan satu karya sejarah mengenai
kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman kesultanan melayu Melaka yang ditulis oleh
berberapa orang pengarang melayu.Sejarah Melayu ditulis di Melaka dan dibawa bersama semasa
Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka pada tahun 1511.Naskhah asal ini kemudian dibawa
ke Johor dari Kampar, Sumatera pada tahun 1528.Teks yang turun masa kini merupakan teks yang
disalin dipercayai berasal sejak tahun 1356, dan disunting semula pada 1612.Salinan manuskrip
yang ada bertarikh 1808.
Portugis merampas naskhah Sejarah Melayu pada tahun 1536 semasa menyerang Johor
Lama.Naskhah ini kemudian dibawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Suguh.
Terdapat perselisihan pendapat berkenaan Goa.Pendapat pertama merujuk kepada Goa yang
terdapat di India, manakala pendapat kedua merujuk pada sebuah tempat bernama Gowa yang
terletak di Sulawesi.Lihat perbezaan ejaan keduanya. Pendapat yang kedua ternyata lebih kuat atas
alasan sekiranya Portugis mengambil salinan Sejarah Melayu dan dibawa ke Goa, India, pastinya
Sejarah Melayu akan dibawa terus ke Eropah sebagai harta rampasan.
Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi tetapi versi yang paling mashyur adalah versi Shellabear.

METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan

Metodologi merupakan aspek penting bagi melakukan penyelidikan kajian.Ia bertujuan


memastikan kaedah pengumpulan data yang digunakan bersesuaian dengan matlamat dan objektif
kajian yang hendak dicapai. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan dan menjelaskan kaedah-
kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan data yang dikehendaki bagi menganalisis kajian
yang dijalankan.
Kaedah kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah temubual terhadap .Soal
selidik adalah alat formal yang digunakan bagi memperolehi maklumat secara langsung daripada
responden mengenai sesuatu perkara yang dikaji oleh seseorang penyelidik.Temubual pula lebih
sesuai digunakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sekiranya jawapan yang diterima dalam
borang soal selidik kurang jelas. Penyelidik juga menggunakan maklumat dari sumber lain seperti
daripada buku rujukan, jurnal dan kajian-kajian lepas dari sumber internet.
Kajian ini dapat dilaksanakan setelah memperoleh maklumat berdasarkan pelbagai bentuk
sumber.Rujukan yang melibatkan pelbagai bentuk termasuklah bertulis, gambar rajah dan sumber
yang boleh dirujuk.Contoh buku-buku yang digunakan semasa kajian ialah seperti buku teks, buku
nota, dan risalah.
Selain itu, kami juga melayari laman sesawang dan bahan-bahan internet lain sebagai satu rujukan
untuk memperoleh maklumat tambahan mengenai topik yang dibincangkan. Kami juga membuat
rujukan di pusat sumber sekolah untuk mencari maklumat bertulis mengenai sejarah silam tokoh
untuk menghasilkan kerja kursus yang mantap dan sistematik.
Tambahan pula, kami juga berkesempatan membuat perbincangan serta diskusi secara
berkumpulan dengan guru matapelajaran dan rakan-rakan mengenai topik folio yang dijalankan
supaya kerja kursus ini dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan.
Saya menggunakan kaedah kajian mencari dan mengumpul fakta sejarah.Selain itu saya mencari
maklumat-maklumat tersebut di tempat-tempat saya.Seterusnya saya mencari maklumat di
perpustakaan dan temu bual orang kampung.Saya juga dapat berkongsi maklumat dengan rakan-
rakan saya.

DAPATAN KAJIAN

· Kewujudan dan asal usul kesultanan melayu Melaka dan terbentuk.

Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang
bangsawan Srivijaya dari Palembangpada tahun antara 1400 hingga 1403.Parameswara
merupakan turunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang
Nila Utama), seorang penerus raja Srivijaya. Sang Nila Utama mendirikan Singapura Lama dan
berkuasa selama 48 tahun. Kekuasaannya dilanjutkan oleh puteranya Paduka Sri Pekerma Wira
Diraja (1372 – 1386) yang kemudian diteruskan oleh cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma
(1386 – 1399).Pada tahun 1401, Parameswara putrra dari Seri Rana Wira Kerma, mengungsi dari
Tumasik setelah mendapat penyerangan dari Majapahit.Parameswara pada awalnya menjadi raja
di Singapura pada tahun 1390-an.Negeri ini kemudian diserang oleh Jawa dan Siam, yang
memaksanya berpindah lebih ke utara. Kronikal Dinasti Ming mencatat Parameswara telah tinggal
di ibukota baru di Melaka pada 1403, tempat armada Ming yang dikirim ke selatan menemuinya.
Sebagai balasan ufti yang diberikan Kekaisaran China menyetujui untuk memberikan
perlindungan pada kerajaan baru tersebut.
Parameswara kemudian menganut agama Islam setelah menikahi seorang puteri dari Pasai.
Laporan dari kunjungan Laksamana Cheng Ho pada 1409 melaporkan bahawa pada saat itu
Parameswara masih berkuasa, dan raja dan rakyat Melaka sudah menjadi Muslim. Pada 1414
Parameswara digantikan puteranya, Sultan Megat Iskandar Shah.
Megat Iskandar Shah memerintah selama 10 tahun, dan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah.
Putera Sultan Muhammad Shah yang kemudian menggantikannya, Raja Ibrahim, dilihat tidak
menganut agama Islam, dan mengambil gelaran Seri Parameswara Dewa Shah. Namun masa
pemerintahannya hanya 17 bulan, dan dia mangkat kerana terbunuh pada 1445, masyarakat
Melaka menggelarnya Sultan Abu Syahid. Saudara seayahnya, Raja Kasim, kemudian
menggantikannya dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah.
Di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka melakukan ekspansi di Semenanjung Tanah
Melayu dan pantai timur Sumatera (Kampar dan Inderagiri).Ini memancing kemarahan Siam yang
menganggap Melaka sebagai bawahan Kedah, yang pada saat itu menjadi vassal Siam.Namun
serangan Siam pada 1455 dan 1456 dapat dipatahkan oleh Melaka.
Di bawah pemerintahan raja berikutnya yang naik takhta pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah,
Melaka menyerbu Kedah dan Pahang, dan menjadikannya negara vassal. Di bawah sultan yang
sama Johor, Jambi dan Siak juga takluk. Dengan demikian Melaka mengendalikan sepenuhnya
kedua pesisir yang mengapit Selat Malaka.
Sultan Mansur Shah berkuasa sehingga baginda mangkat pada 1477.Baginda digantikan oleh
puteranya Sultan Alauddin Riayat Shah.Sultan ini memerintah selama 11 tahun, saat baginda
meninggal dan digantikan oleh putranya Sultan Mahmud Shah.
Sultan Mahmud Shah memerintah Melaka sehingga tahun 1511, saat ibu kota kerajaan tersebut
diserang tentera Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque. Serangan dimulai pada 10
Ogos 1511 dan berjaya ditawan pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke
Bentan dan mendirikan ibukota baru di sana. Pada tahun 1526 Portugis telah menghancurkan
Bentan, dan Sultan kemudian melarikan diri ke Kampar, Sumatera, tempat dia meninggal dunia
dua tahun kemudian. Puteranya Sultan Mudzaffar Shah, Perak kemudian menjadi Sultan
Perakyang pertama, sedangkan puteranya yang lain Sultan Alauddin Riayat Shahmendirikan
kerajaan baru iaitu Johor.
Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh
pihak Portugis pada tahun 1511.
 Melaka menjadi pusat tumpuan pedagang dunia

Kedudukan Geografi yang Strategik :


Kedudukan Melaka yang strategik menyebabkan ia menjadi tumpuan pedagang dari kawasan Asia
Tenggara dan Barat. Menurut Andaya dan Andaya dalam Sejarah Malaysia, kedudukan Melaka
yang strategik iaitu terletak di tengahtengah jalan perdagangan antara India dan China.Sementara
itu pelabuhannya terlindung daripada angin, kedudukan yang dalam dan jauh daripada paya bakau.
Pemimpin yang Berwibawa :
Kehadiran pemimpin yang berwibawa telah menyemarakkan lagi Melaka sebagai pusat
perdagangan di Asia Tenggara. Parameswara, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah serta
Bendahara Tun Perak telah Berjaya memajukan Melaka menjadi pusat perdagangan yang terkenal
di serata dunia. Para pemimpin tersebut menjadi tulang belakang yang membawa kepada
keagungan politik dan ekonomi Kesultanan Melayu Melaka.
Peranan Dan Pengaruh Agama :
Empayar Melaka merupakan empayar Islam.Pengislaman Parameswara telah menyebabkan ramai
pedagang Islam telah memindahkan kegiatan perdagangan mereka ke Melaka dari Sumatera
Utara.Pada masa itu saudagar-saudagar Islam meupakan pedagang utama di Melaka.Kedatangan
mereka menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara.
Hubungan Persahabatan Antara Melaka dengan China :
Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindunganChina daripada ancaman musuh.Melaka telah
diselamatkan daripada ancaman Siam.Suasana yang aman dan damai yang wujud membolehkan
perdagangan berjalan lancar.China juga telah menggalakkan kedatangan ramai pedagangnya yang
membolehkan wujudnya perkembangan perdagangan dua hala.

Melaka Berperanan Sebagai Pusat Entrepot :


Perkembangan ekonomi perdagangan di Melaka bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh
pelabuhan Melaka sebagai pusat entrepot.Pelabuhan Melaka terletak di kawasan yang mempunyai
hasil dagangan penting iaitu rempah ratus yang sangat diperlukan oleh saudagar dari timur dan
barat.Ini telah menggalakkan kedatangan mereka untuk mengunjungi pelabuhan Melaka.
Dasar Imperialisme Kerajaan Melaka :
Kerajaan Melaka Berjaya menguasai kawasan yang luas sekaligus menguasai ekonomi dan hasil
pengeluaran tempatan.Hasil-hasil tempatan dibawa ke pelabuhan untuk diniagakan.Penguasaan
Melaka ke atas pinggir laut Sumatera telah menyebabkan Melaka memperoleh emas dari Siak dan
lada hitam dari Kampar dan Rokan.
Pengurusan Perdagangan yang Cekap :
Ramai pedagang asing berdagang di Melaka kerana tertari dengan pengurusan perdagangan yang
cekap.Terdapat beberapa golongan penting menguruskan perdagangan seperti Syahbandar,
Nakhoda dan Kiwi.Syahbandar menjadi orang tengah antara saudagar asing dengan kerajaan
mengenai hokum dan sistem percukaian. Nakhoda dan Kiwi bertanggungjawab dalam hal
perdagangan,perkapalan dan pelayaran.
Kemudahan di Pelabuhan Melaka :
Terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat penginapan, tempat perniagaan, gudang, sistem
sukatan dan timbangan dan kemudahan membaiki kapal telah menggalakkan kedatangan pedagang
ke Melaka. Gudang bawah tanah dibina untuk membolehkan para saudagar menyimpan barang
dagangan mereka dengan jaminan perlindungan daripada api, kerosakan dan kecurian.
Gudanggudang dikelilingi oleh pagar kayu dan mempunyai pintu berkunci serta dikawal oleh
penjaga.

Sistem Cukai yang Berkeutamaan :


Sistem cukai berkeutamaan telah menarik perhatian pedagang untuk berdagang di
Melaka.Kerajaan Melaka telah menggunakan sistem cukai berkeutamaan iaitu cukai rasmi
sebanyak 6% untuk orang India, Sri Lanka dan Burma.3% bagi saudagar Barat yang menetap di
gugusan Kepulauan Melayu dan bayaran tidak rasmi bagi saudagar yang datang dari China dan
negara sahabat seperti Jawa, Maluku dan Sumatera.
Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca :
Kerajaan Melaka galakan penggunaan Bahasa Melayu kepada pedagang dalam urusan komunikasi
dalam urusan perdagangan.
Peranan Orang Laut :
Orang Laut dilantik menjadi tentera untuk mengawal laluan perdagagnan di Selat Melaka daripada
ancaman lanun.Orang Laut mengetahui selok belok ilmu kelautan khususnya di sepanjang perairan
Selat Melaka.
Perlaksanaan Undang-undang :
Undang Laut Melaka telah dilaksanakan dalam system pentadbiran Kesultanan Melayu
Melaka.Perlaksanaan undang-undang ini membolehkan pedagangpedagang mendapat jaminan
keselamatan barang-barang, kapal dan diri mereka sendiri daripada unsur jenayah dan pencemaran
lanun.
 Sistem Pembesar Empat Lipatan

Sistem Pembesar Empat Lipatan


Sistem Pentadbiran Pembesar Empat Lipatan adalah satu sistem yang sistematik
Setiap pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab untuk melicinkan pentadbiran.
 Bendahara

* Menteri utama
* Penasihat utama sultan dalam pentadbiran
* Ketua hakim untuk menyelesaikan kes yang besar
* Ketua istiadat
* Ketua turus angkatan perang
* Pemasngku sultan ketika sultan gering atau ke luar negara
 Temenggung

* Memelihara keamanan dan keselamatan dalam negeri


* Penguasa bandar dan kota Melaka
* Mengawasi pedagang asing dan memastikan sukatan dan timbangan pedagang adalah betul
* Protokol istana
* Hakim di darat
 Laksamana

* Ketua angkatan laut


* Menjaga ketenteraman laut
* Mengawal keselamatan sulktan atau pengawal peribadi sultan
* Mengetuai utusan diraja ke seberang laut
* Ketua duta
* Mengetuai angkatan tentera sekiranya ketiadaan Bendahara
* Jawatan ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah

 Faktor kegemilangan dan kemerosotan Melaka

Kegemilangan Melaka
Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta.Disebabkan kedudukannya
yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal.Bagi
mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan
anaknya Puteri Hang Li Podengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk
menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan
segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun
1458 bersama-sama 500 orang pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok
kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan
penduduk tempatan.Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari
ini.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan
terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besarSumatera.Pesaing utama
Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan.Majapahit kemudiannya tumbang setelah
banyak kawasan jajahan telah dikuasai oleh Melaka pada kurun ke-15.Siam pula telah menyerang
Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.

Kemerosotan Melaka
Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa
dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta
keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah.Pemerintahan Sultan
Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang
cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat
Shah mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-
kanak.Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.
Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal
tiba di Melaka.Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar
"Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di
Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud
Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan
Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.
Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari Goa,India diketuai oleh Alfonso
de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina
markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah.Permintaan-
permintaannya ialah pembebasan semua tawanan-tawanan Portugis, meminta agar Sultan Melaka
membayar ganti rugi dan izin untuk mendirikan kubu pertahan di Melaka A Famosa. Selepas 10
hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos.kekalahan Melaka
adalah disebabkan maklumatkan kekuatan pertahan Melaka telah dibocorkan oleh Si Kitol. Sultan
Ahmad Shah , ayahandanya Sultan Mahmud Shah dan pengikut mereka telah berundur ke Muar
dan kemudian ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat
pertolongan daripada negara China.
Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor
selepas kemangkatan anaknya sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka.Dengan ibu
kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus
menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau
masih menjadi Sultan Melaka.Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-
kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A
Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro
Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke
Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor
sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan
ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-
orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.

 Dapat mengenali Parameswara

 Parameswara (पपपपपपपप) adalah sebuah nama yang berasal dari bahasa Sansekerta.
Parama berarti“paling berkuasa”,dan Iswara berarti “raja”. Parameswara juga merupakan
nama lain untuk Siwa, salah satu dewa utama dalam agama Hindu.
 Menurut Sejarah Melayu, garis keturunan ayah Parameswara adalah dari Kerajaan
Sriwijaya. Sang Nila Utama, penerus raja Sriwijaya, memiliki putra bernama Paduka Sri
Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386). Sri Pakerma kemudian memiliki putra bernama
Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399). Parameswara adalah putra dari Seri Rana
Wira Kerma.
 Pada tahun 1025, Rajendra Chola, raja Chola dari Coromandel, sebuah kerajaan Tamil
Dravida yang memerintah di wilayah selatan India hingga abad ke-13, dapat menaklukkan
Kedah dari Kerajaan Sriwijaya dan menguasainya. Raja Chola meneruskan penyerangan
dan penaklukannya selama 20 tahun berikutnya ke seluruh imperium Sriwijaya. Tanda-
tanda kebesaran Sriwijaya di Palembang musnah. Serangan ini mengakibatkan
berpindahnya keluarga kerajaan beserta para pengikutnya ke Kerajaan Melayu Kuno
(Melayu Tua), yang lokasinya terletak di Provinsi Jambi sekarang.
 Sejak tahun 1286, bekas wilayah Kerajaan Sriwijaya termasuk Palembang dan Jambi resmi
menjadi taklukan Kerajaan Singasari. Pada tahun 1293, wilayah tersebut menjadi bagian
dari Kerajaan Majapahit, kerajaan penerus Singasari. Parameswara merupakan seorang
putera raja dari Palembang. Pada tahun 1390, baginda telah berkahwin dengan seorang
puteri kepada Maharaja Majapahit dan menjadi pendukung setia kepada bapa mertuanya.
Tidak lama kemudian, Parameswara telah mengingkari janji setianya kepada Maharaja
Majapahit, yang terus menghantar panglima perangnya untuk menghalau Parameswara
dari Sumatera. Parameswara melarikan diri ke Tumasek, iaitu nama lama Singapura
bersama kaum keluarga dan pengikutnya. Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh
seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah
memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh
Gabenor itu beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah
Singapura dan pulau-pulau di sekelilingnya. Parameswara telah memerintah Singapura
selama lima tahun dengan cara pemerintahan seumpama seorang ketua lanun.
 Pada pertengahan kurun ke-14, Kerajaan Siam yang pada ketika itu sedang
mengembangkan kuasa jajahannya di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu hingga
ke negeri Pahang, telah gagal untuk meluaskan kekuasaannya di Singapura walaupun
beberapa percubaan telah dibuat untuk menyerang Singapura. Ini adalah kerana pada ketika
itu kerajaan Majapahit berada di kemuncak kekuasaannya dan kekuatannya pula ditakuti
oleh kerajaaan lain di kepulauan Melayu. Beberapa negeri di sepanjang Selat Melaka
termasuk Tumasek atau sekarang ini Singapura, berada di bawah kekuasaan Majapahit.
Sebuah angkatan laut Jawa dari Majapahit pernah menyerang Singapura semasa
pemerintahan Parameswara. Setelah mengalahkan Singapura, mereka telah kembali ke
tanah Jawa. Adalah dipercayai bahawa serangan yang dilakukan oleh Majapahit ke atas
Singapura bukanlah faktor kejatuhan kerajaan Singapura dan larinya Parameswara dari
Singapura tetapi sebaliknya Parameswara terus memerintah kerajaannya yang semakin
merosot.
 Apabila Parameswara gagal menubuhkan sebuah kerajaan di dua buah tempat di Muar,
iaitu di Biawak Busuk dan Kota Buruk, baginda telah membawa pengikutnya ke suatu
tempat yang bernama Sening Ujung atau sekarang ini dikenali sebagai Sungei Ujong.
Parameswara meneruskan perjalanannya hingga sampai ke muara Sungai Bertam, di mana
baginda telah menubuhkan kerajaan Melaka dan menjadi pemerintah pertama sekitar tahun
1394. Walau bagaimanapun, pada ketika itu, Parameswara masih lagi menganut agama
Hindu. Justeru, penubuhan kerajaan Melayu di Melaka merupakan kesinambungan
daripada kerajaan Melayu di Singapura yang telah jatuh.
 Selepas Melaka ditubuhkan, Parameswara mula membangunkan kawasan itu dan
mengarahkan penduduknya untuk bercucuk-tanam dengan tanaman pisang, tebu, ubi
keladi dan lain-lain tanaman sebagai sumber makanan. Baginda sendiri turut menjalankan
perniagaan di Melaka. Dalam masa yang singkat, berita tentang kota Melaka telah tersebar
ke seluruh Malaya, Sumatera, Jawa dan India, yang menyebabkan ramai pedagang datang
ke Melaka untuk berdagang. Dua tahun selepas Parameswara membuka Melaka,
penduduknya telah berkembang seramai dua ribu orang.

PERBINCANGAN DAN PENUTUP

KESIMPULAN
Zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah antara institusi kesultanan Melayu yang terawal di
Tanah Melayu dengan kewujudan kesultanan ini menandakan bermulanya satu sistem politik
Melayu yang dikenali sebagai kerajaan.Sebelum Melaka ditubuhkan beberapa buah kerajaan
Melayu telah muncul di kepulauan Melayu seperti Langkasuka,Srivijaya,Gangga
Negara,Palembang dan temasik.Namun begitu,pengaruh kerajaan-kerajaan ini tidak dapat
bertahan lama sehingga kemunculan kerajaan kesultanan Melayu Melaka.
Melaka sebelum ditawan Portugis atau Peringgi ialah sebuah pusat perdagangan yang maju di Asia
Tenggara.Semua masyarakat Melayu bangga dengan Melaka kerana pernah unggul dan mencapai
kemuncaknya sebelum ditawan Feringgi atau Portugis.Kehebatan Hang tuah dan Tun Perak,
pencetus wawasan empayar Melaka, memeriahkan lagi sejarah kegemilangan kesultanan Melayu
Melaka.
Sejarah Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara atau Sang Nila Utama dari Temasek
(Singapura) untuk mencari penempatan baru.Melaka dinamakan sempena pokok Melaka yang
diguna Parameswara untuk berteduh.Kerajaan Melayu Melaka akhirnya berjaya dibentuk oleh
Parameswara, kesenimbungan dari kerajaan Melayu di Singapura.
Kota Melaka berjaya menarik pedagang luar datang berniaga termasuk utusan Maharaja China
pada tahun 1405.Melaka berjaya berkembang sebagai pusat perdagangan sehingga Maharaja Cina
mengiktiraf Parameswara sebagai pemerintah dan negeri Melaka sebuah kerajaan yang sah.
Parameswara atau nama Islamnya Raja Iskandar Shah akhirnya berjaya menjadikan Melaka
sebuah pusat perdagangan yang maju dan mempunyai hubungan luar dengan Cina.
1400 – 1414: Raja Iskandar Shah (nama Islam Parameswara)
1414 – 1424: Raja Megat Iskandar Shah
1424 – 1444: Sultan Muhammad Shah
1444 – 1445: Sultan Ibrahim/Sultan Abu Sayid – dibunuh oleh pembesar Melaka akibat rasa tidak
puas hati dengan pemerintahannya.
1445 – 1459: Raja Kassim/Sultan Muzaffar Shah. Melaka pernah diserang sebanyak 2 kali oleh
Siam.Dipatahkan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah.
1459 – 1477: Sultan Mansur Shah – zaman kemuncak Melaka. Kegemilangan Tun Perak, Hang
Tuah dan Sultan Mansur Shah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po.
1477 – 1488: Sultan Alauddin Ri’ayat Shah
1488-1511: Sultan Mahmud Shah

Melaka mencapai zaman kemuncak kuasa ketika di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah dan
empayar Melaka meliputi Semenanjung Melayu, Singapura dan Sumatera.Tun Perak sebagai
bendahara pada ketika itu menjadi tulang belakang dan pencetus wawasan empayar Melaka.
Kejatuhan Melaka bermula semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Beliau naik takhta setelah
ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia muda. Ketika itu Hang Tuah dan
Tun Perak sudah tua.Ditambah lagi dengan sikap Sultan Mahmud Shah yang tidak elok, sedikit
sebanyak menyumbang kemerosotan pemerintahan Melaka ketika itu.Kedatangan Portugis ke
Melaka pada pada tahun 1509 tidak disenangi banyak pihak termasuk pedagang-pedagang Arab
dan India Muslim.Ini ditambah lagi dengan sikap buruk orang-orang Portugis yang suka membuat
kacau.
Menurut sumber Sejarah Malaysia, kedatangan Portugis awalnya dilayan dengan baik tetapi
keadaan berubah apabila orang-orang India dan Arab mendesak sultan dan bendahara agar tidak
mempercayai pihak Portugis. Mereka mendakwa bahawa pihak Portugis tidak akan berpuas hati
dengan hanya sekadar berkongsi keuntungan perniagaan tetapi akan merampas keseluruhannya
untuk diri mereka sendiri. Justeru itu, satu perancangan telah dibuat untuk menangkap orang-orang
Feringgi atau Portugis dan menyerang angkatan laut mereka.
Bagaimanapun, perancangan tersebut telah terbongkar apabila seorang gadis Jawa yang sedang
dilamun cinta dengan salah seorang kelasi Portugis telah memaklumkan kepada mereka.Setelah
mendapati rancangan asal telah terbongkar, pihak Melayu bertindak menangkap Ruy de Aranjo,
salah seorang nakhoda Portugis bersama dua puluh kelasinya yang tidak bersenjata ketika sedang
membeli barang keperluan.De Sequeira gagal membebaskan tahanan tersebut dan terpaksa
berlayar meninggalkan mereka.
Pada tahun 1511, satu armada Portugis kembali dan menyerang Melaka setelah beberapa siri
rundingan awal gagal.Asal sebab Portugis menyerang Melaka kerana penawanan orang-orang
Portugis dan kepentingan Melaka kepada mereka setelah Goa, India.Serangan pertama Portugis
gagal, tetapi berjaya menawan Melaka pada serangan ke-2.Sultan Mahmud Shah telah lari ke
Pahang dan kemudiannya menetap di Pagoh.
Bagaimana Melaka yang begitu kuat telah kalah dengan mudah selepas serangan kedua Portugis?
Mengikut sejarah peperangan seperti U.S.yang menawan Iraq, strategi peperangan yang baik tidak
akan berjaya dengan mudah jika tidak dibantu dari dalam. Dalam hal ini, tentunya Melaka
mempunyai pengkhianat/pembelot yang berpaling tadah.
Penulis yakin bahawa ada fakta sejarah yang telah disorokkan.Ada pihak yang tidak mahu
masyarakat Melayu Islam tahu sejarah sebenar.Bangsa Melayu sememangnya lebih hebat dari
bangsa Feringgi dari segi peralatan perang dan meriam.Mana mungkin Melaka yang pernah digelar
‘Venice of East’ ditawan dengan mudah?
Ingat lagi Melaka pernah diserang oleh angkatan laut dan darat Siam ketika Sultan Muzafar Shah
memerintah? Dengan kekuatan armada laut dan darat Melaka, dipimpin oleh Tun Perak, Tun
Hamzah (Tok Bongkok) dan Hang Tuah, mereka berjaya menggagalkan serangan Siam. Begitu
hebatnya armada laut kita sehingga tidak dapat berfungsi menghidu kehadiran Portugis malah
menhalang serangan kapal Portugis.Mana menghilangnya armada laut Melaka ketika Melaka
diserang?Ada pendapat mengatakan mereka berpaling tadah dan bersama-sama menyerang
Melaka.
Kesian Melaka, kesian Raja Mahmud Shah dan memang patut beliau mendapat balasan
demikian..Penulis tidak berkata demikian! Apapun semuanya telah berlaku dan pengajaran yang
pahit terpaksa kita telan melihat empayar Melaka jatuh dalam sekelip mata.Bayangkan kesannya
setelah habis perang. Harta benda dirampas, rakyat menderita dan dibunuh, perempuan/gadis
Melaka dijadikan korban perang dan banyak lagi kesan yang boleh kita fikirkan apabila perang
berlaku dan berakhir..

You might also like