You are on page 1of 26

SEJARAH

Sejarah awal permainan bola sepak diketahui dengan pelbagai cerita yang berbeza. Fakta
telah menunjukkan bahawa permainan bola menggunakan kaki telah bermula sejak ratusan
tahun yang lalu dan dipercayai lebih awal daripada sejarah permainan bola menggunakan
tangan.

Sejarah permainan bola menggunakan kaki bermula sejak kurun ke-2 dan ke-3 di China. Ia
bermula pada zaman pemerintahan Dinasti Han, di mana askar-askar mereka telah
menggunakan bola yang diperbuat daripada kulit sebagai latihan fizikal dan ia dikenali
sebagai latihan ‘Tsu Chu’.

Selain itu fakta juga telah menunjukkan permainan Greek “episkyro” mempunyai persamaan
dengan permainan daripada Rom. Cara ia dimainkan ialah dengan dimulai dengan dua
pasukan, menggunakan bola kecil dan bermain di kawasan padang yang bersegi empat tepat
dan ditanda garisannya. Objektif permainan ini adalah untuk membawa bola melepasi
sempadan pihak lawan. Permainan ini telah bertahan selama 700 hingga 800 tahun.

Bola sepak ialah sejenis sukan berpasukan yang paling diminati dan digemari di seluruh
dunia. Permainan ini juga dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat untuk membezakannya
dengan permainan "football" yang lain di sana. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau
FIFA adalah satu badan pentadbiran yang ditubuhkan untuk menguruskan bola sepak.

Oleh kerana permainan bola sepak dimain dengan cara yang berbeza-beza di sekolah-
sekolah di United Kingdom, undang-undang dan peraturan awal telah diperkenalkan bagi
menyeragamkan cara permainan dan memudahkan pemainpemain memahami peraturan-
peraturan tersebut. Pada tahun 1863, Persatuan Bola Sepak England telah ditubuhkan oleh
beberapa kelab bola sepak. Mereka menggubal satu undang-undang bola sepak yang formal
dan undang-undang ini dikembang menjadi Undang-Undang Bola Sepak yang diguna pakai
sehingga kini.

Selepas beberapa tahun, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ini telah menerima
pasukan bola sepak dari Afrika Selatan pada tahun 1909/1910, Argentina dan Chile pada
tahun 1912 serta Amerika Syarikat pada tahun 1913. Perancangan FIFA untuk mengadakan
pertandingan di peringkat antarabangsa telah ditangguh kerana tercetusnya Perang Dunia
Pertama.

Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet telah dilantik menjadi presiden ketiga Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa. Beliau merancang untuk mengadakan kejohanan secara kecil-kecilan dan satu
peraturan telah diluluskan pada tahun 1928. Pemenang kejohanan akan dinobatkan sebagai
juara dan akan diberikan trofi. Manakala, seorang pengukir Perancis, Abel Lafleur telah
dipertanggungjawabkan untuk mencipta trofi yang pertama. Trofi ini dikenali sebagai Piala
Jules Rimet. Kongres pertama yang berlangsung di Barcelona telah memilih Uruguay sebagai
tuan rumah yang pertama pada 1 Mei 1929

Buat pertama kalinya, pada 18 Julai 1930, kejohanan pertama Piala Dunia dilangsungkan di
Uruguay. Ia diadakan di tiga gelanggang di Montevideo dengan Uruguay yang menjadi tuan
rumah muncul sebagai juara selepas menewaskan Argentina 4-2 di dalam perlawanan akhir.

Piala Dunia telah terhenti apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun
Julies Rimet telah berusaha keras di sepanjang 33 tahun beliau memegang tugas sebagai
Presiden. Impiannya menjadi kenyataan apabila Perancis menjadi tuan rumah kali ketiga.
Menjelang tahun 1954, ahli gabungan FIFA telah terdiri daripada 85 negara dari seluruh dunia.

Rimet yang dilantik Presiden Kehormat pertama FIFA telah meninggal dunia setahun
kemudian dan diganti dengan Rodolphe William Seeldrayers pada tahun 1958. FIFA telah
memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselangseli di benua Eropah dan Amerika
Selatan. Operasi FIFA banyak dikawal selia oleh Ernst B. Thommen yang bertindak sebagai
Penganjur Jawatankuasa Pertandingan bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962 sebelum Sir
Stanley Rous dilantik sebagai Presiden FIFA keenam. Antara sumbangan besar Rous ialah
menambah keahlian baru dan menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara meluas di seluruh
dunia.

Bola sepak telah menjadi sebahagian daripada fenomena kehidupan dan merupakan sukan
yang paling popular di dunia. Oleh kerana itu, ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan
Dunia Lalu.
UNDANG2

Undang-undang 1 : Padang Permainan

(a) Permukaan Padang


Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula jadi atau padang
tiruan. Ia bergantung pada peraturan sesuatu pertandingan.
(b) Ukuran padang Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran
padang permainan adalah seperti berikut:
 Panjang :
Minimum 90m (100 ela)
Maksimum 120m (130 ela)
 Lebar :
Minimum 45m (50 ela)
Maksimum 90m (100 ela)
Ukuran padang pertandingan antarabangsa:
 Panjang :
Minimum 100m (110 ela)
Maksimum 110m (120 ela)
 Lebar :
Minimum 64m (70 ela)
Maksimum 75m (80 ela)
(c) Kawasan padang
Untuk melancarkan permainan ini garisan perlu ditandakan di setiap kawasan padang
untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan dipanggil
garisan padang manakala dua garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol.
Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar.
Kemudian padang akan dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah di
mana kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m (10 ela).
(d) Kawasan gol
Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut kanan
garisan gol masing-masing berukuran 5.5m (6 ela) dari tiang gol.
(e) Kawasan penalti
Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol dengan
ukuran 16.5m (18 ela) dari tiang gol. Dalam setiap kawasan penalti, tanda penalti
dibuat 11m (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol. Lengkungan bulatan berjejari
9.15m (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat di luar kawasan penalti.

(f) Tiang bendera


Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5m (5 kaki) tinggi perlu ditempatkan di
setiap penjuru padang. Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan tengah dan
mestilah berada 1m jauh dari garisan padang.
(g) Lengkungan sudut
Suku bulatan dengan jejari 1m (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang bendera
dibuat di dalam padang permainan.
(h) Tiang gol
Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol. Jarak
antara tiang gol ialah 7.32m (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah ialah
2.44m (8 kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak melebihi
12sm (5 inci).
Undang-undang 2: Bola
Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain
yang dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm-70sm dan berat
bola dalam lingkungan 410g-450g. Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah
bersaiz 5 manakala saiz 4 dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan remaja. Berikut
merupakan bentuk bola yang dimaksudkan.

Undang-undang 3: Bilangan Pemain


(a) Pemain Perlawanan
Bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap pasukan mestilah
terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol. Perlawanan tidak boleh
dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7 orang pemain.
(b) Perlawanan Rasmi
Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuanpersatuan di
bawah gabungannya, hanya 3 orang pemain sahaja dibenarkan untuk membuat
pertukaran. Peraturan pada setiap pertandingan mestilah menyatakan berapakah
bilangan pemain gantian yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (3 hingga 7
pemain).
(c) Nama pemain gantian
Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah diberikan kepada
pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Pemain gantian yang tidak didaftarkan
tidak akan dibenarkan untuk bermain.
(d) Peraturan pemain gantian
Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenangwenangnya.
Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran dibuat. Pemain
gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain yang hendak digantikan
keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada pengadil. Proses
pertukaran lengkap apabila pemain gantian memasuki padang permainan dan
pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi mengambil bahagian dalam
perlawanan tersebut.
(e) Pertukaran Penjaga Gol
Untuk menukar penjaga gol pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu
sebelum pertukaran dibuat.

Undang-undang 4: Peralatan Pemain

(a) Keselamatan
Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh membawa
bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang lain. Sebagai contoh
cincin, gelang atau jam tangan.
(b) Peralatan asas
Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian. Berikut adalah
peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain:
 Jersi
 Kasut bola
 Seluar pendek
 Stoking
 Pelindung kaki
(a) Pelindung kaki (shin guards)
Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung kaki atau shin
guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu
dipakai di dalam stoking.
(b) Penjaga Gol
Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain,
pengadil dan pembantu pengadil.
(c) Pelanggaran Peraturan
Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka melanggar
peraturan. Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan
meninggalkan padang. Pemain tersebut tidak dibenarkan memasuki padang
sehingga diberitahu pengadil. Pengadil akan memeriksa pemain tersebut sebelum
dibenarkan meneruskan permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang
setelah bola terkeluar dari padang.

Undang-undang 5: Pengadil

(a) Kuasa pengadil


Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan mendapat
sepenuh kuasa dalam mengendalikan permainan bola sepak
(b) Tugas Pengadil
Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil:
1. Melaksanakan undang-undang perlawanan.
2. Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil.
3. Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat.
4. Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undang-undang 4.
5. Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa permainan.
6. Memberhentikan atau membatalkan permainan sekiranya berlaku sebarang
gangguan daripada pihak luar.
7. Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk pada pemain dan
memastikan pemain itu dibawa keluar dari padang.
8. Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka meninggalkan padang.
Pemain yang cedera itu hanya dibenarkan memasuki padang semula setelah
mendapat isyarat daripada pengadil.
9. Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan lebih daripada
satu kesalahan.
10. Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan yang berat
dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang.
11. Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal kelakuan
semasa perlawanan.
12. Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas kesalahan
yang tidak dapat dilihat olehnya.
13. Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya.
(c) Keputusan pengadil
Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan menukar keputusannya
apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau setelah berbincang
dengan pembantu pengadil.

Undang-undang 6: Pembantu Pengadil/ Penjaga Garisan

(a) Tugas
Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Antara tugas-tugas
pembantu pengadil ialah:
1. Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan.
2. Memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola ke dalam
padang.
3. Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan ofsaid.
4. Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di luar
pandangan pengadil utama.
(b) Pembantu
Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang permainan
bola sepak. Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada pembantu pengadil
untuk membuat laporan kepada pihak atasan apabila sesuatu keadaan itu tidak boleh
dikawal.

Undang-undang 7: Tempoh Masa Perlawanan

(a) Tempoh permainan


Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit, kecuali terdapat
persetujuan terhadap perubahan di antara pengadil dan keduadua pasukan.
Sebarang persetujuan untuk menukar masa permainan hendaklah dibuat sebelum
permainan itu dimulakan. Contohnya mengurangkan masa untuk setiap separuh
masa kepada 40 minit.
(b) Masa Rehat
Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa pertama.
Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit.
(c) Masa tambahan
Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran
pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil bertindak
mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk mendapakan rawatan.
(d) Tendangan penalti
Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh masa akan
dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan.
(e) Pemberhentian perlawanan
Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan
peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya.

Undang-undang 8: Permulaan Perlawanan

(a) Permulaan perlawanan


Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan gol atau
memulakan pertandingan dilakukan dengan melambung duit syiling. Pasukan yang
kalah lambungan syiling akan memulakan pertandingan, sekiranya pihak yang
menang memutuskan untuk memilih kawasan gol manakala pasukan yang menang
lambungan syiling akan memulakan sepakan mula pada separuh masa kedua.
(b) Sepak mula
Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali perlawanan
pada separuh masa kedua. Selain itu, sepak mula juga dibuat selepas jaringan gol
dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh masa semasa tambahan masa.
Jaringan yang berpunca daripada sepak mula adalah sah.
(c) Prosedur
Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Pasukan lawan
hendaklah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) daripada bola, semasa
sepak mula diambil dan bola mestilah dalam keadaan pegun dan berada di tengah-
tengah kawasan bulatan. Selepas pengadil memberi isyarat mula, pemain tengah
perlu membuat sepak ke hadapan untuk dihantar kepada rakan pasukannya yang
lain. Pemain yang mengambil sepakan mula tidak boleh menendang bola itu kembali
sebelum ianya disentuh oleh pemain lain. Selepas pasukan tersebut menjaringkan
gol, sepakan mula akan diambil oleh pasukan lawan.

Undang-undang 9: Bola Masuk dan Keluar

Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang apabila
melintasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas atau di udara garisan padang.
Permainan akan diteruskan kembali dengan:

a. Perlawanan akan disambung semula dengan lambungan bola di mana tempat


terakhir bola terkeluar.
b. Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan semasa di dalam
padang permainan.
c. Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila berlaku pelanggaran
undang-undang.

Undang-undang 10: Jaringan

Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang gol dan di
bawah besi palang gol, dengan syarat pemain pasukan penyerang tidak melempar, membawa
dan menolak dengan menggunakan lengan atau tangan.

Satu gol akan diperolehi dengan setiap jaringan. Pasukan yang menjaringkan paling banyak
gol akan dikira sebagai pemenang perlawanan. Manakala perlawanan akan dikira ‘seri’
sekiranya kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama semasa tempoh
perlawanan. Rajah di bawah menunjukkan contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan
gol.

Undang-undang 11: Ofsaid

Pemain dikira berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain itu berada berdekatan dengan
gawang pihak lawan lebih daripada bola melainkan pemain tersebut berada di separuh
padang permainan pasukannya dan hanya terdapat sekurang-kurangnya 2 pemain pihak
lawan berdekatan dengan gawang mereka bersama pemain itu sendiri.

Denda akan dikenakan jika pemain melakukan ofsaid. Sepakan percuma pula akan diberikan
kepada pasukan lawan di mana ofsaid berlaku.

Undang-undang 12: Kesalahan dan Kelakuan Buruk

Kesalahan berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Pemain yang sengaja melakukan apa
sahaja kesalahan akan dihukum. Sebagai hukuman, sepakan percuma akan diberikan
kepada pasukan lawan di mana tempat kesalahan itu dilakukan. Kesalahan yang boleh
menyebabkan hukuman sepakan percuma ialah:

 Menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan.


 Memegang pemain pihak lawan.
 Melompat ke atas pemain pihak lawan.
 Menolak pemain pihak lawan.
 Mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain pihak lawan
menghalang pemain daripada mengambil bola.
 Sengaja memukul atau meludah pemain pihak lawan.
 Menyadung pemain pihak lawan.
 Mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa dan kelakuan yang kasar atau
tidak sopan.
 Membawa, menarik dan menolak ke hadapan bola dengan menggunakan lengan
atau tangan (melainkan ia dilakukan penjaga gol di dalam kawasan kotak
penaltinya).

Undang-undang 13: Tendangan Percuma

Terdapat 2 jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung. Jaringan
boleh dikira dengan tendangan percuma langsung. Manakala bagi menjaringkan gol daripada
tendangan percuma tidak langsung, bola mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas
pemain membuat tendangan percuma sebelum bola itu melepasi garisan gawang. Pemain
pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk
membuat tendangan percuma langsung dan tidak langsung. Pemain pertahanan boleh
berada dalam jarak kurang dari 9.15m daripada bola apabila pasukan penyerang diberi
tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari gawang pasukan pertahanan.
Dalam situasi tersebut, pemain pertahanan boleh berdiri pada gawang mereka untuk
menghalang jaringan berlaku.

Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan sekurangkurangnya
9.15m dari bola apabila pemain mengambil sepakan percuma dari kawasan penalti mereka.
Bola mestilah berada dalam keadaan statik dan tidak bergerak apabila sepakan percuma
diambil. Jika pemain yang mengambil sepakan percuma itu menendang untuk kali kedua
sebelum pemain lain menyentuhnya, secara tidak langsung pasukan lawan akan diberi
sepakan percuma.
Undang-undang 14: Sepakan Penalti

Sepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan kesalahan di dalam kawasan
penalti.

Prosedur:

1. Sepakan penalti diambil 11m (12 ela) di hadapan kawasan penalti dan di tengah-
tengah gawang.
2. Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m di luar kawasan penalti
kecuali pemain yang mengambil tendangan penalti dan penjaga gol.
3. Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang gol dan tidak
dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan diambil.
4. Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil sepakan penalti
dan tidak boleh menendang bola sekali lagi sehingga bola itu disentuh oleh pemain
lain.

Undang-undang 15: Balingan Masuk

Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir sekali bola itu
dikeluarkan apabila bola melepasi garisan tepi; sama ada bola meleret di atas padang atau di
udara. Balingan masuk akan dilakukan oleh pasukan lawan sekiranya pemain pasukan sendiri
yang menyebabkan bola terkeluar.

Prosedur:

1. Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian belakang
kepala.
2. Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh garisan
atau di luar garisan.
3. Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh pemain
lain.
4. Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak akan dikira.
Undang-undang 16: Tendangan Gol

Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain yang
membuat hantaran, terkeluar di belakang garisan gol sama ada melalui leretan padang atau
udara.

Prosedur:

1. Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan atau pun
penjaga gol.
2. Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain
lain menyentuhnya.
3. Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan penalti.
4. Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa tendangan
gol diambil.
5. Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol.

Undang-undang 17: Tendangan Sudut

Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi garisan
belakang gol.

Prosedur:

1. Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung padang


bersebelahan dengan tiang bendera.
2. Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan.
3. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari bola
sehinggalah tendangan sudut diambil.
4. Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain
lain menyentuhnya.

Kemahiran

MENENDANG
Tendangan yang baik dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik yang betul. Seseorang
pemain juga dapat menendang dengan baik sekiranya mempunyai kekuatan otot dan kuasa
yang baik di bahagian kaki. Menendang bertujuan untuk melakukan hantaran kepada rakan
sepasukan, melakukan tendangan sudut atau tendangan bebas, mengeluarkan bola dari
kawasan gol, menjaringkan gol dan melakukan sepakan penalti.

Pada asasnya, terdapat tiga jenis tendangan iaitu tendangan leret, tendangan lambung dan
tendangan voli.

1. Tendangan leret

 Tendangan leret dilakukan apabila membuat hantaran dekat dan menjaringkan gol.

Teknik melakukan tendangan leret :

 Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan hampir lurus. Mata
memandang bola.
 Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibongkokkan sedikit ke hadapan. Kaki
sokongan dibongkokkan sikit.
 Tendang di bahagian tengah bola.
 Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

2. Tendangan Lambung

 Tendangan lambung dilakukan ketika membuat hantaran jauh, tendangan


bebas, tendangan sudut, mengeluarkan bola dari kawasan gol dan semasa menjaringkan
gol
Teknik melakukan tendangan lambung :

 Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di belakang bola. Badan hampir lurus.
Mata memandang bola.
 Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan sedikit.
 Tendang di bahagian bawah bola. Badan condong ke belakang.
 Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

Tendangan Voli

 Tendangan voli dilakukan untuk mengeluarkan bola dari kawasan gol dan untuk
menjaringkan gol. Tendangan voli dilakukan menggunakan bahagian kekura kaki semasa
bola di udara

Teknik melakukan tendangan voli :

 Kedudukan bersedia. Berdiri menghadap bola.


 Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan sedikit. Mata
memandang bola.
 Tendang di bahagian bawah bola menggunakan kekura kaki. Badan condong ke
belakang.
 Ikut lajak selepas melekukan tendangan.

https://nasimsahal.wordpress.com/sejarah-bola-sepak/

1.2 MENYERKAP

Kebolehan menyerkap bola yang datang memudahkan seseorang pemain itu


melakukan tindakan yang seterusnya dalam bola sepak. Pelbagai bahagian anggota
badan , kecuali tangan boleh digunakan untuk menyerkap bola. Penggunaan
bahagian anggota badan bergantung kepada keadaan bola yang datang, sama ada
meleret atau tinggi.

Menyerkap Bola Heret

 Menyerkap bola leret boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian dalam


kaki, bahagian luar kaki, kekura kaki dan tapak kaki.

Teknik menyerkap bola leret :

 Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang


bola.
 Apabila bola hampir, gerakkan kaki yang hendak menyerkap ke hadapan.
 Sebaik sahaja bola menyentuh kaki, bawa kaki ke belakang.
 Kaki menyentuh bahagian tengah bola. Kaki menyerkap dan badan condong ke
arah bola datang
Menyerkap Bola Tinggi

 Menyerkap bola tinggi boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian dalam


kaki, paha dan dada.

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian dalam kaki :

 Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang


bola.
 Apabila bola hampir ke kaki, sesuaikan kedudukan supaya badan sentiasa
menghadap bola.
 Sebaik sahaja bola hampir mencecah tanah, ayunkan kaki menyerkap ke sisi.
 Serkap bola sebaik sahaja bola mencecah tanah. Badan condong ke arah bola
datang.
Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian paha :

 Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang


bola.
 Apabila bola hampir, gerakkan paha menyerkap ke hadapan dan ke atas dengan
lutut bengkok. Badan dicondongkan ke belakang.
 Sebaik sahaja bola menyentuh paha, bawa paha ke bawah. Paha menyentuh
bahagian bawah bola.

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan dada :

 Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang


bola.
 Apabila bola hampir ke dada, bawa dada ke hadapan dan ke atas sambil tangan
dibuka di sisi badan. Berdiri di atas bebola kaki.
 Sebaik sahaja bola menyentuh dada, lentikkan badan ke belakang kemudian
bawa badan ke hadapan.
1.3 MENGGELECEK
Kemahiran ini melibatkan kebolehan berlari sambil mengawal bola ke kiri, ke kanan,
ke hadapan atau berpusing ke belakang. Kebolehan melakukan kemahiran ini
dengan baik sangat penting untuk mengatasi pemain lawan. Menggelecek boleh
dilakukan dengan sebelah kaki. Biasanya, bahagian dalam dan bahagian luar kaki
digunakn untuk menggelecek.
Teknik menggelecek menggunakan sebelah kaki :

 Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola.


 Dengan menggunakan bahagian dalam kaki kanan, gerakkan bola ke kiri.
 Badan condong ke kiri dan tangan dibuka di sisi dengan lutut kiri dibengkokkan
sedikit.
 Tolak bola ke kanan menggunakan bahagian luar kaki yang sama dan badan
condong ke kanan.

1.4 MELAKUKAN HANTARAN


Kemahiran melakukan hantaran adalah penting untuk memastikan bola sampai
kepada rakan sepasukan dengan tepat. Hantaran biasanya dilakukan dengan
menggunakan kemahiran menendang. Tendangan leret digunakan untuk membuat
hantaran dekat, manakala tendangan lambung digunakan untuk membuat hantaran
jauh.

Seseorang pemain boleh menggunakan hantaran dekat dan hantaran jauh


semasa melakukan hantaran ke pelbagai arah, seperti ke hadapan, ke sisi dan
menyilang, bergantung kepada situasi ketika bermain.
Hantaran ke hadapan
 Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian dalam
kaki atau kekura kaki.

Teknik melakukan hantaran ke hadapan :

 Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola.


 Mata memandang bola.
 Ayunkan kaki menendang ke belakang.
 Tendang di bahagian belakang bola.
 Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

Hantaran ke sisi
Hantaran ke sisi dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian luar
kekura sama ada kaki kiri atau kaki kanan, bergantung kepada kaki yang sedang
digunakan untuk mengawal bola.
Teknik melakukan hantaran sisi :

 Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola.Ayunkan


kaki menendang ke belakang. Badan condong ke hadapan.
 Tendang di bahagian sisi bola.
 Ikut lajak selepas melakukan tendangan.
Hantaran Silang

Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian dalam


kekura kaki. Jika bola hendak dihantar menyilang dari kiri ke kanan, kaki kiri
digunakan untuk menendang bola. Sebaliknya, jika bola hendak dihantar menyilang
dari kanan ke kiri, kaki kanan digunakan untuk menendang bola.

Teknik melakukan hantaran silang :

 Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola.


 Ayunkan kaki menendang ke sisi.
 Badan condong ke arah bola hendak dihantar.
 Tendang di bahagian sisi bola.
 Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

1.5 MENANDUK

Kemahiran menanduk boleh digunakan untuk menjaringkan gol dan melakukan


hantaran. Menanduk dilakukan dengan menggunakan bahagian dahi. Jenis
tandukan yang biasa dilakukan semasa bermain ialah tandukan ke hadapan,
tandukan ke belakang dan tandukan ke sisi.

Teknik menanduk ke hadapan :

 Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah
bola datang. Mata memandang bola.
 Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang dengan lutut dibengkokkan
sedikit. Kedua-dua tangan dibuka di sisi.
 Bawa badan dan kepala ke hadapan dan tanduk bola menggunakan bahagian
dahi. Dahi menyentuh bahagian bawah bola.
 Ikut lajak selepas melakukan tandukan

Teknik menanduk ke sisi :

 Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah
bola datang. Mata memandang bola.
 Apabila bola hamper tiba, kilaskan badan ke arah bertentangan dengan sasaran
tandukan. Kedua-dua tangan dibuka di sisi.
 Kilaskan badan ke arah sasaran tandukan dan tanduk bola menggunakan dahi.
 Ikut lajak selepas melakukan tandukan

Teknik menanduk ke belakang :

 Kedudukan bersedia.
 Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola datang. Mata
memandang bola.
 Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang sambil mendongakkan kepala
ke atas, dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi.
 Dahi menyentuh bahagian bawah bola.

1.6 MENJAGA GOL

Penjaga gol boleh menggunakan keseluruhan anggota badannya untuk menghalang


cubaan jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan. Penjaga gol yang baik mestilah
menguasai kemahiran menangkap, menumbuk dan menendang. Selain menguasai
kemahiran tendangan leret dan tendangan lambung, penjaga gol juga perlu
menguasai kemahiran tendangan bola di udara dan tendangan lantun. Kedua-dua
jenis tendangan ini dilakukan dengan menggunakan bahagian kekura kaki

Teknik menangkap bola leret :

 Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang.


 Sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi di belakang. Mata memandang bola.
 Apabila bola hampir ke kaki, rendahkan badan dengan lutut kanan di atas tanah
di belakng tumit kiri.
 Tangkap bola di hadapan badan dan bawa ke dada.
Teknik menangkap bola tinggi :

 Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang


bola.
 Apabila bola hampir, sebelah kaki melangkah ke hadapan sambil melompat.
 Luruskan tangan ke atas di hadapan kepala dengan ibu jari kedua-dua belah
tangan hampir rapat.
 Tangkap bola setinggi yang boleh dicapai. Bawa bola ke dada.

Teknik menumbuk bola :

 Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang


bola.
 Apabila bola hampir, lompat dengan kedua-dua belah kaki sambil menumbuk
bola.
 Tangan menyentuh bahagian bawah bola.
Teknik tendangan bola di udara :

 Kedudukan bersedia. Berdiri dengan memegang bola menggunakan kedua-dua


belah tangan.
 Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke
belakang. Badan condong ke hadapan.
 Jatuhkan bola di hadapan badan dan tendang bola sebelum bola mencecah
tanah.
 Ikut lajak selepas menendang.
 Mata memandang bola.

Teknik tendangan lantun :

 Kedudukan bersedia. Berdiri memegang bola menggunakan kedua-dua belah


tangan. Mata memandang bola.
 Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke
belakang. Badan condong ke hadapan.
 Jatuhkan bola di hadapan badan dan tending bola sebaik sahaja bola melantun
dari tanah. Ikut lajak selepas menendang

You might also like