You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN SRI KOTA

NAMA: FIRDAUS HAKIMI BIN SAIDDIN


TINGKATAN: 1BA
NAMA GURU: NOORAINI BT MD SAAD
TAJUK: KESAN PEMBUANGAN SISA
DOMESTIK DAN LANGKAH-LANGKAH
MENGURANGKANNYA DI SEKITAR
SEKOLAH SAYA IAITU SMK SRI KOTA,
JALAN RAJA SULONG, 34000 TAIPING,
PERAK
Tajuk kajian
Kesan pembuangan sisa domestik dan langkah langkah mengurangkannya di sekitar kawasan sekolah
saya iaitu SMK SRI KOTA,Jalan Raja Sulong, 34000 Taiping ,Perak.

Jadual kerja
Hari Tarikh Aktiviti
 Memperoleh soalan daripada guru iaitu, Kesan
Pembuangan Sisa Domestik dan Langkah
langkah mengurangkannya di sekitar sekolah
Rabu 26/9/2018 saya
 Mengadakan perbincangand dengan guru
tentang cara melaksanakan kerja lapangan
 Mendengar taklimat ringkas tentang kerja
Khamis 27/9/2018 lapangan
 Membuat catatan hasil taklimat guru
 Mencari maklumat tentang kajian di
perpustakaan sekolah dan makmal computer
Jumaat 28/9/2018 dengan bimbingan guru
 Mengadakan perbincangan dengan guru hasil
maklumat yang diperoleh
 Mengumpul dan menyusun semua maklumat
Isnin 8/10/2018 yang diperoleh
 Mengedarkan borang kaji selidik dengan guru
dan penduduk setempat berkaitan dengan
jenis sisa domestik ,kesan dan langkah
langkah mengatasi
Selasa 9/10/2018  Membuat pemerhatian di kawasan kajian
tentang kesan pembuangan sisa domestik
 Membuat soal selidik tentang kaedah
pengasingan sisa domestik
 Menulis laporan daripada maklumat yang
diperoleh
Rabu 10/10/2018  Membuat laporan dalam bentuk folio
 Mengadakan perjumpaan dengan guru untuk
membuat semakan
 Menyemak kajian dan membuat
Khamis 11/10/2018 penambahbaikkan
 Menambah isi dan maklumat
 Menghantar folio yang lengkap kepada guru
Jumaat 12/10/2018  Guru membuat pentaksiran hasil kerja lapang
Objektif Kajian

1. Mengenal pasti jenis sisa domestik.


2. Mengenal pasti contoh sisa domestik di kawasan kajian.
3. Membincangkan kesan pembuangan sisa domestik di kawasan kajian.
4. Menerangkan langkah langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik di kawasan
kajian.
Kaedah Kajian

1. Temu bual
 Saya menemu bual tiga orang responden untuk mengetahui kesan dan langkah-langkah
mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik di kawasan kajian. Soalan temu bual
terdapat di lampiran I

2. Pemerhatian
 Saya melakukan pemerhatian tentang kesan pembuangan sisa domestik di kawasan
kajian.

3. Soal selidik
 Saya menyediakan satu set soalan selidik untuk diajukan kepada 20 orang responden di
kawasan kajian. Kandungan soal selidik tersebut adalah seperti di lampiran II

4. Rujukan
 Bahan rujukan yang saya gunakan ialah laman sesawang yang berkaitan Buku di Teks
Geografi Tingkatan 1.
Laporan Kajian

1. Takrif dan konsep sisa domestik

Sisa domestik ialah sisa buangan kawasan kediaman sama ada dalam bentuk pepejal
mahupun dalam bentuk cecair. Kebanyakan sisa domestik di kawasan sekolah saya
merupakan sisa pepejal seperti sisa tanaman, sisa makanan, perabut lama, plastik, tin dan
botol.
Berikut merupakan foto sisa domestik yang diambil di sekitar kawasan Sekolah Menengah
Kebangsaan Sri Kota 3400 Taiping, Perak.

2. Kesan pembuangan sisa domestik di kawasan kajian:

 Pencemaran bau
Berdasarkan pemerhatian saya, terdapat banyak longgokan sampah sarap di kawasan
lapang yang dijadikan tempat pembuangan sampah di kawasan sekolah ini. Sampah sarap
ini bukan sahaja mengeluarkan bau yang busuk malah menjadikan keadaan kotor.
Keadaan ini amat menganggu keselesaan penduduk sekitar.

 Sampah sarap yang tidak dibuang dengan betul


Hasil temu bual dan soal selidik yang saya jalankan bersama-sama penduduk di kawasan
sekolah ini mendapati bahawa sampah sarap tidak diurus dengan baik. Sampah sarap
dibuang merata-rata di kawasan terbuka dan mencacatkan permandangan alam sekitar.
 Punca penyakit bawaan haiwan seperti tikus, lalat dan nyamuk aedes
Melalui hasil kajian saya, sisa domestik dapat menggangu kesihatan dan mengancam
nyawa manusia. Contohnya, sisa makanan mengundang kehadiran haiwan perosak seperti
tikus, lalat dan nyamuk aedes yang menyebabkan penyakit seperti laptospirosis, taun dan
demam denggi.

3. Langkah langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik di kawasan Sekolah


Menengah Kebangsaan Sri Kota Taiping, Perak.

 Menguatkuasakan undang-undang
Saya mencadangkan agar pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang alam sekitar
dengan lebih tegas. Masyarakat perlu dididik supaya mengamalkan cara buang sampah
dengan betul seperti tidak membuang sampah di kawasan yang tidak sepatutnya sehingga
boleh menyebabkan pencamaran berlaku.
 Meningkatkan kesedaran masyarakat melalui kempen 3R (recyle, reuse, reduse)
Kempen 3R mengalakkan masyarakat agar mengamakan konsep guna semula, iaitu
dengan memanfaatkan semula barang yang lama. Dengan mengitar semula sisa domestik
pula, kita dapat menjimatkan sumber semula jadi, tenaga, wang serta ruang untuk tapak
pelupusan sampah. Kitar semula barangan dapat mengubah sisa menjadi sumber yang
bernilai selain mengurangkan penggunaan bahan semula jadi.
 Mengasingkan sisa domestik
Aktiviti ini dapat dilakukan oleh penduduk sebagai sebahagian usaha untuk
mengurangkan penghantaran sisa domestik ke tapak pelupusan sampah sedia ada.
Pengasingan sisa ini sekolah dapat membantu meningkatkan jangka hayat tapak
pelupusan tersebut.

4. Kesimpulan
Saya berharap agar masyarakat menghargai sisa domestik sebagai sumber baharu yang dapat
digunakan semula. Hal ini secara tidak langsung dapat memastikan sumber alam semula jadi
diurus secara bijak dan cekap demi kebaikan generasi masa hadapan serta kelestarian alam
sekitar.
Senarai Rujukan

1. Internet
Akta Alam Sekeliling 1974 (2018, 5 September). Diakses daripada laman sesawang
www.sisadomestik.com
Sisa Domestik dan Kesan Pembuangannya (2018, 5 September). Diakses daripada laman
sesawang www.penulisankarporat.blogspot.my/2010/02/buangan-domestik
2. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. 10 juta tan sampah dilpuskan setiap hari. Harian Metropolis,

You might also like