You are on page 1of 8

TEKS PENGACARA PERASMIAN DAN PENUTUPAN KEJOHANAN BALAPAN

& PADANG KALI KE 37 TAHUN 2019


SK LIAU, KENINGAU

Teks Juruacara: ASLINAH MD YUSOF


ACARA SK CATATAN
RIP
Aluan Assalamualaikum wrt wbkth, Salam Sejahtera dan salam SK Liau Cemerlang…
Yang Berusaha Pn Sunala Siarus,guru Besar Sk Liau Keningau,Yang berusaha Yang Dipertua
PIBG Pn Kamsi Ahmad. Yang Berusaha, Pn Rosni Hj M. Ali, Penolong Kanan Pentadbiran, Sk
Liau, Yang Dihormati Encik Zaini Ismaile ,guru-guru ,AJK-AJK PIBG ,dan semua murid…
seterusnya sidang hadirin sekalian.

SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH ATAS KOMITMEN SEMUA


UNTUK MENJAYAKAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI
KE 37 SEKOLAH KEBANGSAAN LIAU, KENINGAU bagi TAHUN 2019.

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana
atas limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang -
gemilang ini untuk menjayakan kejohanan Balapan Dan padang Tahunan SKl kali ke 37.

Peraraka Hadirin yang dihormati,


n kontijen
Marilah kita saksikan perarakan masuk kontijen-kontijen rumah sukan yang akan
mengambil bahagian dalam KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG pada
kali ini.
Untuk itu, majlis menjemput Pn Suanla Siarus, GB SK Liau diiringi oleh en Zaini Ismail,
PK Ko-Kum dan ……………. Untuk menerima lintas hormat daripada kontingen-
kontingen yang mengambil bahagian. Dipersilakan.

(lintas hormat kontinjen)


Lintas (kontinjen dekat dengan VIP)
Hormat Untuk itu, majlis menjemput Pn Suanla Siarus, GB SK Liau diiringi oleh en Zaini Ismail,
PK Ko-Kum dan ……………. Untuk menerima lintas hormat daripada kontingen-
kontingen yang mengambil bahagian. Dipersilakan.

Hadirin sekalian,

####persilakan dulu kontinjen

1. Mendahului perarakan ialah kontigen dari Rumah MAT KILAU. Warna


kuning melangkah megah dengan derap-derap langkah bak pahlawan. Tanpa
gentar meluru ke ruang lintas hormat. Diketuai oleh adik Amor Stephanie
Jauntin selaku komandon. Menampilkan 30 orang peserta sebagai kekuatan
pasukan perbarisan ini. Kontinjen ini dibimbing oleh Cik Nurul Umaeira dan
Cik Ainani, Siswi IPG Keningau.
Maskot Lebah sebagai pilihan yang mempunyai simbolik sengatan berbisa
membakar semangat, biar slow tapi bergaya…..

Dengan motto, PANTANG MUNDUR SEBELUM BERJUANG, KIHOOII, MAI


TOKOU NO GISOM IE…. kita percaya Rumah MAT KILAU bertekad untuk
membuat kejutan dalam kejohanan kali ini.
####persilakan dulu kontinjen

2. Berikut pula, ialah kontigen dari Rumah ANTANOM yang mengunakan warna
biru sebagai simbol perjuangan. Kontigen ini dipimpin oleh Cik Nurlilie Juriani
Lajis dan diketuai oleh Prisca Zinta Ebong selaku komandan. Mempunyai
kekuatan seramai 33 orang peserta. Memilih watak Pony dan Elsa sebagai
maskot pasukan mereka yang mempunyai simbolik, jangan ikutkan emosi
biarlah cool seperti ais sentiasa, maksudnya sentiasa bersabar dalam apa jua
situasi.
Walaupun situasi terkini belum dapat menggambarkan rumah Antanom tetap
bersemangat dengan motto mereka “BIAR MIRING ASAL LURUS, WARNA
BIRU JUGA YANG BERKILAU DI ATAS, BAGI-BAGI BA ITU PINGAT,
KESIAN JUGA BAH DURANG….KITA-KITA JUGA BAINI….itu dia moto
yang menjadi penguat semangat Rumah Antanom untuk terus mengejar kejayaan
dalam kejohanan kali ini.
3. Kontinjen seterusnya ialah pasukan yang tampil dengan warna MERAH iaitu
kontingen dari rumah MAT SALLEH . Kontigen ini di bawah bimbingan Cik
Branda Stephen bersama-sama dengan guru-guru rumah sukan. Kontinjen ini
diketuai oleh Maxwell Gabriel Yahi, dengan kekuatan seramai 22 orang peserta,
Menyusun langkah menghentak kaki….mascot yang dipilih adalah Ladybug
dengan simbolik ceria dan bersemangat sepanjang masa…Moto kontinjen ini
adalah “MERAH MEMBARA, MAT SALLEH JUARA…PANANGKUS KOU
NOH OYO…KADA MOGKOWILI-WILI. Rumah MAT SALLEH bertekad
untuk merebut gelaran juara pada tahun ini.

Selepas semua masuk padang

Nyanyian Para hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku,
lagu: lagu Sabah Tanahairku dan lagu sekolah.
1. Negaraku
Para hadirin dijemput berdiri….
2. Sabah
Tanahairku Semua hadirin dijemput duduk…terima kasih

3. Lagu
sekolah

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis mejemput Ustaz Mohamad
Doa Azrulakmal untuk memimpin bacaan doa….Dipersilakan….

Ucapan Tuan-tuan dan puan-puan, majlis kita pada hari disusuli dengan ucapan alu-aluan
alu-aluan
yang akan disampaikan oleh Encik Zainie Ismaile, Penolong Kanan Ko-Kum SK
Liau,,,,,dipersilakan…

Ucapan Hadirin yang dihormati.


Perasmi Tidak sempurna majlis kita pada hari ini tanpa mendengar ucapan perasmian.
an Untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Pn Suanla Siarus,
guru besar untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan Kejohanan Balapan dan
Padang SK Liau kali ke 37. Dengan segala hormatnya dipersilakan……

Ikrar Hadirin yang dihormati,


Kejohan Seterusnya, majlis mempersilakan adik Mardian …….. untuk mengetuai lafaz ikrar
an kejohanan . Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada adik Mardian.


Begitulah tadi sempurnanya acara pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda
komitmen para atlet dalam kejohanan ini.
Larian Para hadirin sekalian, sejurus selepas ini acara larian obor kejohanan akan
obor dilaksanakan. Kelihatan di sebelah sana adik Priskazinta telahpun bersedia…
kejohanan Untuk itu, dijemput Priskazinta untuk menyempurnakan acara….dipersilakan..

Perarakan Hadirin yang dihormati,


Keluar
Demikian tadi selesainya upacara perasmian Kejohanan Balapan dan padang SK
PAYA pada tahun ini. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan
majlis perasmian kejohanan ini.
Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk bergerak
keluar meninggalkan arena.

Dipersilakan…

Gimik Tuan-tuan dan puan-puan, seterusnya marilah kita menyaksikan gimik perasmian
perasmian sukan pada kali ini. Gimik perasmian ini dikaitkan dengan sambutan awal bulan
kemerdekaan yang bermula pada hari ini yang bersamaan dengan 1 Ogos….
Lakonan yang dipersembahkan ini menggambarkan tentang semangat penduduk
tempatan menentang kekuasaan penjajah pada zaman sebelum merdeka dan
memperlihatkan semangat patriotisme rakyat Malaysia….
Dipersilakan…..

Demikianlah tadi selesainya persembahan gimik perasmian sukan pada kali ini…
Diharapkan semangat yang membara seperti ini juga tersemat kukuh dalam hati setiap
atlet yang bertanding dalam kejohanan sukan pada kali ini….

Persembah Seterusnya, Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan tarian yang


an tarian dipersembahkan oleh murid-murid prasekolah…
Prasekolah Dipersilakan…..
Persembahan ini adalah di bawah bimbingan Pn Priska Micheal, Pembantu
pengurusan murid prasekolah…

Demikianlah tadi persembahan tarian oleh murid-murid prasekolah….terima kasih


diucapkan…
Penilaian Seterusnya,
Pertanding Penilaian Pertandingan 3K (Kebersihan, keceriaan dan kreativiti) antara rumah-
an 3K rumah sukan oleh panel hakim….
(Kebersiha
n,
keceriaan
dan
kreativiti)
Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik/Puan/ Cik
………………………………………. atas kesudian menyampaikan hadiah.

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG


SK PAYA BESAR KALI KE 36.

ACARA SKRIP CATATAN


Alu-aluan Dijemput semua peserta dan pelajar bagi semua kontijen masuk ke
padang, dan berada di hadapan pentas utama untuk acara penyampaian
hadiah dan majlis penutupan kejohanan.

Assalamualaikum wrt wbkth, Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia


Yang berusaha Encik Mat Aker bin Derashid, guru besar SK PAYA
BESAR.Yang Berusaha Encik Yaafat Bin Ishak ,Yang Dipertua PIBG
Yang Berusaha, Cik Rokiah binti Darus, Penolong Kanan Pentadbiran, Sk
Paya Besar
Yang Dihormati Puan Umai Kalsom binti Yaakob, Penolong kanan Hal
Ehwal Murid, Yang Dihormati EncikIsmail bin Ahmad, Penolong
Kanan Kokurikulum,
Guru-guru dan para pelajar seterusnya sidang hadirin sekalian.

Alhamdulillah kita telah selesai melaksanakan semua acara sukan pada


kejohanan balapan dan padang tahun ini. Kepada atlet yang berjaya
tahniah diucapkan dan kepada yang tidak berjaya tahun hadapan cuba
lagi.

PENYAM- Para pelajar dan hadirin sekalian,


PAIAN HADIAH
& Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya pihak majlis
CENDERAMATA dengan segala hormatnya mempersilakan Cik Rokiah binti Darus,
Penolong Kanan Pentadbiran SK PAYA BESAR, dengan diiringi oleh
En. Ismail bin Ahmad, Penolong Kanan Kokurikulum, SK PAYA
BESAR untuk menyampaikan hadiah.
Majlis dengan ini mempersilakan.

(JIKA BANYAK KATEGORI – BAHAGI KEPADA BEBERAPA


ORANG PENYAMPAI)

Diumumkan pula pemenang bagi pertandingan perarakan perbarisan bagi


kategori rumah sukan pada hari ini.
- tempat ketiga disandang oleh pasukan Rumah .
-Seterusnya tempat kedua berjaya jatuh kepada pasukan
Rumah .
-Dan Johan berjaya disandang oleh pasukan Rumah .

Hadirin sekalian,

-Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang Olahragawati dan


Olahragawan Sekolah pada tahun ini.
-Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati Sekolah
ialah .
Untuk makluman semua, beliau telah memenangi
acara

-Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini.


Olahragawan Sekolah pada tahun ini ialah .
Beliau telah meraih pingat _.

-Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara rasmi
kedudukan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah bertanding.

-Tempat ketiga berjaya dirampas oleh pasukan Rumah


dengan pingat emas, pingat perak dan
pingat gangsa . Dipersilakan Ketua Rumah
Sukan untuk menerima hadiah.

-Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah


dengan pingat emas, pingat perak dan
pingat gangsa. Dipersilakan Ketua Rumah
Sukan untuk menerima hadiah.

-Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan Balapan dan


Padang kali ke 36 jatuh kepada:
Rumah dengan pingat
emas, pingat perak dan pingat gangsa.
Dipersilakan Ketua Rumah Sukan untuk
menerima hadiah.
.
- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha, Encik
Mat Aker bin Derashid guru besar atas kesudian menyempurnakan
majlis sebentar tadi.
UCAPAN
Pungutan Mata Setakat Ini
PERASMIAN
PENUTUPAN
Waja .........
Ixora .........
Perkasa .........
Sastria .........

MENURUNKAN BENDERA KEJOHANAN

Selesai sudah upacara penyampaian hadiah. Kini Bendera Kejohanan


akan diturunkan dengan rasminya sebagai tanda berakhirnya Kejohanan
Padang dan Balapan Tahunan kali ke 36.

(anggota PENGAKAP menurunkan bendera dan tampil ke pentas


untuk penyerahan bendera)

Seterusnya majlis menjemput Encik Mat Aker bin Derashid untuk


menerima bendera kejohanan yang akan diserahkan oleh
........................................... Bendera ini akan disimpan dan akan
dikibarkan semula pada kejohanan yang akan datang, InsyaAlla h.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Untuk menyempurnakan penutupan kejohanan Balapan dan Padang
pada kali ini, majlis sekali lagi menjemput En Mat Aker bin Derashid,
Guru Besar Sk Paya Besar untuk memberikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Balapan dan
Padang Sk Paya Besar kali ke 36.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima


kasih atas ucapan sebentar tadi.

Dengan itu,maka berakhirlah kejohanan Balapan dan Padang kali 36


Sekolah tahun 2013
.
Tahniah dan syabas kepada pasukan dan peserta-peserta yang
berjaya. Kepada yang masih gagal teruskan usaha ,jangan putus asa.
NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Akhir kata dari kami berdua,

Maaf atas keterlajuran kata dan bahasa, Syabas untuk semua dan

“Majulah Sukan SK Paya Besar demi menyahut seruan 1 Murid 1


Sukan. Sukan untuk kecergasan, sukan untuk semua.

SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM


WARAHMATULLAHI TA’ALA WABARAKATUH.
IKRAR KEJOHANAN

Bahawasanya kami berikrar akan


mengambil bahagian di dalam
Kejohanan Balapan dan padang Tahunan Kali
Ke – 36 Sekolah Kebangsaan Paya Besar
dengan bersungguh-sungguh, mematuhi segala
peraturan dan undang-undang
dengan penuh semangat
kesukanan.

You might also like