You are on page 1of 9

Pengenalan

Malaysia telah dijajah oleh kuasa-kuasa asing seperti Portugis,


Belanda, British dan juga Jepun. Penjajahan ini bermula apabila
Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan yang terkenal di
rantau ini satu ketika dahulu. Melaka adalah tempat dimana
pedagang-pedagang dari barat dan timur bertemu untuk urusan
jual beli. Antara barang dagangan utama yang diminati oleh
orang-orang Eropah ialah rempah ratus, teh, sutera dan lain-lain.
Keinginan untuk mendapatkan barang-barang ini ialah dengan
pergi terus ke Melaka dan seterusnya menjajah Melaka. Selain
itu, Revolusi industri yang bermula di Britain telah menyebabkan
kuasa barat datang ke Malaysia (Tanah Melayu) yang kaya
dengan sumber alam seperti bijih timah.
KEDATANGAN JEPUN
· Jepun diperintah oleh Maharaja Mikado Meiji (1868-1912)
· Melancarkan Pemulihan Meiji
· Menekankan pemodenan Jepun dan perindustrian
· Mencontohi negara Barat
· Jepun meluaskan kuasa di China bertujuan memasarkan hasil
industri
· Dianggap kuasa besar setelah berjaya dalam Perang Rusia-Jepun
1905
· Berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh 30 tahun

Faktor Perluasan Kuasa Jepun


i. Faktor Masalah Ekonomi Jepun :
· Penduduk Jepun bertambah menyebabkan tanah pertanian kurang
· Jepun perlukan bahan mentah untuk industri seperti petroleum,
bijih timah dan getah
· Jepun perlukan kawasan baru untuk pasaran hasil industry
ii. Faktor Sekatan Ekonomi :
· Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi kerana Jepun
menguasai China
· China dikuasai Jepun melalui Perang China-Jepun Kedua 1937
· Jepun bertindak balas menyerang Asia Tenggara untuk
membebaskan diri
· Serangan diketuai Jeneral Tojo
· Tahun 1936 Jepun dikuasai oleh pemerintahan tentera
· Tahun 1941 Jeneral Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun
· Beliau berjaya mengusir semua kuasa Barat di Asia Tenggara

Langkah Awal Jepun Untuk Menguasai Tanah Melayu

i. Melalui Propaganda :

· Digunakan untuk pengaruhi penduduk tempatan melalui slogan “Asia


Untuk Orang Asia” dan “Semangat Asia”
· Slogan berunsur anti-penjajah Barat
· Banyak menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara-negara di
Timur
· Propaganda disiarkan melalui akhbar Jepun The Syonan Times &
Fajar Asia
ii.Rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
· Strategi yang sangat berkesan
· Penduduk tempatan tidak menganggap Jepun sebagai penjajah
baru menggantikan British
Kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu
i. Melalui Kawasan Utara di Thailand
· Tentera Jepun mendarat serentak di Singgora dan Pattani, Thailand
pada 8 Disember 1941
· Tentera terus mara ke Jitra, Kedah
· Tentera berpecah dua
· Satu pasukan ke Pulau Pinang dan terus mara ke selatan melalui
pesisiran pantai barat
· Satu pasukan lagi mengikut jalan darat menuju bandar-bandar
utama di negeri-negeri pantai barat

ii. Melalui Kawasan Kota Bharu


· Tentera Jepun mendarat pada 8 Disember 1941
· Tentera mara ke selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri
pantai timur

iii. Melalui Kawasan Sarawak dan Sabah


· Tentera Jepun mendarat di Miri dari Cam Ranh, Vietnam pada 16
Disember 1941
· Berpecah kepada dua pasukan
· Satu pasukan mara ke Kuching dan Sibu
· Pasukan kedua mara ke Sabah melalui Labuan dan Sandakan
· Kemudian mara ke kawasan pesisiran pantai kedua-dua negeri
terutama di bandar-bandar besar
· Tiada tentangan sengit terhadap kemaraan tentera Jepun di
Sarawak dan Sabah

Cara Kemaraan Tentera Jepun


i. Menggunakan kapal terbang perang

· Digunakan tentera Jepun untuk menyerang tentera British di Tanah


Melayu
· Kapal ini sebagai pelindung kepada tentera darat Jepun
ii.Menggunakan kereta kebal penggempur

· Berjaya memaksa tentera British berundur


· Jepun menggunakan kereta kebal kecil dan ringan yang lebih
mudah dikendalikan
iii. Menggunakan bot
· Bot digunakan untuk mendaratkan tenteranya dari kapal perang
yang sukar berlabuh di pantai
iv. Menggunakan basikal
· Tujuan mempercepatkan perjalanan tanpa disedari pihak British
· Basikal mudah untuk melalui jalan sempit

DETIK KEMERDEKAAN TANAH MELAYU


Tarikh 31 Ogos 1957,jam 12 malam menjelang hari yg disifatkan sebagai
tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia,adalah saat paling
bersejarah.Ia menandakan berakhirnya dilemma zaman penjajahan tentera
British terhadap negara kita, Malaysia (sebelum ini Malaya). Tarikh
keramat itu disambut dgn laungan dan pekikan
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! oleh seluruh rakyat Malaysia, sebagai
tanda bebas dari belenggu penjajahan hasil drpd perjuangan gigih
pejuang-pejuang tanah air dlm menuntut kemerdekaan tanah melayu.
Di hari yang bertuah itu,sejak dari senja lagi,beribu-ribu rakyat tlh
berkumpul di padang Kelab Selangor dan kawasan sekitarnya yang
bergemelapan dgn cahaya lampu yg berwana-warni utk menyertai upacara
menurunkan bendera Union Jack dan menaikkan bendera Malaysia.
Sebaik sahaja jam besar di bangunan Sultan Abdul Samad berdenting
sebanyak 12 kali, teriakan MERDEKA! Berkumandang di udara dan detik ini
bermulalah sejarah baru tanah air yg merdeka.
Menjelangnya tarikh 31 Ogos 1957, persediaan-persediaan daripada pihak
kerajaan dan rakyat untuk menyambut dan merayakan kemerdekaan itu
telah siap sedia diatur secara besar-besaran. Seluruh negeri di
Persukutuan Tanah Melayu tlh dihiasi dengan berbagai-bagai hiasan.
Bangunan-bangunan, terutama bangunan
kerajaan,perniagaan,persekutuan-persekutuan dan lain-lain telah dihiasi
dgn bendera-bendera,lampu-lampu bergemelapan dgn membentuk huruf
‘MERDEKA'.
Perayaan menyambut kemerdekaan di Kuala Lumpur telah diadakan
selama 11 hari mulai dari 29 Ogos hingga 7september 1957 .
Susunan aturcara rasmi perayaan merdeka itu dimulakan dgn upacara
menyambut keberangkatan tiba yang Teramat Mulia Duke dan Duchess of
Glocester serta puteranya,Prince William.Pada hari Khamis,29 Ogos
1957,dua hari sebelum tarikh perayaan
Kemerdekaan itu disambut ,Duke Duchess of Glocester serta puteranya
tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur .Dyke of Glocester,ialah bapa
saudara kepada Queen Elizabeth dan beliaulah yg menjadi Pegawai
Peribadi Baginda Queen did lm perayaan merdeka dan utk tujuan
menyerahkan surat perlembagaan bagi menarik balik kuasa British
menaungi Negeri-Negeri Melayu dan Kedaulatan Mahkota British ke atas
Pulau Pinang dan Melaka, kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu ,Tunlu Abdul Rahman Putra Al-Haj,di dalam istiadat Perisytiharaan
Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 .
Pada keesokan harinya, iatu hari hari Jumaat 30Ogos 1957, perayaan di
Kuala Lumpur terus disambut dgn penuh meriah .Selain drpd Majlis doa
selamat dan kesyukuran di masjid-masjid ,turut menjadi detik penting dlm
sejarah Negara ialah pembukaan rasmi Stadium Merdeka.Selaindaripada
menjadi gelanggang sukan Negara ia juga dijadikan tempat perisytiharaan
kemerdekaan .Upacara pembukaan rasmi Stadium Merdeka itu telah
diadakan pada jam 8:15 pagi dengan dilangsungkan pertunjukan senaman
beramai-ramai murid-murid sekolah.

You might also like