Professional Documents
Culture Documents
GEOGRAFI
GEOGRAFI
Jadual kerja
Hari Tarikh Aktiviti
Memperoleh soalan daripada guru iaitu, Kesan
Pembuangan Sisa Domestik dan Langkah
langkah mengurangkannya di sekitar sekolah
Rabu 26/9/2018 saya
Mengadakan perbincangand dengan guru
tentang cara melaksanakan kerja lapangan
Mendengar taklimat ringkas tentang kerja
Khamis 27/9/2018 lapangan
Membuat catatan hasil taklimat guru
Mencari maklumat tentang kajian di
perpustakaan sekolah dan makmal computer
Jumaat 28/9/2018 dengan bimbingan guru
Mengadakan perbincangan dengan guru hasil
maklumat yang diperoleh
Mengumpul dan menyusun semua maklumat
Isnin 8/10/2018 yang diperoleh
Mengedarkan borang kaji selidik dengan guru
dan penduduk setempat berkaitan dengan
jenis sisa domestik ,kesan dan langkah
langkah mengatasi
Selasa 9/10/2018 Membuat pemerhatian di kawasan kajian
tentang kesan pembuangan sisa domestik
Membuat soal selidik tentang kaedah
pengasingan sisa domestik
Menulis laporan daripada maklumat yang
diperoleh
Rabu 10/10/2018 Membuat laporan dalam bentuk folio
Mengadakan perjumpaan dengan guru untuk
membuat semakan
Menyemak kajian dan membuat
Khamis 11/10/2018 penambahbaikkan
Menambah isi dan maklumat
Menghantar folio yang lengkap kepada guru
Jumaat 12/10/2018 Guru membuat pentaksiran hasil kerja lapang
Objektif Kajian
1. Temu bual
Saya menemu bual tiga orang responden untuk mengetahui kesan dan langkah-langkah
mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik di kawasan kajian. Soalan temu bual
terdapat di lampiran I
2. Pemerhatian
Saya melakukan pemerhatian tentang kesan pembuangan sisa domestik di kawasan
kajian.
3. Soal selidik
Saya menyediakan satu set soalan selidik untuk diajukan kepada 20 orang responden di
kawasan kajian. Kandungan soal selidik tersebut adalah seperti di lampiran II
4. Rujukan
Bahan rujukan yang saya gunakan ialah laman sesawang yang berkaitan Buku di Teks
Geografi Tingkatan 1.
Laporan Kajian
Sisa domestik ialah sisa buangan kawasan kediaman sama ada dalam bentuk pepejal
mahupun dalam bentuk cecair. Kebanyakan sisa domestik di kawasan sekolah saya
merupakan sisa pepejal seperti sisa tanaman, sisa makanan, perabut lama, plastik, tin dan
botol.
Berikut merupakan foto sisa domestik yang diambil di sekitar kawasan Sekolah Menengah
Kebangsaan Sri Kota 3400 Taiping, Perak.
Pencemaran bau
Berdasarkan pemerhatian saya, terdapat banyak longgokan sampah sarap di kawasan
lapang yang dijadikan tempat pembuangan sampah di kawasan sekolah ini. Sampah sarap
ini bukan sahaja mengeluarkan bau yang busuk malah menjadikan keadaan kotor.
Keadaan ini amat menganggu keselesaan penduduk sekitar.
Menguatkuasakan undang-undang
Saya mencadangkan agar pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang alam sekitar
dengan lebih tegas. Masyarakat perlu dididik supaya mengamalkan cara buang sampah
dengan betul seperti tidak membuang sampah di kawasan yang tidak sepatutnya sehingga
boleh menyebabkan pencamaran berlaku.
Meningkatkan kesedaran masyarakat melalui kempen 3R (recyle, reuse, reduse)
Kempen 3R mengalakkan masyarakat agar mengamakan konsep guna semula, iaitu
dengan memanfaatkan semula barang yang lama. Dengan mengitar semula sisa domestik
pula, kita dapat menjimatkan sumber semula jadi, tenaga, wang serta ruang untuk tapak
pelupusan sampah. Kitar semula barangan dapat mengubah sisa menjadi sumber yang
bernilai selain mengurangkan penggunaan bahan semula jadi.
Mengasingkan sisa domestik
Aktiviti ini dapat dilakukan oleh penduduk sebagai sebahagian usaha untuk
mengurangkan penghantaran sisa domestik ke tapak pelupusan sampah sedia ada.
Pengasingan sisa ini sekolah dapat membantu meningkatkan jangka hayat tapak
pelupusan tersebut.
4. Kesimpulan
Saya berharap agar masyarakat menghargai sisa domestik sebagai sumber baharu yang dapat
digunakan semula. Hal ini secara tidak langsung dapat memastikan sumber alam semula jadi
diurus secara bijak dan cekap demi kebaikan generasi masa hadapan serta kelestarian alam
sekitar.
Senarai Rujukan
1. Internet
Akta Alam Sekeliling 1974 (2018, 5 September). Diakses daripada laman sesawang
www.sisadomestik.com
Sisa Domestik dan Kesan Pembuangannya (2018, 5 September). Diakses daripada laman
sesawang www.penulisankarporat.blogspot.my/2010/02/buangan-domestik
2. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. 10 juta tan sampah dilpuskan setiap hari. Harian Metropolis,