You are on page 1of 1

EKEMASAN jahitan, perkhidmatan pantas malah harga berpatutan membuatkan perkhidmatan

menjahit kasut diusahakan pasangan suami isteri sejak 1989 terus kekal sehingga sekarang.
Dikenali sebagai Klinik Kasut Majeed, nama itu tidak asing di pekan Baling sejak beroperasi 30
tahun lalu.
Pengusahanya, Ahmad Hussin, 58, berkata disebabkan kesihatannya yang terjejas akibat
serangan angin ahmar, kini perkhidmatan itu diuruskan isterinya, Saudah Karim, 53.
Menurutnya, dia bersyukur kerana perkhidmatan itu terus kekal sehingga kini dan sudah berjaya
menjahit puluhan ribu kasut pelanggan.
“Harga dikenakan pelanggan hanya sekitar RM10 sehingga RM30 bergantung kepada kadar
kerosakan.
“Kerja menjahit dilakukan dengan penuh kemas dan kesabaran supaya setiap jahitan bertahan
lama.
“Saya mementingkan kualiti dan ketelitian jahitan, justeru saya turut memantau jahitan dilakukan
isteri,” katanya kepada Harian Metro.
Bapa kepada empat anak berkata, dengan wang hasil jahitan itulah menjadi punca rezeki untuk
dirinya selain bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling.
“Meskipun tidak memberi pendapatan lumayan, ia masih dapat menjana pendapatan selain
dapat membantu orang ramai,” katanya.
Ahmad yang kini hanya berkerusi roda tetap ‘turun padang’ membantu isteri mengikut kadar
kemampuannya setiap hari.
“Saya berasa gembira apabila melihat pelanggan berpuas hati dengan jahitan kasut mereka.
“Saya percaya, kepuasan pelanggan sajalah yang membolehkan perkhidmatan ini terus kekal
sehingga sekarang,” katanya.

TOKYO: Penerbangan dan perkhidmatan tren di bandaraya ini dibatalkan menjelang ketibaan
Taufan Faxai yang diramal melanda rantau itu malam esok.
Sebagai persediaan, syarikat Central Japan Railway akan membatalkan atau menangguhkan
sekitar 50 perkhidmatan tren kelajuan tinggi antara Tokyo dan Osaka bermula jam 5 petang,
esok.
Syarikat Penerbangan Jepun sudah membatalkan kira-kira 20 penerbangan di dua lapangan
terbang di Tokyo.
Menerusi kenyataannya, syarikat itu memberi amaran lebih banyak penerbangan dijangka
dibatalkan serta akan berlaku kelewatan penerbangan.
Agensi Meteorologi Jepun dalam satu kenyataan di laman webnya berkata, taufan itu membawa
angin mencecah kelajuan 216 kilometer sejam berserta hujan lebat.
Faxai dijangka menurunkan sebanyak 300 milimeter air hujan dalam tempoh 24 jam dan rantau
lain di Jepun berpotensi terjejas oleh ribut terbabit.
Stesen televisyen NHK dalam laporannya turut memberi amaran angin kencang boleh
memutuskan bekalan elektrik dan merosakkan kediaman, manakala hujan lebat akan
menyebabkan banjir serta tanah runtuh.

You might also like