You are on page 1of 9

DUW 1012

Occupational safety and


health administration
Case study 3

Name : Muhammad Izzat Asyraaf Bin Razali


Matric. No : 01DKM18F1189
Class : DKM1E
Lecturer’s name : Puan Siti Asma’ Binti Baharudin
Case study 3 : Pemandu maut tercampak keluar
kenderaan.
1. Laporan :

Kereta Proton Wira yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 82.5, Jalan Kuala Terengganu-
Kuantan dekat Batu 5, yang mengorbankan pemandunya, Partiban A/L Ravi Chandran. - Foto Rosli
Ilham

DUNGUN: Seorang pemuda maut apabila tercampak keluar dari kenderaan


dipandunya di Kilometer 82.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Batu 5, di sini,
malam tadi.

Dalam nahas ketika hujan lebat kira-kira jam 10.30 malam, RC Partiban, 25, dari
Taman Dato Rashid, Kuantan, Pahang, meninggal dunia di tempat kejadian.

Insiden dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira itu terbabas ke kanan jalan
sebelum merempuh pagar sebuah rumah di situ, sekali gus menyebabkan mangsa
tercampak keluar dari kenderaannya.

Kemalangan itu turut mengakibatkan kereta Proton Saga BLM berpusing ketika cuba
mengelakkan perlanggaran sebelum dirempuh sebuah lagi Proton Wira dipandu
seorang lelaki berusia 28 tahun.

Bagaimanapun, kedua-dua pemandu Proton Saga BLM dan Proton Wira terbabit
tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pemandu Proton Saga BLM, Syazreen Syafika Azmi, 23, berkata ketika kejadian,
beliau dalam perjalanan dari Kerteh untuk pulang ke rumahnya di Kampung Kuala
Abang, di sini.

“Ketika itu, hujan sangat lebat dan saya sedang mengekori sebuah kereta lain yang
berada di belakang kenderaan mangsa.

“Tiba-tiba, kereta di depan saya menekan brek kecemasan untuk mengelak daripada
terlanggar kenderaan mangsa yang dipercayai hilang kawalan. Berikutan itu, saya
turut menekan brek mengejut sehingga kereta berpusing.

“Pada masa sama, sebuah Proton Wira di belakang gagal mengelak lalu merempuh
kereta saya. Bagaimanapun, saya bersyukur tidak cedera dalam kemalangan ini,”
katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah,


ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Bilik Forensik, Hospital Dungun untuk
tindakan lanjut.

“Ketika kejadian, keadaan jalan basah akibat hujan lebat dan polis sudah
menghubungi keluarga mendiang untuk memaklumkan kemalangan itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana
memandu secara melulu dan membahayakan sehingga menyebabkan kematian,”
katanya.
2. Faktor berlakunya kemalangan

 Kereta yang dipandu hilang kawalan dalam keadaan hujan lebat.


 Kemalangan itu berlaku ketika hujan lebat.
 Hujan lebat yang melanda dan berlaku di waktu malam
 Cuaca hujan lebat yang melanda menyebabkan jalan raya menjadi licin dan
berbahaya
 Jalan raya yang licin menyebabkan kenderaan yang melalui jalan tersebut susah
untuk dikawal
 Hujan lebat dan waktu malam menyebabkan kawasan sekeliling menjadi gelap
dan mengganggu penglihatan pemandu
 Angin ribut yang kuat juga menyebabkan kenderaan yang dipandu mudah hilang
kawalan
 Mangsa mungkin berasa letih kerana memandu pada waktu malam dan menuju
ke destinasi yang jauh.

3. Pihak keselamatan yang terlibat


 Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah
 Polis
 Unit Forensik Hospital Dungun (HD)
 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu
 Pihak hospital
4. Analisis penyebab kemalangan (hazard, effect,
cause, risk control, recommendation control)

a) Hazard
- Cuaca yang kurang baik iaitu hujan lebat pada waktu malam
- Jalan raya yang menjadi licin disebabkan hujan lebat
- Keadaan fizikal dan mental mangsa

b) Effect
- Hujan lebat menyebabkan jalan raya menjadi licin dan berbahaya untuk para
pemandu kenderaan
- Keadaan fizikal dan mental mangsa yang berkemungkinan letih kerana
memandu pada waktu malam dan menuju ke destinasi yang agak jauh
- Jalan raya yang licin boleh mengakibatkan kenderaan yang dipandu hilang
kawalan dan boleh menyebabkan kemalangan

c) Cause
- Jalan raya menjadi licin dan berbahaya untuk pemandu
- jalan raya yang licin menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan
menyebabkan kemalangan
- pemandu berasa letih kerana destinasi yang jauh dan memandu pada waktu
malam

d) Risk control
- Elakkan memandu ketika cuaca yang tidak elok seperti hujan lebat
- Memandu dengan berhati-hati ketika cuaca hujan dan ribut
- Rehat dengan secukupnya sebelum memulakan perjalanan
- Fokus ketika memandu semasa hujan lebat

e) Recommendation control
- Rancang perjalanan pergi dan balik secara efektif
- Elakkan meneruskan perjalanan ketika cuaca buruk
- Pastikan kondisi badan dalam keadaan yang baik supaya badan tidak berasa
letih atau tidak focus ketika memandu
- Pastikan kenderaan dalam keadaan yang baik. Sekiranya kenderaan hendak
digunakan untuk perjalanan jauh, pastikan kenderaan diservis terlebih dahulu
untuk mengelakkan sebarang kerosakan
- Tidak memandu dengan laju ketika memandu semasa hujan lebat
- Tidak mengekori kenderaan terlalu rapat
5. Langkah pencegahan keselamatan dan kesihatan
(HIRARC)
 Majikan dan pekerja harus menyedari statistik yang serius ini dan bersedia
untuk mengambil langkah bagi mengurangkan kejadian kemalangan.Majikan
mempunyai tanggungjawab untuk melindungi pekerja mereka dan pengguna
jalan raya dengan mengambil pengurusan risiko pekerja di jalan raya untuk
mengurangkan kerugian perniagaan yang meningkat daripada kemalangan
jalan raya semasa ke tempat kerja.
 Pihak kerajaan juga hendaklah memandang serius terhadap keadaan jalan
raya yang tidak memuaskan.Ini adalah kerana kerosakan jalan raya seperti
jalan berlubang, tidak rata ataupun masalah kejuruteraan boleh
menyebabkan kemalangan. Ia harus ditangani dan diperbaiki dengan kadar
segera bagi mencegah kemalangan.
 Sikap kurang sabar dan pemanduan secara berbahaya di jalan raya perlu
diperbaiki
 Mengambil berat terhadap keselamatan dan menghargai nyawa orang yang
tersayang
 Mengadakan kempen keselamatan dan bahaya di jalan raya
6. Info keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib

You might also like