You are on page 1of 4

SK LADANG PAMOL

BATU 8, JALAN MERSING


86000 KLUANG, JOHOR

KERTAS KERJA

PROGRAM BENGKEL
TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2018

TEMPAT
SK LADANG PAMOL,
BATU 8, JALAN MERSING,
86000 KLUANG, JOHOR
1.0 MATLAMAT
1.1 Membimbing dan membina keyakinan diri murid untuk menjawab soalan
peperiksaan UPSR.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Memberi pendedahan kepada murid-murid Tahun 6 dengan teknik dan tips yang
betul untuk menjawab soalan peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
2.2 Membantu murid membiasakan diri menjawab soalan UPSR.
2.3 Membantu guru-guru mata pelajaran meningkatkan pengetahuan dengan kaedah
pengajaran yang berkesan.

3.0 TARIKH PELAKSANAAN


7 – 28 APRIL 2018

4.0 SASARAN / PENYERTAAN


 20 orang murid Tahun 6.
 Guru-guru mata pelajaran teras Tahun 6.

5.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Pn Hjh Noriah binti Mohd Yusof (Guru Besar)


Pengerusi : Pn Nursyahadu Ong Bak Li binti Abdullah (PK Pentadbiran)
N. Pengerusi : En Azrizal bin Azamir (PK HEM)
En Dzulkefli bin Ahmad (PK KOKO)
Setiausaha : Pn Che Ku Izariya Aishah binti Che Ku Ali
Bendahari : Pn Suriani binti Uyub

Ahli Jawatankuasa:
1. En Mohd Yusof bin Muharam
2. En Rashidi bin Tokiman
6.0 PELAKSANAAN PROGRAM

1. Guru-guru Tahun 6 mata pelajaran teras bermesyuarat untuk memutuskan penceramah


yang bakal dijemput untuk mengisi slot Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2018.
2. Guru mata pelajaran Tahun 6 diwajibkan hadir bersama pada hari bengkel tersebut untuk
membantu penceramahmengendalikan LCD sekiranya diperlukan sewaktu bengkel
tersebut berlangsung.
3. Guru mata pelajaran juga digalakkan hadir untuk meningkatkan kemahiran dengan teknik
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
4. Murid-murid hendaklah membawa buku-buku yang berkatian dan alat tulis yang
mencukupi semasa bengkel tersebut dijalankan.
5. Bengkel ini akan diadakan pada hari Sabtu bulan April seperti ketetapan berikut:

Tarikh Mata Pelajaran Slot Penceramah Guru MP Tahun 6


7.4.2018 Sains 1 En Norhisham bin En Rashidi bin Tokiman
Mohamad
7.4.2018 Matematik 2 En Sazali bin Abdul Pn Suriani binti Uyub
Rahman
14.4.2018 Bahasa Inggeris 1 Pn Julailee bt Manan Pn Che Ku Izariya Aishah
Penulisan binti Che Ku Ali
14.4.2018 Bahasa Inggeris 2 Pn. Zainab bt Buang Pn Che Ku Izariya Aishah
Pemahaman binti Che Ku Ali
28.4.2018 Bahasa Melayu 1 En Hj Azmi bin Salleh En Mohd Yusof bin
Pemahaman Muharam
28.4.2018 Bahasa Melayu 2 Pn. Hjh Ashikah bt En Mohd Yusof bin
Penulisan Hasanudin Muharam
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1 Bayaran Penceramah (6 x 100) RM 600.00
2 Makan dan Minum Murid
20 x RM 2 = RM 40
RM 40 x 3 = RM 120 RM 120.00
3 Makan dan Minum Guru & Penceramah
Guru 9 orang x RM 4 RM 36.00
Penceramah 6 orang x RM 4 RM 24.00
4 Air Mineral Penceramah RM 6.00
5 Jumlah Keseluruhan RM 786.00

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

………………………………………. …………………………………………..
( CHE KU IZARIYA AISHAH BT (PN HJH NORIAH BINTI MOHD YUSOF)
CHE KU ALI ) Guru Besar SKLP
Penyelaras Tahun 6 SK Ladang Pamol
SK Ladang Pamol

Tarikh : 18.4.2018 Tarikh : 18.4.2018

You might also like