You are on page 1of 2

APA ITU PENDIDIKAN KHAS?

APA ITU PENDIDIKAN KHAS?


Pendidikan Khas ialah suatu program pengajaran yang direka bentuk berpandukan ciri-ciri individu
untuk memenuhi keperluan individu yang berpendidikan khas. Matlamat paling penting dalam pendidikan khas
ialah untuk mencari dan membangkitkan keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas. Pengajarannya yang
bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang
upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum biasa atau
perkhidmatan sekolah biasa.
DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi
keperluan istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas ( Hallahan &Kaufman 2000)
Mengikut Heward (2000) pula pendidikan khas boleh diterangkan dalam pelbagai perspektif. Pendidikan khas
sebagai intervensi iaitu proses mencegah, menghapus
atau mengatasi halangan yang mungkin menyebabkan pelajar daripada penyertaan aktif dalam sekolah atau
masyarakat. Oleh itu Pendidikan Khas secara umumnya didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk
khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Ia
merupakan satu program pendidikan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan
emosi serta sosialnya yang tidak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal.

SIAPAKAH KANAK-KANAK KHAS?


Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak yang sederhana ataupun biasa ( 1) dalam ciri-ciri mental ( 2)
keupayaan deria ( 3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal ( 4) dalam tingkah laku social- emosi ( 5) dalam
keupayaan komunikasi atau ( 6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan
sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan
maksima.

VISI PENDIDIKAN KHAS


Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan
hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka
insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan
negara.
PERISTIWA PENTING YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS
1)DEKLARASI HAK-HAK KEMANUSIAAN SEJAGAT ( 1948) meliputi hak bagi setiap individu mendapat
pendidikan yang menekankan ‘ keperluan –keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut
perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan
untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.
2)Pada tahun 1959 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU( PBB) telah mengisytiharkan HAK
KANAK-KANAK SEDUNIA dimana mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan
mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi kanak-kanak normal.
3)AKTA PELAJARAN 1961 dalam bahagian 1 ( tafsiran)- dinyatakan bahawa sekolah khas bermakna sekolah
yang menyediakan layanan yang khas untuk kanak-kanak kurang upaya.
4)LAPORAN JAWATANKUASA KABINET ( 1978)- mengkaji dasar perlaksanaan pelajaran melalui
PERAKUAN 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang jelas
kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Di mana tanggungjawab kementerian tertentu adalah
sebagaimana berikut:
 Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak yang bermasalah penglihatan,
pendengaran, pembelajaran( terencat akal ) yang boleh didik.
 Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya
fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastic.
 Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti diperingkat awal dan menyaring kanak-kanak
yang dilahirkan dalam keadaan yang berisiko
Selain daripada itu dalam Laporan jawatankuasa Kabinet tersebut juga Akta Pelajaran 1961 telah disemak
semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996.

SIAPAKAH KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


Kanak-kanak lazimnya setelah melalui suatu program pendidikan, jurang perbezaan penguasaan mereka dapat dikurangkan. Namun terdapat sekumpulan
kecil kanak-kanak di mana cirri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka yang berbeza daripada norma sehingga mereka memerlukan program pendidikan yang
khusus iaitu Pendidikan Khas. Ini termasuklah juga kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang jauh tinggi dari norma umur mereka. Kumpulan pelajar ini
merupakan kanak-kanak berkeperluan khas.

SIAPAKAH KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


Kanak-kanak lazimnya setelah melalui suatu program pendidikan, jurang perbezaan penguasaan mereka dapat dikurangkan. Namun terdapat sekumpulan
kecil kanak-kanak di mana cirri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka yang berbeza daripada norma sehingga mereka memerlukan program pendidikan yang
khusus iaitu Pendidikan Khas. Ini termasuklah juga kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang jauh tinggi dari norma umur mereka. Kumpulan pelajar ini
merupakan kanak-kanak berkeperluan khas.
JENIS-JENIS MASALAH MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
Kerencatan akal
Masalah Penglihatan
Masalah Pendengaran
Masalah tingkah laku/emosi
Masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
Palsi Serebral
Masalah pembelajaran spesifik
Masalah komunikasi dan bahasa
Masalah Autisme
Masalah pintar cerdas
PELAKSANAAN PENDIDIKAN KHAS

PENYAMPAIAN
Penyampaian pembelajaran dengan menggunakan kaedah tertentu. Contohnya penggunaan bahasa isyarat.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Strategi pengajaran yang khusus yang sesuai dengan jenis ketidakupayaan murid.

PERALATAN
Alat yang membantu proses pendidikan seperti alat bantuan pendengaran bagi kanak-kanak pekak dan mesin Brailler bagimereka yang buta.

BILANGAN PELAJAR DALAM KELAS


Bilangan pelajar dalam kelas Pendidikan Khas di Malaysia ialah 5-10 orang murid dan jumlah ini dalam proses penambahbaikan sehingga menjadi nisbah
guru-murid 1:1 pada masa akan datang.
GURU PENDIDIKAN KHAS TERLATIH
Guru-guru dilatih khas untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas seperti masalah pembelajaran, masalah penglihatan dan masalah pendengaran.

PENGUBAHSUAIAN KURIKULUM
Kandungan kurikulum diubahsuai dengan mengambil kira jenis keupayaan murid.

AKTIVITI KOKURIKULUM
Diubahsuai dengan jenis murid berkeperluan khas

You might also like