You are on page 1of 14

KOMPETENSI PENGURUSAN KEWANGAN DALAM KALANGAN MAHASISWA:

TINJAUAN TERHADAP PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA


PENDIDIKAN (SAINS SUKAN), UTM, SKUDAI

PM DR HUSSIN BIN SALAMON


NIK NURUL AMNI BINTI NIK LEE
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRAK: Kajian ini merupakan satu tinjauan umum berkenaan kompetensi


pengurusan kewangan dalam kalangan mahasiswa UTM, Skudai. Seramai 87 orang
mahasiswa Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan), Fakulti Pendidikan terdiri
daripada tahun satu, dua dan empat dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Set soal
selidik mengandungi 36 item yang terdiri daripada 4 bahagian iaitu Bahagian A B, C dan juga
D dijadikan sebagai instrumen kajian. Bahagian A terdiri daripada latar belakang responden,
bahagian B terdiri daripada 13 item yang menguji tahap kompetensi pengurusan kewangan
mahasiswa, manakala bahagian C meliputi 13 item bagi mengenalpasti cabaran yang di
hadapi mahasiswa dalam mengurus pembelanjaan dan bahagian D pula adalah untuk
mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil mahasiswa dalam pengurusan kewangan
yang cekap dan berkesan yang meliputi 10 item. Data-data kajian yang dikumpul dianalisis
secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan
perisian “Statistical Package for the Social Sciences for Windows version 16.0 (SPSS
Windows 16.0)”. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah  = 0.898. Secara
keseluruhannya, dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan tahap kompetensi pengurusan
kewangan mahasiswa masih di bawah tahap sederhana dan perlu ditingkatkan. Mahasiswa
sedar akan kepentingan pengurusan kewangan yang lebih cekap dan sistematik namun
kepelbagaian cabaran dalam pembelanjaan menyebabkan pengurusan kewangan responden
tidak terkawal dan berada pada tahap sederhana dengan min berjumlah 3.24. Di akhir kajian,
penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pelbagai pihak dalam memberi
pendedahan dan pendidikan mengenai pengurusan kewangan yang berkesan dalam kalangan
mahasiswa. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan
datang.

Kata Kunci: Kompetensi, Pengurusan Kewangan

ABSTRACT: This is a general survey on financial management competency among


students. 87 respondents consist of the first, second and fourth year students, Bachelor of
Science with Education (Sports Science) from Faculty of Education were involved in this
study. The instrument used was a questionnaires with 36 items which consists of four parts;
Section A, B, C and D. Section A consists of student’s personal detail, section B consists of
13 items to review the financial management competence among the students, while section
C consists of 13 items to identify the challenges facing students in managing expenses and
section D consists of 10 items to know the steps that need to be taken by students towards
efficient and effective financial management. The data obtained were analyzed descriptively
in order to find the frequency, percentage and mean by using Statistical Package for the
Social Sciences for Windows version 16.0 (SPSS Windows 16.0) for windows software. The
reliability value of the pilot study is  = 0.898. Overall, the outcome of the study showed that
competence level of financial management among students is still at intermediate level and
need to be improved. Students realized the importance of efficient and systematic financial
management and how to handle it, but various challenges in financing led to the difficulty in
managing the finance, thus, it is still at intermediate level with mean value of 3.24. At the end
of this study, researcher has proposed several suggestions to the related parties to provide
some exposure and knowledge about financial management impressively among students.
Researcher concluded by providing a few recommendations for future study.

Keywords: Competency, Financial Management

1.0 PENGENALAN

Wang merupakan satu aset yang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita
seharian terutama dalam keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu. Ini adalah kerana di
mana sahaja kita berada kita memerlukan wang. Tanpa wang, banyak keperluan hidup tidak
dapat kita penuhi dengan sempurna. Ada pepatah mengatakan wang bukan segala-galanya
namun dalam realiti kehidupan sekarang hampir segala urusan kehidupan memerlukan wang.
Ia bukan sahaja penting kepada golongan yang sudah bekerja malah ianya juga penting
kepada golongan pelajar sekolah mahupun yang bergelar mahasiswa. Oleh kerana wang
penting dalam kehidupan maka ia perlu diurus dengan baik untuk meningkatkan kualiti
hidup.
Menjadi seorang pelajar kampus sudah tentunya bukan tugas yang mudah. Selain
daripada mengulang kaji pelajaran serta menyiapkan tugasan, mereka juga perlu
menguruskan wang dengan baik supaya dapat meneruskan kehidupan dengan baik tanpa
gangguan. Jika tidak dapat menguruskan kewangan mereka dengan bijak, ia boleh
mengganggu tumpuan seterusnya memberi kesan ke atas pembelajaran mereka.
Menurut Siti Alida et.al (2007), kehidupan dan keperluan kewangan semasa antara di
bangku sekolah dan di institusi pengajian tinggi amatlah berbeza. Keperluan kewangan
semasa menuntut di institusi pengajian tinggi jauh lebih tinggi daripada yang diperlukan di
peringkat sekolah dan tuntutan mengurus pula perlu lebih bijak dan berhemah. Jika pelajar
bijak menguruskan wang, maka mereka akan kurang menghadapi masalah kewangan di
sepanjang pengajian dan proses pembelajaran akan berjalan dengan lebih lancar dan baik.
Setiap pelajar inginkan keselesaan dalam kedudukan kewangan. Untuk mencapainya
perlulah ada satu sistem perancangan kewangan atau sistem pengurusan kewangan yang
berkesan agar perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik. Jika perancangan dan pengurusan
dibuat secara sistematik, kedudukan kewangan mereka akan mencukupi malah mungkin ada
lebihan untuk membuat tabungan.
Sebaliknya jika kewangan tidak dirancang dengan baik, pada kebiasaannya atas
banyak kesilapan, pembaziran, hutang lapuk, tidak stabil, ia akan menyebabkan sumber
kewangan selalu tidak mencukupi. Hal ini banyak terjadi kepada pelajar yang selalu
berbelanja dengan cara yang tidak berhemah dan bersistematik. Pengurusan kewangan dalam
kehidupan adalah satu keperluan lebih-lebih lagi pada keadaan sekarang yang mana semua
perkara atau perkhidmatan memerlukan wang.
Secara umumnya, Islam menganjurkan umatnya agar menguruskan kehidupan mereka
dengan baik dan sempurna. Realiti kehidupan menunjukkan bahawa manusia memerlukan
harta untuk menjalani kehidupan. Dan harta merupakan sebahagian daripada kehidupan kita.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN


Menjadi pembeli yang bijak memang diimpikan bagi setiap individu. Namun begitu
tidak semua yang berjaya mencapai matlamat sedemikian. Permasalahan ini seringkali terjadi
apabila tujuan pembelanjaan itu sendiri tidak digambarkan dengan sempurna dalam
memenuhi keperluan kehidupan. Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (1987),
memenuhi keperluan hidup sudah menjadi satu tanggungjawab yang rumit untuk para
pengguna biasa kerana semua kos barang-barang dan perkhidmatan terus menerus meningkat
harganya. Justeru, untuk menjadi seorang pembeli yang bijak mesti dapat membezakan antara
keperluan dan kehendak dalam kehidupan mereka.
Menurut Noor ‘Alim (2005), apabila dapat wang, kita diberi tiga pilihan sama ada
untuk dibelanjakan kesemuanya, belanja separuh dan menyimpan, atau menyimpan dan
melabur. Ia membawa maksud kita perlulah sentiasa berfikir macam mana menguruskan
kewangan yang kita perolehi berdasarkan langkah yang bijak. Sebagai pelajar yang bijak
menguruskan kewangan, adalah digalakkan berbelanja separuh dan separuh lagi sebagai
simpanan. Namun ketika berbelanja perlulah difikirkan sama ada berdasarkan keperluan atau
kemahuan kita sendiri.
Keperluan di sini membawa maksud suatu perkara asas yang mesti diperoleh, dimiliki
dan digunakan dalam kehidupan seseorang seperti pakaian, makanan dan tempat tinggal
manakala kehendak pula merupakan keinginan seseorang terhadap sesuatu yang lebih baik
daripada keperluan asas seperti menjamu selera di restoran eksklusif, membeli pakaian
berjenama dan keinginan memiliki kereta mewah (Ismail Ab.Wahab et.al., 2008). Namun
begitu, setiap masalah akan menjadi ringan dan mudah serta berupaya menjimatkan amaun
wang yang banyak sekiranya kita berjaya membezakan keinginan daripada keperluan dalam
melaksanakan tuntutan perbelanjaan harian kita.
Permasalahan ini juga turut dihadapi oleh golongan pelajar. Pengurusan wang setiap
individu tidak boleh dipandang remeh kerana cabaran hidup masa depan semakin sukar
(Zulnaidi Yaacob,2010). Setiap pelajar perlu sedar bahawa mereka seharusnya bijak dalam
membuat perancangan perbelanjaan dan pengurusan kewangan mereka. Dalam Berita Harian
(23 Jun 2010), Bank Negara Malaysia juga menitikberatkan mengenai perancangan
kewangan pelajar di mana merancang kewangan bermula apabila seseorang itu merancang
perbelanjaan harian. Dalam artikel tersebut, Bank Negara Malaysia memberi beberapa tip
yang dapat membantu pelajar dalam merancang kewangan mereka. Ini adalah kerana hampir
setiap pelajar yang mendapat wang belanja, tiada semua tahu bagaimana untuk
membelanjakan wang tersebut dengan baik. Antara tip yang diberi seperti rancang
perbelanjaan dengan baik, berbelanja dengan bijak di mana keperluan diutamakan, pastikan
sentiasa mempunyai wang di tangan, menyimpan wang di tempat yang selamat dan melabur
wang untuk mendapatkan pulangan. Tip-tip yang diberikan sangat berguna untuk di amalkan
oleh pelajar sama ada pelajar sekolah mahupun pelajar universiti atau individu yang lain.
Kos pengajian dari segi yuran, buku-buku akademik dan juga bahan-bahan tugasan
semakin meningkat. Semasa zaman persekolahan buku-buku rujukan dan buku teks mudah
didapati manakala terdapat program bantuan buku teks bagi keluarga pelajar yang kurang
berkemampuan. Ianya jauh berbeza dengan buku-buku di aliran pengajian yang lebih tinggi
kerana majoriti bukunya lebih mahal dan sukar didapati. Tambahan pula, perbelanjaan untuk
pembelian buku-buku akademik agak sukar untuk dianggarkan dan kos yang sebenarnya
hanya boleh ditentukan apabila pengajian telah bermula dan semuanya bergantung kepada
pensyarah atau tutor masing-masing (Siti Alida et.al, 2007).
Walaupun terdapat perpustakaan sebagai tempat untuk kita mendapatkan buku
rujukan namun ianya terhad dari sudut bilangan buku dan juga tempoh peminjaman. Ini
menyukarkan pelajar untuk berurusan tambahan pula jika perpustakaan jauh dari tempat
penginapan. Namun begitu, masalah selalunya timbul disebabkan oleh para pelajar tidak
mampu mengawal tabiat berbelanja secara rasional dan kurang arif dalam mengenalpasti
antara barang keperluan dan juga barang kehendak mereka. Ini mengakibatkan berlakunya
kekurangan wang dalam setiap perbelanjaan mereka. Sedangkan status kemasukan wang
pelajar adalah terhad tetapi aliran keluaran wang pelajar meningkat hari demi hari. Keadaan
ini akan membawa masalah dalam kewangan pelajar dan juga kesan kepada pencapaian
akademik mereka.
Oleh itu, tidak hairanlah mengapa kerajaan memperuntukkan wang yang banyak
untuk bidang pendidikan supaya tidak berlaku sebarang krisis kewangan dalam kalangan
pelajar dan meringankan belanja seharian. Dalam bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh
YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri
Kewangan Malaysia pada 7 Oktober 2011 baru-baru ini, beliau memperuntukkan RM260 juta
kepada kira-kira 1.3 juta pelajar dengan pemberian baucer buku bernilai RM200 kepada
semua pelajar warganegara Malaysia di institut pengajian tinggi awam dan swasta tempatan,
matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
Dalam hal ini, pengurusan dan perancangan kewangan yang baik oleh pelajar
merupakan satu aspek yang penting yang patut diamalkan demi masa depan pelajar itu sendiri
kerana perancangan kewangan yang baik akan menjanjikan kehidupan yang sejahtera.
Majoriti pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT), rata-rata mendapat bantuan
pelajaran berbentuk biasiswa atau pinjaman sama ada daripada Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Negeri dan syarikat
swasta. Menurut Siti Alida et.al (2007), pembiayaan kerajaan kepada para pelajar peringkat
tinggi telah mengalami perubahan yang ketara semenjak sepuluh tahun yang lalu, di mana
bantuan kerajaan dalam bentuk biasiswa semakin berkurangan dan digantikan dengan
program pinjaman pelajar. Apa yang pasti pinjaman dan biasiswa ini adalah untuk
menampung yuran pengajian, penginapan dan perbelanjaan harian pelajar di universiti.

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Merujuk perkara di atas, sememangnya perlu pengurusan kewangan yang bijak dalam
kalangan pelajar. Tapi persoalannya adalah sejauh mana kompetensi pelajar dalam
menguruskan kewangan? Apakah cabaran-cabaran yang bakal dihadapi pelajar dan
bagaimana cara-cara yang boleh dilakukan dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan
kewangan yang cekap? Dan bagi menjawab segala persoalan yang timbul, satu kajian
terhadap kompetensi pengurusan kewangan dalam kalangan pelajar akan penyelidik jalankan
ke atas pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengkaji tahap kompetensi pengurusan kewangan mahasiswa Sains Sukan, UTM.


2. Mengenalpasti cabaran yang dihadapi mahasiswa Sains Sukan, UTM dalam mengurus
pembelanjaan.
3. Mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil mahasiswa dalam pengurusan
kewangan yang cekap dan berkesan.

5.0 PERSOALAN KAJIAN

1. Bagaimanakah tahap kompetensi pengurusan kewangan mahasiswa Sains Sukan,


UTM?
2. Apakah cabaran yang dihadapi mahasiswa Sains Sukan, UTM dalam menguruskan
kewangan?
3. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil mahasiswa dalam pengurusan kewangan
yang cekap dan berkesan?

6.0 KEPENTINGAN KAJIAN

6.1 Ibu bapa


Hasil kajian ini juga boleh dijadikan panduan kepada para ibu bapa terutama mereka yang
mempunyai anak-anak yang belajar di IPTA atau IPTS. Hal ini penting agar mereka dapat
mengetahui dan memahami bagaimana anak-anak mereka menguruskan kewangan dengan
bijak dan cekap apabila berjauhan dengan mereka. Ini adalah kerana sesuatu pembelajaran itu
bermula di rumah. Sekiranya ibu bapa mendidik anak-anak menguruskan wang sejak kecil
lagi kemungkinan tidak akan berlaku sebarang masalah dan pelajar lebih disiplin dan
konsisten dalam menguruskan wang.

6.2 Mahasiswa
Hasil kajian ini juga begitu penting untuk mahasiswa bagi mengetahui pengurusan kewangan
yang bijak dan lebih baik. Sebagai mahasiswa, mereka perlu mendalami teknik pengurusan
kewangan yang cekap dan sistematik supaya tidak mengalami krisis kewangan yang teruk
dalam pengajian. Mahasiswa juga boleh mengambil langkah bersesuaian dengan situasi dan
permasalahan yang dihadapi dalam menjalani kehidupan di kampus. Langkah yang bijaksana
mampu untuk mengurangkan masalah kewangan dalam kalangan mahasiswa. Selebihnya
kajian ini dapat menyedarkan mahasiswa tentang fungsi sebenar kewangan serta input-input
yang berguna yang perlu diamalkan supaya masalah kewangan tidak mengganggu
pembelajaran mereka di IPT.

6.3 Kerajaan
Kajian ini juga membantu pihak yang bertanggungjawab seperti kerajaan dalam menilai
sekaligus dijadikan panduan kepada pihak lain bagi menyelesaikan masalah-masalah yang
berkaitan dengan pengurusan kewangan dalam kalangan mahasiswa. Ia juga memberi
gambaran mengenai pengetahuan sedia ada serta kemahiran pengurusan kewangan
mahasiswa supaya program yang sesuai dapat dirangka bagi membangunkan mahasiswa yang
bijak dalam berbelanja serta boleh menjadi contoh kepada mahasiswa yang lain.

7.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan di kawasan sekitar kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
Skudai, Johor tanpa melibatkan mana-mana institusi-institusi pengajian tinggi yang lain.
Fakulti Pendidikan dipilih untuk menjalankan kajian ini di mana responden terdiri daripada
pelajar-pelajar tahun 1, tahun 2 dan tahun 4 yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) sesi 2011/2012. Jumlah responden adalah seramai 87
orang.

8.0 METODOLOGI KAJIAN

8.1 Rekabentuk Kajian


Kajian ini berbentuk penyelidikan deskriptif jenis tinjauan iaitu menggunakan soal selidik.
Kaedah kuantitatif yang dipilih bertujuan untuk mengetahui tahap kompetensi pengurusan
kewangan mahasiswa Sains Sukan, UTM, cabaran-cabaran yang dihadapi mahasiswa Sains
Sukan, UTM dalam menguruskan perbelanjaan serta langkah-langkah yang perlu diambil
mahasiswa Sains Sukan, UTM dalam pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan.
Kaedah ini bersesuaian dengan kajian kerana mudah untuk mendapatkan maklumat tentang
sesuatu perkara dan peristiwa yang berlaku.

8.2 Populasi Dan Sampel


Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999), populasi merupakan semua ahli dalam
kelompok iaitu keseluruhan subjek yang dikaji. Oleh itu, bagi menggambarkan gambaran
sebenar populasi dikaji, perwakilan yang menyeluruh diperlukan dalam kajian ini sebagai
sampel.Manakala sampel pula adalah sebahagian daripada populasi yang diambil sebagai
responden dalam sesuatu kajian. Sampel boleh diambil secara rawak mahupun diambil secara
bertujuan (purposive sampling).
Di dalam kajian ini, populasinya terdiri daripada mahasiswa Tahun 1, Tahun 2 dan
Tahun 4 yang mengikuti kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)/SPS di
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Jumlah keseluruhan populasi dalam
kajian ini adalah seramai 87 orang. Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999), jumlah
sebanyak 30% daripada populasi yang diambil untuk dijadikan sampel sudah mencukupi.
Namun, dalam kajian ini penyelidik telah melibatkan semua populasi sebagai sampel kajian
disebabkan bilangan populasi yang tidak terlalu ramai.

8.3 Instrumen Kajian


Instrumen kajian merupakan alat untuk mendapatkan data daripada sampel kajian. Semasa
melaksanakan kajian ini, penyelidik telah memilih instrumen kajian yang berbentuk soal
selidik. Penyelidik merasakan penggunaan soal selidik menepati sebagai kaedah untuk
mendapatkan data kajian disebabkan kaedah ini mudah untuk dikendalikan dan tepat serta
mudah untuk mendapatkan kerjasama responden. Responden bebas memilih jawapan tanpa
rasa segan dan bilangan responden yang ramai boleh meningkatkan kebolehpercayaan kajian.
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan instrumen soal selidik yang dikemukakan
kepada responden. Maka kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Set soal selidik diedarkan
kepada keseluruhan pelajar SPS tahun satu, tahun dua dan tahun empat untuk mendapatkan
data. Set soalan tersebut telah dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian A, B, C dan
D yang mana bahagian A merupakan latar belakang responden. Manakala bahagian B, C, dan
D pula mengandungi sebanyak 36 item soalan yang perlu dijawab oleh responden bagi
mencapai objektif kajian. Setiap bahagian mempunyai item-item berikut:

Bahagian A: Bahagian ini mengenai maklumat diri responden yang berkaitan dengan latar
belakang responden seperti jantina,tahun pengajian, umur, kenderaan yang dibawa ke
kampus, tempat tinggal di kampus, sumber kewangan, purata perbelanjaan semester, CGPA,
dan pendapatan ibubapa. Di bahagian ini penyelidik ingin mengetahui bagaimana keadaan
sebenar pelajar di kampus dan pengurusan perbelanjaan mereka pada satu semester.
Bahagian B: Bahagian ini terdapat 13 item soalan yang mengandungi pelbagai aspek
mengenai tahap kompetensi pengurusan kewangan mahasiswa di tempat pengajian.
Bahagian C: Bahagian ini mengandungi 13 item soalan yang perlu dijawab responden yang
mana soalan berkisar tentang cabaran yang dihadapi mahasiswa dalam menguruskan
perbelanjaan di kampus.
Bahagian D: Dalam bahagian ini terdapat 10 item soalan dan bentuk soalan adalah sama
dengan bahagian B dan C. Soalannya untuk mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil
mahasiswa dalam pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan.

Borang soal selidik ini memerlukan responden menanda bulat pada jawapan yang
bersesuaian dengan tajuk kajian sahaja. Jawapan bagi bahagian B,C dan D diwakili oleh skala
likert yang mempunyai lima maklum balas, yang membolehkan responden memilih jawapan
berdasarkan lima skala persetujuan yang disediakan. Lima maklum balas tersebut adalah
berdasarkan skala likert. Menurut Mohd Najib Abdul Ghafar (1999), soalan soal selidik jenis
skala kadar menggunakan kaedah skala likert di mana responden akan memilih jawapan dari
ekstrem ke ekstrem. Lima maklum balas berdasarkan skala likert adalah seperti berikut:

Jadual 8.1: Pengkelasan Nombor Dalam Skala Likert


Pernyataan Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat
Item Tidak Setuju Setuju Setuju
Setuju
Skor 1 2 3 44 5

8.4 Analisis Data


Soal selidik yang dikumpulkan, dianalisis dengan menggunakan perisian window “Statistical
Package for the Social Sciences for Windows vesion 16.0 (SPSS Windows 16.0)” bagi
mendapatkan data yang tepat. Dapatan analisis dipaparkan dalam bentuk jadual yang
menunjukkan kekerapan, peratusan dan juga min. Nilai skor min dikelaskan kepada tiga
tahap iaitu:
Jadual 8.2 : Nilai Skor Min
Nilai skor min Tahap
3.67 hingga 5.00 Tinggi
2.34 hingga 3.66 Sederhana
1.00 hingga 2.33 Rendah

9.0 DAPATAN KAJIAN

Bagi menjelaskan dapatan keseluruhan item, penyelidik menyediakan analisis keseluruhan


dapatan yang telah diperolehi melalui soal selidik yang telah dilakukan terhadap semua
responden dan nilai min masing-masing. Hasil keseluruhannya adalah seperti berikut:

9.1 Mengkaji Tahap Kompetensi Pengurusan Kewangan Mahasiswa Sains Sukan, UTM

Jadual 1
No Item Positif Negatif
Item K % K % Min
1. Saya dapat menguruskan kewangan saya dengan baik. 64 73.5 23 26.5 3.77
2. Saya sangat mengambil berat tentang pengurusan 75 86.2 12 13.8 4.06
kewangan.
3. Saya sedar mengenai kepentingan mempunyai 87 100 - - 4.44
pengetahuan yang jelas tentang cara menguruskan
kewangan.
4. Saya tahu kaedah yang betul untuk urus kewangan. 56 64.4 31 35.6 3.74
5. Saya akan hadapi banyak masalah jika tidak 86 98.9 1 1.1 4.43
menguruskan kewangan dengan baik.
6. Saya pernah merancang perbelanjaan harian saya. 73 83.9 14 16.1 3.94
7. Saya membuat perancangan yang sistematik untuk 54 62.0 33 38.0 3.57
menguruskan wang pada setiap semester.
8. Saya selalu boros berbelanja ketika wang pinjaman 36 41.4 51 58.6 3.08
pelajaran baru diperolehi dan hanya berjimat setelah
wang tersebut semakin berkurang.
9. Pinjaman yang diperolehi setiap semesta mencukupi 86 98.9 1 1.1 4.33
jika saya bijak menguruskannya.
10. Sebagai seorang mahasiswa, saya perlu melatih diri 87 100 - - 4.47
untuk menguruskan kewangan dengan cekap dan
sistematik.
11. Saya sentiasa menyenaraikan perbelanjaan yang dibuat 53 60.9 34 39.1 3.60
dan selalu menyemak kembali untuk memperbaiki
tahap pengurusan kewangan saya.
12. Saya sentiasa mengutamakan perkara yang penting 87 100 - - 4.23
dalam berbelanja.
13. Saya memperuntukkan sejumlah wang yang diterima 71 81.6 16 18.4 4.08
untuk simpanan kecemasan dan jangka masa panjang.
Jumlah Min Keseluruhan 3.98

Berdasarkan jadual 1, terdapat 13 item yang telah digunakan untuk mengkaji tahap
kompetensi pengurusan kewangan mahasiswa Sains Sukan, UTM. Nilai min keseluruhan
bagi objektif pertama ini ialah 3.98. Ini menunjukkan nilai min keseluruhan berada pada
tahap tinggi.
Daripada dapatan kajian objektif pertama ini, nilai min yang tertinggi adalah 4.47
iaitu pada item 10 yang membincangkan mengenai sebagai seorang mahasiswa, mahasiswa
perlu melatih diri untuk menguruskan kewangan dengan cekap dan sistematik yang mana
majoriti responden (100%) bersetuju dengan item ini.
Manakala nilai min yang paling rendah pula adalah terhadap item 8 dengan min 3.08.
Melalui item ini, kebanyakan responden memberikan respon negatif bahawa mereka selalu
boros berbelanja ketika wang pinjaman pelajaran baru diperolehi dan hanya berjimat setelah
wang tersebut semakin berkurang. Namun begitu tahap bagi item 8 ini adalah pada tahap
sederhana tinggi walaupun nilai min paling rendah dalam objektif pertama.

9.2 Mengenalpasti Cabaran Yang Di Hadapi Mahasiswa Sains Sukan, UTM Dalam
Mengurus Pembelanjaan

Jadual 2
No Item Positif Negatif
Item K % K % Min
14. Saya menghabiskan sebahagian besar wang untuk 61 70.1 27 29.9 3.75
keperluan harian.
15. Saya terdorong membeli apa sahaja yang saya suka. 36 41.4 51 58.6 3.28
16. Saya sering berbelanja melebihi daripada apa yang 45 51.7 42 58.3 3.41
saya rancang.
17. Semasa membeli-belah, saya selalu membeli barangan 41 47.0 46 53.0 3.33
yang tidak termasuk dalam senarai pembelian saya
kerana tertarik kepada tawaran istimewa atau
jenamanya.
18. Saya gemar membeli barangan yang berjenama dan 32 36.7 55 63.3 3.18
berkualiti walaupun tinggi harganya.
19. Saya amat mementingkan jenama dalam membeli 30 34.5 57 65.5 3.09
sesuatu keperluan.
20. Saya sering keluar bersama rakan di hujung minggu 33 37.9 54 62.1 3.10
untuk tujuan hiburan, menonton wayang dan bersiar-
siar.
21. Wang perbelanjaan yang diterima tidak cukup untuk 36 41.4 51 58.6 3.22
tampung perbelanjaan saya selama satu semester.
22. Saya berbelanja lebih untuk makan. 54 62.0 33 38.0 3.62
23. Makanan di kampus kurang menarik menyebabkan 37 42.5 50 57.5 3.28
saya lebih suka makan di luar.
24. Saya sentiasa membeli pakaian dan barang-barang 24 27.5 63 72.5 2.85
perhiasan untuk kelihatan cantik dan bergaya.
25. Saya banyak membelanjakan wang untuk mengisi 27 31.0 60 69.0 2.87
minyak dan menyelenggara kenderaan saya.
26. Saya banyak membelanjakan wang saya untuk 33 37.9 54 62.1 3.18
menambah nilai telefon bimbit saya melebihi
peruntukan yang dirancang.
Jumlah Min Keseluruhan 3.24

Jadual di atas menunjukkan 13 item soalan daripada objektif kedua yang mana untuk
mengenalpasti cabaran yang di hadapi mahasiswa sains sukan, utm dalam mengurus
pembelanjaan. Purata min keseluruhan bagi item-item ini adalah 3.24 iaitu berada pada tahap
sederhana tinggi.
Nilai min tertinggi bagi objektif kedua ini adalah 3.75 iaitu pada item 1. Nilai min ini
berada pada tahap yang tinggi. Hampir keseluruhan responden mengakui bahawa mereka
menghabiskan sebahagian besar wang untuk keperluan harian.
Manakala nilai min yang terendah dalam objektif kedua ini pula adalah pada item 24
yang mana nilai min terkumpul adalah 2.85. Responden menyatakan kurang setuju bahawa
mereka sentiasa membeli pakaian dan barang-barang perhiasan untuk kelihatan cantik dan
bergaya.

9.3 Mengetahui Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil Mahasiswa Dalam Pengurusan


Kewangan Yang Cekap Dan Berkesan

Jadual 3
No Item Positif Negatif
Item K % K % Min
27. Saya tahu banyak langkah yang boleh diambil 86 98.9 1 1.1 4.33
mahasiswa bagi menguruskan kewangan yang baik.
28. Saya berpendapat dengan mencatat aliran keluar wang 81 93.1 6 6.9 4.10
pada setiap hari adalah satu langkah yang bijak untuk
cekap berbelanja supaya dapat membantu mahasiswa
mengawal segala pengeluaran wang di ATM..
29. Saya rasa berhutang bukanlah satu jalan yang baik 86 98.9 1 1.1 4.41
untuk menyelesaikan masalah dalam kewangan.
30. Saya rasa membeli barangan akademik perlu 86 98.9 1 1.1 4.40
diutamakan berbanding untuk perkara lain dalam
perbelanjaan.
31. Saya berpendapat melakukan kerja sambilan boleh 68 78.2 19 21.8 4.01
menambahkan sumber kewangan sekiranya
mahasiswa mampu untuk membahagikan masa kerja
dengan masa belajar.
32. Amalan berjimat cermat mampu menguruskan 86 98.9 1 1.1 4.39
kewangan dengan lebih sistematik dan mengelak
pembaziran.
33. Saya rasa berjimat-cermat dapat mengawal pengaliran 86 98.9 1 1.1 4.43
keluar wang tanpa tujuan.
34. Saya berpendapat tanpa pengurusan yang sistematik 87 100 - - 4.33
saya tidak akan dapat mengawal keinginan saya untuk
berbelanja.
35. Kemudahan awam yang disediakan di kampus adalah 79 90.8 8 9.2 4.32
cara yang terbaik untuk menjimatkan kos kenderaan
yang digunakan.
36. Saya berpendapat mahasiswa perlu sentiasa 86 98.9 1 1.1 4.48
merancang perjalanan mengikut jadual dan keperluan
sahaja.
Jumlah Min Keseluruhan 4.32

Berdasarkan kepada jadual 3, terdapat 10 item soalan yang telah digunakan bagi mengetahui
langkah-langkah yang perlu diambil mahasiswa dalam pengurusan kewangan yang cekap dan
berkesan. Analisis kesemua 10 item ini menunjukkan jumlah min keseluruhan berada pada
tahap yang tinggi dengan nilai min yang diperolehi 4.32.
Nilai min yang tertinggi dalam bahagian untuk objektif ketiga ini adalah 4.48 iaitu
pada item 36. Kajian mendapati majoriti responden (98.9%) bersetuju bahawa mahasiswa
perlu sentiasa merancang perjalanan mengikut jadual dan keperluan sahaja. Nilai min ini
berada pada tahap yang tinggi.
Hasil analisis mendapati nilai min yang berada pada kedudukan paling rendah
daripada 10 item di atas adalah 4.01 iaitu pada item 31. Mereka bersetuju dengan pernyataan
melakukan kerja sambilan boleh menambahkan sumber kewangan sekiranya mahasiswa
mampu untuk membahagikan masa kerja dengan masa belajar.

10.0 PERBINCANGAN

10.1 Tahap Kompetensi Pengurusan Kewangan Mahasiswa Sains Sukan, UTM


Berdasarkan kepada objektif yang pertama, hampir keseluruhan responden memberi maklum
balas yang positif terhadap persoalan berkenaan tahap kompetensi pengurusan kewangan
mahasiswa Sains Sukan di UTM. Ini berdasarkan kepada analisis dapatan kajian bagi objektif
ini yang mana menunjukkan purata min keseluruhan memperoleh tahap yang tinggi iaitu
3.98. Terdapat 13 soalan pada objektif yang pertama yang telah diajukan kepada responden.
Item 2, 3 dan 6 dalam kajian ini berkaitan pengetahuan responden mengenai
pengurusan kewangan, dapatan kajian mendapati rata-rata responden memberi maklumbalas
positif berhubung persoalan ini. Mereka tahu menguruskan kewangan dengan baik dan
menyedari akan kepentingannya dalam kehidupan seharian. Ini menunjukkan bahawa
kesedaran mengenai perancangan atau pengurusan kewangan serta mempunyai matlamat
perancangan kewangan jangka masa panjang adalah mustahak sekali dalam mencapai
kebebasan kewangan yang efektif (Anuar Haniff & Mohd Nizal Haniff, 2009).
Namun begitu, hasil penelitian mendapati hanya sebahagian responden memberi
respon positif dalam item 4 mengenai pengetahuan berhubung keadah yang betul dalam
menguruskan kewangan. Ini bermakna responden kurang mengaplikasikan pengurusan
kewangan yang cekap dalam pembelanjaan mereka. Menurut Nor Afizah Bujang (2007),
pengurusan kewangan seharusnya diaplikasikan dengan cekap untuk memastikan kelancaran
setiap urusan bukan sahaja firma atau syarikat, malahan masyarakat, keluarga dan individu
itu sendiri. Ini adalah kerana tanpa perancangan dan pengurusan yang teliti dan bersistematik,
wang akan menimbulkan masalah.
Walau bagaimanapun, terdapat responden yang mengaplikasikan pengurusan
kewangan yang betul di mana membuat perancangan yang sistematik, menyenaraikan
perbelanjaan yang dibuat, mengutamakan keperluan dan juga membuat simpanan kecemasan
dan jangka masa panjang sebagaimana persoalan yang dikemukakan dalam item 7, 11, 12 dan
13. Menurut Siti Alida et.al. (2007), segala perbelanjaan perlu dirancang terlebih dahulu
untuk mengelakkan pelajar mengalami masalah kewangan pada masa hadapan. Oleh itu, bagi
mencapai tahap pengurusan kewangan yang cekap mahasiswa perlu melatih diri untuk
menguruskan kewangan dengan cekap dan sistematik. Dan ini jelas menunjukkan majoriti
responden bersetuju dengan item 10 dan min yang diperoleh merupakan yang tertinggi iaitu
4.47 dalam objektif pertama ini.

10.2 Cabaran Yang Dihadapi Mahasiswa Sains Sukan, UTM Dalam Mengurus
Perbelanjaan.
Bagi persoalan kajian kepada objektif yang kedua, terdapat 13 item yang diajukan yang
berkaitan dengan cabaran yang dihadapi responden dalam menguruskan perbelanjaan.
Walaupun hasil kajian mendapati responden memberikan jawapan yang positif namun dapat
dilihat kepelbagaian cabaran dalam pembelanjaan sedikit sebanyak mempengaruhi
pengurusan kewangan mereka. Tidak hairanlah jika min keseluruhan mencatat nilai 3.24 iaitu
berada di tahap yang sederhana.
Ini menunjukkan responden bersetuju bahawasanya pengurusan kewangan mereka
tidak terkawal dan mengalami pelbagai masalah dek kerana terdapatnya cabaran dalam
pembelanjaan mereka yang datang dari pelbagai aspek. Daripada dapatan kajian yang
diperolehi, sebahagian responden bersetuju mengatakan mereka terdorong berbelanja
melebihi apa yang dirancangkan. Ia terbukti berdasarkan maklum balas responden dalam item
16. Item 15, 17, 19, 22, dan 24 yang diutarakan kepada responden menyatakan tentang
bentuk pembelanjaan yang dilakukan responden sama ada melebihi kemampuan atau
memenuhi kemahuan. Sebahagian kecil daripada responden mempersetujui item ini. Ini
menunjukkan terdapat sebahagian kecil daripada responden berbelanja berdasarkan
kemahuan.
Mahasiswa sepatutnya menggunakan wang dengan bijak bukan berbelanja mengikut
nafsu mereka sendiri. Siti Alida John et. al. (2007) menegaskan bahawa mahasiswa perlu
melihat wang pembiayaan pengajian yang diterima sebagai satu tanggungjawab yang sangat
berat, yang harus dipegang dengan penuh amanah yang mana tidak sepatutnya digunakan
secara boros dan sesuka hati. Mahasiswa perlu bertanggungjawab dengan menggunakan
wang tersebut secara berhati-hati. Dengan ini, setiap cabaran yang datang dapat ditangani
dengan lebih baik sekaligus membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

10.3 Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil Mahasiswa Dalam Pengurusan Kewangan


Yang Cekap Dan Berkesan.
Sebanyak 10 item soalan dikemukakan bagi mendapatkan jawapan kepada objektif ketiga ini.
Keseluruhan responden memberikan respon yang positif dan bersetuju dengan persoalan-
persoalan yang dikemukakan penyelidik. Ini dapat dikuatkan lagi apabila purata min
keseluruhan bagi objektif ketiga ini berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min 4.32.
Melakukan kerja sambilan bukan lagi perkara asing dalam kehidupan sebagai seorang
pelajar, malah ia merupakan salah satu langkah yang diambil mahasiswa bagi menampung
pembiayaan perbelanjaan mereka di kampus. Mereka bukan hanya mengharapkan pinjaman
atau biasiswa yang diperolehi semata-mata. Dan menerusi soal selidik yang telah diedarkan,
hasil dapatan kajian menunjukkan hampir keseluruhan iaitu seramai 68 orang daripada 87
responden (98.9%) memberi maklumbalas yang positif terhadap item 31 berkaitan dengan
kerja sambilan.
Ini sesuai dengan pendapat Mohd Aliff (2011), di mana ada mengupas mengenai
pekerjaan sambilan yang dilakukan oleh para pelajar. Dalam ulasannya menyatakan bahawa
bekas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu
Shah mengatakan inisiatif pelajar bekerja secara sambilan adalah satu perkara yang baik,
selain pekerjaan itu tidak menyalahi undang-undang dan tidak menjatuhkan imej sebagai
pelajar pusat pengajian tinggi. Sebaliknya apabila pelajar terbabit dengan pekerjaan tidak
bermanfaat, nama universiti ataupun kolej akan tercemar.
Menurut Hazeline et. al. (2006) pula, mengurus kewangan yang baik bermula dengan
mengamalkan tabiat kewangan yang baik. Item 28, 29, 30, 32, dan 33 berkaitan dengan
pengamalan tabiat kewangan yang baik di mana majoriti responden bersetuju dengan
persoalan yang telah dikemukan. Antaranya adalah dengan mencatat aliran keluar wang pada
setiap hari, mengelakkan berhutang, mengutamakan keperluan akademik dalam perbelanjaan
dan juga mengamalkan amalan berjimat cermat dalam menguruskan kewangan.
Amalan berjimat cermat mampu untuk menguruskan kewangan dengan baik. Dalam
Islam juga dititkberatkan mengenai berjimat cermat dan bersederhana dalam kehidupan.
Dengan ini kita dapat merancang perbelanjaan dan mengurus wang pinjaman dengan cara
yang paling cermat. Mahasiswa digalakkan untuk belajar menghargai wang pinjaman yang
diberikan. Walaupun wang tersebut bukan dari poket ibu bapa sendiri, mahasiswa harus
menghargainya kerana wang tersebut merupakan amanat kerajaan kepada kita untuk
mencapai cita-cita seterusnya berbakti kepada agama, masyarakat dan negara (
Soolehatulmuthyah, 2010).

10.4 Rumusan
Penyelidik mendapati sebahagian kecil responden mengetahui tentang pengurusan kewangan
yang baik dan memang tidak dinafikan bahawa pengurusan kewangan peribadi perlu
dititikberatkan dan merupakan salah satu daripada asas ilmu kehidupan serta mempunyai
kepentingan yang amat besar dalam menguruskan kehidupan seharian. Merangka
perbelanjaan, berbelanja dengan berhemah dan mengadakan tabungan turut dipersetujui
responden sebagai asas dalam menguruskan kewangan dengan bijak.
Namun rata-rata responden kurang mengamalkan pengurusan kewangan yang cekap
dan sistematik. Di sini kita dapat simpulkan bahawa responden masih lemah dalam
menguruskan kewangan yang baik. Mereka masih lagi keliru antara keperluan dan kemahuan
dalam membuat sesuatu perbelanjaan.
Namun begitu tidak dinafikan, terdapat responden yang mempunyai kesedaran
terhadap kepentingan pengurusan kewangan tetapi tidak mampu untuk mengaplikasikannya
dalam kehidupan mereka. Responden juga mengakui terdapat banyak langkah-langkah yang
boleh diambil mereka bagi menguruskan kewangan yang baik serta perbelanjaan yang
berhemah.

11.0 CADANGAN

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi dalam bab 4 dan juga rumusan yang telah
dinyatakan dalam bab 5, penyelidik mencadangkan beberapa tindakan kepada pihak-pihak
tertentu dalam memberi pendedahan dan pendidikan mengenai pengurusan kewangan yang
berkesan dalam kalangan mahasiswa.

11.1 Mahasiswa
a. Mengambil langkah yang bijak dalam menguruskan kewangan dengan berusaha
meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan kewangan yang lebih sistematik
dan berhemah.
b. Sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap pengurusan kewangan supaya
mereka merasa lebih bertanggungjawab terhadap kewangan masing-masing dan
menjalani kehidupan sebagi mahasiswa yang berketrampilan dan bijak.

11.2 Ibu Bapa


a. Memainkan peranan utama dalam pendidikan awal kewangan dengan menanam
kesedaran mengenai perancangan kewangan hayat di dalam diri anak remaja
seawal yang mungkin.
b. Menyampaikan maklumat yang diterima berkaitan pengurusan kewangan kepada
anak-anak agar bersama-sama berusaha untuk mengamalkan pengurusan
kewangan yang bijak.
c. Sentiasa membantu anak-anak menguruskan wang mereka dengan baik seperti
membuka akaun simpanan sebagai tabungan untuk mereka, serta mengawasi
perbelanjaan anak-anak.

11.3 Universiti
a. Polisi pengagihan wang pinjaman/biasiswa mahasiswa daripada persemester perlu
diubahsuai kepada pengagihan berkala iaitu setiap bulan. Dengan polisi ini,
mahasiswa dapat mengawal perbelanjaan mereka dan sentiasa berhati-hati ketika
berbelanja supaya tidak timbul masalah kekurangan wang. Sekiranya mereka
kehabisan wang yang diterima pada bulan tersebut, mereka perlu menunggu bulan
seterusnya dan ini membuatkan mahasiswa akan merancang kewangan mereka
sekaligus mengamalkan pengurusan kewangan yang bijak.
b. Memberi pendedahan tentang kaedah pengurusan kewangan terhadap mahasiswa
universiti kerana ramai mahasiswa yang memperoleh biasiswa atau pinjaman
pendidikan pada peringkat ini. Selain itu, para siswazah juga bakal menamatkan
pelajaran dan seterusnya bekerja. Apabila mereka mendapat gaji pertama, maka di
kala itulah ilmu pengurusan kewangan menjadi semakin penting untuk diamalkan
kerana lebih banyak faktor pembolehubah yang perlu diambil kira.

12.0 KESIMPULAN

Pengurusan kewangan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam


menguruskan sesuatu pembelanjaan harian. Tanpa pengurusan yang sistematik, pelbagai
masalah akan timbul dan memberi impak negatif kepada kehidupan seseorang. Hasil kajian
secara keseluruhannya mendapati kompetensi pengurusan kewangan mahasiswa masih di
bawah tahap sederhana. Banyak kelemahan yang telah dikenal pasti dan perlu diperbaiki.
Kesedaran tentang pentingnya pengurusan kewangan yang cekap perlu ditanam dan
dipertingkatkan dalam diri setiap mahasiswa. Ilmu pengetahuan tentang perakaunan serta
kemahiran asas pengurusan kewangan amat mustahak lebih-lebih lagi dalam suasana keadaan
semasa yang semakin mencabar. Apabila mahasiswa sedar tentangnya, maka dengan
sendirinya mahasiswa akan sentiasa mencuba memperbaiki kelemahan yang ada, bersedia
untuk dibimbing dan komitmen terhadap amalan yang boleh membantu mempertingkatkan
prestasi kewangan peribadi mereka ke arah lebih sistematik serta membuat perbelanjaan yang
berhemah.
Berdasarkan kepada hasil perbincangan dan kesimpulan, penyelidik dapat
mengenalpasti beberapa cabaran dalam pembelanjaan yang tidak dapat dikawal dengan baik
oleh mahasiswa disebabkan beberapa faktor. Namun begitu penyelidik berkeyakinan dapatan
kajian ini mengandungi nilai yang boleh memberi sumbangan yang bererti kearah
mempertingkatkan tahap kecekapan dalam amalan pengurusan kewangan dalam kalangan
mahasiswa.

13.0 RUJUKAN

________ (2010). Perancangan Kewangan Bagi Pelajar. Berita Harian. 23 Jun 2010.

Anuar Haniff & Mohd Nizal Haniff. (2009). Perancangan Kewangan Hayat. Selangor:
August Publishing Sdn. Bhd.

Hazeline Ayoup et.al. (2006). Duit Banyak Bertambah Banyak. Selangor: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

Ismail Ab.Wahab, Zarina Salleh & Siti Zahrah Buyong. (2008). Budaya Keusahawanan
Panduan Memulakan Perniagaan. Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.

Noor ‘Alim Mohd Yunos. (2005). Ringgit & Poket. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.

Nor Afizah Bujang. (2007). Pengurusan Kewangan Mahasiswa: Tinjauan Terhadap Pelajar
Tahun 1 Dan 2, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam), Fakulti
Pendidikan, UTM. Tesis Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan. Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang. (1987). Anda Dan Wang Anda. Pulau Pinang : Persatuan
Pengguna Pulau Pinang 1987.

Siti Alida John Abdullah, Halimah@Nasibah Ahmad. (2007). Kewangan & Pelajar IPT.
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Soolehatulmuthyah Jantan. (2010). Buat Duit Di Kampus. Selangor: True Wealth Sdn. Bhd.

Zulnaidi Yaacob. (2010). Teknik Urus Wang Individu Berkesan. Kuala Lumpur : Must Read
Sdn Bhd.

You might also like