You are on page 1of 6

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN

TEKS PENGACARA MAJLIS


“KASIH DISEMAI BAKTI DITUAI”
SEMPENA PERSARAAN TUAN HJ MAWARDI

Pagi yang indah penuh ceria. hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan Majlis “Kasih Disemai
Bakti Dituai” sempena persaraan Tuan Haji Mawardi PK Ko-kurikulum SKPBS,.
BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S). Yang Dihormati En. Mohammad
Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan 1, Pn. Bebee Arifa Bt. Said Rastan, Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG SKPBS.
Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi PK Ko-kurikulum SKPBS,.
Seterusnya, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan ,Tuan Haji Mawardi PK Ko-kurikulum SKPBS

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh:
Ustaz Zuraimy B. Ali. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Zuraimy atas bacaan
doa itu tadi.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang ditaburkan oleh Yang
Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan
yang berakhir sebagai PK Ko-kurikulum SKPBS
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil murid Muhd Alif Ajwad Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Muhd Alif Ajwad atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan wakil guru En. Mohammad Saghir B.
Mahmud, ntuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohammad Saghir B. Mahmud, atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Berusaha Pn Hajjah Rokiah B.
Ismail untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Berusaha Pn Hajjah Rokiah B. Ismail atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang dihormati Tuan Haji Mohd Nor
B. Ibrahim YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan sajak oleh Adik Abadiah dan multimedia
sempena persaraan Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman PK Ko-kurikulum SKPBS

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan sajak dan multimedia sempena persaraan
Yang Diraikan. Mudah-mudahan persembahan tersebut dapat memberi sumber inspirasi dan
kenang-kenangan buat kita semua.

Buah mengkudu buah bidara


Mari disimpan didalam dulang
Hari ini tuan genap bersara
Jasa baik tuan tetap dikenang

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Tuan Haji
Mawardi B. Othman PK Ko-kurikulum SKPBS. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji
Mawardi B. Othman atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan
daripada murid Tahun 4 A yang akan menyampaikan nasyid yang bertajuk Buatmu Guru. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan nasyid yang sungguh syahdu penampilan persembahan yang
cukup istimewa.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan sketsa, persembahan daripada murid tahun 5A.
Dengan segala hormatnya di persilakan.

Begitu bersahaja murid-murid anak didik Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman
melakonkan watak guru kesayangan mereka.

Persemabahan seterusnya ialah persembahan pantun khas ditujukan untuk Yang Diraikan Tuan Haji
Mawardi B. Othman Dengan segala hormatnya di persilakan.

Demikianlah tadi persembahan pantun yang mencuit rasa dan menjadi ingatan untuk kita semua.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat
insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Tuan Haji Mawardi B. Othman

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Puan
Hjjh Rokiah B. Ismail,untuk mengiringi Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah ,kelas 1 Arif, 1 Bestari, 2 Arif, 2 Bestari, 3 Arif, 3
Bestari, 4 Arif, 4 Bestari, 5 Arif, 5 Bestari, 6 Arif, dan 6 Bestari

Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Pn Hjjh Rokiah Bt Ismail untuk
menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SKBPBS.

Sekarang kita jemput Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG untuk
menyampaikan cendamata kenang-kenangan kepada yang diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman
Sekarang kita jemput wakil pekerja untuk menyampaikan cendamata kenang-kenangan kepada yang
diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan Tuan
Haji Mawardi B. Othman’
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman atas
kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas
kesudian Yang Berusaha En. Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan mengiringi Yang Diraikan Tuan
Haji Mawardi B. Othman sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B.
Othman kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua
mendoakan agar Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman bertambah ceria dan bahagia di
dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” ini.

Di kesempatan ini juga, kami ingin menyampaikan seloka khusus buat yang diraikan Tuan Haji
Mawardi B. Othman.

Assalamualaikum pembuka bicara


Madah disusun mengungkap rasa
Suasana suram pagi yang hiba
Bagai mengerti gelodak jiwa

CikguMawardi panggilan mesra


Guru veteran yang banyak berjasa
Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma
Tiga dekad begitulah lama

Dari muda hingga berusia


Menjalankan tugas dengan setia
Menabur bakti mencurah jasa
Tak terbalas dek pelajar semua

Kini sudah tibanya masa


Berundur Cikgu Mawardi kerana bersara
Hilanglah permata yang berharga
Hilang seri hilang cahaya

Sudah biasa kita dengari


patah tumbuh hilang berganti
namun tak sama guru yang ini
Tak mungkin ada galang ganti

Kenangan manis kekal selamanya


Jasamu cikgu tak mungkin dilupa
Pemergianmu cikgu kami redha
Sudah suratan berpisah akhirnya

Sampai di sini seloka kami


Tidak berakhir hubungan ini
Silaturahim terus terpatri
Biarpun cikgu Mawardi tiada di sisi

Ampun dan maaf kami pinta


Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami sekali sekala
Andai rindu datang menjelma

Semoga cikgu Mawardi sihat sejahtera


Menyusuri hari-hari yang ceria
Di samping beribadat pada yang Esa
Moga dilindungi Allah sentiasa.

Majlis sudah sampai ke penghujungnya, kami selaku pengacara ingin memohon ribuan kemaafan
andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan
upacara menanam pokok sebagai tanda ingatan kita yang tidak akan luput terhadap yang diraikan
Tuan Haji Mawardi B. Othman di SKPBS ini ,
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi
Wa Barakatuh.

You might also like