You are on page 1of 1

Nota2 PDPC Yg Bagus

Huraian Standard 4 : Pembelajaran dan Pengajaran (m/s 88 - 99)

Guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang berkualiti tinggi dan
bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi dan pencapaian murid pada tahap
optimum secara berterusan. Bagi mencapai hasrat tersebut, guru haruslah memastikan :

1) penglibatan murid dalam aktiviti p&p bagi membolehkan pengajaran berkesan

2) penguasaan pembelajaran murid dari segi kognitif, afektif dan psikomotor meningkat

3) hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran

4) perancangan dan persediaan yang rapi bagi bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran

5) kaedah penyampaian yang berkesan bagi meningkatkan pencapaian objektif pelajaran

6) komunikasi yang mudah dan berkesan bagi mempercepatkan pemahaman murid dan
menggalakkan pembelajaran murid

7) penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi mengukuhkan pembelajaran murid

8) penilaian yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan p&p

9) kepelbagaian teknik menyoal bagi meningkatkan pemahaman dan kejelasan pelajaran serta
memperkembangkan pemikiran kreatif dan kritis murid

10) penguasaan fakta dan konsep bagi membolehkan pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas dan
tepat

11) pengurusan kelas yang cekap bagi mewujudkan suasana yang kondusif untuk keberkesanan p&p

12) pematuhan etika kerja dan amalan nilai positif bagi mewujudkan keyakinan dan kepercayaan
murid terhadap guru

You might also like