You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA POMSON

43100 HULU LANGAT


SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


BIL 2 / TAHUN 2016

Tarikh : 29 Jun 2016 ( Rabu )

Masa : 1:30 PM

Tempat : MAKMAL KOMPUTER

Pengerusi : Pn. Norazua bt Mohd Razuki

Kehadiran :
1. Puan Norazua bt Razuki - GPK Pentadbiran
2. Puan Siti Nurina bt Abdullah - Ketua Panitia B.Inggeris
3. Encik Mohd Hafiz b Othman - Guru Bahasa Inggeris
4. Puan Nur Syahidah bt Ramli - Guru Bahasa Inggeris

Hadir Bersama (Jika ada) : -

Tidak Hadir : TIADA

Urus Setia/Setiausaha : Pn. Nur Syahidah bt Ramli

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.0 Kata-kata Aluan
1.1 YBhg. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam
kegemilangan, salam perpaduan dan salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan” serta mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat
yang hadir.
1.2 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah.

2.0 Ucapan penghargaan dan tahniah


2.1 Guru Kanan Pentadbiran mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah di
atas usaha keras dan kerjasama guru-guru Bahasa Inggeris untuk menghadirkan diri
serta mengadakan mesyuarat panitia yang ke 2 pada tahun ini. Beliau juga
mengucapkan tahniah diatas usaha guru-guru menyiapkan data linus dan pemulihan
tahun 4 bahasa inggeris sehingga selesai.
Makluman

2.2 Ucapan tahniah juga diberikan kerana berjaya meningkatkan GPMP BI


Penulisan Tahun 6 daripada 4.68 kepada 4.45. Tetapi berlaku sedikit penurunan GPMP
BI Pemahaman daripada 4.00 kepada 4.09. Pihak pentadbir percaya guru-guru telah
berusaha keras untuk meningkatkan GPMP dengan merancang dan melaksanakan
pelbagai aktiviti untuk murid.
Makluman

3.0 Memaklumkan sesuatu perkara atau isu hasil daripada mesyuarat lain.
3.1 Guru Kanan Pentadbiran berharap guru - guru dapat membincangkan dan
merancang aktiviti-aktiviti atau perkara-perkara yang dapat membantu panitia
meningkatkan prestasi murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
3.2 Penghantaran buku latihan dan hasil kerja murid untuk tujuan penyemakan oleh
pentadbir, perlulah mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti di dalam buku Modul
Pengurusan Sekolah sekolah bagi tahun 2016.
3.3 Penulisan elemen-lemen KBAT perlu diteruskan dan digunakan dalam penulisan
RPH sekurang-kurangnya 2 kali dalam seminggu.
3.4 Teknik penyoalan hendaklah berdasarkan tahap kebolehan murid. Galakkan murid
berfikir untuk mendapatkan jawapan.
Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bilangan 1 Tahun 2016 pada 07 Januari
2016 disahkan tanpa pindaan.
Cadangan : Pn Nur Syahidah bt Ramli
Sokongan : sebulat suara
Makluman

3 PERKARA BERBANGKIT:
3.1 RPT / DSKP / RPH ( Perkara 4.2.1 )
Mesyuarat mengambil maklum:
(i) RPT bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 3 dan Tahun 4 masih belum
diserah kepada ketua panitia
3.2 KBAT / i-THINK ( Perkara 4.4.1 )
Mesyuarat mencadangkan:
(i) Penggunaan peta i –Think hendaklah sekurang–kurangnya 2 hari dalam
seminggu. Penggunaan peta pemikiran i-Think yang kerap amat dialu-alukan.
3.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( Perkara 4.8.2 )
Mesyuarat mengambil maklum:
(i) Borang PBS offline perlu ditampal di belakang buku ringkasan mengajar.
Makluman

4. LAPORAN / PERKARA-PERKARA BAHARU


4.1 Dasar Kurikulum Sekolah
4.1.1 Penyediaan notis panggilan mesyuarat, minit mesyuarat dan borang kehadiran
perlulah menggunakan format SPSK PK07.
4.1.2 Minit mesyuarat perlulah disiapkan tiga hari bekerja selepas mesyuarat atau
tempoh (1/3/7 hari) mengikut SPSK.
Makluman
4.2 Fail Panitia
4.2.1 Fail Panitia telah dikemaskini dengan pembahagian kepada 4 buah fail berkulit
keras.
4.2.2 Kandungan dalam fail-fail Panitia Bahasa Inggeris masih lagi dalam proses
penambahbaikan dan akan diselesaikan dengan kadar segera.
Ketua Panitia BI

4.3 LINUS dan Pemulihan Tahun 4 Bahasa Inggeris


4.3.1 Pegawai pemantauan Linus dan Pemulihan bahasa Inggeris dari PPDHL iaitu
Puan Fauzan dan Puan Ibtihaj bt Saian akan hadir ke sekolah pada 27 Julai 2016
untuk sesi bimbingan PdP. Diharap guru dapat bersedia dan memberikan kerjasama
yang terbaik untuk meningkatkan mutu PdP guru.
4.3.2 Terdapat peningkatan dalam penguasaan linus namun KPI yang disasarkan
masih belum tercapai. Pemberian latihan dan contoh-contoh soalan saringan linus
yang lepas untuk membiasakan murid dengan format soalan perlu diteruskan.
Makluman

4.4 PCG Mata Pelajaran Bahasa Inggeris


4.4.1 Baki duit PCG Bahasa Inggeris sehingga 29 Jun 2016 adalah sebanyak
RM109.76
4.4.2 Panitia bercadang menggunakan duit selebihnya untuk program bulan panitia.
Makluman

4.5 Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun


4.5.1 Rujuk lampiran
4.5.2 Secara keseluruhan bahasa inggeris pemahaman dan penulisan menunjukkan
peningkatan dalam peratus lulus. Namun masih terdapat jurang yang besar antara
murid yang lulus dan juga murid yang gagal.
4.5.3 Bagi kertas pemahaman, murid lebih cenderung meneka jawapan kerana
mendapati tahap penguasaan kemahirn membaca di dalam bahasa inggeris adalah
rendah menyebabkan mereka kurang faham. Salah satu cara yang telah dikesan
untuk menyiapkan peperiksaan adalah dengan meneka jawapan.
4.5.4 Untuk mengatasi masalah ini, murid perlulah kerap diberikan latihan berbentuk
pelbagai jawapan dan soalan berdasarkan petikan.
4.5.5 Bagi soalan penulisan pula, format baru sedikit sebanyak menjadikan murid
agak keliru dengan apa yang telah dipelajari sebelum ini. Murid merasakan soalan
yang diberikan terlalu sukar untuk dijawab.
4.5.6 Kelas tambahan Linus dan kelas tambahan tahun 6 akan diteruskan untuk
membantu murid menguasai kemahiran dalam mata pelajaran bahasa inggeris.
Makluman

4.6 Perancangan Strategik / Plan Taktikal / Plan Operasi


4.6.1 Perancangan strategik perlu dikemaskini dan disediakan untuk tempoh 2016
hingga 2018.
Makluman
4.7 Program Khas
4.7.1 Bulan Panitia bahasa inggeris telah dicadangkan supaya ditunda pada bulan
September. Panitia memohon maaf kerana tidak dapat melaksanakan bulan panitia
mengikut takwim yang telah disediakan atas faktor kekangan masa.
4.7.2 Taklimat yang berkaitan dengan Bulan Panitia akan diadakan di bulan
September nanti.
Makluman

5 HAL-HAL LAIN
Mesyuarat mengambil maklum bahawa:
5.1 Guru Kanan Pentadbiran mencadangkan denda yang diberikan perlulah denda
yang membina terutamanya kepada murid-murid yang kerap meninggalkan buku di
rumah seperti menyalin semula contoh-contoh esei di dalam buku khas atau buku
teks.
5.2 Guru Kanan Pentadbiran juga memaklumkan tapak pelaporan PBS Offline
perlulah diisi dan dicetak dalam 2 salinan untuk salinan fail dan ditampal dibelakang
buku rekod mengajar.
Makluman

6 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang. Mesyuarat diakhiri dengan bacaan
surah Al-Asr.

Urusetia
Panitia Bahasa Inggeris
SK Kuala Pomson
29 Jun 2016.

Disediakan oleh: Disemak oleh :

----------------------------
Pn. Nur Syahidah bt Ramli
Setiausaha
Panitia Bahasa Inggeris
SK Kuala Pomson

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA POMSON


43100 HULU LANGAT
SELANGOR DARUL EHSAN
Ruj. Kami : SKKP/PBI/Bil (2)
Tarikh : 27 Jun 2016
Kepada;

Ahli Jawatankuasa Panitia Bahasa Inggeris


Sekolah Kebangsaan Kuala Pomson
43100 Hulu Langat
Selangor Daru Ehsan

Tuan,

MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI KE-2/2016

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa meyuarat tersebut akan diadakan berdasarkan


ketetapan berikut;

Tarikh : 29 Jun 2016 ( Rabu )

Masa :. 1.00 HINGGA 2.30 PETANG

Tempat : BILIK KOMPUTER

Pengerusi : PUAN NORAZUA BT MOHD RAZUKI

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;


3.1 Perutusan Pengerusi
3.2 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3.3 Perkara-perkara berbangkit (maklum balas minit mesyuarat yang
lepas)
3.4 Perkara Baharu
3.4.1 Dasar Kurikulum Sekolah
3.4.2 Fail Panitia
3.4.3 LINUS dan Pemulihan Tahun 4 Bahasa Inggeris
3.4.4 PCG Mata pelajaran Bahasa Inggeris
3.4.5 Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun
3.4.6 Perancangan Strategik / Plan Taktikal /Plan Operasi
3.4.7 Program Khas
3.5 Hal-hal lain
3.6 Penutup

Kehadiran dan kerjasama tuan diucapkan terima kasih.

Sekian.
Saya yang menurut perintah,

You might also like