You are on page 1of 12
PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL. OF EDUCATION MALAYSIA 'SEKTOR OPERAS! PENDIDIKAN EDUCATIONAL OPERATION SECTOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA [ARAS 4 BLOK E2, KOMPLEKS E LEVEL 4 BLOCK E2 COMPLEX E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel +603-8884 9302 FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE (62604 PUTRAJAYA Faks #6034888 6680 MALAYSIA, Website: ttpwiw.moe.govmy! Rujukan Kami : KRM.600-14/1/60 JLD.5( Tarikh, lac 2017 SEPERTI SENARAI EDARAN YBhg. Datuk/Tuan, PELAKSANAAN DAN PEMATUHAN DASAR-DASAR PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2017 ‘Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan satu Garis Panduan Pelaksanaan dan Pematuhan Dasar-dasar Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah untuk membantu pihak sekolah mengurus, mentadbir dan melaksanakan perkhidmatan secara menyeluruh dan berkesan. 2. Sehubungan dengan itu, bersama-sama surat ini disertakan lampiran berkaitan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian berterusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Semua Pengetua dan Guru Besar diminta mematuhi garis panduan ini supaya setiap potensi murid dapat digembleng secara optimum menerusi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika 3. Semua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dikehendaki memantau secara berterusan sepanjang tahun untuk memastikan pematuhan garis panduan ini. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, Kementerian Pendidikan Malaysia sk. Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia Pengarah, Institut Aminuddin Baki Ketua Nazir Sekolah, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam Pengarah, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Pengarah, Bahagian Pendidikan Khas Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Pengarah, Bahagian Sukan 10. Pengarah, Bahagian Pendidikan Swasta 11. Pengarah, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian ©erNomraene SENARAI EDARAN SPperna nee as © 1 12. 13. 14. 15. Nts 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam Pengarah, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Pengarah, Bahagian Pendidikan Khas. Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Pengarah, Bahagian Sukan Pengarah, Bahagian Pendidikan Swasta Pengarah, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Melaka Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya Lampiran GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH 4. Pelaksanaan Perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Panduan dan rujukan pelaksanaan perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) ialah Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah dan Menengah yang diterbitkan pada tahun 2015 oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 2. Perjawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) Waran perjawatan GBKSM di sekolah hendaklah mengikut norma perjawatan yang telah ditetapkan dan mempunyai guru yang berkelayakan dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. Arahan pelaksanaan perkhidmatan GBKSM hendaklah dipatuhi seperti mana yang terkandung dalam surat-surat pekeliling dan surat-surat siaran KPM seperti berikut: i. Pelantikan Kaunselor Sepenuh Masa (Kaunselor Pelajar) KP(BS-HEP)8543/60/(91) bertarikh 18 Mac 1996 li, Surat Pekeliling Iktisas Bil. 3/1996: Panduan Tambahan: Pelantikan Guru Kaunseling Sepenuh Masa Di Sekolah Menengah KP(BS)8591/Jid. VIIN(35) bertarikh 11 Julai 1996 ii, Pelaksanaan Kaunselor Sepenuh Masa KP(BS)8591/Jid. VII(56) bertarikh 6 Mei 1997 iv. Tugas dan Peranan Kaunselor Pelajar Pelaksanaan Kaunselor Sepenuh Masa KP(BS/PSR)8542/019/did.11(9) bertarikh 27 Mei 1998 v. _ Penempatan Guru Kaunseling Sepenuh Masa KP(BS/HEP)8543/019/Jld.11(45) bertarikh 21 Mac 1999; dan vi. Perjawatan Guru Kaunseling Sepenuh Masa Di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah KP(PP)0051/1/JId.8/(24) bertarikh 3 Ogos 2001 vii. Pengurusan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Rendah Dan Menengah Seluruh Negara KP(BPSH-SPPK)601/3 Jid 2 (56) bertarikh 26 Ogos 2008 Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Rendah dan Menengah Seluruh Negara KP(BPSH-SPPK)601/3 Jid 3 (19) bertarikh 03 Disember 2008 ix. Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Rendah dan Menengah Seluruh Negara KP(BPSH-SPPK)601/3 Jid 3 (23) bertarikh 17 Disember 2008 Semua GBKSM yang telah dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah dikecualikan daripada tugas mengajar secara tetap dan berjadual bagi memastikan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat dilaksanakan secara optimum. Bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai waran perjawatan GBKSM, pihak sekolah hendaklah membuat pelantikan secara dalaman dalam kalangan guru-guru sedia ada, Pelantikan tersebut adalah sah dalam tempoh setahun bagi merancang dan melaksanakan program-program Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mengikut keperluan sebagaimana yang diarahkan oleh KPM. Tugas guru tersebut bukanlah sepenuh masa sebagaimana GBKSM kerana fokus utama masih kepada tugas pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Walau bagaimanapun, waktu mengajar guru tersebut boleh dikurangkan atas budi bicara Guru Besar atau Pentadbir. 3. Waktu Bertugas dan Cuti GBKSM Waktu bertugas dan cuti GBKSM adalah sama seperti guru akademik yang lain iaitu mengikut waktu sesi persekolahan. Walau bagaimanapun GBKSM hendaklah melaksanakan arahan Ketua Jabatan dari masa ke semasa meliputi waktu bertugas pada hujung minggu jika diperiukan merujuk kepada program-program fokus perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Surat siaran Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, KPM, KP(BPSH-SPPK)601/3Jid.3(23) bertarikh 17 Disember 2008 adalah dirujuk. 4, Pelantikan Seorang Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling serta Agihan Tugas Pihak sekolah hendaklah melantik seorang Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling sekiranya terdapat lebih daripada seorang GBKSM di sekolah. Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling boleh dilantik berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut > a. Kekananan GBKSM dalam perkhidmatan, atau b. Kekananan GBKSM di sekolah, atau c. Budi bicara Pengetua dan Pentadbir sekolah berdasarkan kredibiliti dan profesionalisma seseorang GBKSM. 5. Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Bagi memastikan pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah berjalan lancar, pihak sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling sekolah yang dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk membantu dan menyelaras semua aktiviti yang dirancang supaya dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Keanggotaan Jawatankuasa ini hendaklah terdiri daripada Penolong Kanan HEM, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling, Ketua-ketua Bidang, Penyelaras Tingkatan/Tahun, Guru Disiplin dan Ketua Guru Asrama (Sekolah Berasrama). 6. Fokus Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah hendaklah membuat perancangan program yang teratur sepanjang tahun berdasarkan kepada analisis kajian keperluan murid di peringkat sekolah. KPM telah menetapkan supaya fokus Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah berdasarkan kepada; Pembangunan dan pengembangan sahsiah murid; . Peningkatan disiplin diri murid; Peni n kerjaya muri . Psikososial dan kesejahteraan mental murid peop Surat siaran KPM Bil. 12 Tahun 2012, KP(BPSH-SPKD)201/005/02 JId.4(5) bertarikh 16 April 2012 Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah hendaklah dirujuk. 7. Sasaran Kerja GBKSM Sasaran kerja seseorang GBKSM di sekolah pada setiap minggu hendaklah berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti berikut: Bil. Perkhidmatan Sasaran 3 =e Seminggu i_| Sesi Kaunseling 5 waktu ii_| Sesi Kaunseling Kelompok Twaktu ili_| Pelaksanaan Kelas Ganti 8 waktu (Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling) | _(maksima) iv_| Pelaksanaan Program Empat Fokus Bidang 8 waktu v_| Pengurusan dan Pentadbiran Perkhidmatan B&K | 10 waktu Jumlah waktu seminggu 32 waktu 8. Jadual Waktu Perkhidmatan GBKSM Setiap GBKSM hendaklah menyediakan Jadual Waktu Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling persendirian berdasarkan sasaran kerja mingguan yang diselaraskan bersama-sama GBKSM yang lain bagi_mengelak pertembungan penggunaan bilik- bilik sesi kaunseling, Jadual waktu tersebut hendaklah mendapat pengesahan Pengetua/Guru Besar dan diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran atau Penyelaras Kelas Ganti bagi tujuan penyelarasan menyusun atur waktu kelas-kelas ganti, Pihak pentadbir sekolah sebaik-baiknya memberi kelas ganti berdasarkan kepada jadual waktu yang telah ditetapkan oleh GBKSM bagi mengelak pertembungan sesi kaunseling yang telah dirancang terlebih awal. Dengan itu GBKSM boleh mengubah suai jadual waktu pada hari berkenaan berdasarkan keperluan tanpa mengganggu waktu sesi kaunseling yang telah diatur terlebih awal. Jadual waktu perkhidmatan setiap GBKSM hendaklah dipamerkan dalam setiap kelas dan papan kenyataan utama Bimbingan dan Kaunseling sekolah bagi memudahkan murid membuat rujukan untuk mendapatkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 9. Kebenaran Mengikuti Sesi Kaunseling Individu dan Sesi Kaunseling Kelompok Pihak pentadbir dan guru-guru sekolah hendakiah membenarkan GBKSM menjalankan sesi kaunseling individu atau kelompok semasa sesi PdPc dilaksanakan dengan prosedur yang telah ditetapkan. Rasionalnya, murid yang bermasalah atau menghadapi tekanan emosi dan sebagainya jika dibiarkan terus berada dalam kelas akan memberi tekanan yang berterusan dan boleh mengganggu proses pengajaran guru dan proses pembelajaran murid-murid yang lain. 10. Kelas Ganti dan Penggunaan Set Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Setiap GBKSM boleh mengambil kelas ganti tidak lebih dua waktu pada setiap hari dan tidak melebihi lapan waktu seminggu. Semasa kelas ganti, GBKSM hendakiah melaksanakan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang telah disediakan oleh KPM. Modul ini hendaklah digunakan semasa kelas ganti ataupun dalam program-program khas yang dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Sebaik-baik kelas ganti hendaklah diatur secara seimbang antara kelas dan tingkatan/tahun supaya modul tersebut dapat dilaksanakan semaksimum mungkin oleh GBKSM di sekolah. Modul tersebut hendaklah digunakan bersama-sama dengan senarai semak pelaksanaan modul untuk memastikan penggunaan modul tiada pertindihan tajuk antara GBKSM yang memasuki kelas-kelas ganti. 41. Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Setiap GBKSM mesti mempunyai sebuah Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Buku rekod ini akan melaporkan segala aktiviti harian GBKSM dari aspek pengurusan, pelaksanaan sesi kaunseling individu dan kelompok serta segala aktiviti dan program yang dilaksanakan setiap hari. Buku rekod ini juga mengandungi analisis sesi kaunseling secara mingguan, bulanan dan tahunan. Selain itu, buku rekod tersebut mengandungi rekod pergerakan, perancangan kewangan serta jadual waktu perkhidmatan seseorang GBKSM. Buku rekod ini hendaklah lengkap dan dikemas kini pada setiap minggu dan dihantar kepada pihak pentadbir sekolah untuk disemak dan ditandatangani. Kepentingan buku rekod ini sebagai satu bahan bukti kerja buat GBKSM dan semakan pihak-pihak tertentu sekiranya diperlukan oleh pihak berkepentingan. 42. Bilik Bimbingan dan Kaunseling Pihak sekolah hendaklah sedaya upaya menyediakan bilik Bimbingan dan Kaunseling dan kemudahan-kemudahan yang secukupnya bagi memudahkan pelaksanaan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Sebaik-baiknya dalam bilik Bimbingan dan Kaunseling hendaklah mempunyai satu bilik sesi kaunseling individu, satu bilik sesi kaunseling kelompok, bilik pengurusan dan ruang menunggu. Semua bilik sesi kaunseling hendaklah diselaras penggunaannya sesama Guru Bimbingan dan Kaunseling dan digunakan secara maksimum 4 berdasarkan sasaran kerja utama mingguan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1976, KP(BS) 8548/Vol.II(49) bertarikh 5 Mei, 1976 dan Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah dan Menengah, KPM 2015 hendakiah dirujuk. 13. Profil Murid Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah hendaklah menyediakan dan menyimpan profil murid kumpulan khusus yang boleh dijadikan rujukan bagi pembangunan potensi murid serta program intervensi untuk menangani kes-kes salah laku disiplin dalam kalangan murid. Antara kumpulan penting yang perlu dikenal pasti adalah seperti berikut : Pengesanan Hala Tuju Murid Lepasan Sekolah Testimonial Kejayaan Murid Kumpulan Ponteng Kumpulan Bergaduh terutama pergaduhan antara kaum Kumpulan Buli Kumpulan Pendidikan pencegahan Dadah (PPDa) Kumpulan Terlibat Jenayah Krisis dan Permasalahan Seksual PNET aeNs Profil murid mestilah mengandungi maklumat mengenai latar belakang murid, latar belakang ibu bapa dan penjaga, latar belakang masalah, kekerapan dan punca masalah, sesi kaunseling dan status tindakan penyelesaian dan sebagainya. 14, Pengurusan Kewangan PCG Bimbingan dan Kaunseling Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah hendaklah merancang pengurusan Wang PCG Bimbingan dan Kaunseling sekolah secara teratur dan berhemah serta mematuhi peraturan penggunaan wang berkenaan mengikut Pindaan Ke Atas Surat Pekeliling Kewangan Bil.8 Tahun 2012, KP(BKEW/BT)1800/G-03 Jid.2 9s.k 6)(16) bertarikh 47 Jun 2013. 15. Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang Pihak sekolah hendaklah merancang dan berusaha menggembelengkan semua sumber dan sistem sokongan sekolah ke arah pembentukan ekosistem sekolah penyayang. Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang mesti diteruskan sepanjang masa dan dijadikan budaya dalam kalangan guru di sekolah. Dalam Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang, 3 elemen penting yang mesti dilaksanakan adalah seperti berikut a, Mengalu-alukan kehadiran murid di sekolah b. Memberi penghargaan kepada murid c. Program Mentor Mentee Program Mentor Mentee hendaklah dilaksanakan sepenuhnya dengan melibatkan semua murid dan semua guru di sekolah, Surat Siaran KPM, Bilangan 4 Tahun 5 2012, KP(BPSH-SPKD)201/005/02JId.3(43) bertarikh 8 Februari 2012, Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang hendakiah dirujuk. Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang juga telah menjadi petunjuk keberhasilan utama (KPI), KPM yang akan dipantau sepanjang masa dengan melengkapkan pelaporan Penilaian Kendiri Amalan Guru Penyayang dua kali setahun (Januari hingga Jun-Fasa 1 dan Julai hingga Oktober-Fasa 2) Semua sekolah menengah perlu melaksanakan Program Minda Sihat sepanjang masa bagi memastikan murid-murid sekolah yang mengadapi masalah kesihatan mental dan emosi dapat dibantu dengan segera. Pihak sekolah perlu bekerjasama dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah untuk kes-kes yang memerlukan rujukan pakar perubatan. Pelaporan Program Minda Sihat perlu dilengkapkan dua kali setahun (Januari hingga Jun-Fasa 1 dan Julai hingga Oktober-Fasa 2). Soal Selidik Masalah Murid digunakan untuk mengenal pasti punca masalah murid stres, anxiety dan kemurungan. Soal selidik berkenaan boleh dirujuk pada halaman 124 Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah dan Menengah. 17. Dasar Warga Emas Negara (DWEN) Pihak sekolah hendaklah melaksanakan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) mengikut Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia, KP(BPSH-SPKD)601/62/ Jid. 8 (14) bertarikh, 6 Jun 2013. Program ini hendaklah dilaksanakan secara berfokus dalam mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan dan aktiviti kokurikulum di sekolah. Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama guru sivik dan kewarganegaraan hendaklah menyelaras serta melaporkan program dan aktiviti DWEN yang dilaksanakan di sekolah. Pelaporan program dan aktiviti DWEN perlu dilengkapkan dua kali setahun (Januari hingga Jun-Fasa 4 dan Julai hingga Oktober-Fasa 2). 48. Program Pendidikan Kerjaya (Pentaksiran Psikometrik) Pihak sekolah hendaklah melaksanakan Pendidikan Kerjaya kepada murid-murid seperti yang terkandung dalam Surat Siaran, KP(BPSH-SPKD)601/01 Jid.9 (70) bertarikh 24 April, 2014 hendakiah dirujuk. Setiap murid hendakiah disediakan Profil Hala tuju Pendidikan dan Kerjaya yang mana murid perlu menjalani ujian-ujian inventori kerjaya untuk mengenal pasti potensi dan kekuatan diri bagi merancang hala tuju pendidikan dan kerjaya mereka pada masa hadapan. Murid-murid juga perlu didedahkan dengan kemahiran-kemahiran membuat resume dan menjalani proses temuduga di samping pengayaan kemahiran, maklumat dan pengetahuan lain yang berkaitan dengan pendidikan dan kerjaya. Pentaksiran psikometrik perlu diurus secara sistematik dan terancang. Data dan maklumat pentaksiran psikometrik perlu dianalisa dan diambil tindakan susulan sebagai langkah intervensi mengikut arahan yang berkuat Kuasa mengikut keperluan secara menyeluruh dan berterusan. Dapatan pentaksiran psikometrik hendaklah dibentangkan kepada semua guru sama ada dalam Mesyuarat Pengurusan, Mesyuarat Guru atau Mesyuarat Pentaksiran 6 Berasaskan Sekolah (PBS). Semua GBKSM boleh memuat turun maklumat berkaitan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di laman portal Sistem eProfil Kerjaya Murid (SePKM) https:/lepkm.moe.gov.my 19. Program Kaunseling Berfokus Program Kaunseling Berfokus hendaklah diteruskan pada peringkat sekolah dengan memberi fokus kepada kumpulan pembangunan dan perkembangan sahsiah diri murid, peningkatan disiplin diri murid, pendidikan kerjaya murid serta psikososial dan kesejahteraan mental murid. Setiap Guru Bimbingan dan Kaunseling mesti mempunyai sekurang-kurangnya 2 fokus berbeza daripada 4 jenis fokus bidang contohnya kumpulan kaunseling berfokus yang terdiri dari kumpulan ponteng (peningkatan disiplin murid) dan kumpulan pengurusan emosi (psokososial dan kesejahteraan mental. Modul Kaunseling Berfokus, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian boleh dijadikan panduan pelaksanaan Program Kaunseling Berfokus. 20. Outreach Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling GBKSM digalakkan melaksanakan outreach juga kajian tindakan_berkaitan dengan bidang bimbingan kaunseling dan yang bersesuaian. GBKSM juga digalakkan berkongsi hasil outreach dalam Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) di sekolah untuk menyampaikan makiumat tentang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling serta berkongsi dari segi ilmu dan kemahiran-kemahiran kaunseling bagi membina budaya sihat dan penyayang dalam kalangan warga sekolah. 24. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Pihak sekolah hendaklah menubuhkan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah yang akan menjadi sayap kanan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah dalam membantu melaksanakan pelbagai program dan aktiviti di peringkat sekolah. Di samping itu, ahli PRS ini juga boleh menjadi pembimbing kepada rakan-rakan sebaya dalam pelbagai aspek. Ahli-ahli PRS hendaklah dipilih dan dilatin secara berterusan dalam aspek pengetahuan dan kemahiran asas menolong bagi memastikan mereka berperanan menjadi PRS sekolah yang berkesan. PRS juga diharap dapat membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai aspek dengan falsafah "Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain’. Modul Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 2009, KPM hendaklah diguna pakai dalam melatih PRS peringkat sekolah. 22. Kelab Bimbingan dan Kaunseling/Kerjaya GBKSM perlu menjadi guru penasihat Kelab Bimbingan dan Kaunseling/Kerjaya GBKSM hendaklah merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi menyediakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk perkembangan menyeluruh selaras penglibatan aktif murid dalam kokurikulum. Keahlian kelab ini terbuka kepada semua murid dan tidak terhad kepada PRS sahaja. 23. Penglibatan GBKSM Dalam Program dan Aktiviti Luar GBKSM hendaklah memberi keutamaan kepada tugas dan perkhidmatannya di sekolah. Bagi memastikan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah berjalan lancar dan sempuma, pihak sekolah hendaklah mengawal sebarang penglibatan GBKSM dengan program dan aktiviti luar kecuali program dan aktiviti yang releven dengan perkhidmatannya yang dikendalikan oleh pihak KPM, JPN dan PPD. Surat siaran KPM Bil.12 Tahun 2012, KP(BPSH-SPKD)201/005/02 Jid.4 (5) bertarikh 16 April 2012, Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah yang berkaitan jumlah hari yang dibenarkan keluar untuk menjalankan aktiviti luar sekolah hendaklah diguna pakai. 24, Bidang Tugas dan Tanggungjawab GBKSM Dalam Polibatan Kokurikulum. GBKSM di sekolah tidak diberikan jawatan utama seperti Penyelaras Kokurikulum, Ketua Jurulatih Permainan, Guru Pusat Sumber dan Ketua Penasihat Kelab kecuali Ketua Guru Penasihat kepada Pembimbing Rakan Sebaya dan Kelab Unit Bimbingan dan Kaunseling/Kerjaya. Surat siaran KPM, KP(BPSH-SPPK) 601/3 Jld.3(19) adalah dirujuk. 25. Keberadaan GBKSM di Sekolah Semasa Murid-murid menghadapi Peperiksaan dan Penyerahan Keputusan UPSR, PT3, SPM dan STPM di sekolah. GBKSM hendaklah memastikan dan memantau tahap emosi murid supaya berada dalam keadaan memuaskan sepanjang tempoh peperiksaan dilaksanakan. Keberadaan GBKSM di sekolah semasa peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM dilaksanakan amat membantu dalam mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu murid mengurus emosi dengan baik apabila berhadapan situasi krisis semasa peperiksaan dilaksanakan. Bagi sekolah yang mempunyai lebih daripada seorang GBKSM perancangan jadual bertugas secara bergilir perlulah disediakan. Semua GBKSM periu terlibat sepanjang tempoh berkenaan. Semasa penyerahan keputusan peperiksaan GBKSM perlu berada di sekolah bagi membimbing murid-murid dan memberi penerangan kepada ibu bapa berkaitan pelaporan pentaksiran dan hala tuju pendidikan selepas peperiksaan 26. Teguran Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Bagi meningkatkan pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, pihak sekolah hendaklah mengambil kira teguran Hasil Pemeriksaan Khas Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) dalam Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPPM Bil.2/2014. 27. Instrumen Penilaian Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di ‘Sekolah Rendah dan Menengah GBKSM. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, Instrumen Penilaian Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling digunakan bagi menilai tahap perkhidmatan yang dilaksanakan. Instrumen ini perlu dilengkapkan secara kendiri oleh GBKSM sekolah rendah dan menengah pada bulan Jun dan dikumpulkan oleh PPD pada bulan Julai, JPN pada bulan Ogos dan KPM pada bulan September. 28. Pelaporan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Setiap tahun Bahagian Pengurusan Sekolah Harian mengumpulkan data program dan laporan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang telah dilaksanakan oleh GBK di sekolah. Pelaporan tersebut adalah Laporan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Penilaian Kendiri Amalan Guru Penyayang, Program Minda Sihat (Sekolah Menengah) dan Dasar Warga Emas Negara (DWEN). Pengumpulan data dilaksanakan dalam 2 fasa iaitu fasa 1 ( 1 Januari hingga 30 Jun) dan Fasa 2 (1 Julai hingga 30 Oktober) setiap tahun. Tapak dan format pelaporan boleh dimuat turun daripada pautan «= muat_—turun = dokumen/fail_~ laman_—sesawang https://epkm.moe.gov.my. 29. Pemantauan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling oleh pihak PPD, JPN dan KPM KPM, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dikehendaki sentiasa menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan segala arahan dan pelaksanaan program dan aktiviti yang ditetapkan seperti perkara 1 hingga 28 dilaksanakan sepenuhnya z

You might also like