You are on page 1of 9
|KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI HAL EHWAL PENGGUNA Bahagian Gerakan Kepenggunaan, No. 13, Aras 4 Persiaran Perdana, Presint 2 jeeseee Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ks Foks: 603-8882 6983 62623 PUTRAJAYA, MALAYSIA Laman Web: wor kpdekk gov.my No. Rujukan : KPDNKK.700-4/1/4 JLD 3(_—) Tarikh : YBhg. Datuk Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan, MEMPELAWA SYARIKAT MENYERTAI INTEGRASI RAKAN DAGANG KAD FRIENDS OF KPDNHEP- Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang melaksanakan inisiatif untuk melibatkan setiap pengguna secara langsung dalam pemantauan harga barangan dan perkhidmatan di samping menawarkan kad diskaun Friends of KPDNHEP kepada masyarakat yang menjadi ahli. 3. Kerajaan Malaysia sentiasa peka dengan situasi yang dihadapi oleh masyarakat, oleh itu, pelbagai inisiatif diperkenalkan termasuklah bagi mengurangkan kos sara hidup terutamanya bagi golongan yang memerlukan seperti masyarakat OKU, pesara dan juga siswa. Di antara inisiatif yang dilaksanakan pada masa ini ialah dengan memperkenalkan kad Friends of KPDNHEP bagi memberikan rakyat Malaysia peluang untuk menikmati kehidupan yang lebih sempurna dengan pemberian diskaun oleh syarikat-syarikat yang prihatin. 5. Bersama ini juga, KPDNHEP mengemukakan borang maklumbalas daripada syarikat bagi menyertai inisiatif ini (lampiran B dan B41). Sehubungan itu, Kementerian ini berharap syarikat-syarikat yang bernaung di bawah pertubuhan / persatuan YBhg. Datuk Seri / Dato’ / Datin / tuan / 1 yoreniann SS Puan bersetuju untuk menyertai inisiatif murni ini pada kadar diskaun yang bersesuaian 6. Dengan perkongsian pintar Rakan Dagang ini, syarikat YBhg. Datuk Seri) Dato’ Datin/ Tuan/ Puan akan memperoleh pelbagai manfaat, antaranya adalah: i. Perkongsian menawarkan pasaran yang lebih luas dengan keahlian 900,000 ahli Friends of KPDNHEP; ii, | Promosi yang lebih meluas ditawarkan kepada paparan logo syarikat akan dilakukan di laman web Friends of KPDNHEP http://fok. 1pengguna.com/sp/index.php?r=portal/index&id=TiFw UVezNORLQ3VIRDFgRTFmVENuZz09, 7. Oleh itu, KPDNHEP amat berbesar hati sekiranya syarikat YBhg. Datuk Seri/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan sudi untuk terus bersama-sama KPDNHEP dalam melaksanakan inisiatif Program Rakan Dagang kepada pemegang-pemegang Kad Friends of KPDNHEP untuk sama-sama menikmati diskaun harga barangan atau perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh syarikat YBhg. Datuk Seri/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan. 8. Sekiranya syarikat YBhg. Datuk Seri/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan mempunyai sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan urusetia KPDNHEP Encik Mohd Azam bin Adzmi (mohdazam@kpdnkk.gov.my atau membuat panggilan terus ke 03-88826354 atau Mohd Jibril Bin Ramlee (mhdjibril@kpdnkk.gov.my / 0388825859). 9. Segala kerjasama dan perhatian berhubung perkara berkenaan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, < C (ZAITON BINTI YAHYA) Pengarah Bahagian Gerakan Kepenggunaan 1.0 2.0 3.0 Lampiran A SYARAT-SYARAT PENYERTAAN SYARIKAT SEBAGAI RAKAN DAGANG KAD FRIENDS OF KPDNHEP TEMPOH SAH PELANTIKAN 1.1 Pelantikan syarikat adalah untuk tempoh SATU TAHUN (1) berkuatkuasa dari tarikh pendaftaran syarikat sebagai Rakan Dagang Friends of KPDNHEP ATAU; ke satu tarikh penamatan mengikut peruntukan di perenggan 4 lampiran ini, mana-mana yang terdahulu. TANGGUNGJAWAB SYARIKAT 21 22 23 24 Syarikat bertanggungjawab untuk memastikan _pemberian diskaun seperti di Lampiran B1 kepada pemegang Kad Friends of KPDNHEP. Syarikat hendaklah memberi, mengemukakan atau menyiarkan maklumat yang tepat, jelas dan tidak mengelirukan berhubungan dengan pemberian diskaun ke atas barangan atau perkhidmatan kepada pemegang Kad Friends of KPDNHEP. Syarikat dikehendaki_ memaklumkan di dalam tempoh yang munasabah kepada KPDNKK terlebih dahulu sebelum mengubah mana-mana amaun atau syarat diskaun yang diberi kepada pemegang Kad Friends of KPDNHEP; dan Syarikat tidak boleh memberi, mengemukakan, mendedahkan atau menyiarkan maklumat yang berhubung dengan syarat-syarat di bawah pelantikan ini dan maklumat pemegang Kad Friends of KPDNHEP mengikut —peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa PENGGUNAAN LOGO 3.1 3.2 Logo dan jenama syarikat akan digunakan oleh KPDNHEP dalam aktiviti promosi dan pengiklanan berkaitan Kad Friends of KPDNHEP atau yang mana pada anggapan kedua-dua pihak adalah sesuai; dan Logo dan jenama Kad Friends of KPDNHEP akan digunakan oleh syarikat dalam aktiviti promosi dan pengiklanan berkaitan syarikat atau yang mana pada anggapan kedua-dua pihak adalah sesuai 40 5.0 Lampiran A PENAMATAN, PENGINGKARAN DAN TANGGUNGAN 41 42 Mana-mana pihak dalam perjanjian ini boleh menamatkan atau menarik diri dengan memberi notis TIGA PULUH (30) HARI secara bertulis kepada pihak KPDNHEP; dan Selepas penamatan perjanjian oleh mana-mana pihak, semua peruntukan di bawah syarat-syarat di bawah pelantikan ini akan terhenti menjadi efektif tetapi tidak menjejaskan hak dan remedy kedua-dua pihak terhadap satu sama lain berkenaan dengan apa-apa tuntutan yang telah teraku atau pelanggaran syarat- syarat di bawah pelantikan ini PENYELESAIAN PERTIKAIAN 5.1 5.2 ‘Apa-apa pertikaian yang terbabit akibat daripada pelaksanaan atau penggunaan peruntukan-peruntukan dalam perjanjian ini atau hak, tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit daripadanya atau yang berhubung dengannya kecuali selainnya dipersetujui dengan tertentu secara bertulis antara pihak-pihak hendaklah diselesaikan secara baik atau aman. Pihak-pihak boleh membuat prosedur dan peraturannya sendiri mengenai perjalanan prosiding penyelesaian pertikaian di antara pihak-pihak dan keputusan yang dicapai oleh pihak-pihak adalah muktamad dan mengikat pihak-pihak kepada perjanjian ini Lampiran A 6.0 NOTIS 6.1 6.2 Jika mengikut peruntukan di dalam syarat-syarat di bawah pelantikan, semua surat menyurat atau notis hendaklah dibuat secara bertulis dan dialamatkan serta dihantar sama ada melalui pos berdaftar, faks atau dengan tangan dan hendaklah dianggap telah diserah semasa penghantaran tersebut sekiranya dialamatkan seperti di bawah:~ (a) Bagi KPDNHEP: Bahagian Gerakan Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna No. 13, Aras 4 Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62623 Putrajaya No. Tel: 03-8882 6354/6447. No. Faks: 03-8882 5983 (b) Bagi Syarikat: Alamat No. Tel No. Faks Sekiranya berlaku pertukaran alamat, maka _hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada KPDNHEP sekurang- kurangnya empat belas (14) hari daripada tarikh pertukaran tersebut 7.0 8.0 Lampiran A PENGENEPIAN HAK 7.4 Kegagalan KPDNHEP dan/atau Syarikat untuk menjalankan penguatkuasaan mana-mana hak, remedy atau peruntukan di bawah syarat-syarat di bawah pelantikan ini pada bila-bila masa, tidak akan berjumlah kepada suatu penepian hak, melainkan ia telah dibuat secara bertulis terlebih dahulu. 7.2 Apa-apa penepian hak hendaklah dibuat secara bertulis dan hendakiah dirujuk dan dipersetujui oleh KPDNHEP. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG 8.1 Pihak-pihak dengan ini bersetuju untuk mematuhi segala ketetapan undang-undang, peraturan-peraturan atau undang- undang kecil yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa. Lampiran B No. Rujukan : KPDNKK.700-4/1/4 JLD.3 (_) Tarikh 7 Pengarah Bahagian Gerakan Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Aras 4, No, 13,Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62623 Putrajaya Fax: 03-88825983 Ybhg. Datuk Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan, PENERIMAAN KERJASAMA SYARIKAT SEBAGAI RAKAN DAGANG KAD FRIENDS OF KPDNHEP Dengan hormatnya saya merujuk kepada surat Tuan/Puan KPDNKK.700-4/1/4 JLD 3(_ ) bertarikh mengenai perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan — bahawa, _ bersetuju untuk bekerjasama / memperbaharui kontrak dalam inisiatif Intergrasi Rakan Dagang Kad Diskaun berdasarkan syarat-syarat seperti di Lampiran A dan pemberian diskaun kepada pemegang Kad Friends of KPDNHEP seperti perincian di Lampiran B1. 3. Tarikh permulaan pemberian diskaun kepada pemegang Kad Friends of KPDNHEP adalah pada tarikh permohonan anda diluluskan di pejabat ini Sekian, terima kasih. Tandatangan Syarikat Tandatangan Saksi Nama: Jawatan: Cop Syarikat: Alamat Alamat: Tarikh Tarik: KPDNKK BORANG MAKLUMAT SYARIKAT Lampiran B41 FRIENDS OF KPDNHEP Bil. Perkara Keterangan PROFIL SYARIKAT 1 | Nama dan No. Pendaftaran 2. | Nama Komersil / Jenama - - 3 | Jenis Perniagaan 4 | Alamat Ibu Pejabat 5. | Alamat Premis (Sila Lampirkan Alamat Penuh Premis sekiranya terdapat lebih daripada satu premis) 6 | Laman Web / Promosi MAKLUMAT DISKAUN 7 | Kadar Diskaun 8 | Terma dan Syarat (Sertakan lampiran sekiranya tidak mencukupi ruang) PEGAWAI PERHUBUNGAN 9 Nama Pegawai 10 No. Telefon Pejabat i No. Telefon Bimbit 12 No. Faksimili 13 Emel * sertakan lampiran jika perlu

You might also like