You are on page 1of 1

UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH

TAJUK BERITA : TRAGEDI YONG BELAR

SEPTEMBER 2019 Ekspedisi Gunung Yong Belar ini merupakan gunung pertama USAS
dalam Ekspedisi G7 bagi meraikan Hari Kemerdekaan ke-62 yang diketuai oleh Naib
Canselor USAS, Tan Sri Prof. Dr. Nordin bin Kardi. Seramai 20 orang kakitangan telah
menyertai ekspedisi ini.

Misi menawan tujuh puncak tertinggi di Semenanjung ini, terpaksa dihentikan apabila salah
seorang peserta, Allahyarham Rosli Kamaruddin, 52 tahun kakitangan Universiti Sultan
Azlan Shah telah meninggal dunia semasa mendaki Gunung Yong Belar akibat sesak nafas.

Allahyarham Rosli amat disenangi dan banyak menjayakan aktiviti kemanusiaan di dalam
dan luar negara serta aktif dalam aktiviti pendakian.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan semoga rohnya dicucuri rahmat.
Amin.

You might also like