You are on page 1of 1

Laporan selepas

Secara amnya, segala tugasan yang diberi telah kami laksanakan dengan sempurna. Antara tugasan
selepas majlis penyampaian hadiah adalah memulangkan semula peralatan yang dipinjam, seperti
dulang dan alas dulang. Tambahan lagi, kami telah memulangkan dua buah cenderamata yang
terlebih kepada Jabatan Kokurikulum pada 9/7/2018.

Namun begitu, terdapat satu kelemahan yang telah berlaku sepanjang kami melaksanakan tugasan
ini iaitu kekurangan sijil penghargaan kepada jurulatih tarik tali. Sehubungan dengan itu, kami telah
mencetak semula sijil tersebut dan menyerahkannya kepada jurulatih tersebut pada 9/7/2018.

Secara kesimpulannya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan saya iaitu
setiap AJK hadiah dan pensyarah bimbingaan iaitu Encik Syakir yang telah membantu saya dalam
melaksanakan tugasan ini. Sebagai ketua AJK ini, saya berasa sangat bersyukur dan berpuas hati atas
kerjasama yang telah diberi oleh setiap pihak secara langsung atau tidak langsung walaupun
menghadapi pelbagai masalah pada permulaan. Akhirnya, tugasan yang diberikan telah dilaksanakan
secara sempurna.

Sekian terima kasih.

You might also like