You are on page 1of 7

SK BATU ARANG

48100 BATU ARANG, SELANGOR.

TARIKH :
29 OKTOBER 2019
KERTAS CADANGAN HARI KANAK-KANAK SEKOLAH

1. PENDAHULUAN

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959,
setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia dan
meminta semua Negara meraikannya setiap tahun sebagai“ Satu Hari Bagi Persaudaraan Dunia
dan Persefahaman Di Kalangan Kanak-kanak ”. Malaysia adalah di antara 150 buah negara yang
menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia pada bulan Oktober setiap tahun. Sebagai membuktikan
keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, pihak sekolah
turut serta meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia setiap tahun. Pada tahun ini, pihak sekolah
meraikan murid-murid bersama aktiviti yang dilaksanakan.

2. RASIONAL

Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan kesedaran


kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk menentukan
perlindungan, kebajikan, kesejahteraan serta hak-hak mereka sentiasa dipelihara.

3. OBJEKTIF

Objektif utama diadakan program ini :

3.1 Meraikan kanak-kanak sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia dengan menghiburkan
mereka dengan beberapa aktiviti yang dirancang.
3.2 Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah.
3.3 Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan
kanak-kanak.
3.4 Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa,
sosio-emosi, sahsiah dan rohani.
3.5 Melahirkan generasi yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan berinovasi.
3.6 Melahirkan bangsa yang memiliki keperibadian terpuji, cemerlang, berbakat serta
berwibawa.

4. KUMPULAN SASARAN

Aktiviti –aktiviti yang akan dijalankan dalam program tersebut akan melibatkan :-

4.1 Semua murid- murid, guru,staf sokongan dan pekerja SK Batu Arang
5. TARIKH PERLAKSANAAN

5.1 : Tarikh aktiviti : 29 Oktober 2019 (Selasa)

Tempoh aktiviti adalah selama satu hari.

6. STRATEGI PELAKSANAAN

Dijalankan di Tapak Perhimpunan dan dewan sekolah bermula pada pukul 8.00 pagi hingga
1.20 tengahari.

7. AHLI JAWATANKUASA HARI KANAK-KANAK

7.1 JAWATANKUASA INDUK HARI KANAK-KANAK TAHUN 2019


Pengerusi : Pn. Nor Liza Bt Idris (Guru Besar SK Batu Arang)
Timbalan Pengerusi : Pn Mastura San Bt Abdullah (GPK HEM)
Naib-Naib Pengerusi : Pn Suniyati Bt Sungip (GPK 1)
En. Muhammad Suhaimi B Mohd Sunar (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : Pn. Amrah Bt Yahaya
Bendahari : Pn. Zaimah Bt Jusoh
Ahli Jawatankuasa :
1. Semua guru SK Batu Arang
2. Semua Staf sokongan
3. Semua pekerja

8. JAWATANKUASA KECIL DAN JADUAL PELAKSANAAN

Buku Program Pengacara Majlis :

Pn. Kanages a/p Seger Ustaz Hasan B Wahab


En Muhammad Sauffi B Basri

- Menyediakan buku program - Mengacarakan majlis


- Mengedarkan kepada guru-guru - Memastikan perjalanan majlis lancar

Jurukamera /Dokumentasi : Hadiah

Pn. Norhayati Bt Nordin Pn. Rozainah Bt Osman


- Merakamkan peristiwa kejadian. Pn. Masri Bt Ariffin
- Menyediakan laporan. Pn. Kamariah Bt Abd Manap

Disiplin & Keselamatan Sepanjang Hari Kanak-Kanak & Siaraya :


Majlis Perpisahan
En. Nor Azlan B Azmi
En. Ali B Abd Majid En. Yaakob B Mohd Razali
Pn. Rozita Bt Abdullah ←
Semua guru/ staf sokongan - Menyediakan peralatan siaraya.
- Peralatan siaraya perlu disediakan sebelum
- Guru-guru yang lain berada antara murid-murid pukul 8.00 pagi.
untuk memastikan keselamatan dan disiplin - Memastikan peralatan berfungsi.
murid terkawal.

Penyediaan Makanan Minuman Guru/ Murid : Persediaan Tempat /Dewan

Pn. Noraini Bt Ibrahim En. Mohd Ali B Abu Bakar


Pn. Rohana Bt Yeob En Muhd Nurul Dainuri B Saimi
Pn Siti Rohani Bt Jantan En Kamal Ariffin B Mohamed
- Menyediakan air minuman untuk guru dan murid.

Hakim Pertandingan Persiapan Pentas / Backdrop

En. Aminorlah B Ghanib Pn.Nor Hanizon Bt Kasdi


Pn Zariah Bt Asmuni Puan Norliza Bt Mohamad Nor
Pn Zaimah Bt Jusoh

-
Persembahan Murid Pn Wahidatul Azana Bt Wahab
Pn Syarzila Bt abdul Wahab Shaarani
Cik Nur Hanani Bt Sobri
Cik Yusnita Bt Habuan Hanipah - Menyediakan murid bagi pertandingan.
Cik Fatin Nursyahirah - Menyusun murid semasa pertandingan.

9. TENTATIF PROGRAM HARI KANAK-KANAK & MAJLIS LAMBAIAN KASIH “SESAAT BERSAMA,
SEABAD TERASA”

9.1 : Pelaksanaan :
Tarikh : 29 Oktober 2019
Hari : Selasa
Masa : 8.00 pagi – 1.20 tengahari
Tempat : Dewan SK Batu Arang

9.2 : Atur cara :

7.30 pagi : Semua guru dan murid berada di tapak perhimpunan

8.00 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis.

8.05 pagi : Ucapan Guru Kaunselor ( Sambutan Hari Jadi )

8.20 pagi : Ucapan Perasmian Hari Kanak-kanak oleh

Pn. Nor Liza Bt Idris (Guru Besar SK Batu Arang )

8.40 pagi : Penyampaian Sijil kepada ketua kelas, Penolong Ketua Kelas dan Kehadiran
terbaik.

9.30 pagi : Upacara memotong kek.

10.00 pagi: Semua murid bergerak ke kelas masing-masing untuk jamuan.

10.20 pagi : Semua murid bergerak ke dewan bagi Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak

11.45pagi : Acara 1: Pertunjukan Fesyen

Acara 2 : Persembahan murid

1.20 tgh : Majlis Bersurai

10. ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH


1. Pertandingan Pertunjukan Fesyen:
Johan RM15.00 RM 39.00
Naib Johan RM 10.00
Tempat Ke-3 RM 8.00
Tempat Ke-4 RM 6.00

2. Hiasan Pentas
RM 150 RM 150.00

3. Makanan & minuman murid Ditaja -

4. Gegantung sambutan RM80 RM 80.00

JUMLAH BESAR RM 1019

11. SUMBER KEWANGAN

11.1 : BKK- Bantuan Kokurikulum


11.2 : PIBG

12. PENUTUP

Diharapkan aktiviti Program Hari Kanak-kanak ini akan dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan program seperti ini
akan dapat diteruskan. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan
memberi manfaat sepenuhnya kepada warga Sekolah Kebangsaan Batu Arang.
Disediakan oleh,

……………………………..........…...........

(PN. ZAIMAH BT JUSOH)

SETIAUSAHA HEM

SK BATU ARANG

Disemak oleh, .

………………………………………...

(PN. MASTURA SAN BT ABDULLAH)

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

SK BATU ARANG

Disahkan oleh, .

………………………………………...

(PN. NOR LIZA BT IDRIS)

GURU BESAR

SK BATU ARANG

You might also like