You are on page 1of 10

Ujian Ala-UPSR 2019

Sekolah-sekolah Rendah Aliran Bahasa Cina Marudi


Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 5
Kertas 1
Masa : 1 jam 15 minit

Nama : _________________________ Tahun : 5 ( ) Markah :

Arahan Am:

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.


2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Bagi Bahagian A, setiap soalan mengandungi empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C
dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

BAHAGIAN A
(20 markah)

Soalan 1 hingga 11
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Budak-budak lelaki itu pergi ke ____________ untuk bermain bola keranjang.


A. jalan C. padang
B. sungai D. gelanggang

2. Mereka sekeluarga bercuti di ____________ semasa cuti penggal persekolahan.


A. Bank Simpanan Nasional C. Universiti Putra Malaysia
B. Stadium Negara D. Pulau Langkawi

3. “__________ harap rakyat akan terus bersatu padu,” titah Sultan Sharifuddin.
A. Beta C. Patik
B. Baginda D. Hamba

4. Encik Rahmat __________ pulang ke rumah setelah mendapat panggilan


kecemasan.
A. beratur C. berteriak
B. bergelut D. bergegas

1
5. Muka adik masam mencuka kerana kakak datang ___________ ketika
mengambilnya dari sekolah.
A. lalu C. lewat
B. lama D. lampu

6. Tujuan gotong-royong ini diadakan adalah ___________ membersihkan dan


mencantikkan kawasan taman permainan.
A. untuk C. demi
B. agar D. supaya

7. “___________ bersyukur kerana penglihatan ayahanda tuanku semakin pulih,” kata


Bendahara kepada Putera Aman Shah.
A. Beta C. Tuanku
B. Patik D. Baginda

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah ini.

8. Sebanyak ____________ orang murid sedang melakukan ringkuk tubi separa.


A. lima C. kelima
B. semua D. berlima

9. Suzy mengajak rakan-rakannya datang ke majlis hari jadinya.


Perkataan seerti bagi mengajak ialah
A. melarang C. mempelawa
B. menegur D. menyuruh

2
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Mak Piah menjemur kain baju yang telah dicucinya tadi.
Perkataan berlawan bagi menjemur ialah
A. membilas C. mengering
B. membasuh D. merendam

11. Jiran saya yang _________ itu telah menghadiahkan sebuah almari kepada rumah
kebajikan itu.
A. murah rezeki C. murah hati
B. bulat kata D. patah kaki

12. Ayah membeli _________ untuk mengukur lebar bilik itu.


A. sesiku L C. dawai besi
B. pita ukur D. pita perekat

13. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Menurut akhbar yang saya baca, enam orang mangsa telah terkorban dalam
kebakaran itu.

A. Berapakah jumlah mangsa yang terkorban dalam kebakaran itu?


B. Bagaimanakah kamu mendapat berita tentang kebakaran itu?
C. Berapakah jumlah rumah yang telah musah dalam kebakaran itu?
D. Akhbar manakah yang menerbitkan berita tentang kebakaran itu?

14. Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.

Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan diri?

A. Mandilah sekurang-kurangnya dua kali sehari.


B. Kita perlu menjaga kebersihan diri supaya tidak mudah dijangkiti penyakit.
C. Cikgu selalu menasihati kami supaya menggosok gigi.
D. Makanlah makanan yang berkhasiat supaya badan kita menjadi sihat.

3
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

15. “Awang Had bin Salleh merupakan tokoh pendidikan yang disegani,” kata Naim
kepada rakannya.
A. Naim menyatakan kepada rakannya bahawa Awang Had bin Salleh ialah tokoh
pendidikan.
B. Naim menyatakan tokoh pendidikan ialah Awang Had bin Salleh.
C. Naim menyatakan bahawa Awang Had bin Salleh ialah tokoh pendidikan yang
disegani kepada rakannya.
D. Naim menyatakan tokoh pendidikan, Awang Had bin Salleh ialah orangnya.

16. Hanis menyatakan hasratnya untuk melihat acara perbarisan semasa Hari
Kemerdekaan kepada Farhana.
A. “Saya ingin melihat acara perbarisan semasa Hari Kemerdekaan,” kata Hanis
kepada Farhana.
B. “Saya mahu menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan,” kata Hanis kepada
Farhana.
C. “Kami mahu menyaksikan perbarisan itu,” kata Hanis dan Farhana.
D. “Saya berhasrat untuk melihat acara perbarisan Hari Kemerdekaan bersama
Farhana,” kata Hanis.

4
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ratih dan Sepani hendak pulang ke rumah selepas menjalani latihan bola jaring. Ketika
melalui stor sukan, mereka ternampak Cikgu May, Rupa-rupanya, Cikgu May sedang
mengemas dan menyusun peralatan sukan.

“Boleh kami bantu, cikgu?” tanya Ratih dan Sepani.

“Boleh tetapi kalian perlu berhati-hati, biar lambat asalkan selamat,” kata Cikgu
May memberikan keizinan.

Mereka membantu Cikgu May menyusun peralatan sukan dengan cermat.


Akhirnya, stor sukan sudah kembali kemas.

“Peralatan sukan ini perlu disusun supaya stor sukan berada dalam keadaan
kemas. Keadaan ini akan memudahkan kita mengambil atau menyimpan peralatan sukan.
Jika tidak, kita boleh terpijak peralatan sukan yang bersepah lalu terjatuh,” terang
Cikgu May panjang lebar.

Ratih dan Sepani mengangguk-anggukkan kepala mereka. Kemudian, mereka pun


meminta diri untuk pulang.

17. Apakah yang dilakukan oleh Ratih dan Sepani sebelum membantu Cikgu May?
A. Pulang ke rumah
B. Berlatih bola jaring
C. Menghadiri kelas tambahan
D. Mengemas peralatan sukan

18. Mengapakah stor sukan perlu berada dalam keadaan kemas?


A. Supaya dapat bermain di dalam stor
B. Senang untuk mengadakan latihan sukan
C. Boleh dijadikan tempat untuk beristirahat
D. Supaya mudah untuk mengambil peralatan sukan

19. Mengapakah Ratih dan Sepani menganggukkan kepala?


A. Mereka hendak pulang cepat
B. Leher mereka terasa sangat lenguh
C. Mereka faham akan penerangan Cikgu May
D. Cikgu May menyuruh mereka melakukan senaman ringkas

20. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.


A. Ratih dan Sepani pemain bola jaring.
B. Mereka menyusun peralatan sukan dengan hati-hati.
C. Cikgu May mengemas peralatan sukan di padang.
D. Mereka pulang ke rumah selepas menolong Cikgu May.

5
BAHAGIAN B
(30 markah)

Soalan 21
Isi tempat kosong dengan kata bilangan yang betul.

dua para beberapa semua setiap

1. “___________________ murid dikehendaki memeriksa peralatan sukan yang


hendak digunakan sebelum bermain,” kata Cikgu Badri.

2. “Cikgu perlukan ____________________ orang murid untuk membantu cikgu


membawa peralatan sukan ini ke stor,” kata Cikgu Lee.

3. __________________ pemain bola sepak dinasihatkan agar mematuhi peraturan


semasa perlawanan bola sepak itu berlangsung.

4. Ada __________________ orang murid pengsan ketika acara perbarisan akibat


cuaca yang panas.

5. “Sebelum bermain, ____________________ pemain harus melakukan aktiviti


regangan untuk mengelakkan sebarang kecederaan,” kata jurulatih itu.

(5 markah)

Soalan 22

(a) Nyatakan sama ada ayat di bawah Ayat Aktif atau Ayat Pasif.

Dana dikumpul oleh pihak sekolah untuk membantu mangsa


banjir.

Penduduk Desa Permai bekerjasama dalam program yang


dijalankan di kampung.

Penduduk pelbagai kaum memeriakan sambutan rumah terbuka


Tahun Baharu Cina Taman Melati.

Air batu campur itu dibeli oleh Chia Ling di gerai ibu Adibah.

(4 markah)

6
(b) Tulis dialog yang sesuai bagi watak di atas.

___________________________________________________________

___________________________________________________________

(2 markah)

Soalan 23

(a) Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

____________________________________________________________

____________________________________________________________

Jawapan : Baja kompas dihasilkan daripada bahan organik yang telah reput.

(2 markah)

(b) Tukar ayat cakap ajuk dan cakap pindah di bawah.

Cakap Ajuk Cakap Pindah

“Kami memperoleh pelbagai (i) __________________________


pengetahuan semasa melawat ke __________________________
Muzium Tentera Darat itu,” kata Aina.
__________________________

(ii) ___________________________ Amar bertanya kepada Rajan tentang


___________________________ tokoh negara yang amat disanjunginya.
___________________________
(4 markah)

7
Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Shalin Zulkifli, satu nama yang tidak asing lagi dalam persada sukan negara. Beliau
pernah dinobatkan sebagai pemain nombor satu Asia. Beliau merupakan pemain boling 10
pin profesional.

Beliau dilahirkan pada 28 Mac 1978 di London. Beliau mula bermain boling seawal
usia sembilan tahun. Beliau mula menyertai pasukan boling kebangsaan pada akhir tahun
1980-an.

Shalin mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Bandaraya, Jalan


Pudu, Kuala Lumpur. Beliau terpaksa mengorbankan masa dan tenaga serta mempunyai
semangat yang tinggi dalam menuju kejayaan yang diidam-idamkan.

Shalin juga ialah pemegang ijazah dalam Sains Sukan, khusus dalam bidang
Psikologi dan Latihan Sukan. Kejayaan Shalin bermula pada tahun 1994 apabila menjadi
pemain termuda dan rakyat Malaysia pertama menjuarai Kejohanan Wanita Kent
Malaysian All-Stars.

Beliau turut mendapat banyak penghargaan seperti Anugerah Olahragawati


Malaysia pada tahun 1994, 1996, 1997, 2001 dan 2002. Selain itu, beliau turut
mendapat Anugerah Olimpik Malaysia pada tahun 1994 dan 1999.

Beliau turut mendapat banyak penghargaan seperti Anugerah Olahragawati


Malaysia pada tahun 1994 dan 1999.

Shalin turut berharap agar sukan boling dapat diperkenalkan di seluruh sekolah
supaya lebih ramai remaja yang berbakat dalam menyertainya.

a. Shalin Zulkifli ialah atlet sukan _____________________________________


(1 markah)

b. Sejak bilakah Shalin mula berjinak-jinak dalam sukan boling?

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________
(2 markah)

8
c. Tulis Betul atau Salah bagi pernyataan di bawah berdasarkan petikan.

Shalin Zulkifli dilahirkan di Kuala Lumpur.

Beliau pernah bersekolah di London.

Beliau mempunyai ijazah dalam bindang Sains Sukan.


Beliau pernah dianugerahi sebagai olahragawati negara
selama beberapa tahun.
(2 markah)

Soalan 25
Baca dialog di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Li Wei : Ibu, marilah kita bercuti di pulau peranginan semasa cuti sekolah nanti.

Puan Tan : Apakah pulau peranginan yang kamu maksudkan itu?

Li Wei : Saya mencadangkan agar kita pergi ke Taman Laut Pulau Payar, Pulau
Langkawi.

Encik Lim : Mengapakah kamu ingin ke sana, Li Wei?

Li Wei : Saya ingin ke sana kerana air lautnya sangat jernih. Kita dapat melakukan
aktiviti berenang, menyelam, dan bersnorkel. Taman Laut Pulau Payar
juga kaya dengan terumbu karang yang cantik.

Puan Tan : Wah, istimewanya Taman Laut Pulau Payar!

Encik Lim : Ayah juga ada cadangan. Ayah ingin pergi ke Tasik Kenyir, Terengganu.

Li Wei : Mengapakah ayah ingin ke sana?

Encik Lim : Ayah ingin ke sana kerana banyak aktiviti yang dapat kita lakukan di sana.
Antaranya, kita dapat mengelilingi tasik dengan menaiki bot, memancing,
dan merentas hutan.

Puan Tan : Kalau begitu, kita harus memilih sama ada hendak ke Taman Laut Pulau
Payar atau ke Tasik Kenyir.

Li Wei : Apa kata pada cuti sekolah kali ini, kita pergi ke Taman Laut Pulau Payar.
Pada cuti sekolah depan pula, kita ke Tasik Kenyir.

Encik Lim : Ayah setuju.

9
a. Perkataan mengelilingi dalam petika boleh juga digantikan dengan perkataan
________________________.
(1 markah)

b. Mengapakah Li Wei ingin bercuti di Taman Laut Payar?

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________
(2 markah)

c. Apakah aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan jika bercuti di Tasik Kenyir?

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________
(2 markah)

d. Sekiranya kamu ialah Puan Tan, pulau peranginan yang manakah akan kamu pilih
sebagai destinasi percutian? Mengapa?

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________
(3 markah)

- KERTAS SOALAN TAMAT -

10

You might also like