You are on page 1of 11

Soalan 1

Berikan latar belakang demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia.(5 markah)


Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Terdapat dua
corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu Sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.
Sistem Raja Berperlembagaan mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi peringkat negara dan
negeri. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. Sistem Republik menolak institusi beraja dan
diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. (m/s 161-162)

Soalan 2
Bolehkan anda berikan definisi atau maksud demokrasi berparlimen (5 markah)

Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara.
Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui
pilihan raya. Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada
melalui pilihan raya. (m/s 161-162)

Soalan 3
Senaraikan Ciri-ciri demokrasi berparlimen (15 markah)
Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen di Malaysia terbahagi kepada perlembagaan, Raja
Berpelembagaan, Parlimen, Pilihan Raya, Kuasa pemerintahan Parti-parti politik dan Kebebebasan hak
asasi. Ciri-ciri demokrasi berparlimen pada peringkat Kerajaan Persekutuan atau pusat diketuai oleh
Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi Negara.
Pada peringkat negeri atau Kerajaan Negeri adalah sultan atau raja. Yang di-Pertuan Agong
akan dibantu oleh Perdana Menteri manakala sultan oleh Menteri Besar. Rakyat terlibat dalam
pemerintahan dan Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Rakyat juga berpeluang
membentuk kerajaan dan bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Di samping itu, rakyat juga
berhak menyokong, mengekal dan menukar kerajaan melalui pilihan raya.
Pemerintahan dalam sistem demokrasi berparlimen berasaskan perlembagaan dan
membenarkan perlembagaan dipinda. Di samping itu, menjaga hak kebebasan rakyat yang
membenarkan parti-parti politik dibentuk dan menyertai pilihan raya. Di samping itu, terdapat
Parlimen yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Demokrasi
berparlimen juga berasaskan konsep Raja Berperlembagaan. (m/s 161-162)
Soalan 4
Jelaskan kepentingan Perlembagaan kepada negara yang mengamalkan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen (15 markah)

Kepentingan perlembagaan kepada negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi


berparlimen ialah menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk
pemerintahan. Selain itu, perlembagaan menentukan bentuk kerajaan dan menjadi panduan kepada
kerajaan supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Rakyat
memegang matlamat yang sama supaya semangat patriotisme dapat dibentuk. Contohnya Perkara
25 menyebut, seseorang warganegara Malaysia boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia
kepada Negara.
Perlembagaan menjamin taat setia rakyat kepada negara. Perlembagaan juga menjamin hak
asasi dan kebebasan rakyat. Contohnya, hak kebebasan berpersatuan, beragama dan memiliki
harta. Dengan itu, rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang.
Kepentingan lain ialah perlembagaan memperuntukkan peranan Yang di Dipertuan Agong
dalam menjaga dan memelihara hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
tanpa mengabaikan hak-hak kaum lain. Hak tersebut adalah biasiswa, lessen perniagaan dan
sebagainya.
Perlembagaan juga boleh menjamin kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri. Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan
negeri dan dengan situasi ini, pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa ada perbalahan. (m/s 163-
164)

Soalan 5
Jelaskan tujuan dan kaedah pindaan perlembagaan oleh Parlimen Malaysia yang terdapat dalam
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. (15 markah)

Tujuan pindaan perlembagaan dibuat oleh Parlimen Malaysia adalah untuk melindungi
kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran Negara.

Selain itu pindaan juga bertujuan supaya perlembagaan sentiasa relevan dan sesuai dengan
keperluan semasa. Pindaan ini menjadikan perlembagaan sebagai undang- undang yang munasabah
dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. Perlembagaan yang dipinda melarang
Perkara Sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan seperti pemerintahan beraja,
kedudukan Bahasa Melayu, Hak Keistimewaan Bumiputera.
Akta hasutan 1970, melarang individu daripada membincangkan atau bercakap dan menyentuh
sensitiviti atau menimbulkan hasutan sehingga menimbulkan perbalahan kaum. Tujuannya bagi
memelihara keselamatan dan ketenteraman serta keharmonian masyarakat.
Terdapat empat kaedah pindaan perlembagaan oleh Parlimen. Kaedah pertama melibatkan
persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga dewan parlimen dan persetujuan Majlis Raja- Raja.
Perkara pindaan yang termasuk dalam kaedah ini ialah Tugas dan Kuasa Majlis Raja- Raja Melayu,
kewarganegaraan dan perubahan sempadan negeri.

Manakala kaedah kedua melibatkan persetujuan majoriti lebih dua pertiga dewan parlimen
dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Perkara yang dipinda seperti keanggotaan
dan bidang kuasa mahkamah tinggi di Sarawak dan Sabah. Perkara Perundangan dan pemerintahan
kuasa negeri, agama, bahasa dan keistimewaan orang bumiputera Sabah dan Sarawak.

Kaedah ketiga pula ialah melibatkan persetujuan lebih suara dua pertiga dewan parlimen
dalam perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana kaedah pindaan.
Kaedah keempat pula melibatkan persetujuan lebih suara dewan parlimen. Antara
pindaannya berkaitan dengan kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikrar,pemilihan dan persaraan ahli
dewan Negara serta persempadanan pilihanraya. (m/s 165-166)
Soalan 6
Huraikan dengan terperinci bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong (10 Markah)

Yang di-Pertuan Agong (YDA) selain mengetuai tiga badan Kerajaan iaitu Badan Perundangan,
Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman, adalah juga Ketua Negara Malaysia. Baginda bertindak
mengikut perlembagaan Malaysia, di mana baginda boleh memanggil dan membubarkan parlimen.
Yang di-Pertuan Agong juga merupakan Kuasa tertinggi dalam Angkatan Tentera. Baginda
boleh mengampun dan menangguhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera. Selain itu, bidang kuasa
baginda yang lain menjaga, memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Baginda juga
berkuasa menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu bersidang.
Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong juga merangkumi Ketua agama Islam bagi negeri
baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Baginda juga
berkuasa melantik Perdana Menteri, memecat menteri dan timbalan menteri atas nasihat Perdana
Menteri.
YDA juga boleh mengisytiharkan undang-undang Darurat di bawah Undang-undang X jika
keselamatan Negara terancam. (m/s 168)

Soalan 7
Huraikan ciri-ciri /Fungsi Badan-badan Kerajaan. (30 markah)
Badan kerajaan terdiri daripada Badan Perundangan/Legislatif, Badan
Pelaksanaan/Eksekutif dan Badan Kehakiman/Judisiari
a) Badan Perundangan/Legislatif (10 markah)
Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang
dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan perundangan, menggubal undang-
undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di
negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Dewan Negara merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita. Ahli Dewan
Negara digelar Senator yang mewakili setiap negeri. Mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong. Seseorang senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun dan mestilah berumur
sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen dan boleh dilantik menjadi
ahli Jemaah Menteri. (P172)

b) Badan Pelaksanaan/Eksekutif (10 markah)


Badan Pelaksana terdiri daripada Jemaah Menteri atau Kabinet. Kabinet merupakan pembuat
dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua
perkara. Perdana Menteri meupakan Ketua Jemaah Menteri. Perdana Menteri atau Timbalan Perdana
Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.

Dewan Rakyat terdiri daripada ahli yang dilantik melalui proses pilihan raya. Tempoh jawatan
mereka adalah lima tahun. Tugas ahli, menggubal dan meluluskan undang-undang peringkat Dewan
Rakyat.

Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan. Setiap kementerian


diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha
Politik. Menteri yang tidak diberkan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak
Berportfolio.

Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau


bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Beliau dibantu oleh
kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai pegawai perkhidmatan awam, contohnya Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam. Badan kerajaan dikenali sebagai Badan Berkanun, iaitu separuh kerajaan yang
mempunyai kuasa autonomi tertentu.(p 172)

c) Badan Kehakiman/Judisiari (10 markah)


Sistem mahkamah diwujudkan bagi melaksanakan tugas kehakiman di Negara ini. Sistem ini
disusun berasaskan sistem hieraki piramid. Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta
menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan
afidavit. Perkara jenayah juga melibatkan kanun keseksaan. Badan Kehakiman boleh menentukan
kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana. Badan
Kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Hakim tidak
dibenarkan mengambil bahagian dalam politik supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk
menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang.
Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara yang berperanan sebagai Pendakwa
Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan dan dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-undang dan
Kehakiman.

Soalan 8.
Jelaskan dengan terperinci konsep pilihan raya yang dijalankan di Malaysia.
Soalan 8.
Jelaskan konsep pilihan raya dalam yang diamalkan di Malaysia.
Pilihan raya adalah elemen penting dalam amalan demokrasi. Pilihan raya ialah proses memilih
wakil rakyat samada di peringkat negeri atau persekutuan. Terdapat dua jenis pilihan raya di Malaysia
iaitu Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil yang diadakan untuk memilih Ahli Dewan Undangan
Negeri dan Ahli Dewan Rakyat. Pilihan Raya Umum diadakan serentak di seluruh Malaysia kecuali di
Sabah dan Sarawak yang menjalankan pilihan raya berasingan bagi memilih Ahli Dewan Rakyat dan
Ahli Dewan Undangan Negeri mereka.
Pilihan Raya Kecil diadakan apabila berlaku kekosongan pada mana-mana kerusi parlimen atau
DUN hasil daripada kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan dan biasanya diadakan
dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.
Kesemua proses pilihan raya ini dijalankan secara sulit dengan menggunakan prosedur telus
dan teratur oleh Badan Bebas iaiti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Proses pengiraan undi dibuat secara
terbuka dan direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira sebagai pemenang. (m/s 177)

Soalan 9
Jelaskan manafaat atau keistimewaan/kelebihan pilihan raya kepada rakyat dan Negara
/keistimewaan perlaksaan demokrasi dalam Negara. (10 markah)

Pilihan raya mendidik pemimpin bertanggung jawab apabila diberi mandat, dan akan hilang
mandat jika tidak bertanggung jawab. Melalui pilihan raya akan berlaku persaingan sihat di kalangan
ahli politik untuk membantu rakyat. Pilihanraya juga menjadikan rakyat bertanggung jawab untuk
memilih pemimpin. Rakyat berpeluang memilih parti politik yang baik untuk membentuk kerajaan.
Saya juga berpendapat melalui pilihan raya, mana-mana individu berpeluang untuk menjadi
calon ahli dewan Rakyat (peringkat pusat atau negeri) Idea-idea baharu dapat dipraktikkan oleh
pemimpin-pemimpin baharu. Pilihan raya memberi peluang rakyat untuk samada mengekalkan atau
menukarkan kerajaan. Saya juga berpendapat pilihan raya memberi peluang parti politik
menyediakan manifesto atau akur janji untuk rakyat. Akhirnya, pilihan raya mendidik rakyat untuk
mengambil tahu perkembangan politik semasa yang berlaku di negara kita, dan menentukan corak
pemerintahan demokrasi yang tulen melalui pilihan raya.

Soalan 10
Huraikan dengan terperinci konsep dan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri)
(15 markah)
Malaysia merupakan sebuah Negara persekutuan. Persekutuan bermaksud penyatuan
beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah
Kerajaan Negeri. Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan
dalam Perlembagaan Malaysia.
Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam pentadbiran negara meliputi aspek ekonomi, sosial,
keselamatan dan pendidikan. Kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-
Pertuan Agong. Jemaah Menteri pula menjalankan kuasa bagi pihak Yang di-Pertuan Agong yang
diketuai oleh Perdana Menteri.
Kerajaan Negeri berkuasa dalam pentadbiran negeri. Badan Pelaksana Negeri terletak pada
Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan menjalankan pentadbiran bagi pihak
Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Majlis Tertinggi dan Kabinet
diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri. Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh Sultan
atau YDP Negeri.
Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan mengikut Senarai Persekutuan meliputi Hal Ehwal Luar
Negeri, Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri. Manakala bidang kuasa Kerajaan Negeri pula
mengikut Senarai Negeri merangkumi Undang-Undang Islam dan Tanah. Bidang kuasa Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengikut Senarai Bersama merangkumi Kebajikan Sosial, Biasiswa
dan Taman Negara.

Soalan 11 Jelaskan Kebaikan/Kepentingan/Faedah/Manfaat sistem demokrasi berparlimen yang


diamalkan dalam Negara ini.
(10 markah)
Sistem demokrasi Berparlimen banyak memberi kebaikan kepada negara dan rakyat. Dari sudut
social, Negara akan menjadi aman dan terhindar dari berlakunya perpecahan kaum kerana pemilihan
dijalankan secara telus, benar dan teratur oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. (SPR)
Hal ini akan memberi lonjakan dari segi ekonomi, di mana situasi Negara akan menarik ramai
pelabur asing dan mereka akan menanam modal di negara kita, sekaligus membentuk situasi ekonomi
yang lebih stabil dan dinamik. Ekonomi yang stabil juga akhirnya akan membentuk situasi negara yang
aktif dalam persada perdagangan antarabangsa.
Jika dilihat dari sudut politik, melalui Sistem demokrasi berparlimen juga rakyat bebas bersuara.
Mereka bebas memilih pemimpin dan ini akan menjamin kestabilan politik dalam negara. Ramai
pelancong asing akan datang dan hal ini akan menaikkan imej negara . Malaysia akan dapat
bersaing di peringkat antarabangsa dalam semua bidang.

Soalan 12 Bincangkan kebaikan/kepentingan/keistimewaan pengagihan kuasa antara kerajaan


persekutuan dengan kerajaan negeri.) (10 markah)
Kebaikan pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri mewujudkan
keadaan politik yang lebih stabil. Kerajaan Pusat tidak akan campurtangan dalam pentadbiran negeri
dan sebaliknya.
Di samping itu, akan mewujudkan pentadbiran yang seragam. Seterusnya, pengagihan kuasa
juga akan menyebabkan pentadbiran menjadi lebih cekap. Pembangunan antara negeri akan
menjadi lebih mantap. Selain itu, perpaduan akan menjadi lebih erat di kalangan rakyat.
Pengagihan kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga akan menyebabkan program
pembangunan Negara yang disusun akan menjadi lebih lancar. Hal ini juga dapat memupuk
semangat taat setia kepada negara. Keamanan negara akan dapat dikekalkan. Seterusnya,
keharmonian masyarakat tetap terpelihara. Akhir sekali, pengagihan ini dapat mengurangkan beban
kerajaan pusat yang terpaksa menanggung kos bagi semua elemen dalam pentadbiran negeri.

Soalan 13
Bagaimanakah kejayaan dapat dibentuk Malaysia melalui amalan demokrasi berparlimen sehingga
Malaysia dihormati di persada antarabangsa.
(10 markah)
Amalan demokrasi berparlimen dapat mewujudkan kestabilan politik yang menyebabkan
negara kita dapat mengamalkan dasar dasar berkecuali. Amalan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen telah menjadikan Malaysia pusat tumpuan pelaburan antarabangsa akibat kemakmuran
ekonomi negara.
Amalan sistem demokrasi yang mementingkan pilihan rakyat dengan pengekalan perpaduan
kaum telah menjadikan Malaysia dihormati sebagai negara aman dan damai. Selain itu, amalan
pilihan raya yang telus berjaya melahirkan pemimpin yang berwibawa dan terserlah sebagai tokoh
dihormati di peringkat antarabangsa. Sistem pemerintahan demokrasi yang berjaya membangunkan
bidang sosial dan pendidikan telah menyebabkan Malaysia menjadi hub pendidikan antarabangsa.
.
Amalan demokrasi berparlimen yang berjaya meningkatkan ekonomi telah membuka peluang
pekerjaan kepada penduduk Negara Dunia Ketiga.. Amalan demokrasi berparlimen yang berjaya
membentuk identiti Malaysia menyebabkan Malaysia dianggap sebagai Negara berbilang kaum
yang paling unik.. Amalan memberikan kebebasan kepada Negara agar mencapai objektif Wawasan
2020 iaitu melahirkan masyarakat berminda kelas pertama.

Soalan 14
Nyatakan usaha-usaha yang boleh dijalankan bagi memantapkan perlaksanaan sistem demokrasi
berparlimen/ nyatakan peranan warganegara Malaysia menjayakan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen di Malaysia. / Bagaimanakah peranan yang boleh dimainkan oleh
warganegara Malaysia bagi memastikan amalan demokrasi dijalankan.
(10 markah)

Usaha bagi memantapkan pelaksanaan demokrasi berparlimen di negara kita ialah senantiasa
menghormati keluhuran perlembagaan negara. Sebagai rakyat, kita mestilah mematuhi syarat-syarat
yang terkandung dalam Rukun Negara Malaysia. Contohnya, menghormati Raja dan pemimpin Negara
Malaysia.
Selain itu, kita haruslah mempertahankan kedaulatan negara dari diceroboh. Sebagai rakyat,
sudah menjadi keperluan tidak terlibat dengan anasir yang boleh merosakka negara seperti perhimpunan
di jalanan.
Seterusnya mengadakan kempen kesedaran mengenai kepentingan daripada pengamalan
demokrasi berparlimen di negara kita. Kita juga seharusnya menyemai semangat cinta akan negara di
kalangan rakyat. Semangat perpaduan diperkukuhkan dalam kalangan masyarakat agar kedaulatan
negara terpelihara. Kita dilarang menimbulkan isu-isu sensitif dan sentiasa berpegang teguh
dengan nilai sejagat.
Pengenalan dakwat kekal semasa pilihan raya contohnya oleh Suruhan Jaya Pilihan Raya
(SPR) juga merupakan usaha kerajaan dalam memantapkan pelaksanaan demokrasi berparlimen.
Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas perlu dilaksanakan untuk membanteras golongan
pelampau dalam negara.
Peranan yang perlu ada dalam diri setiap warganegara bagi menjayakan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen adalah dengan mematuhi segala undang-undang yang telah ditetapkan oleh
kerajaan. Selain itu, kita juga haruslah menyokong dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.
Seterusnya, kita mestilah meningkatkan semangat jati diri agar tidak terpengaruh dengan gejala negatif.
Setiap warganegara perlu menghormati pemimpin negara dan mengamalkan semangat toleransi
serta meningkatkan ilmu pengetahuan. Kita haruslah berusaha meningkatkan taraf hidup. Akhir
sekali, mewujudkan perpaduan antara kaum dan mengutamakan rundingan dalam menyelesaikan
masalah.

Soalan 15
Jelaskan cabaran-cabaran yang mungkin akan dihadapi oleh Malaysia dalam pelaksanaan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut)
(10 markah)

Cabaran yang dihadapi ialah berlakunya masalah rasuah dalam proses pemilihan pemimpin
dalam Parti-parti politik. Pilihanraya juga tercemar dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang sering
mengadakan protes atau demonstrasi jalanan. Rakyat juga mudah terpengaruh dengan idea media
sosial baru terutamanya campurtangan negara luar. Media-media asing termasuk saluran intenet sering
menggunakan elemen negatif bagi memburukkan negara. Selain itu,institusi beraja akan turut
dipersendakan dan perpaduan kaum akan sukar dicapai. Segelintir rakyat juga kurang menghayati
semangat patriotik.

Untuk mengatasi cabaran di atas pihak SPRM dan Badan Pencegah Rasuah mestilah
menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas untuk membendung masalah rasuah. Badan
Pencegah Rasuah perlu mengambil tindakan segera kepada ahli-ahli politik yang mencemarkan sistem
pilihan raya. Selain itu, akta baru perlu digubal bagi membendung hak kebebasan bersuara yang
melampau. Peranan SPR perlu dimantapkan lagi, bagi menjamin pilihanraya yang lebih adil.
Pihak polis perlu memperketatkan pemberian permit dan mengambil tindakan yang lebih tegas
kepada penganjur yang mengadakan perhimpunan. Rakyat pula perlu diberi ilmu keagamaan yang
secukupnya supaya dapat menilai baik buruk bahan yang terdapat dalam media sosial terkini. Manakala
pihak-pihak yang mempersendakan institusi beraja perlulah menerima hukuman setimpal. Seluruh
rakyat perlu mengamalkan konsep 1 Malaysia dan mengamalkan penghayatan Rukun Negara secara
mendalam.

Soalan 16
Nyatakan nilai-nilai murni & Iktibar yang boleh didapati daripada perlaksanaan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen) (5 markah)

Nilai-nilai dan iktibar yang boleh diambil daripada pelaksanaan sistem


pemerintahan demokrasi berparlimen ialah memilih pemimpin yang benar-benar layak untuk
memimpin negara. Setiap warganegara bertanggungjawab memilih pemimpin yang jujur,dan amanah
agar dapat membina negara yang berintegriti. Setiap rakyat mesti menghormati pemimpin negara yang
telah dipilih secara adil dalam proses pilihan raya agar pentadbiran negara berjalan dengan lancar. Kita
mesti memikul tanggungjawab mengekalkan keamanan negara supaya keadaan politik negara menjadi
stabil.

Kita juga mestilah menghormati hak asasi dan kebebasan individu supaya setiap rakyat dapat
membuat keputusan untuk mengekalkan kerajaan berwibawa. Kita hendaklah mematuhi undang-
undang negara agar keselamatan negara terjamin. Sebagai warganegara yang baik, kita mestilah
menghormati agama dan budaya kaum lain agar konsep 1 Malaysia dapat dihayati oleh setiap
warganegara.

SOALAN 17 : KESIMPULAN

(Kesimpulan keseluruhan isi yang dibincangkan) (5 markah)


a. Pengetahuan yang diperoleh

Pengetahuan yang diperoleh ialah sistem ini merupakan satu sistem pemerintahan yang
membolehkan rakyat memilih pemimpin dan kerajaan melalui pilihan raya. Kerajaan yang memerintah
perlu menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat. Di samping itu, rakyat berpeluang membentuk
sebuah kerajaan yang teguh.

b. Iktibar kepada diri bangsa dan negara


Nilai murni dan patriotisme yang diperoleh dengan memupuk semangat cinta akan negara.
Kestabilan negara bergantung kepada permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan. Di samping itu,
negara terus dihormati kerana kestabilan politik. Kita hendaklah berganding bahu untuk memajukan
negara dan bangsa.

c. Harapan menjadi bangsa dan negara Malaysia harmoni dan stabil


Saya berharap agar negara akan terus aman dan makmur. Selain itu, kerajaan yang adil dapat
dikekalkan hasil kerjasama dalam kalangan rakyat. Perasaan setia dan bangga perlu diteruskan oleh
generasi akan datang. Amalan demokrasi yang dijalankan di Malaysia perlulah diteruskan bagi
memastikan pentadbiran demokrasi berparlimen terus dilaksanakan.

You might also like