You are on page 1of 12

SK DURIAN HIJAU

27090, JERANTUT
PAHANG

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN
PERINGKAT SEKOLAH
2019
KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN PENGAKAP KANAK-KANAK

SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN HIJAU

2019

1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan Unit Beruniform merupakan salah satu aktiviti anjuran

Unit Kokurikulum, SK Durian Hijau dalam usahanya untuk membangunkan modal

insan. Program ini adalah inisiatif sekolah untuk memberikan pengalaman baru

kepada murid-murid di samping membina keyakinan dan jati diri yang teguh.

Untuk itu, sokongan tenaga, buah fikiran dan kewangan serta dorongan

daripada pihak pentadbiran dengan para guru amatlah diharapkan bagi

menjayakan aktiviti ini sebagaimana terkandung dalam kertas kerja ini.

2.0 MATLAMAT

Memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah tentang aktiviti-

aktiviti pendidikan luar yang terancang dan tersusun bagi membantu dalam

usaha membentuk generasi yang berguna dan berdikari pada masa hadapan.

3.0 OBJEKTIF

Objektif perkhemahan ini ialah:

3.1 Memberi pendedahan kepada peserta tentang aspek pengurusan aktiviti

perkhemahan yang terancang dan sistematik.

3.2 Melatih peserta melaksanakan aktiviti hidupan harian secara teratur dan

berdisiplin.

3.3 Memberi peluang kepada peserta untuk berkomunikasi, berinteraksi,

bekerjasama dan bertolak-ansur di antara satu sama lain dalam

melaksanakan sesuatu program.


3.4 Memberi peluang kepada peserta mengembangkan kreativiti masing-

masing dalam kesenian dan kebudayaan.

3.5 Melatih peserta mewujudkan perpaduan tanpa mengira kaum, bangsa dan

agama.

3.6 Melatih murid patuh pada arahan dan bertindak pantas atas arahan

tersebut serta meningkatkan disiplin diri murid dengan tertakluk kepada

peraturan perkhemahan yang sedia ada.

4.1 Tarikh : 5 hingga 7 April 2019

(Jumaat hingga Ahad)

4.2 Tempat : Tapak Perkhemahan Sungai Pauh, Cameron

Highland

5.0 AJK :

Penasihat : Tn. Hj. Rostam bin Awang Othman

Guru Besar SK Durian Hijau

Pengerusi : En Mohd Helmizam bin Kamaruddin

GPK Ko-Kurikulum

Setiausaha : Cik Noor Munirah binti Harun

Penyelaras Unit Badan Beruniform Pengakap

AJK : Semua Guru Pemimpin Pengakap


AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PERKHEMAHAN TAHUNAN

UNIT BERUNIFORM 2018

Penasihat : Tn. Hj. Rostam bin Awang Othman

Guru Besar SK Durian Hijau

Pengerusi : En. Mohd Helmizam bin Kamaruddin

GPK Ko-Kurikulum

Setiausaha : Cik Noor Munirah binti Harun

Penyelaras Unit Badan Beruniform Pengakap

Ketua Kem : En Muhammad Zulkifli bin Muhd Suhaimi

Pen Ketua Kem : En Mohd Helmizam bin Kamaruddin


AJK Makanan dan Minuman
1. Pn. Zuraida Abdul Ghani
2. Pn Norazizon Razak

AJK Pendaftaran
1. Pn. Nor Afzan Abdullah

Sijil dan Hadian


1. Cik Noor Munirah Harun

AJK Peralatan
1. En. Mohd Sabri Bakar
2. En. Mohd Helmizam bin Kamaruddin

Jurugambar & Dokumentasi


1. En Muhammad Zulkifli

AJK Keselamatan & Kawalan Murid


1. Semua guru yang terlibat

AJK Senaman Aktiviti


1. En Muhammad Zulkifli
2. En Mohd Helmizam Kamaruddin

AJK Kebersihan
1. Semua Guru

AJK Kerohanian (Solat / Aktiviti Moral)


1. En Hamizan Abdul Jabar
2. En Mohd Sabri Bakar

AJK Hal Ehwal Wanita


1. Puan Serimas Akim@Ibrahim
6.0 KUMPULAN SASARAN

Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli Pengakap Kanak kanak Tahun 3,
4, 5 dan 6 yang berdaftar sebagai ahli pengakap

PESERTA JUMLAH

Tahun 3 4

Tahun 4 12

Tahun 5 4

Tahun 6 8

JUMLAH PESERTA 28 ORANG AHLI

7.0 SUMBER TENAGA

7.1 11 orang pemimpin dan penolong pemimpin pengakap SK Durian Hijau

7.2 3 orang kakitangan sekolah

8.0 SUMBER KEWANGAN

Diperolehi dari bayaran penyertaan peserta sebanyak RM 100.00 setiap

orang dan sumbangan peruntukan daripada Unit Ko-kurikulum dan PIBG, SK

Durian Hijau.
ANGGARAN PERBELANJAAN HARI PERKHEMAHAN

( RUJUK LAMPIRAN )

1. PUNCA KEWANGAN

A) MURID

1.1 Kutipan Peserta :RM 100.00 SEORANG X 28ORANG= RM 2800.00

1.2 Kutipan Guru : RM100 X 11 ORANG =RM 1100

1.3 Sumbangan PIBG : RM 500.00

1.4 Sumbangan (PCGkoku) : RM 300.00

1.5 Sumbangan Kecemerlangan : RM 200.00

JUMLAH :RM 4900.00

2. PERBELANJAAN

B) MURID

2.1 SEWA BAS : RM 2800

2.2 TAPAK KHEMAH : RM23 X 30


2.3 MAKAN/ MINUMAN : RM32 X 30
2.4 AKTIVITI : RM200

2.5 SIJIL/HADIAH : RM150


2.6 SEWA DEWAN : RM100

JUMLAH : RM 4900.00
9.0 PENUTUP

Diharap Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform ini berjaya mencapai tujuan

dan objektifnya dengan memberikan impak berkesan kepada pesertanya. Lantaran

sebagai pengukuhan ilmu dan pengetahuan mahupun tambahan kepada pengajaran

dan pembelajaran dalam kelas yang agak terhad pengisiannya. Sesungguhnya bagi

mencapai hasrat tersebut, kerjasama dan sumbangan semua pihak amatlah

diperlukan. Semoga aktiviti ini berjaya diadakan dengan lancar dan selamat.

Disediakan oleh,

Noor Munirah Harun

Penyelaras Perkhemahan Pengakap


SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN HIJAU

27090, JERANTUT

PAHANG TEL:

Ruj.kami:
Tarikh : 22 FEBUARI2019
Kepada,
TUAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH,
PEJABAT PELAJARAN DAERAH JERANTUT,
27000 JERANTUT,
PAHANG
( U.P: Unit Perhubungan dan Pendaftaran )
Tuan,
Permohonan Melancong (Perkhemahan Tahunan)
Peraturan (Pelancongan) sekolah 1957

Sukacita menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2. Sehubungan dengan itu bersama – sama ini disertakan dokumen – dokumen berikut untuk
tindakan tuan selanjutnya.

2.1 4 Salinan Borang Permohonan Lawatan (Perkhemahan Tahunan)


2.2 1 Salinan Kertas Kerja
2.3 4 Salinan Senarai Nama Guru Yang Bertanggungjawab
2.4 4 Salinan Senarai Nama Peserta Terlibat

Sekan, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………….
Senarai Nama Guru Yang Mengikuti Rombongan ( Perkhemahan)

Bil Nama No.K.P Alamat

880211-06- 114, Taman Jaya Diri, 28100 Chenor,


1 Noor Munirah Binti Harun
5962 Pahang

2 Rostam Bin Awang Othman

3 Mohd Helmizam Bin Kamaruddin

4 Nor Sharfina Binti Yahaya

5 Mohd Sabri Bin Bakar

Muhammad Zulkifli Bin Mohd


6
Suhaimi

7. Hamizan Bin Abdul Jabar

8. Zuraida Binti Abdul Ghani

9. Serimas Binti Akim@Ibrahim

10. Nor Afzan Binti Abdullah

11. Norazizon Binti Razak


HARI PERKHEMAHAN : 5.4.2019 -7.4.2019 (JUMAAT -AHAD)

SENARAI KEPERLUAN DAN PERALATAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PESERTA


ITEM KUANTITI CATATAN

SURAT KEBENARAN IBU 1 DITANDATANGANI OLEH IBU BAPA DAN


BAPA / PENJAGA DISAHKAN

OLEH PIHAK SEKOLAH

UNIFORM 1 DIPAKAI SEMASA PENDAFTARAN

T- SHIRT RUMAH SUKAN 3 DIPAKAI SEMASA AKTIVITI


SEKOLAH DAN BADAN
BERUNIFORM JIKA ADA

T- SHIRT AKTIVITI YANG 2 TIDAK BERGAMBAR


SESUAI

T- SHIRT LENGAN 1 PAKAI PADA WAKTU TIDUR


PANJANG

SELUAR TREK 3 SATU PAKAI SEMASA TIDUR

STOKING 3 SATU PAKAI SEMASA TIDUR

KASUT 2 DIPAKAI SEMASA AKTIVITI

SELIPAR 1 DIPAKAI SEMASA MANDI DAN KE TANDAS

PAKAIAN DALAM MENGIKUT KEPERLUAN MASING - MASING

PERALATAN MANDI 1 SET MINYAK RAMBUT, DAN SYAMPU TIDAK PERLU


DIBAWA.
( SABUN,UBAT DAN BERUS
GIGI, PENCUCI MUKA )

TUALA MANDI DAN 1


TUALA MUKA

BUKU LOG& ALAT TULIS 1 SET UNTUK CATATAN

UBATAN PERIBADI - MAKLUMKAN KEPADA GURU SEMASA PENDAFTARAN

LAMPU SULUH 1 AKAN DIGUNAKAN PADA WAKTU MALAM.


BARANG YANG TIDAK DIBENARKAN :

1. TELEFON BIMBIT

2. MAKANAN RINGAN

3. RADIO KECIL

4. MAJALAH &KOMIK

5. DUIT

6. MINUMAN BERGAS

7. MINYAK WANGI

8. KAMERA

9. BARANG EMAS

10. BARANG PERMAINAN

You might also like