Professional Documents
Culture Documents
Bab 4 Penyelidikan Tindakan 35 54 PDF
Bab 4 Penyelidikan Tindakan 35 54 PDF
4
PENYELIDIKAN TINDAKAN
PENGENALAN
Satu pendekatan penyelidikan yang sedang berkembang dengan pesat dalam dunia
pendidikan kebelakangan ini ialah penyelidikan tindakan atau ‘action research’.
Penyelidikan telah didefinisikan dengan pelbagai cara. Penyelidikan tindakan ialah
inkuiri berbentuk refleksi kendiri yang mempertingkatkan rasional dan keadilan
amalan sosial atau pendidikan yang mereka lakukan serta mempertingkatkan
kefahaman mereka tentang amalan-amalan tersebut dan situasi atau persekitaran di
mana amalan tersebut dijalankan.
Menganalisa dan
Menilai Mengumpul Data Awal
Mengumpul Data
untuk mengesahkan Menganalisa Data dan
perubahan Membentuk Hipotesis
Menurut model di atas, penyelidikan tindakan ialah satu kitaran yang bermula
dengan suatu masalah yang sudah dikenal pasti dan pengumpulan data awal bagi
membentuk hipotesis tentang masalah tersebut. Tindakan untuk mengadakan
perubahan kemudiannya dibentuk serta dilaksanakan ke atas amalan yang sedia ada
dan data dikumpul untuk melihat kesan kesan kepada perubahan yang dicuba. Hasil
daripada analisis dan penilaian akhir yang dilakukan, kitaran penyelidikan tindakan
akan bermula semula dengan satu fokus baru yang boleh dijadikan sebagai titik
tolak kepada penelidikan tindakan yang selanjutnya.
Refleksi Perancangan
Pelaksanaan dan
Pemantauan
Fasa 1: Menyediakan satu pelan tindakan untuk memperbaiki keadaan yang sedang
berlaku.
Fasa 2: Bertindak ke atas/ mengikut pelan tersebut
Fasa 3: Memerhatikan kesan daripada tindakan yang dibuat dalam konteks di mana
ianya berlaku
Fasa 4: Membuat refleksi
Cohen dan Manion (1994) mengutarakan lapan prosedur dalam proses penyelidikan
tindakan seperti berikut:
Menurut Nunan (1992), tujuh langkah utama yang perlu diambil dalam Penyelidikan
Tindakan adalah seperti berikut:
1. Inisiasi
3. Membina hipotesis
6. Melaporkan
Dalam proses di atas, langkah pertama bermula daripada inisiatif yang dibuat oleh
sekumpulan guru berdasarkan satu permasalahan sebenar yang muncul dalam
pengajaran atau pembelajaran bilik darjah.
REFLEKSI AWAL
Untuk memulakan projek penyelidikan tindakan, anda perlu mempunyai satu tema.
Tema tersebut boleh bermula di peringkat satu kerisauan umum, satu keperluan
yang sesuai dijangkakan atau satu masalah dalam kelas yang anda mengajar.
Contohnya:
Penyelidikan Tindakan 39
Untuk kebimbangan ini menjadi fokus kepada penyelidikan tindakan, anda perlu
menjadikan setiap satunya lebih konkrit agar ia lebih mudah dikaji. Anda perlu
memikirkan satu set tindakan yang spesifik yan boleh anda cuba untuk melihat
kesannya. Justeru, soalan-soalan yang lebih khusus perlu dibuat ke atas kerisauan
tadi, mungkin sebagai contohnya:
Biasanya, suatu pemerhatian awal dan reflektif secara kritikal diperlukan bagi
menukarkan sesuatu kebimbangan kepada satu tema tindakan. Di samping itu,
dalam penyelidikan tindakan, anda sebenarnya sedang menggalakkan perubahan.
Oleh itu, untuk melaporkan perubahan anda perlu merekodkan situasi tersebut
sebelum dan selepas perubahan itu berlaku.
40 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
PERANCANGAN
Hasil yang paling penting di peringkat perancangan ialah pelan tindakan terperinci
yang anda bercadang untuk ambil atau perubahan yang ingin anda lakukan. Siapa
yang akan melakukan dan bila? Apakah perubahan yang akan dipinda pada
kurikulum yang sedia ada? Bagaimanakah anda akan melaksanakan teknik
pengajaran yang baru? Cuba anda fikirkan sama ada pelan tindakan anda tersebut
praktikal atau tidak dan apakah reaksi orang lain terhadapnya. Anda juga perlu
merancang bagaimana anda akan membuat pemerhatian atau pemantauan ke atas
perubahan yang berlaku. Sediakan juga soal-selidik atau instrument lain yang akan
digunakan.
TINDAKAN
Dalam melaksanakan pelan tindakan anda, selalunya tidak semuanya akan berlaku
seperti mana yang dirancangkan. Justeru, jangan la berasa takut untuk mengubah
sedikit haluan pelan tindakan anda mengikut maklum balas atau pengalaman yang
berlaku. Walau bagaimanapun, pastikan anda rekodkan penukaran haluan ke atas
pelan tindakan anda dan rasional anda melakukannya.
PEMERHATIAN
REFLEKSI
berlaku hasil dari tindakan anda efektif? Bagaimanakah anda boleh memperbaiki
perubahan yang sedang anda cuba adakan? Jawapan kepada soalan ini biasanya
akan membawa anda kepada satu lagi kitaran penyelidikan tindakan.
STRATEGI-STRATEGI TINDAKAN
Berikut ialah di antara strategi-strategi tindakan yang utama dalam merancang dan
melaksanakan perubahan atau inovasi dalam sesuatu amalan pendidikan.
Dalam konteks bilik darjah, aspek yang boleh diubah termasuklah perkara-perkara
yang berkaitan dengan pengajaran seperti kaedah, teknik, aktiviti, bahan, alat bantu
mengajar, penilaian dan sebagainya.
Terdapat DUA bentuk pelan tindakan yang utama (McBride dan Schostak, 1994).
1. Tujuan tindakan
Alternatif-alternatif Tindakan
Satu jadual pelan tindakan yang terdiri daripada aktiviti dan tugasan perlu
disediakan. Tindakan yang dilakukan sebolehnya hendaklah mengikut pelan yang
sedia ada.
Bagi membuat penentuan tentang akibat atau kesan daripada tindakan yang dibuat,
penyelidik perlulah merekodkan segala maklumat (termasuklah pengalaman,
penglibatan murid, perubahan pada murid, hasil kerja murid dan lain-lain) yang
diperolehi berdasarkan permasalahan yang telah ditetapkan.
Penyelidikan Tindakan 43
Mentafsirkan Pemerhatian
Penafsiran maklumat yang dikumpul hasil dari tindakan yang diambil seharusnya
dilalukan secara dua peringkat:
Peringkat pertama: Melihat analisis data sebagai suatu kerja kumpulan
Peringkat kedua: Penyelidik akan berada dalam kedudukan untuk melihat semula
bukan sahaja akibat daripada perubahan yang dicuba, tetapi juga
pengalamannya sebagai penyelidik tindakan. Sebaiknya,
penyelidik menulis satu laporan yang menjelaskan pengalaman
tersebut beserta dengan perubahan yang berlaku.
Ciri-ciri Refleksi
4. Mengkaji dan menjelaskan pegangan dan nilai peribadi yang berkaitan dengan
pendidikan
Dalam melaksanakan suatu penyelidikan tindakan, dairi atau jurnal merupakan satu
bahan penting yang perlu disimpan oleh seseorang penyelidik bagi merekod proses
penyelidikan tindakan yang dijalankan. Berikut ialah satu garis panduan yang
diketengahkan oleh Altrichter dan rakan-rakan (1993) mengenai cara penulisan
dairi penyelidikan tindakan.
Masukkan maklumat berikut dalam setiap entri yang dibuat iaitu tarikh peristiwa,
tarikh catatan, konteks seperti masa, lokasi, peserta, tajuk dan subtajuk. Catatkan
apa sahaja maklumat tambahan yang boleh membantu anda mendapat kefahaman
yang mendalam tentang sesuatu permasalahan termasuklah pencerapan, perasaan,
reaksi, tafsiran, renungan, idea dan penerangan.
Menurut mereka lagi, anda juga boleh mencatatkan aspek-aspek umum pengalaman
anda mencuba sesuatu inovasi termasuklah:
1. Perasaan yang anda alami mengubah cara atau amalan sesuatu pengajaran
2. Perasaan anda mengenai bagaimanakah anda mempelajari suatu perkara yang
baru
3. Pengetahuan atau ‘makna baru’ yang terbentuk dalam minda anda
Berikut ialah contoh beberapa soalan-soalan refleksi yang boleh dijadikan sebagai
panduan penulisan dairi penyelidikan tindakan anda:
8. Bahagian pelajaran yang manakah yang paling berjaya dan yang manakah
yang gagal?
9. Apakah perubahan yang anda fikirkan perlu untuk mempertimbangkan
amalan pengajaran anda?
Penelitian tindakan kelas boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu penelitian
tindakan kelas teknikal (technical action research), penelitian tindakan kelas
praktikal (practical action research) dan penelitian tindakan kelas bebas
(emancipator action research) (Carr & Kemmis 1986; Grundy 1982). Mengikut
mereka, tujuan penelitian tindakan kelas teknikal adalah lebih kepada keberkesanan
dan kecekapan amalan pendidikan atau lebih tertumpu pada produk. Projek di
bawah jenis ini dimulakan oleh pakar dari luar sebagai fasilitator dan pengamal-
pengamal banyak bergantung pada fasilitator tersebut. Penelitian tindakan kelas
praktikal pula adalah melibatkan fasilitator dan pengamal menyelidik secara
bersama dan menggalakkan penglibatan dan refleksi kendiri pengamal-pengamal.
Manakala penelitian tindakan kelas bebas adalah masih melibatkan fasilitator dan
pengamal menyelidik bersama secara kolaboratif di mana tanggungjawab dikongsi
sama rata. Pengamal bebas daripada mengikut cara tradisi dan membuat keputusan
secara demokratik.
Penyelidikan Tindakan 47
Bagi Calhoun (1993) pula, dia membahagikan penelitian tindakan kelas kepada tiga
senario iaitu penelitian tindakan kelas individu (individual action research),
penelitian tindakan kelas kolaboratif (collaborative action research) dan penelitian
tindakan kelas seluruh sekolah (schoolwide action research). Secara umumnya,
penelitian tindakan kelas individu ialah kajian yang dilaksanakan secara individu,
manakala penelitian tindakan kelas kolaboratif pula dilaksanakan oleh kumpulan
guru secara sukarela dengan pensyarah universiti. Penelitian tindakan kelas seluruh
sekolah adalah kajian yang melibatkan seluruh staf dan guru sekolah secara
bersama melaksanakan kajian.
Artikel dan huraian mengenai penelitian tindakan kelas sering merujuk kepada
kerjasama antara guru-guru atau pentadbir yang berkerja dengan individu daripada
universiti, atau fasilitator bagi konsortium pendidikan (Allen, Combs Hendricks,
Nash, and Wilson 1988; Holly 1991; Oja dan Smulyan 1989; Sagor 1991; Whitford,
Schlecty dan Shelor 1987). Walaupun kajian sebegini melibatkan pelbagai pihak
seperti pelaksana persekolahan dan pasukan penyelidik daripada pelbagai
organisasi yang berbeza secara kolaboratif, dan kesemua pihak dapat
mengeksploitasi keuntungan daripada kesatuan ini, namun guru dilihat sebagai
pihak yang mendapat kelebihan daripada peranan tutorial dan coaching yang
dimainkan oleh pihak-pihak yang tersebut. Dengan bekerja bersama ahli fakulti dan
menggunakan model kajian tindkaan, secara tidak langsung, kumpulan profesional
dari pihak luar itu membantu sekolah untuk membentuk kemahiran menggunakan
bahan untuk inkuiri sains sosial dengan lebih baik.
Audien utama sebagai hasil daripada penelitian tindakan kelas kolaborasi adalah
ahli pasukan penyelidikan tersebut. Bergantung kepada tahap penglibatan mereka
dalam merumuskan dan membentuk penyelidikan, pelajar dan ibu bapa boleh jadi
sebahagian daripada audien utamanya. Jika usaha penyelidikan ini secara rasminya
atau secara fizikalnya ditaja oleh pentadbiran sekolah, pejabat daerah, atau
universiti, maka mereka juga adalah sebahagian daripada audien utama.
Perkara kedua merujuk kepada pembaikan ekuiti untuk pelajar. contohnya, jika
fakulti mengkaji proses penulisan untuk menyediakan peluang instruksi yang lebih
baik kepada pelajar, maksudnya semua pelajar akan mendapat kelebihan tersebut,
bukan sekadar kepada golongan tertentu dalam fakulti tersebut.
Implikasi penelitian tindakan kelas yang ketiga pula adalah keluasan dan kandungan
inkuiri itu sendiri. Jika fakulti membuat keputusan untuk mengkaji proses penulisan,
guru itu bermaksud supaya pembaikan kualiti penulisan secara menyeluruh. Dan
dalam ruang lingkup sesuatu perhatian atau minat, setiap bilik darjah dan guru
terlibat dalam kajian kolektif dan penilaian kesan terhadap pelajar. dalam pada
mereka berusaha untuk perkembangan secara menyeluruh, ahli fakulti mungkin
akan melibatkan pelajar dan ibu bapa, malah mungkin juga komuniti dalam proses
pengumpulan dan interpretasi data serta proses membuat pemilihan tindakan yang
hendak diambil.
Penelitian tindakan kelas secara menyeluruh juga adalah satu kajian berbentuk
kolaborasi, namun konsepnya berbeza dengan penelitian tindakan kelas kolaborasi
itu sendiri apabila semua orang di dalam sekolah terlibat dalam inkuiri tersebut.
Beberapa contoh penelitian tindakan kelas secara menyeluruh adalah seperti
berikut: meneroka dan memperbaiki pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
matematik; memperbaiki tahap keyakinan diri dan pencapaian pelajar merentas
semua bidang mata pelajaran; memperbaiki kemahiran sosial pelajar menerusi
penerapan pembelajaran koperatif merentas kurikulum; peningkatan penggunaan
teknologi.
Variasi kajian kolektif secara menyeluruh adalah jenis penelitian tindakan kelas
yang paling kompleks untuk dilaksanakan. Hal ini kerana ia memerlukan
penglibatan daripada seluruh ahli organisasi yang dipanggil sebagai sekolah untuk
mencapai matlamat kajian menyeluruh yang dimaksudkan. Proses pemungutan data
ke atas pengarahan inisiatif seperti memperbaiki pencapaian pelajar dalam seni
bahasa, matematik dan sains memerlukan kepercayaan dan kolaborasi mental dan
fizikal daripada seluruh organisasi tersebut. Permulaan kajian ini memerlukan
kesabaran dan pemahaman penyelidik dan orang lain. Ia melibatkan usaha yang
memerlukan tenaga fizikal tetapi juga menghasilkan tenaga.
Selain itu, kajian ini turut disokong oleh kebimbangan masyarakat terhadap kesan
tindakan segera yang diperlukan ke atas pelajar untuk tujuan penambahbaikan.
Penelitian tindakan kelas secara menyeluruh boleh jadi bermasalah. Konflik
mungkin timbul dalam kitaran pertama pelaksanaannya apabila seluruh komuniti
dalam proses untuk belajar mengenai langkah-langkah yang kompleks yang terlibat
dalam penelitian tindakan kelas secara menyeluruh ini. walau bagaimanapun, sifat
kompleks ini menyumbang kepada beberapa kesan sampingan yang penting iaitu
setiap peserta perlu belajar tentang bagaimana untuk membina hubungan antara
rakan sekerja, mengenai bagaimana untuk menguruskan proses berkumpulan, serta
mengenai aspek kurikulum dan pengarahan yang mungkin tidak mereka perolehi
daripada kerja secara individu.
52 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
Seperti yang anda ketahui, matlamat inkuiri pembelajaran pelajar adalah sama bagi
penyelidikan tindakan secara individu, kolaborasi dan menyeluruh. Perbezaan
ketara bagi tipologi penelitian tindakan kelas adalah bilangan peserta dewasa yang
terlibat secara langsung dalam proses inkuiri serta bilangan pelajar yang secara
langsung terkesan akibat daripada proses dan tindakan yang diambil daripada
hasilnya dan sebagai sebahagian daripada inkuiri tersebut. Dalam pembaharuan
penelitian tindakan kelas secara menyeluruh, semakin ramai orang yang terlibat
secara langsung, pendidikan terhadap pelajar dan diri kita sendiri sebagai
masyarakat akan semakin meningkat.
Ramai guru dan pihak pentadbiran terlibat dalam penghasilan kurikulum dan
penambahbaikan instruksi melalui setiap jenis penyelidikan tindakan. Dalam
kebanyakan kes, hubunga kolaboratif meningkat dalam kalangan personal sekolah,
ahli daripada pejabat daerah, agensi perantaraan, universiti serta personnelnya.
Apabila penelitian tindakan kelas secara menyeluruh dilaksanakan, kebolehan
menyelesaikan masalah bagi sekolah dan pejabat daerah tersebut akan meningkat.
Tambahan pula, penggunaan salah satu jenis penyelidikan tidak mengenepikan yang
lain. Penyelidikan tindakan secara individu dan kolaboratif digabungkan dan
dihasilkan di dalam penelitian tindakan kelas secara menyeluruh.
secara praktikalnya (Johnson 2002). Maka wujud jurang di antara penyelidik yang
menjalankan penyelidikan dan melaporkan dapatan kajian dengan guru yang
mempraktikkan amalan di sekolah. Dengan kata-kata lain, wujud jurang di antara
teori dan amalan. Penelitian tindakan kelas adalah satu penyelesaian yang boleh
digunakan untuk menyambungkan atau merapatkan jurang ini (Johnson 2002).
Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa melalui penelitian tindakan kelas dapat
membantu guru-guru dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dengan itu
memperkembangkan kemahiran professional guru dalam mengenalpasti teknik atau
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Melalui penelitian tindakan
kelas dapat menggalak guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki
khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan ini
menyebabkan guru mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik darjah
mereka sendiri. Dengan itu, guru-guru dapat menyelesaikan masalah-masalah
professional tanpa merujuk kepada arahan daripada pihak luar.