You are on page 1of 5

STATISTIK DADAH

Penyalahgunaan dadah di Malaysia merupakan satu masalah yang semakin kronik. .Hasil tinjauan yang dilakukan

terhadap statistik penagihan dadah keluaran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan sebanyak 20,887

orang penagih dadah dikesan sepanjang tahun 2014 dengan 64.54% adalah penagih baru dan 35.46% orang penagih

berulang. Bilangan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 4.26% berbanding tempoh yang sama tahun 2013. Pada

tahun 2015, seramai 26,668 orang penagih telah dikesan dan menunjukkan peningkatan sebanyak 22.46% berbanding

tahun 2014. Mereka ini terdiri daripada 20,289 orang (76.08%) penagih baru dan penagih berulang pula adalah seramai

6,379 orang (23.92%). Manakala penagih dadah pada tahun 2016 adalah seramai 30,844 orang yang terdiri daripada

22,923 orang (34.55%) penagih baru dan 7921 orang penagih. Pada tahun 2017, seramai 25922 orang penagih yang

terdiri daripada 18,440 orang penagih baru dan 7482 orang penagih berulang, mengalami penurunan sebanyak 15.96%

berbanding tahun sebelumnya (4922orang).

2013 2014 2015 2016 2017

Kes baru 13,481 13,605 20,289 22,923 18,440

Kes berulang 7,406 8,175 6,379 7,921 7,482

Jumlah 20,887 21,777 26,668 30,844 25,922

Penagih dadah

2013 2014 2015 2016 2017


JUMLAH PENAGIH YANG DIKESAN MENGIKUT JENIS DADAH YANG DIGUNA

2013 2014 2015 2016 2017

OPIAT* 16,041 14,502 16,616 16,985 10,154

METHAMPHETAMIN
2,901 4,117 8,133 10,107 10,419
(Crystalline)

GANJA 1,885 1,919 1,389 1,236 1,066

METHAMPHETAMIN
107 1,239 674 2,631 4,366
(Tablets)

ATS** 369 535 635 764 764

PIL PSIKOTROPIK*** 18 8 7 18 9

LAIN-LAIN**** 40 35 25 23 13

JUMLAH 20,887 21,777 26,668 30,844 25,922

Nota :

*Merujuk kepada Heroin & Morfin.

**Merujuk kepada Ecstasy & Amphetamin.

Ganja : Ganja, Hashish & Marijauna.

Methamphetamin (crystalline): Syabu, Ice & Batu.

Methamphetamin (tablets): Pil Kuda, Pil YABA, Pil YAMA & Pil Bom.

***Termasuk Benzodiazepine, Pil Psikotropik & Eramin5.

****Termasuk Daun ketum, Depressen, Dissoaciative, Hallucinogens, Inhalan dll.

Data jumlah jenis dadah yang diguna tidak semestinya menyamai jumlah penagih. Ini kerana terdapat penagih yang
menggunakan lebih daripada satu jenis dadah.
Secara umumnya adalah dijangkakan bahawa penagih dadah yang terlibat dalam kajian ini
merupakan mereka yang telah terjerumus ke alam penagihan yang serius dan telah mengambil
pelbagai jenis dadah yang terlarang. Keadaan ini disahkan oleh maklumat yang diperoleh hasil
daripada kajian yang dijalankan Sepanjang tahun 2013-2017, jenis dadah yang paling digunakan
oleh penagih dadah adalah dari jenis Opian yang termasuk Heroin dan Morfin iaitu sebanyak
74298 orang (58.92%). Ini diikuti dengan Methamphetamin (Crystalline) yang termasuk Syabu,
Ice & Batu seramai 31971 orang (25.31%) dan Methamphetamin (Tablets) yang termasuk Pil Kuda,
Pil YABA, Pil YAMA & Pil Bom sebanyak 9071 orang (7.91%). Manakala seramai 7495 orang
(5.94%) dikesan menggunakan dadah Ganja. Bukan itu sahaja, seramai 3067 orang (2.43%)
dikesan menggunakan dadah Amphetaminc-tyle-stimulates (ATS) iaitu dadah sintetikn terdiri
daripada Ecstasy & Amphetamin dan seramai 70 orang (0.05%) menggunakan jenis dadah dari
jenis Pil Psikotropik yang termasuk Benzodiazepine, Pil Psikotropik & Eramin5 .

Carta : Jumlah penagih dadah yang dikesan mengikut jenis dadah yang digunakan.

18,000

16,000

14,000

12,000

10,000

8,000

6,000

4,000

2,000

0
OPIAT CRYSTALLINE GANJA TABLETS ATS PIL LAIN-LAIN
PSIKOTROPIK

2013 2014 2015 2016 2017


JUMLAH PENAGIH YANG DIKESAN MENGIKUT SEBAB GUNA DADAH

2013 2014 2015 2016 2017

Untuk Keseronokan 1,663 2,270 2,550 3,944 3,323

Pengaruh Kawan 11,935 13,466 16,943 17,990 16,209

Perasaan Ingin
3,824 3,221 4,523 5,618 4,813
Tahu

Rangsangan 185 174 206 145 39

Menahan Kesakitan 458 461 617 698 345

Secara Tidak
19 25 9 17 8
Sengaja

Tekanan Jiwa 2,566 1,986 1,572 1,910 1,214

Lain-lain* 711 752 1059 1442 840

JUMLAH 20,887 21,777 26,668 30,844 25,922

Nota :
*Kategori lain-lain adalah termasuk agresif, berasaskan pekerjaan, hiburan, kurang didikan agama, masalah
kewangan, melangsingkan badan, penderaan, perubatan, rindu, seks, teraniaya tiada ilmu tentang bahaya dadah,
untuk belajar dan sebagainya.
Sebab guna dadah pula, sebab guna dadah yang paling utama kepada penagih dadah adalah
dipengaruhi oleh kawan iaitu sebanyak 76540 orang (60.69%). Ini diikuti dengan perasaan ingin
tahu seramai 21999 orang (17.45%) dan untuk keseronokan seramai 13750 orang (10.90%).
Manakala seramai 9248 orang (7.33%) dikesan menggunakan dadah disebabkan oleh tekanan jiwa
dan selain sebab guna dadah seramai 4804 orang (3.81%) yang termasuk agresif, berasaskan
pekerjaan, hiburan, kurang didikan agama, masalah kewangan, melangsingkan badan, penderaan,
perubatan, rindu, seks, teraniaya tiada ilmu tentang bahaya dadah, untuk belajar dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, juga terdapat 2579 orang (2.05%) yang bertujuan untuk menahan kesakitannya.
Manakala seramai 749 orang (0.59%) dikesan menggunakan dadah disebabkan oleh rangsangan
dan seramai 78 orang (0.06%) dikesan oleh secara tidak sengaja.

Pie : Jumlah penagih yang dikesan mengikut sebab guna dadah

Sebab guna dadah

Untuk keseronokan Pengaruh kawan Perasaan ingin tahu Rangsangan


Menahan kesakitan Secara tidak sengaja Tekanan jiwa Lain-lain

You might also like