You are on page 1of 4

KERTAS KERJA TAMAN SAINS (TAMAN HERBA, KOLAM IKAN DAN SANGKAR

BURUNG)

SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA

02500 MATA AYER PERLIS.

1.0 PENDAHULUAN
Taman Sains Sekolah Kebangsaan Guar Nangka merupakan salah satu
instrument yang dinilai oleh pemantau kualiti fizikal sekolah. Sekolah
Kebangsaan Guar Nangka akan menyujudkan taman sains dibawah
pengawasan panitia sains dengan kerjasama panitia kemahiran hidup serta dari
pada guru-guru, staf sokongan sekolah, persatuan ibubapa dan guru (PIBG) dan
pentadbiran sekolah.Kertas kerja ini untuk mencadangkan beberapa perkara
yang perlu dilakukan bagi penubuhan taman sains sekolah kebangsaan guar
nangka.

2.0 TAJUK
TAMAN SAINS SK GUAR NANGKA (KOLAM IKAN, SANGKAR BURUNG DAN
TAMAN HERBA)

3.0 TARIKH
JULAI 2013

4.0 MISI

Penubuhan taman sains sekolah adalah untuk mewujudkan suasana


pembelajaran yang efektif bagi mempengaruhi kejayaan pelajar dimana
pelajar dapat mengunakan taman sains sebagai rujukan.Taman Herba
pula adalah untuk memelihara warisan ubat-ubatan yang berasaskan
herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu.Dengan keyujudan
taman herba ini dapat meningkatkan pengetauan tentang tanaman-
tanaman herba dan kegunaan-gunaannya yang semakin dilupakan oleh
generasi masa kini.

5.0 VISI
Menjadikan Taman Sains ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar dan
warga sekolah kebangsaan guar nangka.Senantiasa menambah baik dan
menambah koleksi herba dan tanaman.

6.0 OBJEKTIF
6.1 Mewujudkan taman sains yang kemas teratur dari segi landskap dan
susun atur.
6.2 Mewujudkan suasana pembelajaran sebenar mengenai kehidupan
haiwan dan tanaman secara maujud kepada pelajar.
6.3 Mewujudkan semangat kerjasama yang kundusif antara warga sekolah
dan juga ibubapa.

7.0 AHLI JAWATANKUASA TAMAN HERBA


PENASIHAT : NOORIZAH BT SHUID
Guru Besar

PENGERUSI : DALILA BT AWANG


PK Pentadbiran

KETUA PROJEK/SETIUSAHA :SHARIZAH BT ABDULLAH


Ketua Panitia Sains

PENOLONG SETIAUSAHA : JAMALULHASLINA BT FUAD


Setiausaha Panitia Sains

AJK : AZIZAH BT HASSAN


SURAIZA BT ABDULLAH
RAMLEE BIN HUSSAIN
KETUA-KETUA PANITIA

8.0 PELAJAR TERLIBAT


(rujuk lampiran 1)

9.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN


Kekuatan:
9.1 Mempunyai tempat yang strategi serta sesuai untuk membina taman
sains.
9.2 Mempunyai hubungan dan jaringan antara panitia sains dan panitia
kemahiran hidup.
9.3 Kerjasama yang kukuh antara guru-guru, staf sokongan, pekerja dan
ibubapa.

Kelemahan:
9.4 Tiada peruntukan kewangan yang mencukupi bagi menjalankan projek.
9.5 Kurang peralatan

10.0 CADANGAN PEMBINAAN


Berdasarkan beberapa-beberapa perkara yang telah dikenalpasti, pihak jawatan kuasa telah
mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan bagi diambil
tindakan segera. Antaranya ialah:

BIL AKTIVITI

1 Mengumpul bahan

2 Membina kolam ikan

3 Membina sangkar burung

4 Menaman pokok-pokok herba yang telah dikumpul

5 Proses pelebelan pokok herba, taman sains dan haiwan peliharaan.

6 Memasang paip air dan disimenkan dengan ukuran 2 ½ kaki x 2 ½


kaki

7 Membina laluan batu pejalan kaki

11.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN DAN SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH KOS SUMBER

1 bata, simen, kayu dan dawai SEKOLAH

2 Lapik batu pejalan kaki SEKOLAH

3 Papan pelebelan SEKOLAH


4 Membeli anak pokok dan SEKOLAH
benih herba

5 Membeli haiwan peliharaan SEKOLAH


(ikan, burung dan arnab)

6 Kos peyelenggaraan (tanah SEKOLAH


semaian, racun rumpai, dan
kawalan serangga, baja,
makan minum, makanan
haiwan dan peralatan )

Sekian, terima kasih.

Formula Sains Penjana Minda

Disediakan Oleh,

……………………………………………………………………………
(SHARIZAH BT ABDULLAH)
KETUA PROJEK
TAMAN HERBA SK GUAR NANGKA
02500 MATA AYER
PERLIS.

You might also like