You are on page 1of 4

Sejarah Pengakap Dunia

Robert Stephenson Smyth Baden-Powell

Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth
Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell
dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8
Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang
mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British
bernama W.T. Smyth.

Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau
bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell
banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan
menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu
pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam
peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam
tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta
sebagai penolong Setiausaha Tentera.
Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu
peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar.
Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan
beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897,
BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard
ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik
dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).

Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya
semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India.
Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua
rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu
puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking,
iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang
dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai
1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan
periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan
orang-orang Boer.

Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell
berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat
Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas
perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik
sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika
berumur 50 tahun.

Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu
perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-
budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan
kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”. Budak-
budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah,
memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada
malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati
oleh budak-budak yang menyertainya.

Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting
For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di
India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati
budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja
Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New
Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di
Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.

Biodata BP

Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell

Nama Singkatan : BP

Tarikh Lahir : 22 Februari 1857

Tempat Lahir : London, England

Pendidikan Awal : Charter House, London

Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British

Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell


Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell

Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

You might also like