You are on page 1of 7

Anuiti

 Anuiti ialah satu siri aliran tunai yang jumlahnya sama bagi setiap tempoh
yang sama.
 Merupakan satu bentuk siri pembayaran atau penerimaan berkala bagi
sejumlah wang untuk satu jangka masa dalam tempoh tertentu.
 Tempoh pembayaran atau penerimaan boleh dibayar secara mingguan,
bulanan, suku tahun, setengah tahun, setahun atau pembayaran tertentu
yang lain.
 Contoh-contoh pencen, bayaran polisi insurans, bayaran ansuran dan
sebagainya.

Anuiti serta-
merta

Anuiti tetap
dengan tempoh Anuiti matang
terjamin

Jenis-jenis
Anuiti

Anuiti tetap
tanpa tempoh Anuiti tertunda
terjamin

Anuiti hayat
bersama

1
Jadual jenis-jenis Anuiti dan ciri-cirinya

Bil. Jenis-jenis Ciri-ciri


Anuiti

1. Anuiti serta-merta Pembayaran pendapatan bermula dalam tempoh 12 bulan


selepas anda membeli anuiti. Ia sesuai untuk mereka yang
hampir bersara atau telah bersara. Premiumnya dibayar
sekali gus ketika membeli anuiti.

Pembayaran pendapatan bermula pada awal tempoh 12


2. Anuiti matang
bulan selepas anda membeli anuiti.

3. Anuiti tertunda Pembayaran pendapatan bermula lebih dari 12 bulan selepas


anda membeli anuiti. Anda boleh membeli anuiti jenis ini pada
bila-bila masa sepanjang tempoh anda bekerja. Premiumnya
yang boleh dibayar sekali gus akan terkumpul dengan
syarikat insurans, atau anda boleh membuat siri bayaran
berkala sehinggalah persaraan anda.

Membayar pendapatan untuk sepanjang hayat anda dan


4. Anuiti hayat
seterusnya kepada pasangan anda sepanjang hayatnya
bersama
selepas anda meninggal dunia. Walau apa-apa pun,
pendapatan yang dibayar kepada pasangan anda itu
mungkin pada amaun yang dikurangkan.

5. Anuiti tetap tanpa Membayar pendapatan pada kadar tetap secara teratur
tempoh terjamin sepanjang hayat anda.

2
Membayar pendapatan pada kadar tetap sepanjang hayat
6. Anuiti tetap
anda, sekurang-kurangnya untuk suatu tempoh terjamin.
dengan tempoh
terjamin

Membanding-bezakan jenis-jenis Anuiti tersebut

Secara keseluruhannya, kesemua jenis anuiti di atas melibatkan pembayaran


pendapatan. Ini merupakan satu persamaan yang ketara di antara jenis-jenis anuiti di
atas. Manakala, perbezaan jenis anuiti terdiri daripada tempoh pembayaran
pendapatan. Jika kita lihat anuiti serta-merta tempoh pembayaran pendapatan ialah
bermula dalam tempoh 12 bulan selepas anda membeli anuiti. Selain itu, tempoh
pembayaran pendapatan bagi anuiti matang ialah bermula pada awal tempoh 12
bulan selepas membeli anuiti manakala anuiti tertunda pula bermula lebih dari 12
bulan selepas anda membeli anuiti. Di samping itu, anuiti hayat bersama pula
membayar pendapatan untuk sepanjang hayat anda dan seterusnya kepada
pasangan anda juga sekiranya anda meninggal dunia. Anuiti tetap tanpa tempoh
terjamin membayar pendapatan untuk sepanjang hayat dan anuiti tetap dengan
tempoh terjamin pula membayar pendapatan untuk sepanjang hayat anda, dengan
syarat sekurang-kurangnya untuk satu tempoh tertentu. Dengan ini jelaslah kita dapat
lihat perbezaan dalam tempoh pembayaran pendapatan anuiti-anuiti tersebut.

3
Soalan 2

45 60 61 75

Dengan merujuk kepada maklumat yang diberi, Encik Ali dibayar RM1500 setiap bulan
dari umur 61 tahun hingga 75 tahun setelah dia bersara. Dengan maklumat ini, saya
tetapkan pelan anuiti serta-merta untuk pembayaran pendapatan ini.

Formula anuiti serta-merta:

1−(1+𝑖)−𝑛
Nilai kini (PV) = 𝑅( )
𝑖

(1+𝑖)𝑛 −1
Nilai masa depan (FV) =𝑅( )
𝑖

𝑅 = Bayaran anuiti n = tempoh dalam bilangan tahun 𝑖 = kadar faedah

Jadi, untuk mencari jumlah wang yang diperlukan untuk membayar Encik Ali sehingga
75 tahun adalah kita perlu mencari nilai kini pada 60 tahun terlebih dahulu.

Katakan r =7.5%

Dengan menggunakan formula anuiti serta-merta,


0.075 (−15)(12)
1−(1+ ) −1
12
Nilai kini (PV) =1500 ( 0.075 )
12

= RM 161810.14

Jadi, jumlah wang yang diperlukan untuk membayar Encik Ali ialah RM161810.14.
Dengan ini, saya dapat merancang beberapa pelan kepada Encik Ali tentang
pembayarannya dari umur 45 tahun hingga 60 tahun.

4
Pelan A : Pelan anuiti serta-merta pengkompaunan bayaran bulanan

Dengan adanya nilai masa depan (FV) pada usia 60 tahun saya dapat mencari
jumlah pembayaran bulanan yang perlu dibayar oleh Encik Ali supaya dia boleh
mendapat bayaran ansuran bulanan sejumlah RM1500 selepas bersara. Saya
menetapkan r sebagai 6.5% untuk kadar masa kini. Kadar ini adalah kurang daripada
kadar sebelumnya kerana mungkin kadar ekonomi negara akan meningkat pada
masa depan. Selain itu, nilai wang kini lebih tinggi daripada nilai wang masa depan.
Jadi untuk mengurangkan atau mengelakkan jurang nilai wang, kita perlulah
meningkatkan kadar masa depan seperti dalam pengiraan tadi supaya nilainya adalah
sama dengan nilai masa kini.

Dengan menggunakan formula nilai masa depan (FV),


0.065 (16)(12)
(1+ ) −1
12
161810.14 =𝑅 ( 0.065 )
12

161810.14 = 𝑅 (336.2377561)

𝑅 = RM 481.24

Maka, pembayaran bulanan Encik Ali adalah RM481.24.

Pelan B : Pelan anuiti matang pengkompaunan bayaran bulanan

Untuk mencari bayaran bulanan Encik Ali,

Gunakan formula nilai masa depan (FV) anuti matang,

(1+𝑖) 𝑛+1 −1
Nilai masa depan (FV) =𝑅 ( − 1)
𝑖

0.065 (12×16)+1
(1+ ) −1
12
161810.14 = 𝑅 ( 0.065 − 1)
12

0.065 (193)
(1+ ) −1
12
161810.14 = 𝑅 ( 0.065 − 1)
12

161810.14 = 𝑅 (338.0590439)

𝑅 = RM478.64

Maka, Encik Ali perlu membayar RM478.64 untuk setiap bulan.

5
Soalan 3: Cadangan tentang pelan yang sesuai.

Encik Ali ingin mendapat bayaran ansuran bulanan sejumlah RM 1500 dari
umur 61 tahun hingga 75 tahun setelah bersara. Dia berumur 45 tahun sekarang dan
gaji bulannya adalah RM5000. Dengan ini, jika kita lihat kedua-dua pelan di atas pelan
yang sesuai baginya ialah Pelan B iaitu pelan anuiti matang. Pembayaran pelan ini
dilakukan secara bulanan.

Saya mencadangkan pelan ini lebih baik jika berbanding dengan Pelan A
kerana jumlah nilai pembayarannya adalah kurang daripada Pelan A. Kita tidak boleh
terlepas pandang bahawa ia hanya kurang RM2.60 jika berbanding dengan Pelan A.
Walaupun nampak perbezaannya sedikit sahaja tetapi ia akan menjadi nilai yang agak
besar jika dikira untuk 16 tahun iaitu bermula 45 tahun hingga 60 tahun. Jadi, pelan B
merupakan pelan yang agak menguntungkan Encik Ali.

Selain itu, pelan anuiti matang adalah lebih baik kerana Encik Ali mampu
membayar nilainya. Jika kita lihat dengan teliti Encik Ali memperoleh gaji bulanan
sebanyak RM5000. Jadi, daripada pendapatannya dia memang mampu bayar
RM478.64. Jika kita kaji dengan lebih lanjut lagi, setelah bayar bayaran anuiti ini Encik
Ali akan mempunyai lebih kurang RM4521.36. Baki ini sebenarnya cukup baginya
untuk mengurus perbelanjaan keluarganya dan perbelanjaan hariannya untuk setiap
bulan. Kita juga boleh mengatakan bahawa daripada bakinya Encik Ali juga boleh
menabung wangnya yang berlebihan dalam bank setiap bulan. Jadi jelaslah bahawa
pembayaran RM478.64 tidak akan menjadi masalah atau halangan bagi Encik Ali.
Maka Pelan B iaitu pelan anuiti matang adalah lebih baik.

Seterusnya, pelan anuiti matang merupakan aliran tunai yang berlaku di awal
setiap tempoh. Jenis anuiti ini dibayar faedah pada awal sesuatu tempoh. Jadi ia
berupaya mempunyai nilai depannya lebih tinggi bagi setiap aliran tunai yang dibayar
faedah. Jadi, dengan memilih anuiti ini Encik Ali dianggap bertindak dengan bijak
kerana bayarannya murah masa kini tetapi jumlah nilai yang terkumpul adalah tinggi
pada masa depan. Sudah pastinya dengan memilih pelan ini Encik boleh memperoleh
sejumlah RM1500 setelah bersara dengan pembayarannya yang murah pada masa
kini iaitu RM478.64 sahaja bagi setiap bulan.

6
Rujukan

Frank, W. (1983). Managerial Accounting and Finance. Britain: Pitman publishing.

Jordan. (2003). Fundamentals of Corporate Finance. New York: McGraw Hill.

Kamarulzaman Bakri. (1999). Analisis, Proses dan Strategi Portfolio Pelaburan


Berteraskan Syariah. Kedah: Universiti Utara Malaysia.

Mizs Rieya. (2012). Bab 6 Matematik Kewangan. Diperoleh pada hari 20 Mac 2016
dari https://www.academia.edu/6103573/Bab_6_Matematik_Kewangan

Norazah. (2012). Bajet Modal Antarabangsa. Diakses pada 17 Mac 2016 dari
http://kumpulandaulat.blogspot.my/p/bajet.html

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya. (2012). Asas pelaburan. Diperoleh


pada 15 Mac 2016 dari
http://www.student.umcced.edu.my/download/NOTES/UESA1101%20Asas%
20Pelaburan.pdf

You might also like